Camping Tasik Ullswater, Lake District, UK

Camping Tasik Ullswater, Lake District, UK

Menghabiskan cuti musim panas tahun ini, aku akhiri dengan berkhemah di kawasan natural taman negara yang paling popular di UK yang dikenali sebagai Lake District. Tempat ini sangat popular sehinggal 15 juta pelancong datang setiap tahun. Tahun ni aku tambah statistik tu dengan mendirikan khemah konon macam zaman sekolah dulu.

Memandangkan aku duduk di Scotland, maka mengambil masa sekitar 2 jam dari Glasgow. Driving sangat santai, mengikut motorway M6 menghala ke Keswick. Cuma berhenti sekali di service (macam R&R PLUS) sebab ke toilet. Kemudian masuk melalui jalan kampung menuju ke tasik Ullswater. Di Lake District ada banyak tasik, tapi aku ke Ullswater kerana itu tasik yang paling hampir dengan Scotland. Kawan aku dah booking tapak camping di Waterside Camp, di tepi tasik.

Aku suka la tengok gambar ni. Takde edit

Aku suka la tengok gambar ni. Takde edit

Aku ingat tempat ni kecil. Rupanya poskod yang diberi sampai ke tempat yang sangat luas, di kiri kanan kelihatan khemah, caravan dan motorhome. Di Malaysia jarang-jarang nampak tapak camping seluas macam ni, aku agak kagum juga tengok orang putih disini gigih pacak khemah dan masak BBQ. Musim summer ni lah untuk buat aktiviti outdoor.

Masa ini semua orang mat salleh masih berdengkur kedengaran sampai khemah aku.

Masa ini semua orang mat salleh masih berdengkur kedengaran sampai khemah aku.

Aku sampai sekitar jam 6 petang, hari Jumaat. Ramalan cuaca malam ini akan hujan, esok cerah dan Ahad kembali mendung. Ini antara cabaran aktiviti outdoor di UK kerana sangat bergantung kepada cuaca. Dan seperti di Scotland, cuaca memang sangat cepat berubah. Mendung, hujan dan panas dalam satu hari.

Siap naik khemah, masak dan malam itu seperti dijangka hujan. Duduk dalam khemah sahaja sambil memerhati khemah aku yang bocor. Menitik air masuk, tapi boleh lena jugalah sampai pagi esok. Maklumlah, khemah 10 pound aku beli kat carboot. Tapi khemah ni aku suka sebab boleh muatkan sehingga 9 orang, boleh  berdiri solat di dalamnya, boleh masak dan juga tempat melepak ketika hujan.

Ini khemah made in China. Bergegar la juga bila angin tiup.. Hahah

Ini khemah made in China. Bergegar la juga bila angin tiup..


Esoknya, cuaca cerah.. Ada matahari. Perkara pertama aku buat adalah ambil gambar sebagai bukti menunjukkan betapa cantiknya cuaca campingnya dengan harapan dapat melupakan hujan dan derita khemah yang bocor.

Teguh gile jambatan ni. Kagum aku tengok bas dua tingkat lalu dengan selamber.

Pooley Bridge : Teguh gile jambatan ni. Kagum aku tengok bas dua tingkat lalu dengan selamber.

Ingat nak start hiking, tapi fikir balik aku kenselkan idea tu. Cukup setakat jalan sekitar tasik, balik ke khemah dan masak makan lunch. Lepas lunch dan solat barulah akan ke tempat lain pula.

Sungai yang mengalir bawah Pooley Bridge

Sungai yang mengalir bawah Pooley Bridge

Aktviti utama di tasik Ullswater

Aktiviti utama di tasik Ullswater

Tasik ni aku rasa biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab aku dah dihidangkan dengan tasik yang lagi superb seperti di Austria dan Swiss, Ullswater ni aku nampak ‘kecik’ je. Tapi sebenarnya ia memang cantik. Ada orang main canoe, sampan dan ada bot. Cantik lah juga lebih lagi dapat layan secawan teh Inggeris di bawah pokok sambil layan Wifi free.

Petang lepas solat, kami bergerak ke Catbells Summit. Sebenarnya aku pun baru pertama kali dengar tempat ni. Dari Waterside mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan sejauh kira-kira 24 batu. Catbells ini berada dalam Western Lake District. Sampai di situ, boleh pilih sekadar berkereta di tepian tasik, atau mahu mendaki ke puncak setinggi 451 meter. Dari bawah, boleh nampak puncak tu, dan boleh kelihatan susuk tubuh kecil pendaki.

Pemandangan sebelum pendakian terakhir.

Pemandangan sebelum pendakian terakhir.

Sebagai abang sado, aku pun parking kereta dan berniat nak mendaki. Aku bayar parking kereta 3 pound dan bawa air mineral sebotol.

“How long will it takes to go to the top?” aku tanya mamat jaga parking tu.

“Oh. Its not that far. About 3 hours go to the summit and come back.”

Gulp!

Aku tengok jam. Masa tu dah jam 4 petang. Aku pandang Azwadi, travel buddy aku. Larat ke nak naik? Mata menjeling-jeling kat perut memasing yang lebih banyak FAT dari FIT.

Ahh…Bila lagi? Dah sampai sini, bila lagi nak daki. Bukan selalu. 451 meter sahaja, tidak setinggi mana. Ayat motivasi muncul.

Kalau kambing pun boleh panjat gunung cari makan, apa alasan ko tak larat panjat bukit ni ?

Kalau kambing pun boleh panjat gunung cari makan, apa alasan ko tak larat panjat bukit ni ?

Kami mula naik menonggek-nonggek menuju puncak. Ada dua false peak. Puncak ‘palsu’ dimana kita boleh nampak pemandangan cantik dari atas, tetapi belum lagi puncak tertinggi. Sambung sedikit sahaja lagi, maka sampai ke puncak.

Jaguh kampung UK

Jaguh kampung UK

Alhamdulillah hampir sejam 10 minit, kami sampai ke puncak.

Gaya  macam dah naik Everest.

Gaya macam dah naik Everest.

Aku dengan Azwadi dari Aberdeen. Aku dah kenal dia lebih setahun di FB tapi ini kali pertama berjumpa.

Aku dengan Azwadi dari Aberdeen. Aku dah kenal dia lebih setahun di FB tapi ini kali pertama kedua berjumpa.


 

Aku tak sure bila aku akan sampai lagi ke sini. Mungkin atau tidak. Tapi syukur aku berpeluang camping dan bercuti sampai ke sini.

Foto kredit : Azwadi Kamarudin dan iPadnya. Aku cuma model murahan.

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

Komen melalui Facebook

komentar

One Response to Camping Tasik Ullswater, Lake District, UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *