Catatan Kembara #228 : Meon, Eton dan Handphone

Catatan Kembara #228 : Meon, Eton dan Handphone

Sejak tahun lepas aku banyak invest dengan beli barang-barang ‘mainan’ travel yang boleh tahan mahal. Menabung dulu bang nak beli benda-benda ni.

Selama ini aku selalu sahaja bertahan dengan Gopro, DSLR 60D (Meknon) dan iphone. Itu pun kadang-kadang malas bawa.

Tapi sejak tahun lepas aku sudah mula berkenalan dengan Eton. Gimbal stabilizer keluaran DJI. Harga Eton hampir £300. Eton aku perkudakan untuk ambil video yang stabil. So far aku cuma 70% berpuas hati dengan perkhidmatan Eton.

Jaga-jaga Cik Eton

Lepas raya hari tu, selepas gigih pecah tabung, aku beli Meon. Drone power pun dari DJI. Jumlah kerosakan lebih £1000, officially aku makan maggi 2 bulan. Excited la main dengan Meon, cuma kena pergi kawasan jauh sikit dari rumah, sebab area rumah aku rupanya is Non fying zone yang berhampiran dengan Hampden Park. Kadang kepuasan aku 85%, cuma belum lagi sampai klimaks main. Meon aku beli dengan insuran sekali, takut2 jahanam menjunam ke bawah pulak.

Maverick Meon

Kemudian aku beli Huawei P10. Nama pun dah macam produk tanah besar. Aku panggil Huawei je. Sedap sikit. Jumlah kerugian dalam £400 juga.

Entahlah. Harap-harap semua kawan baru aku ini tak hanya terperosok dalam stor aje. Cuaca Scotland pun makin sejuk,autumn sudah bermula. Ketar dah terasa. Nak keluar lagi entah bila.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *