You are currently viewing Catatan Kembara #245 : 5 Tip Travel Mencuba Nasib Luar Negara

Catatan Kembara #245 : 5 Tip Travel Mencuba Nasib Luar Negara

Sejak ada buku Lost in Sekutland, ramai hubungi aku minta pandangan dan nasihat untuk cuba nasib di luar negara.

Demi Tuhan, aku bukan orang yang betul untuk beri tunjuk ajar.

Tapi kau tolong beritahu kawan-kawan, banyakkan buat experiential travel. Experiment.

Aku share beberapa tips.

1. Bereksperimen.Contohnya, bila orang biasa travel dari A ke B naik flight, kau naik kereta sewa. Bila orang duduk di homestay, kau duduk rumah host. Dan bila orang sibuk bawak Meggi dan makanan segera, kau pergi pasar dan masak.

Lagi banyak kau bereksperimen, lagi banyak belajar. Naik public transport, memandu, sewa kereta, sesat guna Google Map, atau tidur di airport.

2. Ramai aku tengok travel, pulang semula ke Malaysia sukar benar mahu ingat semula nama tempat dilawati. Haha.

Sebab kurang mencatat. Kurang study tempat.

Sekarang ada banyak apps yang bantu kau travel. Ticket murah, penginapan, makanan, sehinggalah mencari masjid terhampir. Ikut kau je rajin ke tidak.

Dan kena rajin share maklumat. Ingat, tidak semua orang bernasib baik untuk sampai ke tempat yang kita pijak.

Traveller terpuji adalah traveller yang berkongsi.

3. Dari mula cari travel buddy sendiri. Kawan yang sama-sama bereksperimen. Bila travel sama-sama buat homework.

Kau study penginapan, kau study makanan. Bahagi kerja.

Bukan travel buddy follow je, lepas tu komplen banyak. Macam dia sorang saja berduit. Geram!

4. Gunakan kamera handphone kau untuk petik gambar sendiri. Selain selfie. Rajin-rajin buat video.

Gambar tidak cantik itu lebih baik daripada balik Malaysia tapi tidak ada apa-apa.

Ramai juga suka jadi model dari suka ambil gambar. Orang bawa kamera, dia cuma hadap muka. Kau petik, gambar dia cantik. Kau suruh dia petik, gambar kau lain macam membetik.

Stres woi!

Yang paling penting kau kena rajin tulis pengalaman. Alasan tidak reti menulis itu ketinggalan lah. Berapa banyak FB Page merepek, tulis entah apa-apa, followernya ramai juga.

5. Cuba cari-cari orang yang sudah melalui experiential travel. Biasanya mereka ini sudah jadi otai travel. Sarapan di KLIA, lunch di Istanbul, dinner di New York. Gitteww..

Otai yang rasa nikmat naik flight cuma untuk pertama kali. Macam first time. teruja. Lebih sikit 14 jam, dia redha. Kalau 30 jam, dia sudah rasa ini kerja gilaaaa.

Sejak 2016 aku buat sudah cuba-cuba buat program experiential travel, supaya ramai lagi orang boleh melalui apa yang aku pernah rasa. Tahun ini masanya sudah tiba.

Tiada jalan short-cut. Biar perlahan-lahan, tapi berkat.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Projek Tour Leader Musim Kedua
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply