Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » Berita Perniagaan

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Minisite Atau Portal ?

19 08 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Memang dah menjadi kemestian untuk memiliki sesebuah laman web untuk menjual atau memasarkan produk. Kalau takde website, macam mana nak jual barang ye tak?

2. 13 tahun lalu, laman web kebanyakannya masih lagi berasaskan html, statik, tiada 2.0. Sungguh mudah sekali kalau kita tengok strukturnya. Kebanyakan site yang masih menggunakan html biasanya untuk cipta Minisite.

3. Tidak lama kemudian, konsep portal mula mengambil alih. Ada macam-macam jenis portal yang mudah diinstall dan digunakan. Dulu saya biasa php-nuke & postnuke yang sekarang dah naik taraf jadi Joomla!

4. Bila portal kelihatan lebihcanggih, mulalah ramai orang berkata minisite ni nampak koro, tak profesional dan ketinggalan teknologi.

5. Saya antara orang yang percaya dengan pandangan ini (dulu)…

6. Sehingga saya buat minisite AkademiSMS.com, baru saya sedar sebenarnya saya dah tersilap andaian. Sebenarnya kedua2nya mempunyai daya ‘menjual’ yang jauh berbeza.

7. Portal yang hebat tidak semestinya mampu menjual LEBIH produk dari minisite.

8. Minisite yang huduh dan simple tidak semestinya TIADA orang yang membeli.

9. Portal yang hebat, memerlukan masa, tenaga dan sumber yang lebih banyak untuk dibangunkan. Sebaliknya minisite lebih mudah, tidak terlalu teknikal malah memadai

10. Kalau jumlah jualan dari Portall TIDAK BANYAK BERBEZA berbanding dengan Minisite, baik kita buat Minisite. Buat portal memang banyak buang masa. Sepatutnya usaha yang dicurahkan untuk bangunkan portal memberikan hasil 100 kali ganda dari Minisite. Jumlah jualan mesti berbaloi dengan sumber yang diperuntukan untuk bangunkan portal. Betul tak ?

11. Tapi macam mana kita nak tau, mana yang jual lebih banyak ? Portal atau Minisite ? Develop kedua2nya sekali ?

12. Saya rasa banyak IM akan pilih Minisite.. Apa pendapat anda ?

Teaser for Pelancaran Projek Akan Datang ! Nantikan…








Kenapa Orang Menulis Buku ?

13 08 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Cabaran Penulisan Pendek Blog : Terinspirasi dengan gaya penulisan mantan PM di chedet.com, saya nak menulis secara point form pula. :)

1. Ramai yang masih tidak tahu pentingnya untuk menghasilkan produk sendiri. Di akhirnya, apabila kita berniaga kita cenderung untuk menjual produk orang lain dari produk sendiri.

2. Mungkin disebabkan tidak tahu apakah produk yang mampu dihasilkan, maka kita tak dapat nak mencipta apa2 produk yang unik.

3. Pandangan peribadi, saya hanya akan buat produk yang saya tahu, atau perkara yang saya minat, ada kemahiran dan pengetahuan.

4. Lihat Cone of Learning dibawah. Ada 1001 produk yang anda boleh cuba bangunkan.

5. Contoh produk reading adalah buku, hearing seperti MP3 atau rakaman audio, Watching a movie adalah seperti membuat VCD atau video tutorial dan giving a talk adalah seperti seminar dan ceramah. Banyak lagi bentuk produk yang boleh dibangunkan dari cone diatas. Cuba anda fikirkan !

6. Mengikut Cone of Learning, pemahaman pelanggan terhadap perkhidmatan anda akan meningkat dengan bentuk produk yang berbeza. Dengan menghasilkan buku, ingatan pembaca hanya 10%, manakala membuat membuat seminar atau ceramah akan meningkatkan pemahaman orang lain dengan 70%. Contohnya, anda adalah tukang masak yang paling handal. Anda boleh mula dengan menulis buku memasak, menghasilkan VCD memasak, mengadakan kelas memasak dan sebagainya.

7. Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi juga memberitahu tips yang sama. Di pasaran Malaysia kita perlu menjadi jaguh dalam bidang kita dengan membangunkan perkhidmatan dan produk di dalam industri yang sama.

8. Kerana itu, ramai yang bermula dengan menghasilkan buku terlebih dahulu. Saya juga memulakan projek SMS saya dengan menghasilkan ebook, buku Buat Duit Dengan SMS dan seminar. Apa lagi produk yang saya boleh hasilkan ya ? Ada cadangan ?
9. Yang bagusnya pendapatan dari jualan buku mendapat pengecualian cukai selain dari menjana pendapatan berulang selagi buku dicetak walau hanya ditulis sekali.

10. Buku juga dapat membeza anda dengan orang lain disamping hasil penulisan anda menjadi peninggalan anda di dunia .

11. Jadi tidak hairan mengapa orang mahu menulis buku. Mengapa anda tidak mencubanya? Tiada alasan untuk membangun produk sendiri.

p/s : Gobala Krishnan, seorang IM yang tidak perlu diperkenalkan lagi juga telah menghasilkan buku sendiri. Terima kasih diatas complementary copy yang di kirimkan Mr Gobala!. Kandungannya kelihatan menarik. Congratulations! Semoga menjadi best-seller!








Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB

21 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Seperti yang saya jangkakan, saya akan dihujani dengan email yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan cerita MIRSB saya pada minggu lalu. Tidak kurang juga yang menghantar email kepada saya, meminta pandangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka yang telah terjebak dengan membeli sistem MIRSB…

Sekiranya anda belum membaca post sebelum ini mengenai MIRSB, sila klik di sini.

Telah saya katakan saya bukan ingin menjadi ‘hero’ sangat dalam hal ini. Kalau betul2 saya nak jadi hero, banyak lagi saluran yang lebih baik, beretika dan berautoriti untuk saya sampaikan ketidakpuashatian orang ramai. Banyak lagi badan dan pihak berwajib yang lebih arif dalam selok belok hak pengguna dan kepenggunaan.

Saya cuma melihat dari perspektif usahawan. Dan tidak lebih dari itu. Saya hanya berkongsi, anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Mungkin kupasan hari ini lebih memberikan gambaran kepada anda :

****************************************

Apa Yang Silapnya Tentang MIRSB ?

Seperti yang saya catatkan dalam post yang lepas, MIRSB tentunya bergembira dengan kejayaan kempen pemasaran mereka. Iklan satu halaman penuh telah berjaya menarik perhatian ratusan (mungkin juga ribuan) pembaca untuk menghadiri seminar mereka.

Mengapa saya boleh andaikan begitu ? Sekitar 30 - 70 orang menghadiri seminar MIRSB. Seminar percuma pula tu.. Tentulah ramai yang datang.

Modus operasi adalah mudah. Dengan memberi seminar selama 2 jam secara percuma, ia akan menggalakkan lebih ramai orang hadir. Lebih ramai orang yang hadir, potensi untuk orang membeli produknya lebih tinggi. MIRSB bergerak secara berkumpulan dengan melantik speaker untuk bercakap bagi pihak MIRSB. Setiap speaker akan dibantu oleh oleh pasukan yang fokus kepada jualan.

Setakat yang saya kongsikan ini, MIRSB tidak salah apa-apa. Everything goes smooth. Tiada unsur penipuan.

Tetapi apa yang berlaku seterusnya, mula meruntuhkan kredibiliti MIRSB dalam menjalankan perniagaan SMS. Maka bermulalah episod dimana orang katakan MIRSB ini penipu!

1. Seminar tersebut boleh dikatakan bukan seminar. Ia lebih kepada product awareness. Ia selayaknya dipanggil taklimat potensi perniagaan SMS. Itu pun hanya dilakukan dalam masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya adalah sesi menjual produk SMS yang akan saya terangkan. Seminar apa yang hanya 1 jam ?

2. Dalam seminar, pihak MIRSB mengetepikan isu-isu yang penting seperti halangan spam oleh kerajaan. Berkeras menyatakan SPAM itu dibenarkan dengan cara yang betul! Kalau hukum dunia pun dilanggar, saya boleh buat kesimpulan tentunya hukum halal haram tidak disentuh langsung ketika seminar.

3.Seminar @ taklimat disampai oleh perucap yang dikatakan bakal jutawan 2008! :) Geli hati saya. Bukan saya menidakkan prospek kejutawanan beliau, cuma saya berani dan cukup yakin yang beliau ini tidak pernah mengelolakan sebuah perniagaan SMS. Tak payah lah kita cakap perniagaan SMS yang bersaiz besar korporat, peraduan SMS pun belum tentu pernah buat. Jadi ia tidak menghairankan saya kenapa beliau nampaknya tidak tahu selok belok dan realiti perniagaan SMS!

4. Menjanjikan kejutawanan dalam masa 3 bulan selepas bermula perniagaan SMS. Ini fakta yang cukup meyakinkan saya yang beliau tidak tahu bahawa pembayaran pertama hanya datang dari telco pada 2 hingga 3 bulan selepas bermula. Lainlah dia pakai duit poket dia sendiri, tapi fakta pembayaran yang lewat dari telco memang perkara yang wajib tahu oleh usahawan SMS.

5. Tidak memberikan masa yang secukupnya bagi peserta untuk menilai potensi, risiko dan modal perniagaan SMS. Peserta tak sempat nak berfikir baik buruk. Keputusan sama ada ingin beli atau tidak dibuat selepas seminar. Siapalah yang dapat berfikir sewarasnya dalam keadaan macam tu? Mungkin salahnya ada pada orang yang hadir juga. Nak cepat kaya! No pain, no gain lah konon..

6. Seminar bukan menceritakan tentang potensi perniagaan SMS dan yang berkaitan (seperti profit sharing, memilih gateway, teknik dan tips SMS) sebaliknya khusus kepada konsep reselling product. Ini bermakna bila dah beli produk, ahli boleh memilih untuk menjual balik produk tersebut (reseller right).. Di akhirnya orang yang membeli produk tak tahu pun nak buat ape dengan sistem SMS tu.. Terkebil2 je lah tengok sistem tu tatau nak buat ape…

Saya ingin nyatakan disini, maklumat diatas dikumpulkan selepas mendengar rintihan daripada mereka yang pernah menghadiri seminar @ taklimat tersebut. Tiada bukti yang saya rakamkan, anda bebas untuk mempercayainya atau tidak. Nanti takut saya pula yang jadi tukang fitnah!

Reality check :

Pemasaran memang cantik!

Perancangan media memang menarik!

Iklan memang mengagumkan!

Business model memang mantap!

Tapi…. content tidak asli…

Abes punah…

Saya dah cakap tadi. Saya bukan untuk memburukkan MIRSB. Saya cuma tengok dari perspektif usahawan SMS sahaja. Saya tidak pernah menyanggah harga sistem SMS yang dijual bermula dengan harga RM5K (dijual pada harga RM1K sahaja pada peserta seminar) kerana itu adalah teknik meletak harga masing2 (mungkin terpaksa letak mahal untuk beli iklan bersaiz halaman penuh yang berharga tinggi!). Itu adalah strategi MIRSB.

Memang betul, dalam strategi pemasaran mereka menceritakan potensi bagaimana duit itu boleh berganda kalau berjaya menjual produk. Tetapi SMS itu sendiri bukan satu produk statik macam jual beli gula-gula atau keropok lekor. SMS itu sendiri ada banyak elemen seperti memilih perniagaan, memilih produk, memilih aplikasi, menentukan gateway, mengira modal, membuat pengiklanan, dan juga 1001 ilmu perniagaan yang perlu dikuasai terlebih dahulu.

Itulah yang silapnya. Menjual produk SMS macam menjual gula-gula dan keropok lekor. Mana mungkin sama.

Tetapi akibat disamakan lah mewujudkan pelbagai masalah, persoalan, tak puas hati, marah-marah dan memburuk2kan perniagaan SMS.

Insyallah ada kelapangan saya akan buat catatan lagi tentang janji-janji yang ditabur MIRSB. Harap2 siapa yang terbaca tidak terguris jiwa. Ini adalah fakta sebab pelbagai pihak terlibat termasuklah pihak polis!

Jeng-jeng-jeng…… :)

****************************************

Malas sebenarnya saya nak cerita tentang hal ini. Nanti orang kata buat musuh pula. Atas tanggungjawab.

“A strong man will defend himself, stronger will defend others “ :)

Saya pun agak sibuk dengan menyiapkan manuskrip terakhir untuk buku SMS saya yang kedua.. Opss.. Masih lagi misteri :) Sabtu ini pula pada 26 Julai akan diadakan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS di Quality Hotel. Seminar sehari tau! Siapa yang belum mendaftar, cecepat lah daftar, sebab saya rasa seminar ini mungkin yang terakhir kot buat tahun ini. Daftar disini.
Jumpa lagi








Belum Cuba, Belum Tahu

14 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Maaf kerana sepanjang minggu lalu saya tak dapat nak kemaskinikan blog. Saya agak kesibukan dengan urusan di Indonesia. Bersyukur di Malaysia internet sentiasa tersedia untuk membolehkan saya bekerja, susah betul nak dapat internet connection di Indonesia.

Hujung minggu lalu pula, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan anjuran Azizi Ali. Insyallah kalau ada kesempatan saya akan kongsikan beberapa informasi yang boleh dikongsi.

Cuba ingatkan kembali ketika kita di sekolah rendah dulu ketika baru nak kenal ABC, 123 dan Alif Ba Ta…

Kita cuma belajar asas mengira dan membaca.

Seterusnya bila dah besar, kita dah pandai menyusun kata dan pandai pula menulis.Bila dah besar lagi, kita belajar pula tatabahasa, menulis karangan dan sebagainya.

Berapa lama proses untuk kita pandai menulis dan membaca mengikut struktur yang betul ? Dari darjah 1 (atau tadika) hingga Tingkatan 5. 6 tahun + 5 tahun = 11 tahun.

Jadi tidak hairan kalau kita boleh menulis dan mengira dengan baik sekarang. Terima kasih kepada pengalaman 11 tahun yang menjadikan kita begitu sempurna menulis dan membaca.

Itu baru menulis dan mengira.

Bagaimana dengan perniagaan ? Brapa lama masa untuk menjadi ’sempurna’ dalam perniagaan ? 1 tahun ? 2 tahun ? 3 tahun ? 5 tahun ? 10 tahun ? 20 tahun ?

Hmm… Saya rasa rugi sangat kerana keusahawan tidak diajar ketika saya dibangku sekolah lagi. Bermula dari kecil… Kalau dari kecil saya dah mula dengan perniagaan, mungkin kejayaan saya dapat dipercepatkan…

Ntah la.. Fikir2kan….

Perniagaan bertitik tolak dengan membuat apa sahaja bentuk perniagaan yang kita suka, kita tahu dan kita minati. Tiada jalan salah atau betul. Setiap kesalahan akan membuka satu jalan untuk kejayaan.

Tiada jangkamasa untuk mencuba. Tapi sesiapa yang memulakan perniagaan awal, maka lebih cepat dia akan pandai dan sempurna dalam perniagaan. Tidak dicuba, tidak akan tahu.

Kesilapan paling teruk adalah apabila seseorang itu tidak mencuba. Bagaimana untuk berjaya kalau mencuba pun belum ? Jangan mengalah sebelum mencuba. Tiada kesempurnaan dalam perniagaan. Jalan je dulu!

Kalau berjaya, teruskan. Kalau gagal ulangi semula proses.

Hanya itu jalan sukar perniagaan.

So far, tiada sekolah yang mengajar kita menjadi sempurna dalam perniagaan. Tiada sekolah yang mengambil masa 11 tahun untuk melatih bakal usahawan.

Kalau adalah sekolah yang melatih bakal usahawan selama 11 tahun, bayangkan betapa sempurnanya perniagaan kita sekarang ….. Maka kasihanlah mereka yang bermula perniagaan ketika usia telah mula mencecah ke zaman pencen dan sebagainya…

Rupanya bukan mudah ‘art of business’ ni..

Jumpa lagi.








I’m Back!

24 06 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Semalam saya dan team AkademiSMS selamat kembali ke Kuala Lumpur setelah selesai menganjurkan Seminar SMS yang julung-julung kalinya di Sabah. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan! Tidak pernah saya sangka peserta Sabah yang begitu berminat dengan perniagaan SMS.

Tahniah kepada semua peserta. Anda telah berjaya memasuki kelompok golongan yang celik dengan perniagaan SMS. Lepas ni jangan kena tipu lagi dengan skim-skim yang menjanjikan janji yang tidak logik!

Terima kasih orang Sabah!

Berita baik! Selepas ini Seminar SMS akan dianjurkan di tempat anda pula.

Sama ada anda di Kota Bharu, Sungai Petani, Batu Pahat atau Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan maklumat seminar di laman web Akademi SMS. Pendaftaran telah mula dibuka sekarang. Saya rasa ini mungkin trip seminar yang terakhir untuk tahun 2008.

Hari ini saya rasakan tiada yang mustahil dalam menjalankan perniagaan. Sekiranya kita benar-benar mengkehendaki sesuatu, kita akan berusaha bersungguh-sungguh. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berjaya menganjurkan seminar sehingga ke Kota Kinabalu. Tidak sampai setahun saya mulakan seminar ini pada 7 Julai 2007 yang lalu!

Unbelieveable!

Kata Richard Branson, ” Screw It, Let’s Do It ” . Belasah je!

p/s : Nanti saya cuba emailkan atau uploadkan gambar dan video semasa seminar.








Seminar SMS Kini Di Sabah | Kuasa Percayai Diri

17 06 2008

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada awal ketika saya menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, saya sendiri berasa ragu-ragu dengan kemampuan saya. Ketika itu, saya begitu janggal dengan dunia latihan dan penulisan. Banyak perkara yang saya tidak tahu dan masih samar-samar. Pendek kata, saya sendiri kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri!

Niat saya ketika itu hanyalah satu. Untuk membantu mereka yang tidak tahu menjadi tahu, mereka yang buta menjadi celik dan yang paling penting untuk mengelakkan mereka dari terpedaya dengan 1001 muslihat teknologi dengan menggunakan SMS. Saya mahu membantu untuk membanteras skim-skim yang tidak logik, perniagaan SMS yang tidak masuk akal, dan juga penipuan teknologi yang bersifat manipulatif! Anda tentu lebih tahu siapa yang saya maksudkan…

Siapa sangka… Pada hujung minggu ini pula, dengan izin Tuhan saya akan ke Kota Kinabalu pula untuk menganjurkan seminar pertama pada 22 Jun (Ahad) di tanah borneo itu.

Syukur alhamdulillah, sehingga kini saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya rasa seperti tidak percaya dalam masa yang singkat buku saya berjaya diterbitkan dan beberapa ebook khusus membantu usahawan untuk memulakan perniagaan SMS juga telah berjaya dipasarkan.

Yang paling penting, semakin ramai yang telah sedar bagaimana perniagaan ini berjalan. Semakin ramai yang tahu bagaimana SMS ini boleh dimanipulasikan bagi tujuan baik dan jahat. Semakin ramai yang tahu untuk menyelamatkan diri bila skim, perniagaan dan juga penipuan SMS datang menyerang di media massa yang tidak putus-putus.

