You are currently viewing Catatan Kembara #247 : Malaysian Hall Scotland. Wujud ?

Catatan Kembara #247 : Malaysian Hall Scotland. Wujud ?

Dulu aku pernah cerita tentang Isha, mamat Bangla yang buka kedai kebab di Lisbon.

Dia datang berniaga untuk dapatkan taraf permanent resident Eropah.

Batu loncatan untuk masuk ke UK yang lebih makmur katanya.

“Berapa modal?”, aku tanya.

“30 ribu euro”.

Aku congak, sekitar RM130K juga. Fuh! Tuddia.

Orang Bangla punya susah pun, beriya mahu cari peluang di luar. Strategi mesti ada.

Sedangkan, aku ini orang Malaysia, masuk UK 6 bulan tanpa visa, gaya orang kaya di Bicester. Memang lebih makmur negara kita.

Isha kata dia bukan masuk seorang. Tapi ramai-ramai. Seorang lepas masuk Europe, seorang lagi dia bawa.

Bangla brotherhood at best. Tidak makan sorang-sorang. Makan ramai-ramai.

Lama-lama mulalah berkampung di satu tempat.

Kalau kau datang Portugal ni, kedai souvenir semua Bangla dah conquer. Alah. Bukan situ sahaja, di Bayswater pun mereka juga.

Eh.. Merata-rata dunia.

Aku rasa macam kena lempang. Lelaju. Aku rasa useless gila kalau aku tidak buat apa-apa.

Strategi Bangla mencapah sempadan. Tidak perlu canggih mana pun.

Kan seronok orang kita ada di mana-mana di celah tempat hujung dunia?

‘Operasi Isha’ menghantui aku. Mana tahu satu hari, aku buka Malaysian Hall Scotland pula. Kita jual souvenir ramai-ramai. Haha.

Hadoi! Bila nak pencen berfikir ni?

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Haaa tepuk!
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply