Catatan Kembara #243 : I’M A BACKPACKER, SCOTLAND

Catatan Kembara #243 : I’M A BACKPACKER, SCOTLAND

Sudah beberapa kali juga aku fikir mahu siapkan buku untuk backpacker ini. Kembara ala adventura, tidur berbumbung langit terbuka.

Negara ini antara paling sesuai sebenarnya backpacking. Cuma seperti biasa, orang kita lebih cenderung ke London, Manchester atau Liverpool. Apa kelas Scotland katanya.

Scotland ni biasa-biasa. Low profile. Macam anak dara lawa, tapi tidak terkinja-kinja.

1. Hitch-hiking amalan biasa disini. Orang dengan beg sarat, berdiri tepi jalan pegang sekeping kertas arah tuju. Tangan dihulur ke depan, ibu jari naik satu.

Ada sahaja kereta berhenti. Tumpang ke destinasi.

2. Wild camping dibenarkan di Scotland. Kau pacak khemah, tidurlah sampai pagi. Seronok tengok bintang di langit malam hari.

Kalau kena halau pun, apa susah. Tanah ada luas, pindah saja.

Cuma sudah ada larangan di beberapa kawasan sebab irresponsible campers. Sampah botol bersepah, pembakaran tidak terjaga. Sakit mata.

3. Air dari paip boleh diminum terus. Tidak perlu beli air mineral bagai. Lebih segar dan rasanya sedap. Air dari sungai di kawasan berlembah bersih.

4. Kos berada di Scotland lebih murah berbanding bandar besar yang lain. Orang sini pun jarang minum Coke berbanding Irn Bru.

Scotland tetap menang dengan nature. Tepi sungai, tasik, lembah, gunung, salji.

5. Orang Scotland baik-baik dan friendly. Aku tidaklah cakap semua begitu, tapi rata-rata memang sangat membantu. Cuma slang Scottish dia kekadang bikin naik darah.

Nantilah. Aku pasang angan-angan dulu. Mahu ambil masa 1 bulan keluar jadi backpacker kental. Bawa sleeping bag dan khemah. Pasang unggun api, acah main gitar sambil nyanyi-nyanyi.

Ada 3 tahun untuk buat kerja yang aku suka, sebelum pulang ke Malaysia jadi ahli poiltik pula.

Eh!

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Abam Bedpicker
Glasgow, Scotland

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *