Kertas Kerja Perniagaan - Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian II

8 02 2007

Salam Sejahtera,

Dalam pening2 kepala ni, saya cuba juga berkongsi kandungan yang perlu ada dalam perancangan pengurusan dan pentadbiran. Dalam posting kertas kerja perniagaan sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa anda perlu sertakan sekali jawatan dan juga deskripsi kerja setiap kakitangan anda.

Ini sebenarnya sangat penting untuk menentukan kerja yang anda tetapkan tidak berlaku pertindihan dan mengoptimakan tenaga kerja. Tentunya anda tidak mahu kakitangan anda tidak tahu nak buat ape, atau hanya sekarang duduk bersenang-lenang di office anda bukan ?

Setelah anda benar-benar mengenalpasti semua tugas dan tanggungjawab setiap kakitangan (termasuk bos besar ya!), anda perlu tentukan gaji yang anda perlu tetapkan untuk semua.

Menetapkan gaji adalah subjektif. Walau pun ada standard gaji yang boleh dirujuk, tetapi sebenarnya, pemberian gaji adalah mengikut kemampuan syarikat dan tidak terlalu berbeza dengan gaji standard di industri.

Tips : Kalau gaji rendah, kakitangan lari, kalau tinggi sangat, kakitangan tiada motivasi..

Jangan lupa masukkan juga perbelanjaan KWSP dan juga SOCSO. Kebiasaannya, saya menggunakan skima jadual seperti dibawah untuk menetapkan gaji kakitangan :

** KWSP adalah 11% ketika saya menyiapkan kertas kerja ini. Ia adalah berubah mengikut arahan KWSP. Ketika ini kadar caruman bagi majikan untuk KWSP adalah 12%.
Yang penting hasil dari jadual yang kita sediakan ini akan dapat membantu kita menentukan perbelanjaan bulanan yang akan dimasukkan dalam aliran tunai kelak.

Semoga membantu.






Kertas Kerja Perniagaan - Apa lagi?

24 01 2007

Salam Sejahtera,

Pada posting sebelum2 ini saya ada berkongsi sedikit mengenai kertas kerja perniagaan dan bagaimana memulakan kertas kerja. Merujuk kepada posting tersebut, boleh disimpulkan, kertas kerja perniagaan biasanya dimulakan dengan

a. Isi kandungan
b. Ringkasan Eksekutif
c. Latarbelakang Perniagaan

Selepas itu, apa pula ?

Seterusnya kita akan huraikan pula perkara-perkara penting dalam sesuatu kertas kerja. Antara bab-bab yang ‘wajib’ dan tidak harus ditinggalkan adalah :

4. Perancangan Pengurusan dan Kakitangan
Bahagian ini bertujuan untuk menghuraikan mengenai perancangan atau maklumat kakitangan anda. Kebiasaannya meliputi perkara-perkara seperti senarai terperinci kakitangan seperti nama jawatan.

Baca Selanjutnya »






Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order

23 01 2007

Salam Usahawan,

Tahukah anda sekiranya anda tidak menghantar invois kepada pelanggan anda, memberikan peluang pelanggan untuk melewat-lewatkan pembayaran kepada anda bagi segala urusniaga rasmi ?

Tentunya saya merujuk kepada transaksi rasmi seperti berurusan dengan pelanggan daripada kerajaan atau agensi. Begitu juga dengan organisasi. Invois adalah dokumen formal yang disediakan oleh syarikat kita yang akan dihantar kepada pelanggan sebagai tuntutan bayaran rasmi. Biasanya invois disediakan dalam 2 atau 3 salinan yang akan diberikan kepada pelanggan dan satu salinan akan disimpan oleh kita.

Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.

Baca Selanjutnya »






Bagaimana Menyediakan Sebutharga?

15 01 2007

Salam Sejahtera,

Antara perkara yang paling penting dalam menyampaikan ‘hajat’ kita kepada pelanggan adalah dengan menyediakan sebutharga. Kadang-kala dalam suatu perniagaan yang tidak formal, sebutharga ini memang hanya melalui lisan sahaja. Sesuai dengan nama ’sebutharga’.

Tetapi dalam suatu transaksi yang formal, sebutharga merupakan bukti kepada pelanggan tentang komitmen kita dalam menjanjikan suatu bentuk harga dan perkhidmatan yang dijanjikan. Selalunya di dalam sebutharga juga mempunyai beberapa terma dan syarat yang bukan dinilai daripada nilai wang ringgit sahaja. Sebarang pertikaian mengenai harga, hendaklah merujuk kepada sebutharga yang diserahkan. Jadi tidak berlaku pertelingkahan daripada segi tawar-menawar dan sebagainya.

Berikut adalah contoh sebutharga yang biasa saya sediakan untuk pelanggan.

Baca Selanjutnya »






Sebutharga + Work Order + L.O + D.O + Invois

7 01 2007

Salam Sejahtera,

Tentunya ada diantara kita yang baru akan kembali ke pejabat pada 4 Januari 2007 setelah bercuti raya dan juga tahun baru. Kepada mereka yang mempunyai anak yang bersekolah, sesi persekolahan juga akan bermula. Tentunya lebih sibuk dengan urusan masing2. Apa pun, terima kasih kerana singgah di blog saya :)

Cuti kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan pelbagai kerja yang perlu diuruskan dalam kadar segera. Sempat juga saya muhasabah diri dan perniagaan saya, disamping dapat merancang untuk perniagaan internet saya.

Akibat kecelaruan kerja (maklumlah saya baru sahaja menceburi perniagaan internet), blog ini pun saya tengok dah bercampur aduk sikit kandungannya, jadi saya buang ’sampah2′ dan saya susun elok2 semula. Dengan harapan kandungan blog ini dapat saya catatkan secara aslinya bahan2 rujukan dan perbincangan untuk usahawan2 di Malaysia khasnya.

Sudah panjang pula saya bermukadimah. Kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda antara aliran dokumen yang biasa digunakan di dalam sesebuah syarikat yang melibatkan sebarang pembelian atau procurement (feww… amik nafas sekejap).

Baca Selanjutnya »