Catatan Kembara #246: Pencarian Protege Tour Leader

Catatan Kembara #246: Pencarian Protege Tour Leader

Aku mencari yang mahu bekerja seluruh dunia. Serius. Tapi janganlah kau harapkan keajaiban. Hari ini kahwin, esok beranak. Haaa….

Kebanyakan kita tiada pengalaman. Takkan tiba-tiba aku mahu hantar ke luar sana. Hidup mati nanti, aku juga yang merana. Kena logik sikitlah ya.

Jadi sertailah dulu program training, supaya kau boleh sertai kami di luar negara. Tentulah satu per satu aku dapat tunjuk. Orang putih sudah lama buat benda macam ini der.. Itulah aku panggil Projek Tour Leader.

Bukan selalulah training begini. Setahun sekali sahaja. Aku bukan company training mahu peserta ramai-ramai. Kami mahu yang komited, long-term.

Aku sudah cukup otai, aku dapat hidulah siapa yang sekadar mahu dapat penerbangan percuma dan bercuti di luar negara ditanggung sepenuhnya. Rasanya aku boleh tolak orang macam ini awal-awal. Jangan apply.

Sesiapa yang teringin mencari tapak untuk menjejak kaki, memulakan benda baru di luar negara. Kami mencari tour leader untuk experiential travel di UK, Europe, New Zealand dan Jepun.

Bagi yang sudah mendaftar training TL101 pada 28&29 Julai depan, insyallah kita jumpa nanti. Terima kasih.

Maaf sebab terpaksa tukar lokasi training. Kita kena cari tempat yang luas sikit. KUPTM Cheras lebih sesuai, dekat dengan public transport, kedai makan, dan penginapan.

Bagi yang berminat, ada lagi beberapa seat boleh join. Program ini setahun sekali je boi. Bukan senang kami mahu kumpulkan otai-otai travel Jepun, NZ, Eropah & NZ sekali dalam satu training.

Boleh wasap terus number di bawah. Hizam namanya.

www.wasap.my/60192117799/juniortl

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *