Catatan Kembara #240 : Making The Right Noises

Catatan Kembara #240 : Making The Right Noises

Inilah satu-satunya anak aku lain sikit. Making every big thing as a small matter.

Sudah setahun terbit di akhbar tempatan di Scotland, baru aku tahu liputan berita. Itu pun sebab ada newspaper clip tampal di dinding kelas music.

“Making all the right noises”

Yang paling kecil tu dialah. Pegang violin. Tertulis dalam berita itu nama dia. Hafiy Irwan.

Aku tumpang bangga. Nama aku pun belum pernah masuk paper. Kat UK pula oi.

Tahun yang sama dia dapat award with the best progress in class. Ada majlis dapat hadiah, parents terpilih dijemput.

Aku tanya kenapa tak bagitau.

“Nothing much.”,.boleh pula jawap macam itu. Sedangkan aku mahu juga tumpang bangga.

Minggu lepas menang talent show. Violin duet perform The Spectre, Alan Walker. Belajar dari Youtube saja katanya. Ohoi!

Dengarnya nanti BBC akan datang pula untuk temuramah. 3 orang terpilih dari sekolah. Aarush, Chloe dan Hafiy.

Tapi semua pencapaian besar, dia nampak biasa-biasa. Hafiy buat rilex, buat pis je. Aku pun konfius.

Kadang-kadang aku rasa, makin dekat aku dengan anak, makin banyak aku tak kenal.

Hafiy tanya kalau dia kejar cita-cita sebagai animator, dia akan tinggalkan aku untuk ke Jepun. Sedih aku.

Tapi dia kata, kalau aku sedih, offer jadi lain. Doktor haiwan. Sebab dia sayang kucing.

Adoih. Bestnya jadi budak-budak.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
16 Ramadhan
Glasgow, Scotland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *