Catatan Kembara #231 : Kehidupan Senang Yang Diimpikan Semua

Catatan Kembara #231 : Kehidupan Senang Yang Diimpikan Semua

Bila kau duduk di oversea ini, memang pandangan orang Malaysia lain sungguh. Tinggi semacam.

Ibarat kehidupan yang senang, mentereng, cukup wang, berenang di dalam emas, bersayap wang kertas.

Tinggi sastera. Kahkah.

Tidak begitu pun. Aku share pengamatan lihat orang yang merantau ke luar negara.

Buat mata aku terbuka seluasnya.

1. Mereka yang berjaya tidak ada sikap kaya tikipal.

Macam Drama Jam 7. Naik kereta besar, pakaian jenama Prada, naik flight kelas pertama, rumah macam istana. Stereotype.

2. Kebanyakan yang aku jumpa, memang nampak biasa sahaja.

Mereka duduk di apartment atau rumah sederhana, pakai kereta biasa.

Rumah tidak renovate 10 kaki ke sisi.Tiada pagar automatik. Ramai juga yang selesa menyewa rumah dari membeli.

Tiada kereta jenama mewah. Cukup dengan 2nd hand sahaja, walau harga kereta disini murah.

3. Disini tiada tekanan sosial. Tiada orang mahu tengok besar mana rumah, kereta apa kau pandu, handphone apa kau pakai.

Tiada siapa peduli. Tiada siapa mahu jadi penasihat. Tiada siapa mahu jaga tepi skirt.

Cuma kita peduli kalau hal komuniti. Yang lain semua hal peribadi.

4. Ramai niat supaya dapat kumpul duit cepat-cepat. Gaji besar, tapi belanja setakat perlu.

Kita belajar dari Bangla. Duit hantar ke kampung. Belanja hidup ala kadar.

Shopping masih di Asda, baju di Primark masih mencari good deal barang terbaik di Ebay dan Amazon.

Mahu barang mewah, tunggu sahaja sales, Black Friday atau Boxing Day.

5. Dan mereka lah yang paling aktif buat program sosial. Kursus, ceramah, kelas agama dan kanak-kanak. Tidak henti.

Pakai duit poket sendiri.

Ini punca rezeki, percaya apa yang kita beri. Tuhan sudah janji. Orang yang berjaya, mereka yang tunduk dan selalu memberi.

Jangan anggap mereka di luar negara seronok, berbangga. Mereka struggling juga. Rezeki Tuhan lain juga ukurannya.

Tapi aku suka. Hidup yang simple. Tidak serabut dengan apa orang cakap sini sana. Orang kata-kata, kadang kita pula jadi serba tidak kena.

Baik duduk dalam gua.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Kais pagi tapi puasa
Glasgow, Scotland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *