Bagaimana Melayan Pelanggan Cerewet

9 12 2009

Pepatah menyebutkan bahawa pelanggan adalah raja. Tanpa mereka apalah erti perniagaan kita. Mereka perlu dilayan sebaiknya demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Realitinya, dalam memberikan layanan kelas A kepada pelanggan, akan ada pelanggan berkelas F. Lebih-lebih lagi pelanggan yang pantang kita lakukan kesilapan, melenting seolah-olah dia sahaja yang betul. Memang sebagai tuan punya perniagaan, ini adalah ujian kesabaran. Darah akan terasa naik ke muka, degup jantung menjadi semakin laju. Kalau sudah terlalu marah, nada suara mula bergetar dan tersekat-sekat, percakapan seolah-olah tidak kena dan terasa benar ingin menamatkan perbualan tersebut secepatnya.

Pelanggan macam inilah yang selalunya menimbulkan ketegangan. Dilayan makin menjadi, tidak dilayan lagi teruk jadinya.

Tips Mengawal Perbualan ‘Panas’ Pelanggan Cerewet

Apabila kita bertemu pelanggan sebegini, kita hanya perlu banyak bersabar dan menarik nafas panjang beberapa kali. Ini membantu mengawal tutur kata. Berkata bila perlu, lebih bersifat informatif dan memperlihatkan bantuan yang ingin dihulurkan kepada pelanggan.

1. Terima dan fahami perasaan pelanggan ketika itu. Mulakan ayat kemaafan seperti “Maaf Tuan. Kami juga tidak sangka perkara tersebut akan berlaku..” Pelanggan dalam keadaan yang marah dan tertekan, jangan kita bersifat defensif dan ayat seolah-olah tidak menerima teguran.

2. Biarkan pelanggan selesai bercakap walaupun seolah-olah tidak akan berhenti. Gunakan bahasa badan tanda anda fahami atau dengan menggunakan ayat-ayat pendek bersetuju seperti “Oh begitu..”, “Ehemmm.. “

3. Banyakkan mendengar kurangkan bercakap. Minta pandangan penyelesaian dari pelanggan. Pelanggan mungkin ada cadangan mengikut kemahuannya. Dengarkan dan pertimbangkan. Seolah-olah kita menganalisa cadangan pelanggan, kita akan kelihatan lebih terbuka dengan pelanggan. Pelanggan ketika ini mungkin akan sedikit sejuk dan nada amarah mereka mungkin sudah menurun.

4. Jika cadangan mereka tidak boleh dilaksanakan, berikan cadangan alternatif.

Ada syarikat makanan segera memberikan makanan lebih secara percuma sekiranya pesanan diterima lewat. Ini sebenarnya cara untuk mereka ‘menutupi’ mulut pelanggan yang tidak berpuas hati. Pelanggan yang mukanya tadi masam dan kelat terus berubah tersenyum lebar ke telinga bila dapat makanan percuma!

Beli pelanggan anda…






Tips Membeli Kereta Untuk Usahawan

5 10 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Blog yang Dihormati,

Lebih sebulan saya tidak mengemaskini blog ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat tersalah dan terkasar bahasa saya sepanjang penulisan saya dalam blog ini. Pejam celik, terasa benar 2009 pula menghampiri penghujungnya.

Topik hari ini adalah mengenai kereta. Bila hari raya menjelang tiba, jurujual kenderaan mula menggunakan taktik emosi untuk kesekian kaliannya.Bagi usahawan, mungkin ini menjadi salah satu kebanggaan pencapaian bisnes bila berkereta baru.

“Alangkah seronok dan meriahnya beraya dengan kereta baru!”

Majoriti dari kita mengetahui bahawa membeli kereta secara kredit itu adalah suatu liabiliti. Yang untung hanya bank sedangkan apabila kita membeli, harga kereta tersebut turun di saat ia keluar dari bilik pameran kenderaan. Membeli secara tunai pula kelihatan kurang bijak kerana wang yang ada boleh digunakan untuk simpanan atau pelaburan yang lebih menguntungkan.

Entah mengapa, selama bertahun-tahun lamanya, kereta itulah yang dipandang orang. Mata yang melihat akan terus kabur, dengan sentiasa memandang kereta itu sebagai lambang dan simbol kemewahan. Ini akan dikaitkan dengan perniagaan dan usahawan yang berjaya.

“Bisnes nampak hebat, takkan pakai kereta Kancil je ?”

Seolah-olah memandu Kancil tu rendah sangat tarafnya dan kerana frasa-frasa nakal seperti itulah maka ada usahawan yang sanggup rumahnya buruk tetapi kereta sanggup berkereta hebat. Malah rumah disewa dan bukan dibeli.Sanggup berkereta besar hanya untuk menunjukkan perniagaan laku dan laris.

Jadilah usahawan yang bijak, tidak termakan dengan apa yang dikata orang.

Tips Memilih Kereta Yang Sesuai Untuk Usahawan Kecil

1. Bagi yang bujang, jangan pilih kenderaan berpintu dua. Mungkin kereta akan kelihatan sporty & trendy, tetapi perlu beringat apabila anda telah berkahwin dan mempunyai anak. Pilih kereta berpintu empat masih selesa untuk dinaiki oleh anda dan pasangan dan 2 orang anak. Sekurang-kurangnya orang lain juga selesa menaikinya dan anda tidak perlu menukar kereta hanya disebabkan saiz keluarga yang bertambah.

2. Jenama Toyota dan Honda selalu menjadi pilihan kerana harga 2nd hand yang masih tinggi. Mungkin ia lebih mahal, tetapi ia lebih menjimatkan untuk jangka masa lebih dari 5 tahun. Sesetengah kenderaan sudah mula mendapat ’sakit tenat’ selepas 3 tahun.Jenama kenderaan Korea seperti Hyundai juga mempunyai kualiti yang baik, tetapi nilai jualan semula yang jatuh merudum. Kalau ingin selesa, boleh dapatkan kenderaan ini tetapi niatkan dihati yang kenderaan ini akan dipakai sehingga hancur dan lunyai. Untuk dijual kembali mungkin tidak berbaloi.Tidak termasuk pemasangan tempatan seperti Hyundai menjadi Inokom atau Kia menjadi Naza, kejatuhan harga kenderaan lebih parah disamping kebanyakan kualiti import lebih baik daripada jenama pemasangan tempatan.

3. Sekiranya kehidupan anda masih belum stabil seperti anda ingin meneruskan pengajian ke luar negara, atau ingin berpindah kawasan seperti migrasi ke tempat lain, mungkin tahan dahulu selera membeli kereta. Saya antara orang yang sering menangguhkan pembelian kenderaan kerana niat dan matlamat menyambung pengajian. Bermula Oktober 2009, keluarga saya akan berpindah ke Sabah, maka tertangguh lagi pembelian kereta idaman.

4. Kenderaan import terpakai (recond) juga mempunyai nilai jualan semula yang rendah. Ambil contoh seperti BMW dan Mercedes yang berharga RM150,000 setelah dibawa masuk, akan jatuh sehingga RM100,000-RM120,000 apabila model baru diperkenalkan. Bila membeli perhatikan bilakah model baru kenderaan tersebut akan dikeluarkan. Katakan anda membeli Toyota Wish yang dikilangkan tahun 2009 berharga RM130,000 dan pada tahun 2o10 keluar pula model baru Toyota Wish. Anda akan dapati kenderaan anda akan turun harga secara automatik dengan pengimportan kereta model baru.

5. Beli sahaja kereta terpakai (2nd hand). Kebanyakan mata yang menilai kereta sebagai simbol kekayaan sebenarnya tidak tahu pun harga sebenar kereta. Asalkan kereta BMW atau Mercedes, itu sudah dianggap hebat. Kereta yang berumur lebih 10 tahun pula akan berada sekitar RM50,000 sahaja. Mungkin terdapat kos penyelenggaraan yang sedikit tinggi, Percaya atau tidak walaupun ia kereta terpakai ia tetap mempunyai aura dan kelas yang tersendiri.

6. Pernah dengar istilah 2nd car ? Atau juga bermaksud kenderaan kedua. Apabila membeli kereta hebat, tentunya belanja minyak dan penyelenggaraan juga tinggi. Untuk mengurangkan kos, maka usahawan menggunakan kenderaan kedua untuk urusan harian dan hanya menggunakan kereta hebat untuk urusan rasmi. Maka tidak hairanlah ramai berBMW atau berMercedes, tetapi hari-hari biasa cuma memandu Kancil atau menunggang motorsikal sahaja. Jimat bukan ?

7. Pertimbangkan juga kenderaan pelbagai guna (MPV). Sesuai untuk pelbagai urusan dan penggunaan! Kenderaan seperti Avanza, Grand Livina dan Exora menepati ciri-ciri bergaya disamping berguna untuk mengangkut barangan atau orang :)

Membeli kenderaan dan bertukar-tukar kenderaan secara kerap adalah satu amalan yang membazir. Oleh itu apabila membeli kenderaan pilih kenderaan yang paling sesuai dengan keperluan jangka sederhana dan juga budget anda. Jangan ikutkan nafsu apabila melihat kereta yang menggoncang iman :)

Jangan bimbang kalau kenderaan anda bukanlah yang paling mahal, paling canggih atau paling hebat. Kerana setiap tahun pasti akan muncul model baru yang lebih baik, lebih hebat dan lebih cantik.

Anda tidak akan rugi kalau tidak membeli kenderaan secara terburu-buru sekarang.






33 dan Terus Mengira…

23 03 2009

” I’ve lived a life that’s full -
I’ve travelled each and every highway.

Regrets? I’ve had a few,
But then again, too few to mention.

I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course -
Each careful step along the byway,

And more, much more than this,
I DID IT MY WAY… “

Itu adalah sedikit sedutan dari lirik My Way nyanyian Frank Sinatra. Bagi anda yang belum pernah dengar, elok dengarkan dan hayati liriknya. Memang membawa makna yang mendalam :)

Semalam saya mencecah ke usia 33 tahun. Terima kasih diatas ucapan, doa dan ingatan yang dihantar.

Mencapai 33 juga bererti berhenti seketika dan menoleh kebelakang untuk melihat apa yang telah dilakukan. Lagu My Way menerjah ke minda…Sedar atau tidak hampir 9 tahun bergelumang dengan perniagaan, hanya diri sahaja yang tahu.

Tips untuk hari ini :

” 95% perniagaan yang baru akan tutup dalam masa 3 tahun.”

Tiada yang menghairankan sekiranya perniagaan anda tidak berjaya. Tiada yang pelik kalau bisnes tidak menjadi. Asam garam dalam perniagaan. Fakta membuktikan mewujudkan perniagaan baru memang tidak mudah.

Kalau jatuh, bersabarlah. Bangun semula. Kalau tak larat bangun, duduk dahulu.. Perlahan-lahan pun tidak mengapa. Mulakan lagi. Ulangi lagi…

Jangan gusar. Pengalaman anda jatuh akan menjadikan anda semakin kuat untuk berdiri dan berlari. Jatuh dan bangun lagi.. jatuh dan bangun lagi..

Ayuh teruskan !

p/s : Sekiranya anda mempunyai kelapangan waktu, esok 24 Mac 2009, ada sesi perundingan percuma mengenai apa2 sahaja dalam bidang SMS bermula jam 10am sehingga 11.30am. Maklumat lanjut di sini






Iklan Membunuh!

23 01 2009

Salam Sejahtera Pembaca Blog Yang Dihormati,

Tajuk hari ini agak keterlaluan dan ganas.

Menurut kajian, pembukaan atau headline yang negatif, berbau kontroversial, sensasi akan menarik pembaca untuk terus membaca. Maka strategi yang sama digunakan oleh akhbar dan majalah tabloid untuk melariskan jualan.

Akhbar tabloid jarang menjadi pilihan bacaan saya. Tetapi hari ini, tergerak hati untuk membeli akhbar tabloid Nombor 1 Malaysia. Mungkin disebabkan tajuk luar yang begitu sensasi. Agak mengecewakan, apabila saya lihat di dalamnya LEBIH BANYAK iklan berbanding berita.

Saya menjadi bosan dan mula memeriksa email untuk hari ini. Mata saya tertancap pada satu tajuk email yang diterima. . Hati saya menjadi semakin jelak dengan pelbagai skim perniagaan internet dan juga 1001 tawaran luarbiasa dan Apabila saya buka laman Facebook, pelbagai bentuk iklan ubat kuat dan bisnes cepat kaya mula bermaharajalela di ruangan iklan!

Apa yang mengganggu saya bukanlah iklan, tetapi lebih kepada bagaimana iklan tersebut ditulis atau dipersembahkan. Contohnya tajuk email “Daftar RM30 sahaja, pendapatan sampai bila-bila ” jelas memberikan satu persepsi yang salah terhadap fakta sebenar.

Iklan seperti ” Anda selalu tewas dengan di bilik” pula dilihat sebagai tidak sesuai untuk dipaparkan secara membabi buta kepada golongan umum. Mungkin ini lebih sesuai untuk golongan fokus atau golongan yang benar-benar memerlukan tanpa perlu dihebahkan secara meluas tanpa ada sebarang tapisan.nya

Hakikat setiap bisnes memerlukan iklan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Mengikut sesetengah perniagaan, 30% dari sumber modal dan kewangan diperuntukkan kepada iklan. Dengan pengaruh iklan yang kuat dapat mempengaruhi pembaca atau pelanggan untuk membeli. Tetapi adakah semua iklan itu bebas untuk mempersembahkan apa sahaja maklumat masih menjadi satu tanda tanya.

Bayangkan apa akan jadi terhadap keyakinan penggguna terhadap iklan apabila acap kali iklan memaparkan maklumat yang tidak betul, keterlaluan dan terlalu bebas ?

Anda sendiri boleh buat anggapan anda sendiri…

p/s : Seminar akan datang telah dijadualkan pada 25 April 2009. Masih jauh lagi, tetapi ramai yang hubungi saya menyatakan mereka terlepas seminar pada minggu lalu. So pastikan kali ini anda booking dulu, nanti anda akan dihubungi semula untuk mengesahkan tempat. Jangan terlepas lagi. Maklumat lanjut di http://seminar.akademisms.com






Simptom Usahawan Setengah Jalan

19 01 2009

Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,

Fakta oleh Small Business Administration menunjukkan 80% perniagaan baru akan tutup dalam masa 5 tahun selepas ditubuhkan disebabkan oleh pelbagai masalah. Antara masalah yang gagal ditangani secara berkesan oleh usahawan adalah pengurusan mental dan emosi.

Pengurusan mental dan emosi bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perniagaan, tetapi yang lebih penting boleh meragut sepenuhnya motivasi dan semangat juang seseorang usahawan. Ia boleh menjadikan seseorang tidak mampu bangkit dan kembali meneruskan perjungan dalam perniagaannya. Totally knock out!

Usahawan yang bermasalah daripada segi mentalnya menunjukkan ciri-ciri seperti :

1. Anda mula rasa tidak gembira dengan apa yang anda lakukan. Anda akan terasa stress dan jiwa amat sensitif. Anda akan rasa lebih tersinggung apabila orang bertanyakan tentang keadaan anda atau perniagaan anda. Setiap pertanyaan anda rasakan seperti sinikal dan cuba memburukkan anda.

2. Kerja-kerja yang anda rancang tidak dilaksanakan atau mati di tengah jalan. Sebaliknya, muncul pula rancangan dan idea baru yang tidak putus-putus. Ibarat anda membuka buku hutang baru, sedangkan hutang lama belum lunas.

3. Waktu terasakan terlalu pantas berlalu. Belum selesai kerja yang lama, anda terpaksa menghadap kerja yang baru. Tekanan akan terasa bila jualan tidak memuncak, sedangkan anda terpaksa membayar perbelanjaan syarikat bulan demi bulan.

4. Anda mula terasa ‘kecil’ di kalangan rakan-rakan anda. Lebih-lebih lagi anda melihat rakan anda membeli kereta, rumah atau handphone baru!

5. Anda asyik terasa kehilangan atau ketinggalan banyak perkara. Jadual perancangan, kewangan dan pemasaran dirasakan berterabur dan tidak ketahuan. Semakin susah untuk mengawal apa yang dilakukan oleh kakitangan anda. Anda lose control!

Dengan simptom-simptom cukup menjadikan kehidupan seseorang usahawan itu ibarat ‘telur di hujung tanduk’ Pada bila-bila masa boleh hancur berkecai. Sekiranya simpton ini tidak diuruskan dengan baik, bayangkan bagaimanakah anda ingin menguruskan perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Seperti yang didendangkan, ” Jika kau fikirkan kau boleh…..”, tiada yang mustahil.






Buat betul-betul

15 01 2009

Salam Sejahtera,

Saya kurang pasti dimana ungkapan ini saya pernah dengar, tetapi yang pasti ia benar-benar memberi kesan kepada diri saya.

” A job worth doing is worth doing well ”

Maksudnya lebih kurang, kerja yang berbaloi adalah berbaloi untuk dibuat dengan terbaik dan kalau tidak berbaloi membuat satu kerja,tinggalkan. Buat sesuatu yang anda suka.

Dalam satu ungkapan yang saya selalui ingati :

” Lakukan apa yang mengujakan anda, yang anda tahu, yang anda mahir dan anda minati..”

Jadi, kalau dicampurkan kerja yang anda suka lakukan, dan dilakukan dengan sebaik-baiknya / terbaik, anda mungkin boleh jangkakan betapa hebat hasilnya nanti. ! Kabaaabommm!!






Bisnes Dalam Gawat

12 01 2009

Salam Sejahtera,

Saya bukan pakar ekonomi, malah ilmu dalam bidang tu sangat cetek. Ini cuma pandangan peribadi sahaja.

Sejak akhir tahun 2008, kesan ekonomi dah terasa. US, Eropah & Jepun memang teruk kene penangannya.

Tiba-tiba keluar statement :

 ” Malaysia tidak mengalamani kegawatan “

” Ekonomi Malaysia kukuh walau kemelesetan “

” Malaysia mampu harungi kegawatan “

Wahh.. Sikit punya champion Malaysia ni ya ? *wink*wink*

Anyway berbalik kepada topik. Bila keadaan ekonomi gawat, kebiasaannya orang lebih banyak menyimpan duit. Berbelanja pun berpada-pada. Memilih apa yang perlu sahaja.

Orang takut nak keluarkan duit. Apatah lagi nak melaburkan duit untuk memulakan perniagaan baru yang belum tentu hasil untung ruginya.

Pun begitu, bisnes mesti diteruskan barulah kitaran ekonomi itu bergerak. Kalau tak bergerak dan kaku, maka makin parah ekonomi.

TIPS hari ini mungkin boleh menjadi pertimbangan anda untuk mula berniaga di dalam keadaan ekonomi gawat :

1.Mulakan perniagaan dari rumah & kos overhead yang rendah. Perniagaan internet dan SMS adalah contoh yang baik.

2. Tawarkan perkhidmatan atau produk yang mempunyai 2 variasi. Kelas pertama & kelas kedua. Jangan fokus utk bangunkan produk prime sahaja. Macam Airasia vs MAS. Orang menyimpan wang ketika gawat tetapi mahu membeli, tetapi akan memilih barangan pilihan yang lebih murah.

3. Lebih menggalakkan urusniaga tunai dari kredit. Biar harga anda rugi sedikit, asalkan dapat tunai di tangan. Dengan mempunyai tunai, bisnes lebih flexible untuk hadapi cabaran ekonomi.

4. Menjual perkhidmatan berbanding produk. Ia lebih selamat. Contohnya, kalau anda pandai membuat terjemahan, walau ekonomi tak bagus pun, anda tidak menanggung kos barangan yang tinggi. Kalau anda jual barangan, bayangkan risaunya hati bila barang tak terjual!

5. Membuat automasi terhadap operasi bisnes. Pilih kalau ada sistem yang boleh melakukan kerja secara automatik. Kurangkan tenaga pekerja.

6. Upah orang lain buat @ ‘Outsourcing’. Bila ekonomi tak berapa elok, banyak syarikat menawarkan diskaunMungkin mengupah orang lain utk membuatnya bagi pihak anda lebih murah dari anda lakukan sendiri.
Selamat Berjuang dalam kegawatan 2009!

p/s : Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dari rumah, Seminar Perniagaan SMS yang pertama 2009 akan diadakan pada Sabtu ini 17 Januari di Quality Hotel, K Lumpur. Sila klik disini sekiranya anda berminat.

p/p/s : Minggu lalu saya telah melancarkan Sesi Soal Jawab Terbuka mengenai SMS. Sudahkah anda bertanyakan soalan yang bersarang di kepala anda? Sehingga 31 Januari, inilah masanya untuk bertanya ’straight & naked’! :D Maklumat lanjut disini!






Perniagaan Idaman Hati

23 12 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya telah meminta bantuan rakan-rakan di WangCyber, di blog dan di Facebook untuk memberikan cadangan tajuk buku baru. Terima kasih.. terima kasih.. Berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan idea dalam memberikan cadangan tajuk yang sesuai untuk buku SMS yang baru. Lebih dari 100 cadangan tajuk diberikan dan bernas2 belaka, tetapi malangnya saya hanya dapat memilih hanya beberapa tajuk yang disebut-sebut sebagai finalist yang dirasakan sesuai. Saya telah kemukakan cadangan tajuk ini kepada penerbit buku yang akan menjadi juri profesional :D untuk memilih tajuk yang paling sesuai..

Insyallah, tajuk yang terpilih akan menjadi antara orang yang pertama mendapat buku ini!

Anyway berbalik kepada topik hari ini.

Perniagaan Konvensional vs Perniagaan Teknologi

Memang senario perniagaan dah banyak berubah dari dulu dengan sekarang. Dahulu memerlukan pekerja, sekarang boleh dilakukan secara automatik. Dahulu kerja 9am-5pm, sekarang 24 x 7. Dahulu memerlukan modal yang dari bank dan pinjaman, sekarang boleh bermula dengan kos yang rendah..

Saya boleh rumuskan, cara pelaksanaan perniagaan cara konvensional dan cara sekarang AMAT berbeza.

Seperti yang anda tahu, sesuatu perniagaan itu adalah perniagaan idaman sekiranya :

- Memberikan pendapatan berterusan
- Boleh diduplikasikan
- Permulaan yang rendah dan pulangan yang maksima
- Mobiliti dan Fleksible
- Penggunaan TEKNOLOGI yang maksima

Ya! Dengan penggunaan teknologi yang semaksima mungkin sahaja yang dapat ‘mengangkat‘ perniagaan itu dari pengendalian secara konvensional ke cara yang lebih canggih!

Maka, sekiranya anda tidak menggunakan teknologi dalam perniagaan anda, saya boleh andaikan yang perniagaan anda menuju kegelapan kerana persaingan teknologi yang tidak terlawan.

Sehingga kini, 2 bentuk perniagaan yang telah saya ceburi yang dapat membuktikan ia menjadi idaman perniagaan kepada semua.

“Saya telah ceburi perniagaan internet, hasilnya memang memberangsangkan. Kajian saya terhadap SMS juga memberikan pulangan yang sangat berbaloi.”

Boleh saya katakan, ia adalah perniagaan idaman saya!

Saya tidak mempunyai kakitangan yang ramai, bebas untuk menentukan masa saya bekerja, saya mempunyai pilihan untuk menentukan produk, produk2 saya boleh diduplikasikan dan saya tidak menyimpan inventori yang tinggi. Inilah yang saya mahukan. Kebebasan dalam menjalankan perniagaan!

Saya tidak pasti apakah ciri-ciri perniagaan idaman anda. Mungkin anda mempunyai ciri2 yang berbeza yang anda bole kongsikan. Atau anda merupakan usahawan ‘otai’ yang memang elergi pada teknologi ? Fikir2kan..

Sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan SMS dan menggunakan semaksimanya kemudahan internet untuk perniagaan anda, anda tidak harus lepaskan peluang :

Tajuk Seminar : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : 17 Januari 2009 bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang
Speaker : Irwan Dahnil
Lokasi : Quality Hotel , Kuala Lumpur

12 lagi tempat kosong. Seminar ini hanya akan dijalankan 3 bulan sekali. Untuk pendaftaran sila layari http://seminar.akademisms.com

Semoga perniagaan anda berdaya tahan dengan kekuatan teknologi!

p/s : Saya juga masih membuat survey dan tinjauan untuk mendapatkan apakah ciri2 yang orang cari dalam perniagaan.






Apa Yang Tak Kena Dengan Azam Baru ?

10 12 2008

Antara perkara yang biasa kita lakukan pada akhir tahun adalah menulis azam untuk tahun baru. Sudah menjadi rutin, rata-rata kita akan meletakkan matlamat perniagaan kita secara umum sahaja.  Semacam sudah basi, bila kita tulis azam pun macam tak bersemangat, hangat-hangat tahi ayam, nak tak nak sahaja.

Sesuatu azam yang ditulis secara tidak betul sebenarnya lebih sukar untuk dicapai.. Contohnya :

“Aku nak bisnes aku berkembang tahun depan!”    

Persoalannya : Sebesar mana bisnes anda mahu berkembang? Aspek apakah yang mahu dikembangkan ?

“Aku nak beli sebuah kilang untuk bisnes kerepek aku”

Persoalannya : Di mana kilang tu ? Apa yang kita tersebut boleh lakukan ?

“Aku mahu meluaskan pasaran bisnes ke luar negeri”

Persoalannya : Luar negeri tu luas. Nak pergi ke negara atau negeri yang mana satu ? Eropah ? Jepun? Asia Barat ?

Peter Drucker mengesyorkan supaya kita menulis matlamat dari formula S.M.A.R.T iaitu :

Specific (Terperinci) : Tuliskan angka, tarikh atau matlamat yang ingin dicapai. Sesuatu matlamat yang jelas lebih mudah untuk dituju berbanding dengan matlamat yang tanpa tujuan

Measureable (Boleh Diukur) : Boleh diukur dari segi kuantitatif atau kualitatif.

Achievable (Boleh Dicapai) : Mestilah boleh dicapai berdasarkan kemampuan sekarang. Jangan nak buat sesuatu yang terlalu jauh atau terlalu dekat untuk dicapai.

Realistic (Mesti Real) : Mesti real! Bukan khayalan.

Timely  : Mesti boleh dicapai dalam 12 bulan

Kuncinya hanya satu. Menulis matlamat hendaklah disertakan dengan maklumat terperinci apa yang hendak dicapai.

Tuliskan sekali sebarang angka yang diingin dicapai, hasil yang diingin diperolehi, nama tempat, saiz atau keluasan atau sebarang maklumat yang dapat menjelaskan lagi sesuatu azam itu dicapai.

