Catatan Kembara #233 : Hilang Nikmat Bersalji

Catatan Kembara #233 : Hilang Nikmat Bersalji

Bagi kawan-kawan yang rasa seronok bila bersalji, aku mahu share the ‘dark side’ salji.

Minggu ini UK dijangka kembali sejuk. Angin Siberia datang. Dijangka beku dan snow lagi. Ribut Emma (tidak padan dengan nama yang sopan) datang melanda. Nama sedap, tapi bawa sengsara snow Siberia ke UK. Beast from the East orang kata.

Tahun ini UK dapat salji lebih. Biasa hujung Februari sudah kembali suam sikit.

Tempat ekstrim, kalau sejuk dan snow, orang tidak keluar rumah. Kerja pun tidak. Duduk la dalam rumah mereput tengok salji dari jendela. Dari November hingga Mac, jika suhu dikawasan rumah diramal turun ke suhu lampau, bawah 0 darjah selama 7 hari berturut, layak dapat Cold Weather Payment. £25 sehari.

Tahun ini, snow tak tertahan lagi. Jadi sekarang Scotland dalam Red Alert. Merah bererti keadaan tidak selamat dan merbahaya. Kali pertama Scotland diistiharkan Red Alert. Kali kedua dalam UK. Kalau yellow dan amber tu selalu juga, tapi tidak seteruk kali ini.

1. Perkhidmatan bas semua dihentikan atas sebab keselamatan pekerja dan penumpang. Begitu juga train. Airport Glasgow tutup. Syarikat penerbangan batalkan penerbangan Glasgow, Edinburgh dan Aberdeen.

Photo : independent.co.uk

2. Sekolah ditutup lagi esok. Begitu juga nursery dan beberapa universiti. Majikan dinasihatkan hantar staff pulang awal. Bagi yang tiada urusan, elok duduk sahaja dirumah.

Kereta bukan bersalji dah ni. Ini dah tahap beku!

Saluran air pun semua sudah beku.

3. Perkhidmatan pos dan perkhidmatan penghantaran juga tidak berjalan. Aku beli toner printer, sudah seminggu tidak sampai. Adoi! Jalan raya bersalji mula naik setinggi 50cm di sesetengah tempat. Kereta pun struggling.

Sekolah tutup sebab snow

Posted by Irwan Dahnil on Wednesday, February 28, 2018

4. Terputus bekalan bahan mentah di kedai-kedai / pasaraya utama. Yang tinggal cuma rak kosong. Makanan mentah seperti telur, sayur buahan 99% tiada. Kena tunggu next delivery. Sementara tu nak makan apa? Salji?

Rak roti kosong. Makan basket la camni.

Telur, minyak masak sudah kosong. Gula tunggu masa untuk habis.

Sayur & buahan hampir tiada.

5. Kerja-kerja pembersihan jadi satu kerja pula. Persis selepas banjir. Habis aku kerah seisi rumah kasi buang ais. Ini ais, bukan snow. Licin, tergelincir kat tangga pecah kepala.. Whoaa!

Bukannya niat tidak bersyukur, tapi apa-apa pun kalau berlebihan sangat akan mudarat.

Stay safe kawan-kawan!

 

 

Komen melalui Facebook

komentar

One Response to Catatan Kembara #233 : Hilang Nikmat Bersalji

  1. Moga selamat. Moga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *