Catatan Kembara #218 : Cookies Raya Awal

Catatan Kembara #218 : Cookies Raya Awal

Semalam Prof Saunders datang bagi seminar. Aku memang minat sebab dia ini penulis buku lejen. Pakar bidang.
.
Masa coffee break, cepat-cepat aku rapat tanya soalan. Bertalu-talu. Dia pun nampak memang banyak ilmu.
.
Sepanjang 20 minit break tu, kepala aku laju sedut ilmu. Sambil dia terangkan, satu demi satu cookies masuk mulut aku, hirup teh lepas tangan putar sudu.
.
Ohoi! Bila keasyikan dunia boleh buat kau lalai dan alpa. Sudah hari kelima, macam mana boleh lupa aku sedang puasa!
.
Ada dua lagi peserta Muslim dalam seminar. Tidak pula dia tegur aku. Tidak sedar atau muka aku ala Itali jadi dia keliru?
.
Untung ada seorang kawan Cina tegur.

“Weird when you having a drink. I thought you have converted non Muslim.”
.
Nauzubillah!
.
Malu ya amat. Kalau umur 14 terlupa tak pe juga. Ini sudah tua-tua pun masih leka dunia.
.
Aku letak cawan cepat-cepat. Keluar kelas kejap ambil angin. Terbayang cookies joget-joget gembira dalam perut.
.
Not a proud moment.
.
Catatan kontot
Irwan Dahnil
Lost in Biskutland
Glasgow, Scotland.

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *