Buku : Lost in Sekutland

Buku : Lost in Sekutland

“Kalau esok tuhan tanya, ‘Hang pi oversea, bawak balik apa untuk kawan-kawan yang tak dapat pi?’

Takkan aku nak jawab fridge magnet kot. Mau kena panah petir nanti”  Maka aku tulislah sedikit, supaya jadi ilmu berguna.

Buku orang putih memang banyak tentang kembara. Mereka banyak kongsi maklumat berguna. Tapi kau kena tahu bezakan antara buku kembara yang bercerita macam travelog atau buku panduan untuk kembara seperti Lonely Planet. Kalau kau mahu melihat perspektif kembara, kau baca travelog. Tapi kalau kau mahu tahu cara-cara kembara ke destinasi tertentu, maka dapatkan buku panduan kembara.

Buku aku ni saja yang lain sikit. Travelog + panduan kembara + pindah negara.

Jarang ada. Sebab tu kau kena beli buku ni.

Secara overall, selain bab depan dan introduction ada 3 bahagian.

1. Bahagian 1 : Aku highlight cara hidup kita dulu yang lebih baik,sopan sesuai macam orang timur. Tapi sudah semakin ke laut.
.
2. Bahagian 2 : Catatan kembara aku selama 3 tahun. Aku kutip dari pengalaman aku jadi traveler dan tour guide.
.
3. Bahagian 3 : Action plan. Aku share panduan peribadi macam mana uruskan keluarga, anak-anak, kewangan, kerjaya termasuk kucing peliharaan. 3 tahun sebelum berhijrah.
.
Bahagian last itu, aku cerita pedih dan tidak seronoknya di negara orang.

Judul : Lost in Sekutland.
228 muka surat termasuk kulit.
Tulisan : Irwan Dahnil
Terbitan : Komrad Buku, cetakan pertama April 2017

Selamat membaca
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland
.
## Komen Pembaca ##


– Hazri Tuan Mat via  Facebook, 30 Julai 2017

– Sofuan Saadon via  Facebook, 30 Julai 2017