“Aku Mungkin ‘Hilang’ Anak Yang Membesar di Scotland”

“Aku Mungkin ‘Hilang’ Anak Yang Membesar di Scotland”

“If you were 16, and we plan to go back to Malaysia someday. Will you follow us or stay here?”, soal aku pada anak.

“I will stay. I can look after myself.”

Masa dia jawap tu, aku pandang muka dia tepat-tepat. Muka aku ada sikit panas. Nafas aku macam tersekat.

Aku tanya lagi, dia bagi jawapan sama. Konfiden tahap dewa. Umur baru 13, tapi kenapa aku rasa macam bercakap dengan orang dewasa.

Tapi aku tengok disini anak remaja lain sikit cara berfikir. Agak matang.

1. Dia cakap akan kerja part-time untuk bayar sewa dan sambil sambung universiti. Tidak harap duit dari aku bagi untuk jadi dewasa. Mahu berdikari. Memang dari muda lagi learn to earn.

16 tahun disebut young adult. Individualistik, bebas buat pilihan. Termasuklah pilih mahu hidup atau keluar dari rumah ibubapa. Huhu. Itu aku risau. Aku mungkin ‘hilang’ anak yang membesar di Scotland. Bukan sebab diambil orang, tapi sebab dia mahu menyumbang.

13 tahun 🙂

2. Bila tanya cita-cita, dia bukan sekadar bagi jawapan tidak ketahuan. Tapi kefahaman. Kenapa dan mengapa. Fungsi dan sumbangan pada negara.

Tak hairan disini mereka betul hebat umur begini. Pemain bola umur muda belasan pun kelab power sudah sunting dengan kontrak berjuta. Bila umur 20 tahun jadi pemain ternama dunia.

Dulu jawapan feveret aku sama ada polis atau bomba. Lepas sunat, baru jawapan bijak sikit. Doktor atau engineer. Hehe.

3. Mereka mahu cepat menyumbang ke dunia sebenar. Tidak mahu seronok sangat duduk rumah mak.

Orang Cina bagus sebab anak dilepaskan awal dulu. Orang putih pun aku tengok ada program Gap Year. Masa belajar boleh ambil cuti setahun, keluar cari pengalaman. Pengalaman itu kena cari, bukan datang bergolek ke kaki.

Lain aku dulu masa umur begitu, dapat duduk asrama. Kalau tidak cukup duit senang saja. Pergi publlic phone, buat reverse call minta mak duit. Setel. Zaman tiada handphone, kau mana tahu.

4. Sistem pendidikan ‘sekolah’ kehidupan sebenar dunia luar. Apa yang diajar disekolah, itulah yang ada diluar sana. Serius, tiada yang main-main. Tiada acah-acah ‘konvo’ lepas tadika.

Masa sekolah lagi sudah diajar sistem cukai, pencen dan potongan gaji. Buka akaun bank, atur perbelanjaan peribadi dan simpanan.

Tiada yang khayalan di sekolah. Semua benda belajar bersifat hands-on. Kalau kau belajar beratur di sekolah, di luar sana pun kau kena beratur. Simple.

Kalau kau belajar ucap selamat pagi di sekolah, di dunia luar pun begitulah nanti. Seronok aku tengok orang putih disini ringan mulut ucap selamat. Walau hanya orang biasa tepi jalan.

By age 16, kau dah faham macam mana dunia luar berfungsi. Sebab masa sekolah, diajar benda betul, bukan hanya simulasi.

5. Dari awal anak dipersiapkan untuk berfikir. Kenal bakat dan minat, bangunkan skill. Pilih sendiri. Be the one you want to be. Not to follow anybody.

Belajar di universiti bidang yang kita minat. Bukan ikutan sahaja. Bukan ambil engineering, tapi keluar jadi pegawai tadbir. Aku cakap contoh saja. Tapi memang banyak pun diluar sana.

Sekolah bukan pusat tahanan atau pemulihan. Meronta-ronta mahu keluar dan bebas. Di sekolah kita baik, di luar kita merempit.

Bukan apa. Aku risau juga. Takut nanti di sekolah kita hanya belajar benda ilusi, sedangkan dunia sebenar rupanya jauh panggang dari api.

Dari kecil sampai besar kuat sembang, cerita khayalan babi pun boleh terbang. Ingatkan minyak boleh turun minggu ini, nampak gaya macam naik lagi.

Jangan jadi macam aku. Dulu bercita jadi Perdana Menteri. Sekarang menyesal sampai ke luar negeri. Sekarang, siapa yang rugi ?

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Calon Penasihat Menteri
Glasgow, Scotland

Nota : Aku tidak dapat terima semua friend request. Tapi boleh Follow FB aku Irwan Dahnil, nanti aku cuba reply komen satu-satu. Kalau mampu.

Komen melalui Facebook

komentar

2 Responses to “Aku Mungkin ‘Hilang’ Anak Yang Membesar di Scotland”

  1. Lya says:

    Jawapan yang bagus tu.. anak Tn ID dah boleh beefikir secara matang.. apa yg penting persiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya..insyaallah anak Tn ID akan kekal berpaut di dahan yang cukup kemas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *