Dan Pemenangnya Adalah….

11 11 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Semalam saya berkesempatan lagi untuk berkunjung ke pejabat CFM untuk membincangkan perancangan untuk kempen dan promosi anti SMS.

2. Melalui CFM, saya cuba mendapatkan beberapa statistik dari polis mengenai kes yang melibatkan penipuan SMS.

3. Antara statistik menarik yang saya dapat adalah seperti dibawah :

Statistik Penipuan SMS Bagi Tempoh
Januari Hingga Ogos 2008

KONTINJEN KES KERUGIAN
Selangor 76 RM300,922.49
Johor 119 RM293,608.09
Melaka 42 RM177,746.44
P.Pinang 63 RM158,838.51
N. Sembilan 70 RM154,381.51
Perak 62 RM137,055.08
Kedah 48 RM117,740.24
Kuala Lumpur 10 RM59,264.43
Pahang 21 RM48,890.73
Sabah 20 RM44,398.79
Perlis 21 RM35,296.31
Sarawak 14 RM24,684.76
Terengganu 5 RM8,335.62
Kelantan 2 RM6,500

JUMLAH

573 RM1,507,663.00

4. Kerugian berjumlah lebih RM1.5 juta dalam masa hanya 8 bulan! Dan seperti yang saya jangkakan, Selangor menduduki carta tertinggi jumlah kerugian walau jumlah kes yang agak rendah berbanding dengan Johor.

5. Tapi dari statistik ini hanyalah kes-kes yang dilaporkan. Saya rasa ramai lagi yang terpedaya dengan SMS Scam ini tidak tampil membuat laporan polis.

6. Mungkin sebab rasa jumlah kerugian kecil sahaja, atau rasa malu untuk tampil kerana terpedaya!

7. Setiap laporan yang anda buat sebenarnya satu sumbangan kepada negara kerana pihak berwajib seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau CFM sendiri boleh menjadi saluran untuk bantuan.

****************** Latest Project! ******************

~ Anda mempunyai sebarang masalah, komplen atau kemusykilan mengenai SMS ?

~ Anda ingin melaporkan sebarang penipuan SMS yang mencurigakan ?

~ Anda sendiri telah terpedaya dengan SMS Scam ini ?

~ Anda ingin mendapatkan bahan rujukan, risalah dan garis panduan dan kod pengguna ?

Saya ada sesuatu untuk anda!

Dengan kerjasama Consumer Forum of Malaysia, nantikan satu page khas di www.irwandahnil.com/cfm yang boleh membantu anda.

Stay tune dengan projek ini!






Scam + Menipu + Salahguna = Sepandai tupai…

14 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1.  Demam + ulser + sakit tekak buat saya tak larat nak buat kerja beberapa hari. Nak cakap beraya sakan tidak juga.. Musim kot!

2. Gara-gara ebook SMS SCAM, saya dan En Salleh berpeluang berjumpa dengan kaunselor Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.cfm.org.my) untuk  program kempen anti penipuan internet dan SMS. Exciting program! Insyallah akan saya ceritakan lagi nanti.

3. Bercerita tentang scam, penipuan dan manipulasi internet dan SMS, nampaknya tak surut2. Setiap masa ada je yang kene, pelbagai skim baru yang muncul.

4. Scam, penipuan dan manipulasi satu hal. Satu lagi perkara yang terlepas pandang adalah dari segi kawalan pelanggan.

Ruang Sembang SMS 8TV Digantung

5. Ketika kita menyambut lebaran yang lepas, ruang chat SMS di televisyen 8TV telah digantung siarannya serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).  Mesej2 yang terpapar di laman web tersebut berbaur lucah dan penawaran perkhidmatan seks. Ia diberitakan disini.

6. Mungkin ramai yang ingat bisnes SMS ni bila dah berjalan, kita biarkan sahaja..Itu tanggapan yang salah. Cuba tengok apa dah jadi? Staff 8TV yang sepatutnya memantau ruang sembang tersebut, mungkin ‘tertidur’ terlalu lama (atau tak peduli?) sehingga tak sedar apa yang sedang disembangkan  di ruangan tersebut.

7. SMS sama macam bisnes yang lain. Perlu diberi perhatian. Mungkin tidak kerap, tetapi secara berkala. Pengajaran kepada semua…

4 Syarikat Kantoi Dek BNM

8. Hari ini pula dalam Utusan, 4 syarikat diberkas oleh Bank Negara Malaysia kerana menganjurkan skim pelaburan yang tidak sah.

9. Syarikat ‘bertuah’ tersebut adalah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

10. Masih dalam siasatan. Tengoklah hasilnya macam mana nanti. Saya bukan bersifat judgemental, tapi saya dah tengok lama juga syarikat2 ni, akhirnya kantoi juga dek BNM.

11.  Anda tentu lebih tahu, sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat macam ini. Boleh senaraikan lagi ?

12. Insyallah, SKMM akan buat roadshow untuk kempen2 bentuk penipuan ini tidak lama lagi. Kalau tiada aral saya akan turut serta.

p/s : Marilah sama2 kita celikkan masyarakat kita yang sebenarnya tiada jalan pintas untuk berjaya, kaya atau bersenang lenang. Usaha, istiqamah dan tawakkal itu sahaja caranya.