Catatan Kembara #209 : Budaya Beli Boleh Pulangkan Semula

Catatan Kembara #209 : Budaya Beli Boleh Pulangkan Semula

Aku boleh dikira orang paling kedekut untuk beli barang. Bukan apa, banyak sangat aku fikir. Kualiti la, harga mahal. Ada masa macam tidak percaya dengan penjual. Berkira ya amat.

Selagi belum survey 5 kedai, check online, selagi tu aku tidak beli. Aku fikir kalau ramai pelanggan macam aku, agaknya boleh bungkus kedai di UK. Haha.

Tapi yang pelik, walau tiada awek lawa promoter, tiap kali aku masuk Asda atau Tesco, terbeli jugak. Ohoi! Sumpahan apakah ini?

Aku dok fikir balik, rupanya UK ini memang lain sikit mainan dengan jiwa pembeli. Lebih lagi hati batu macam aku.

1. Hampir semua barang boleh pulang balik kalau tidak puas hati. Dia tidak tanya pun. Kau boleh pilih barang lain, atau minta duit semula. Tiada songeh, atau jeling tajam tidak puas hati.
.
2. Kalau tidak suka, ada banyak kedai terima semula barang kau pulangkan. Sudahlah dia rugi, kos pos pun dia tanggung. Kekadang aku rasa pekedai di UK ini gila agaknya.

3. Kalau kedai jamin harga paling murah, tapi kau terjumpa lagi murah, boleh tekan kedai minta tawar harga lagi. Jaminan harga terendah bukan atas kertas je. Ini real.

4. Kualiti pun lebih baik walau Made in China, Bangla, Nepal atau Turkmenistan. Standard tinggi. Barang import defect akan direject. Kalau produk mendatangkan bahaya, siap-siapla kena saman. Sebab itu orang alergi kacang pun kena tulis dilbel.

5. Kalau tidak silap, tawaran diskaun tidak dibenarkan selagi belum dipaparkan harga sebenar selama 60 hari. Jarang aku nampak iklan ‘Setiap Hari Harga Rendah’ kecuali memang jualan tiap musim. Sales maksudnya memang betul sales. Bukan setakat tampal stiker.

6. Jadi orang mahu beli senang hati, tidak ragu-ragu. Natural buying, aku setuju beli, kau setuju jual. Telus. Cara macam ini yang jadikan aku yang kental pun jadi cair. Terjebak.

7. Pekedai pula tidak perlu over-sell, beriya promot nak sangat menjual. Boleh lupakan taktik lapuk, beri diskaun lepas markup harga. Tiada lagi janji manis diabetes.

Patutlah berbondong mak jemah Malaysia datang shopping di UK. Beg beranak, satu boleh jadi tiga. Dapat claim cukai/VAT lagi. Barang pun lebih murah dari Malaysia katanya. Bahagia. Masa membayar, macam petik daun pokok, laju je.

Aku rasa buku si budak Pattah tu mesti lingkup kalau jual disini. Ramai pakat beli lepas tu minta refund berjemaah agaknya. Hoho.

Aku ingat mahu bawa Malaysia ramai-ramai belajar shopping di sini. Biar semua beretika. Fahami hak pengguna.

Negara kapir. Aturan muamalat yang telus, tiada penindasan terang-terang dan beri pembelaan hak sewajarnya.

Atau kita terlalu berkira bukan pada tempatnya. Di pasaraya kita rela dibuli begitu sahaja. Tapi dengan makcik jual goreng pisang mau pula kita minta lebih seketul dua.

Catatan kembara #209
Irwan Dahnil
Driver Mak Jemah Musim Ketiga
Bicester Village, UK.Lele

Nota : Kau nak SHARE silakan aje. Tidak perlu mohon kebenaran. Boleh klik butang Follow Irwan Dahnil kalau mahu cerita kembara yang kau terlepas.

Komen melalui Facebook

komentar

One Response to Catatan Kembara #209 : Budaya Beli Boleh Pulangkan Semula

  1. Best kan,,,boleh shopping berjemaah kat sana nanti. Buat rombongan cik kiah kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *