Catatan Kembara #239 : The Birth : Scotland Muslim Travel

Catatan Kembara #239 : The Birth : Scotland Muslim Travel

Aku mahu ucap terima kasih.

Bila mulakan usaha buat Scotland Muslim Travel sejak 3 tahun lalu, aku sendiri tidak yakin ia boleh sampai ke level ini.

1. Making myself as solopreneur again. Doing something that I like, passionate about. Travel and business is in my blood dari kecil lagi.

Setiap kali aku berdiri di puncak gunung memandang ke laut luas atau padang datar lepas, itulah definisi FREEDOM yang aku cari.


2. Bila aku mulakan homestay di Glasgow, semua orang tanya di celah mana lah pula tu. Kalau kena gelak-gelak, tentunyalah.

Konsisten, alhamdulillah kini sudah tahun ketiga. Insyallah aku buka untuk coachsurfing juga nanti. Meh datang untuk secawan kopi.


3. Buku Lost in Sekutland meluncur penerbitan tahun lalu. Terima kasih bagi yang telah dapatkan buku ini. Aku cari masa dan strategi sesuai untuk buku travel seterusnya.

Aku tak pernah sesat pun di Scotland. Alhamdulillah, Allah sentiasa jaga keluarga dan anak-anak.

Tahun ini aku buat satu lagi cornerstone. Aku mahu luaskan peluang jelajah Eropah untuk orang Islam. Sengaja aku guna istilah Muslim Travel, walau ramai sahaja tetamu aku datang penganut bukan Islam.


Penunggang agama ? Biarlah. Kalau aku tidak ikhtiar cari keredhaan Tuhan, siapa lagi. Travel dekatkan kepada Pencipta. Sekurang-kurangnya kita usaha.

Terima kasih semua yang beri dorongan. Tentunya Ramadhan yang mendatang ini adalah yang terbaik dirasakan sepanjang 4 tahun aku berkelana di Scotland.

Terima kasih Allah. Sesungguhnya, dimana pun Kau letakkan aku, apa pun yang aku lakukan dan apa yang tidak aku ketahui, redhaku hanya pada Mu. Terima kasih atas tiap nafas yang aku nikmati setiap hari.

Semua travel aku di Eropah boleh ikuti di page di bawah. Klik sahaja Like atau Follow sahaja. Atau boleh sharekan pada sesiapa yang dapat manfaat. Mungkin satu hari nanti kita bersua.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Puasa 18 jam kali keempat
Glasgow, Scotland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *