You are currently viewing Bagaimana Orang Putih Boleh Travel Lama ?

Bagaimana Orang Putih Boleh Travel Lama ?

Masa kecil, aku tengok kitaran hidup ini simple saja.

Pergi sekolah, sekolah pandai-pandai, dapat A banyak. masuk universiti, kerja, kahwin, beranak pinak, tua dan mati. Life cycle yang mudah. Setting kehidupan yang sama.
.
Jadi aku macam pelik bila jumpa dengan orang putih yang boleh travel 6 bulan meninggalkan negara. Travel tau, bukan melancong. Tiada buat kerja lain selain kembara.
Kaya sangat ke diorang ni ? Atau gaji besar ke sampai boleh travel selalu? Boss tak marah ke cuti lama-lama?
Aku jadi konfius. Lain betul dengan life cycle yang aku anuti selama ni. Kat Malaysia ko nak mintak cuti raya pun kadang-kadang bos jeling tembus dinding. Kau nak travel seminggu pun, rasa bersalah, bos macam bagi hint elok berhenti je.
Boss dah beli kehidupan kau boi.
.
Tetapi sejak aku berkawan dengan traveler jenis ni, aku baru faham macam mana boleh jadi macam tu. Aku korek habis-habis, aku tanya macam-macam. Sebenarnya life cycle mereka berbeza dari ‘mazhab’ aku orang Malaysia.
.
Diorang tak ‘invest’ beli kereta yang nampak macam orang kaya tapi bank yang punya. Kereta hanya setakat untuk hidup. Bukan untuk impresskan kawan-kawan. Lebih lagi dah biasa naik bas aje.
.
Dorang bebas. Kalau bos meluat tengok muka, berhenti je. Nanti cari kerja lain. Kalau kita mungkin terpaksa acah-acah taat pada bos takut kena buang kerja, tak naik pangkat atau gaji tak bertambah. Rela jaga hati bos, untuk jaga masa depan.
.
Mereka bangunkan bakat. Diorang pandai jual diri supaya laku dimana-mana. Dapatkan higher degree, sekurang-kurangnya profesional certificate diakui dunia. Diorang boleh cakap banyak bahasa.Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Mandarin, mana-mana pun laku.
.
Mereka belajar skill baru. Selain bahasa, mereka belajar masak, belajar buat video dan photografi, belajar menulis. Itu semua duit kalau siapa yang faham. Sehingga ada yang belajar main gitar dan menyanyi.Rasa terdesak diorang letak je sapu tangan tepi jalan, busking menyanyi. Pandai cari duit.
.
Mereka rajin membaca. Yang ini paling win. Korang selalu tengok kan orang putih ni kalau ada masa terluang je akan baca buku. Sebab tu dia tahu macam-macam, nampak pandai. Padahal ilmu dari buku je. Ntah-ntah kita lagi pandai.
.
Aku tau. Kalau cerita kat orang Malaysia, nanti ada yang cakap “Itu dorang, boleh lah..” Baik. Kalau rasa macam tu, ko boleh la ikut balik kitaran hidup aku cakap tadi tu. Tak payah gaduh.

Sesekali tengok instagram kawan kau travel sementara mereput tunggu mati.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Pelajar Bahasa Sepanyol. Acah-acah

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has One Comment

  1. Fika

    i’m wondering.. Those traveller diorg tanggung perbelanjaan travel diorg dengan bekerja di negara org? Visa macam mane? Kerja illegal? Saya pernah backpack 2 minggu ke perth. Jatuh hati dengan tmpat dan budaya org. Teringin nk jadi traveller tapi hati penuh dengan kerisauan. Macam2 yg saya fikir dan takutkan. Cthnye bile travel maksudnye kene behenti keja. Then bile travel mane nk dapat income? Then bile balik malaysia nk keje apa? Too many concerns..dan hati belum cekal. But i’ll keep dreaming. One day. Guide me please.

Leave a Reply