Catatan Kembara #220 : Beraya ala Glasgow

Catatan Kembara #220 : Beraya ala Glasgow

Raya kami di Glasgow, tahun ini tidak ramai. Ibarat peluang kumpul sekali sekala.
.
Sikit pun, tapi punya payah nak duduk sekali time ambil gambar kenangan sama-sama.
.
Anak-anak lari keliling, mak bapak sibuk sembang tak hingat, ada port di meja makan merasa juadah. 
.
Jadi masa ambil gambar selalu tak cukup korum, payah betul kameramen nak adjust semua kasi masuk. Frust.
.
Tiba pakcik seorang ni cadang. Kita marhaban sahaja satu kali. Tengok macam mana jadi.
.
Semua serentak terhenti. Kumat kamit mulut memuji nabi. Aman.
.
Ohoi! Berkesan. Kerja kameraman jadi senang. Senyap. Sekali petik, semua kamera menjadi. 

Cuba cari pakcik Marhaban 🙂


Itulah. Suasana jadi tenang dan aman. Bila agama itu sendiri didik jiwa. Tidak perlu teriak kuat, bila istighfar pun sebenarnya ubat.
.
Kita ni resamnya hormat pada agama. Dengar orang azan pun pakat diam semua.
.
Cuba amalkan. Baru wajah terpancar cahaya keimanan. Insof.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Minal Aidil Wal Faizin
Glasgow, Sekutland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *