Hari Terbuka Truewealth : 30 Minit Demo Step by Step

6 03 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekadar makluman dan hebahan kepada semua.

Esok akan diadakan hari terbuka anjuran penerbit buku perniagaan dan motivasi kewangan True Wealth Sdn Bhd. Acara akan bermula pkl 11 pagi sehingga 5 petang.

Bagi saya ini adalah peluang baik untuk anda datang kerana anda akan ditawarkan diskaun sehingga 70% bagi buku terpilih.  Bagi pembelian RM150,  dapat pula 1 buku PERCUMA. Maklumat lanjut disini.

Saya, Gobala dan Shuth juga dijangkakan akan berada disana untuk menyokong usaha Truewealth. Insyallah saya akan berkongsi sedikit masa untuk melakukan demonstrasi bagaimana sesuatu sistem SMS diselenggarakan.

Sesi ini tidak lama, cuma 30 minit sahaja kerana saya perhatikan ramai yang masih belum mempunyai pendedahan tentang sistem SMS secara teknikal. Ini adalah peluang anda sekiranya berkelapangan. Jemput hadir sesi tersebut pada jam 12 tghr.

So kalau ada masa jemput hadir ke majlis ilmu ni ya!

Jumpa disana






Produk Apa Ya ?

20 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Semalam saya ada terbaca post Zamrinanyan di Wangcyber mengenai topik ‘Re-purpose Your Product’. Secara asasnya anda menggunakan produk anda yang sedia ada untuk mencipta produk yang baru.

Ketika saya memulakan projek untuk menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS pada pertengahan 2006 dahulu, saya dalam keadaan yang ’separuh matang’ tentang produk. Itulah pertama kali saya nak menulis dan pertama kali saya nak keluarkan produk sendiri dalam bentuk pembacaan. Heheh.. Ketika itu saya baru sahaja bermula untuk mengeluarkan produk-produk sendiri.

Tetapi mengapa saya memilih untuk menulis ? Mengapa saya tak buat produk lain ? Mengapa perlu ebook ?
Menjual Produk VCD

Rakan saya dulu memulakan produk sendiri dengan menerbitkan VCD Cara-Cara Memasang Komputer. Katakan ketika itu, dia sendiri tak pasti sama ada projek tersebut berjaya ke tidak.

Sehingga tahun 2007, rupa2nya produk2 VCD keluarannya telah terjual lebih dari 80,000 keping tuuuu…..

Walaupun produknya tidak seberapa tetapi itulah sesuatu yang boleh dibanggakan. Beliau pernah berkata “Kita mesti ada produk sendiri, barulah kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan industri kita “

Dulu saya tidak berapa mengerti dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya itu. Bukan tak faham, tapi ia tidak benar-benar memberikan kesan kepada saya. Sebab sebelum tu, saya dah buat macam2 produk, tapi ia tidak mengubah siapa saya dalam industri. Tetap susah nak duduk dan berdiri sama2 dengan pemain industri.
Jadi mengapa perlu ada produk sendiri ?

Total Control

Anda ada kedai runcit. Katakan antara barang yang anda jual adalah ubat gigi jenama XX. Lepas 2 minggu anda jual ubat gigi XX, pelanggan anda mula komplen sebab ubat gigi tersebut berbau busuk semacam. Apa yang boleh anda lakukan ?

~ Beri semula wang pelanggan ?
~ Boleh anda tukarkan rasa ubat gigi XX dengan rasa pudina sejati ?
~ Sanggup anda rekomen ubat gigi XX tersebut kepada pelanggan lain ?

~ Boleh anda beri diskaun kepada pelanggan sebab ubat gigi XX tu tak sedap ?

~ Anda sanggup bagi free ubat gigi XX tu kepada orang lain ?

~ Anda rasa pelanggan akan datang lagi tak beli ubat gigi dari kedai anda ?

Kebanyakannya jawapan adalah TIDAK BOLEH! Kerana ubat gigi XX itu bukan anda yang reka. Bukan anda yang mencipta, meletakkan rasa dalam ubat gigi tersebut. Anda hanya sebagai penjual.

Apabila kita tidak mempunyai produk sendiri, kita akan hilang kawalan terhadap produk yang kita jual. Kita tak boleh buat adjustment untuk menambahbaikkan produk tersebut serta merta, kita tak boleh nak beri diskaun kepada orang lain sebab harganya telah ditetapkan.

Dengan hanya berniaga menjual produk orang lain, kita tidak berkuasa! Semua kene ikut telunjuk jari orang yang mencipta produk. Apakah hak anda untuk mengubah ciptaan orang lain ?

Kalau ada produk sendiri, suka hati kitalah nak buat apa dengan produk tersebut. Nak jual, nak bagi Master Reseller kepada orang, nak bagi percuma sebagai cenderahati, nak simpan, nak pajakkan, nak ubah dan sebagainya.

Pendek cerita, produk anda. Anda fikirlah la sendiri!

Produk Yang Gagal

Penulis buku ‘What Self Made Millionaires Really Think, Know and Do’ menyatakan bahawa 19/20 dari produk baru akan gagal. 95% kemungkinan produk anda yang anda cipta dan buat akan gagal!

Jadi sebenarnya bila kita buat produk, hanya 5% akan berjaya..Haha.. cabaran tu… Jangan ingat bila kita buat sesuatu kita akan terus berjaya..

Sebelum saya tulis ebook tersebut, saya memang tidak pernah jadikan penulisan sebagai satu produk. Jadi saya telah setkan bahawa 95% kemungkinan ebook tersebut akan gagal.

Saya hanya terlibat dengan penciptaan beberapa produk ICT sendiri sebelum itu seperti sistem2 web dan sebagainya. Dan kebanyakan produk ICT yang saya buat, GAGAL! Memang tak boleh nak lawan Microsoft dan juga gergasi ICT yang lain. Saya memang dah lali dengan produk2 yang gagal ni…

Tetapi tidak dengan ebook saya. Jangkaan saya jauh meleset. Ebook saya benar-benar MALATOP dan menjadi hot selling ebook tahun berikutnya!

Apa yang mendorong kejayaan ebook tersebut ?

Buat Produk vs Jual Produk

Ramai dari kita (termasuk saya dulu), mempunyai mind set yang salah.

“Bila ada produk ni, mesti laku sebab ada market.”

Kita menganggap bila kita ada produk, kita tentu boleh hidup senang sebab produk kita akan terjual dengan larisnya.

Tetapi bagaimana kalau satu pun tidak terjual ?

Kenapa tidak terjual ?

Produk Baik + Pemasaran salah = Projek Gajah Putih

Produk Tak Elok + Pemasaran Salah = Campak kat tong sampah. Buat yang baru

Produk Tak Elok + Pemasaran Betul = Aniaya Pelanggan

Produk Baik + Pemasaran Betul = Goreng Pisang Panas!

Maksudnya di situ, mencipta produk adalah sebahagian. Sebahagian lagi yang lebih penting adalah menjualnya. Mencipta produk dan menjual produk adalah 2 perkara yang berbeza. Salah satu silap, kejayaan juga terancam.
Produk ICT yang saya pernah ciptakan dulu, salah dari segi pemasaran, model perniagaan dan strategi businessnya.

Berbanding dengan ebook, konsep pemasarannya adalah tepat.

Kunci untuk menambah kejayaan produk anda adalah pemasaran.

Nantilah, dalam post2 akan datang kalau saya ingat saya letakkan beberapa tips untuk menghasilkan produk2 yang mampu menjual

**************************************

Seminar Kota Kinabalu & Sabah Retreat!

24 jam sebelum penerbangan ke Kota Kinabalu :

Alhamdulillah semua barang-barang, peralatan dan kelengkapan telah siap. Tinggal untuk dimasukkan ke kotak dan pembungkusan.

Jumlah peserta seminar tidak berapa ramai. Saya tak tau sama ada silap pada promosi. Tak pe lah. First time pengalaman dengan pasaran Sabah!

Excited sebab dapat bawak MRP bersama.

Kalau ada photo menarik saya akan updatekan dalam blog.

***************************************






Apa Yang Salah : Peraduan atau SMS ?

12 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sekarang ini Celcom sedang giat dan mewar-warkan secara besar-besaran mengenai Peraduan 100 Hari 100 Kereta. Dipetik dari sumber akhbar, pihak Celcom berkata peraduan ini akan memberikan hadiah sebuah kereta Toyota Camry kepada seorang pemenang setiap hari!

Wah! wah! Seronoknya… Saya baca akhbar The Star semalam juga telah ada berita mengenai pemenang kereta tersebut.

2 hari lalu pula, saya menerima email dari salah seorang dari pelanggan yang pernah membeli ebook saya. Beliau bertanyakan saya tentang hukum peraduan yang dianjurkan Celcom tersebut. Saya agak sibuk kebelakangan ini, dan tidak sempat untuk membalas email beliau. Jadi saya taipkan sahaja jawapan saya dalam blog ini untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Beliau bertanya demikian kerana beliau berminat untuk menganjurkan peraduan SMS sendiri, tetapi agak ragu-ragu dengan hukum agama tentang peraduan ini. Ada dalam blog Ustaz Zaharuddin yang menyatakan peraduan SMS Celcom ini haram, malah berita terkini dalam Utusan Online juga memaklumkan Panel Syariah Jakim juga akan bermesyuarat pada Selasa ini untuk membincangkan isu ini. Pihak Celcom juga mengakui bahawa mereka tidak pernah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai peraduan ini.

** Update news : Celcom menghentikan sementara peraduan ini atas permintaan JAKIM.

** Latest news : SKMM telah mengarahkan Celcom untuk memberhentikan peraduan susulan bantahan awam. SKMM juga mengarahkan wang dikembalikan. :)

Yang haram tetap haram..

Apabila ditanya tentang hukum, saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan tentang halal-haram nya sesuatu peraduan tersebut. Siapalah saya..

Tetapi dalam hukum agama ini, ada satu garis panduan yang jelas tentang halal haram.

Petikan dari laman blog Ustaz Zaharuddin :

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy” dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Untuk bacaan lanjut disini.

Pertandingan melalui SMS juga haram ?

Kalau nak dikata buat peraduan yang haram, bukan hanya melalui SMS. Banyak lagi cara lain yang digunakan.

#1 : Melalui akhbar yang menghebahkan mengenai peraduan

#2 : Televisyen pun sama. Dulu pernah kena hentam sebab siarkan peraduan2 yang ntah apa2, tidak munasabah, dan merendah2kan tahap pemikiran penonton.

#3 : Internet. Penyalahgunaan untuk menipu dan berselindung disebalik alam maya…

Jadi haram ke semua media2 tersebut ? Tentunya tidak.

Bagi saya, SMS adalah satu saluran media sahaja. Sebuah media interaktif. Tiada yang salahnya untuk membuat peraduan melalui SMS. Sama seperti peraduan-peraduan yang lain yang dibuat di mana-mana media.

Tetapi apabila syarat2 peraduan tidak mengikut landasan yang dibenarkan Islam, mempunyai kadar keraguan yang tinggi, bersifat manipulatif dan sebagainya, bagi saya peraduan itulah sebenarnya yang haram, bukannya media.

Bukan SMS, televisyen, akhbar, atau internet.

Apabila anda ingin lakukan peraduan SMS..

Ikuti langkah yang lebih selamat :

#1 : Rujuk kepada pakar agama mengenai peraduan yang anda ingin jalankan. Anda fikirkan lah konsep peraduan anda, kemudian barulah jumpa mereka. Kalau konsep anda tidak melanggar hukum agama, insyallah tiada masalah. Ustaza Zaharuddin antara tempat rujukan yang paling baik apabila melibatkan perniagaan, kewangan dan pelaburan dalam Islam

#2 : Rujuk kepada undang2 negara. Asalkan anda tidak menipu, itu tidak mengapa.

Banyaknye peraduan SMS yang mengarut-ngarut

Kita tengok di Harian Metro, cukup banyak la peraduan SMS yang bukan2. Ada yang menawarkan bermacam2 hadiah. Halal atau haram peraduan itu, kita berbalik kepada bagaimana kita nak menilai peraduan tersebut.

Kebanyakan penganjur peraduan ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas jumlah pemilik telefon bimbit yang melebihi 20 juta orang. Kalau 1% yang sertai, dan setiap SMS dicaj RM5, sudah berapa wang yang diperolehi ?

Tentunya, kalau peraduan tersebut menggunakan wang yang dikumpulkan dari penyertaan melalui SMS tentunya haram.
Dan saya percaya, peraduan2 seperti ini tidak lama berada di pasaran. Disebabkan tamak haloba, mereka lupa bahawa teknik pemasaran dan perniagaan SMS ini perlu dikuasai dahulu. Tanpa ilmu, perniagaan apa pun tidak boleh pergi jauh.

Bukan semudah itu untuk menghalalkan benda yang sendiri pun tidak tau hukum hakamnya.

Wallahuaklam!






Bisnes dan Politik

6 03 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya curi-curi masa buat catatan sedikit dalam blog dua hari sebelum hari pembuangan undi.

“Irwan, saya kenal Dato’ Sri xxxxxxx . Saya rasa masa pilihanraya ni masa yang paling sesuai kita nak cucuk projek “

“Saya kenal orang dalam. Awak siapkan proposal, nanti saya bawak jumpa dia untuk dapatkan sokongan”

“Orang-orang ni sedang cari projek. Apa kata kita cadang kat diorang buat projek ni? ‘Cable2′ dorang mesti luluskan punye!”

Ini adalah ayat-ayat biasa yang saya selalu dengar apabila dikaitkan politik dengan bisnes. Bagaimana dengan anda ? Ada ayat-ayat yang lagi ‘power’ yang anda boleh kongsikan.

Ada orang kata, nak bisnes kita mesti ada ‘contact’ dengan orang politik. Baru boleh maju dan kaya. Betul ke?

Jadi bagaimana seseorang tu yang naif, tak kenal mana-mana orang politik ? Tiada ‘cable’ dan orang dalam ? Tidak ’survive’ ke mereka nanti ?

Saya sendiri sebenarnya tidak cenderung kepada mana-mana parti politik kalau melibatkan perniagaan.

Pada saya, mereka yang meletakkan 100% kebergantungan kepada parti politik, ahli politik, menteri, ‘cable’, orang dalam dan seumpama dengannya, sebenarnya berada dalam keadaan yang bahaya. Sekiranya semua projek diharapkan dari golongan ini, ini sebenarnya menjejaskan jangka hayat perniagaan.

Tidak bermakna kita tidak perlukan orang politik, cable, orang dalam atau kerajaan.

Kita perlu! Tidak kira siapa kerajaannya, tidak kira siapa orangnya. Tetapi hendaklah dalam keadaan yang tertentu. Bukan dalam semua keadaan.

Mereka ini perlu digunakan untuk mempermudahkan, membantu dan juga menyokong. Itu sahaja.

Erti kata lain. Kalau tiada mereka, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Kalau ada mereka banyak perkara menjadi mudah.

Yang lebih silapnya, kalau mereka tiada (kene pecat, tak panjang umur, tak dilantik semula) , bisnes kita pun tutup! Bagi saya, itu bukan bisnes yang asli.

Bisnes yang asli sebenarnya tidak bersandarkan 100% kepada golongan ini. Perlu bijak. Kalau ada konsep ‘timbal-balik’ perlu lah lebih berhati-hati. Silap-silap ada unsur-unsur rasuah pula nanti!

Kalau tanya saya, siapa pun bagi projek yang saya mampu buat saya ambil! Tak kira lah dacing ke, bulan ke, roket ke … Kan orang kat, rezeki jangan ditolak! :)
Bak kata Donald Trump ” Keep It Strictly Business “

Selamat Mengundi!






Saya ke udara!

25 09 2007

Salam Ramadhan,

Malam tadi saya berpeluang ke udara melalui siaran langsung dari konti Bernama, Radio24 93.9FM. Saya sendiri sebenarnya tidak pernah dengar tentang radio ini. Selepas berbual dengan deejay, Sayed Munawar (yang juga pengacara rancangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia), saya dimaklumkan bahasa ia adalah stesen yang baru berusia 3 minggu. Dahulunya frekuensi 93.9FM adalah untuk Nasional FM, tetapi setelah digabungkan dengan Klasik FM, maka tidak hairanlah kalau saya sendiri tidak pernah dengar siaran ni.

“Siaran Radio24 juga boleh didengar dengan melungsuri laman sesawang www.radio24.com.my , sebenar dan semasa” bak kata deejay Sayed Munawar. :)

Setelah saya amati, sebenarnya Radio24 mempunyai niche siaranyang berbeza dengan radio-radio lain. Seperti BBC atau ABC di televisyen, RadioKL menumpukan hanya kepada berita-berita terkini. Jadi, kuranglah lagu-lagu yang mendayu-dayu di corong radio. Untuk orang-orang muda, mesti boring dengar Radio24 ni :)

Apapun semalam saya berkeudara secara live selama 35 minit. First time ‘live’ on radio, pada awalnya mesti saya rasa saya gugup. Rupa-rupanya 15 saat yang awal je gugupnya… Seronok juga sebenarnya sebab bila ada interaksi dengan deejay, saya mula lupa kegugupan dan mula rasa seronok. Best juga jadi deejay rupanya.

Perkara yang menarik semalam yang saya ingin kongsikan. Memandangkan ada lebih 30 model perniagaan SMS yang saya nyatakan dalam buku Buat Duit Dengan SMS, deejay ada bertanya :

“Kalau seseorang tu masih baru dengan perniagaan dan pemasaran SMS, apakah model yang paling sesuai digunakan”

Saya jawab, “Pilih model yang anda rasa sesuai dan selesa, kerana model tersebut terbukti berjaya. Manusia ni kan peniru nombor #1 “

Deejay tergelak, mengakui hakikat bahawa jalan yang mudah untuk berjaya adalah dengan meniru mereka yang telah berjaya. Kadang-kala kita sibuk memikirkan formula atau strategi tersendiri untuk berjaya, tetapi sebenarnya kejayaan juga boleh dicapai dengan meniru 90% dari formula orang berjaya dan menambahkan 10% kelainan kepada formula tersebut. Nak tengok contoh terlalu banyak. Kalau tak kerana formula ini, saya tak rasa Proton wujud!

Sebenarnya terlalu memikirkan perkara yang mudah, akan membuatkan kita terasa semakin jaduh dengan kejayaan. Kerana
sibuk inginkan kejayaan, kita lupa kadang-kala telah banyak kejayaan yang telah kita capai, cuma tahap kejayaan sahaja yang kita lupa.

Renung-renungkan.. Apakah suatu kejayaan pada diri anda yang anda tidak sedar bahawa anda telah berjaya ?






Ada apa dengan TV ?

21 09 2007

Salam Sejahtera,

Dah berlalu lebih seminggu Ramadhan. So badan dah mula biasa, jadual kerja pun dah adjust mengikut kesesuaian bulan puasa. Takde dah letih-letih tidak bertempat :)

2 hari lalu, saya berpeluang untuk menyertai rakaman rancangan TV RTM bertajuk Resensi. Resensi adalah slot yang berkisar mengenai buku dan penulis yang ke udara semasa rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada setiap hari. Kali ini peluang saya ke udara untuk berkongsi maklumat mengenai Buku Buat Duit Dengan SMS.

Seronok juga memandangkan bukan hanya saya seorang, tetapi beberapa lagi penulis Truewealth. Shuth dan ZamriNanyan dah buat posting. Terima kasih kepada Truewealth dan RTM yang membolehkan buku saya ditatap di TV nasional!

Sekadar berkongsi, peluang ke udara di televisyen merupakan cara promosi. Up to date, selain dari internet dan televisyen, saya juga seorang penulis di kolum e-dagang majalah Apprentice. Majalah yang masih baru yang berkisar mengenai keusahawanan. Selain saya Azizi Ali dan Dr Irfan Khairi juga penulis dalam majalah tersebut.

Yang penting, kita boleh lihat macam mana pasaran memberi respon kepada kita selepas kita bersiaran. Itu yang penting. Saya sendiri baru berkecimpung dalam dunia media ni tetapi saya dapati impak perniagaan yang sangat hebat. Setiap media mempunyai gaya dan perbezaan yang tersendiri dalam menyampaikan maksud kita. Best juga pengalaman dengan media ni. Anda juga patut mencuba!

p/s : Bila lah pula nak live-on-air masuk radio pulak ni…

Cuba anda bayangkan, kalau anda nak masuk mass media, media mana yang paling sesuai untuk anda dan perniagaan anda ? Kalau TV, channel mana ? Kalau majalah, majalah apa?