Dengan menulis dengan lebih terperinci sebenarnya memudahkan sesuatu matlamat itu ingin dicapai. Kita juga dapat menilai tahap pencapaian sebenarnya dan bukan hanya daripada angan-angan sahaja.

Cuba lihat semula apa yang anda telah tuliskan untuk azam tahun 2008. Adakah telah tercapai ? Atau anda tersalah cara menulis azam yang betul ?






Kalut.. Kalut

20 11 2008

Ini kali ketiga saya menulis blog hari ini. Tak tau ape yang tak kena dengan WP saya hari ini, meragam tak boleh nak save post aje… .. Tak pe lah.. saya tulis semula…

Kawan2 saya dah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2. Jadi senior officers atau menjadi pengurus. Setakat terbang keluar negara sana-sini dah biasa sangat. Tak heran kata orang!

Bila berjumpa, ramai yang jeles sebab saya katakan pada mereka yang saya hanya bekerja dari rumah, tidak keluar negara sekerap mereka. “Best la engkau.. duduk rumah je, boleh main dengan anak…”

Memang best pada pandangan mata. Tapi sebenarnya dorang ni tatau yang saya sebenarnya mengalami satu sindrom :) Sindrom yang membuatkan saya rasa malas nak buat keje dan rasa nak berseronok2 je :)

Sebenarnya duduk di rumah juga mempunyai masalah sendiri. Cabaran nya juga ada… Meh saya ceritakan yang tak bestnya duduk rumah (sebenarnya best, cuma negative element tu ada juga) :

Malam tadi tido lewat sikit sebab siapkan salesletter. Then pagi ni lepas solat subuh mata macam berat je.. “Tido la kejap..  bangun pun tak larat buat ape pun… ” Zzzzzzzzzzzzzz

Sedar2 dah 2 jam terlajak. Jam dah pkl 9 pagi, terus on laptop. Sedang laptop boot up tu, pegi berus gigi dan basuh muka… “Grr…grr… sejuk… Mandi kejap lagi leee…. “

Lepas berus gigi berkeroncong plak perut. Turun bawah bukak tudung saji, cari makanan. Ahah! Mihun… Sodapnye!” Nyum…nyum..!!

Amik remote, switch on TV, sambil tengok2 berita pagi.. Sambil2 tambah mihun sebab lapar…

Alamak! Dah nak pkl 12 pulak ni… Kene lunch la pulak! “

So bila masanya nak buat kerja ? Kerja yang menunggu semakin lama semakin menimbun, di’parking’kan kat tepi meja KIV ….

Sindrom rasa tak bermotivasi, rasa malas, nak rilex2 je dan main2 ngan anak…

“…. Berenti makan la dulu… Lapar.. Makruh pulak nanti buat keje lapa2 :) Lauk ape ye nak makan ?

Burpp..! Alhamdulillah. Tetiba mata rasa berat je… Katil yang berada sebelah laptop mempunyai aura yang lebih kuat dari laptop tu sendiri…

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Opsss.. Tertidur … “

Solat then sedar2 dah petang… So nak bawak anak jalan2 kat playgroud…

BILA MASA NAK BUAT KERJA NYE ?

Memang tak de boss atau supervisor nak tengok kita bekerja. Tidak bermakna suka hati kita je nak makan, minum, tido pkl brapa…

So siapa kata kat rumah boleh rilex2 sambil buat keje ? Ini hari kerja, bukan hujung minggu…

p.s : Berdasarkan kisah benar. Semua penjiwaan watak adalah dari individu yang realitinya masih hidup.

p.p.s : Anda yang sedang baca blog ini, sudah2 la baca.. Kembali la ke laman yang membolehkan anda membuat kerja. Dah berapa banyak blog anda bazirkan masa untuk membaca di blog ? :)

p.p.p.s : Biasanya sindrom ini boleh berlaku bila2 masa. Kerja akan terbengkalai, jiwa akan meracau :)

Â