Sekurang-kurangnya, usaha saya ini benar-benar memberi faedah kepada mereka. Saya bersyukur kerana apa yang saya hajatkan tercapai.

Dan lebih menggembirakan, saya tidak lagi keseorangan dalam usaha saya ini. Insyallah, sedikit masa lagi, saya akan memperkenalkan mereka yang saya gelar sebagai Associate Partners (MRP). Mereka adalah golongan yang tekun dan saya dapat kongsikan sedikit ilmu kejayaan. Saya bawa mereka sekali dalam perjalanan saya ke Kota Kinabalu nanti. Teringat-ingat pengalaman pertama memanjat Gunung Kinabalu tahun 1997 dulu… Aduiii.. Lama betul dah!

Sukar untuk saya percayai, bahawa perjalanan yang jauh itu mampu dilakukan dengan memulakan langkah pertama. Secara istiqomah, yakin dan terus melangkah. Saya sendiri tidak menyangka perjalanan seminar saya akhirnya sampai di Kota Kinabalu.

Kita akan terkejut dengan kemampuan ’super’ yang terpendam dalam diri kita. Percayalah dengan diri sendiri, berikan sedikit ruang untuk muasabah. Saya percaya, anda mungkin akan meneroka kehebatan diri anda…

====================================================

Pengumuman #1

Seminar SMS akan sampai ke Kota Kinabalu pula. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan SMS sebagai perniagaan sambilan, atau perniagaan sepenuh masa, sertai perniagaan SMS pertamanya di Malaysia…

Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am - 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Boleh hubungi Helmi 013 2295944 atau Rumaizah 016 8480920 untuk sebarang pertanyaan. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati di http://www.akademisms.com/sabah.htm

PENTING: Ini adalah seminar TERAKHIR di Kota Kinabalu. Jangan terlepas peluang ini.

====================================================

Pengumuman #2

Apabila kita sibuk melayani tekanan bahan api, AkademiSMS juga akan mengubah beberapa langkah berhemah mulai 1 Julai 2008

1. Pakej ebook akan ditukar dan dikemaskinikan menjadi versi 1.5.

2. Segala urusan penghantaran adalah melalui Pos Berdaftar dan bukan Pos Laju seperti sekarang.

3. Kos pengeposan tambahan akan dikenakan sebanyak RM3 bagi penghantara buku Buat Duit Dengan SMS

Langkah minima.. Tidak membebankan pelanggan pun.

====================================================

Kepada MRP : Selamat Bergraduasi! :) Kerja baru nak bermula.. Siaplah korang!

Jumpa lagi…








Apa Yang Salah : Peraduan atau SMS ?

12 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sekarang ini Celcom sedang giat dan mewar-warkan secara besar-besaran mengenai Peraduan 100 Hari 100 Kereta. Dipetik dari sumber akhbar, pihak Celcom berkata peraduan ini akan memberikan hadiah sebuah kereta Toyota Camry kepada seorang pemenang setiap hari!

Wah! wah! Seronoknya… Saya baca akhbar The Star semalam juga telah ada berita mengenai pemenang kereta tersebut.

2 hari lalu pula, saya menerima email dari salah seorang dari pelanggan yang pernah membeli ebook saya. Beliau bertanyakan saya tentang hukum peraduan yang dianjurkan Celcom tersebut. Saya agak sibuk kebelakangan ini, dan tidak sempat untuk membalas email beliau. Jadi saya taipkan sahaja jawapan saya dalam blog ini untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Beliau bertanya demikian kerana beliau berminat untuk menganjurkan peraduan SMS sendiri, tetapi agak ragu-ragu dengan hukum agama tentang peraduan ini. Ada dalam blog Ustaz Zaharuddin yang menyatakan peraduan SMS Celcom ini haram, malah berita terkini dalam Utusan Online juga memaklumkan Panel Syariah Jakim juga akan bermesyuarat pada Selasa ini untuk membincangkan isu ini. Pihak Celcom juga mengakui bahawa mereka tidak pernah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai peraduan ini.

** Update news : Celcom menghentikan sementara peraduan ini atas permintaan JAKIM.

** Latest news : SKMM telah mengarahkan Celcom untuk memberhentikan peraduan susulan bantahan awam. SKMM juga mengarahkan wang dikembalikan. :)

Yang haram tetap haram..

Apabila ditanya tentang hukum, saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan tentang halal-haram nya sesuatu peraduan tersebut. Siapalah saya..

Tetapi dalam hukum agama ini, ada satu garis panduan yang jelas tentang halal haram.

Petikan dari laman blog Ustaz Zaharuddin :

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy” dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Untuk bacaan lanjut disini.

Pertandingan melalui SMS juga haram ?

Kalau nak dikata buat peraduan yang haram, bukan hanya melalui SMS. Banyak lagi cara lain yang digunakan.

#1 : Melalui akhbar yang menghebahkan mengenai peraduan

#2 : Televisyen pun sama. Dulu pernah kena hentam sebab siarkan peraduan2 yang ntah apa2, tidak munasabah, dan merendah2kan tahap pemikiran penonton.

#3 : Internet. Penyalahgunaan untuk menipu dan berselindung disebalik alam maya…

Jadi haram ke semua media2 tersebut ? Tentunya tidak.

Bagi saya, SMS adalah satu saluran media sahaja. Sebuah media interaktif. Tiada yang salahnya untuk membuat peraduan melalui SMS. Sama seperti peraduan-peraduan yang lain yang dibuat di mana-mana media.

Tetapi apabila syarat2 peraduan tidak mengikut landasan yang dibenarkan Islam, mempunyai kadar keraguan yang tinggi, bersifat manipulatif dan sebagainya, bagi saya peraduan itulah sebenarnya yang haram, bukannya media.

Bukan SMS, televisyen, akhbar, atau internet.

Apabila anda ingin lakukan peraduan SMS..

Ikuti langkah yang lebih selamat :

#1 : Rujuk kepada pakar agama mengenai peraduan yang anda ingin jalankan. Anda fikirkan lah konsep peraduan anda, kemudian barulah jumpa mereka. Kalau konsep anda tidak melanggar hukum agama, insyallah tiada masalah. Ustaza Zaharuddin antara tempat rujukan yang paling baik apabila melibatkan perniagaan, kewangan dan pelaburan dalam Islam

#2 : Rujuk kepada undang2 negara. Asalkan anda tidak menipu, itu tidak mengapa.

Banyaknye peraduan SMS yang mengarut-ngarut

Kita tengok di Harian Metro, cukup banyak la peraduan SMS yang bukan2. Ada yang menawarkan bermacam2 hadiah. Halal atau haram peraduan itu, kita berbalik kepada bagaimana kita nak menilai peraduan tersebut.

Kebanyakan penganjur peraduan ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas jumlah pemilik telefon bimbit yang melebihi 20 juta orang. Kalau 1% yang sertai, dan setiap SMS dicaj RM5, sudah berapa wang yang diperolehi ?

Tentunya, kalau peraduan tersebut menggunakan wang yang dikumpulkan dari penyertaan melalui SMS tentunya haram.
Dan saya percaya, peraduan2 seperti ini tidak lama berada di pasaran. Disebabkan tamak haloba, mereka lupa bahawa teknik pemasaran dan perniagaan SMS ini perlu dikuasai dahulu. Tanpa ilmu, perniagaan apa pun tidak boleh pergi jauh.

Bukan semudah itu untuk menghalalkan benda yang sendiri pun tidak tau hukum hakamnya.

Wallahuaklam!








Kenaikan Harga Petrol | Menaikkan Harga Barang?

5 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Amacam kawan-kawan? Sempat ke nak isi tangki kereta penuh-penuh sebelum tengah malam semalam ? Yang tak tahan tengok tu, bila kereta berderet-deret sampai 100 meter beratur masuk ke stesen minyak. Stesen minyak popular macam Petronas dan Shell, ada yang sampai kering tangki, stesen yang tak berapa nak popular pun tiba2 jadi macam ada konsert pula bila kreta berbaris masuk :)

Kenaikan 40% bersamaan RM0.78 dari harga sebelum ini, menyebabkan ramai yang sanggup beratur panjang untuk ‘menikmati’ saat-saat terakhir untuk mendapatkan harga lama.

Selain dari harga minyak, tentunya inflasi juga akan melonjak. Tarif elektrik dan gas juga akan naik. Sedikit masa lagi harga barang pula akan melambung-lambung. Hidup terasa semakin terhimpit dengan pelbagai bentuk kos kehidupan yang naik sekitar 10% hingga 40%. Dijangkakan pula dengan kelembapan ekonomi US menyebabkan kemelesetan ekonomi menjelang akhir tahun.

Harga Barang Pula Naik ?
Ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Secara ironi, bila harga petrol naik, tol naik, gaji naik, harga barang2 juga akan menyusul. Pengusaha dan peniaga mendakwa kos pengeluaran barang juga turut meningkat. Nak tak nak, harga barang pun naik secara langsung.

Kalau anda adalah usahawan atau peniaga, perlu ke anda naikkan harga barang atau perkhidmatan anda ? Jawapannya sama ada Ya atau Tidak!

Nak naik ke tak nak ? Ini juga isu sensitif kerana kita juga terasa serba salah. Kalau tak naik harga, nanti untung makin nipis atau cukup2 makan. Kalau naikkan nanti takut orang tak mampu nak beli pula.

Susah-susahhh….

Bila kita perlu naikkan harga ?

Sebenarnya nak naikkan harga barang tak boleh nak elak. Mana ada dalan sejarah harga barang turun tuan-tuan!

Bila business kita menerima kesan langsung, saya rasa kita perlu naikkan harga barang.
Contoh, Ali menyediakan perkhidmatan despatch. Hari-hari kene naik motor antar surat keliling K.L. Satu surat yang peru dihantar dikenakan caj RM7. Bila harga petrol naik, secara tidak langsung kos perniagaan juga meningkat. Ali tak boleh nak buat ape, sebab kene isi minyak moto hari2.
Tetapi ada juga usahawan yang tidak terkena kesan langsung kenaikan minyak. Contohnya usahawan SOHO, peniaga internet, atau makcik yang jahit baju dari rumah. Dorang ni duduk rumah je most of the time, tak keluar rumah sangat.

Tetapi mereka akan terasa juga kesan kenaikan kerana nak beli barang-barang keperluan harian. Peniaga seperti ini terasa tempias juga.

Kalau terpaksa naik, brapa yang kita boleh naikkan ?

Rule #1 : Jangan naik mendadak. Naikkan harga slow2. Hari ini naik 5%, bulan depan naik lagi 5%, dan seterusnya. Kalau naik mendadak, anda akan dicop sebagai tamak dan peniaga yang ingin ambil kesempatan :) Tak percaya, boleh cuba!
Rule #2: Peratus kenaikan biarlah berpadanan. Katakan dulu anda membelanjakan RM120 untuk petrol, sekarang dah jadi RM220. Kenaikan RM100. Ada naikkan sedikit demi sedikit harga anda sampai bole cover RM100 tadi. Jangan amik kesempatan naikkan sampai anda untuk lebih dari yang sepatutnya. Jangan aniaya orang.. tak baik

Rule #3 : Sejak harga tepung naik, anda perasan tak roti canai dah jadi semakin kecil ? Harga sama, tapi saiz dan macam sejemput je… Kalau anda kesian dengan pelanggan anda, naikkan sedikit sahaja harga barang, tetapi anda MUNGKIN terpaksa mengurangkan kuantiti.

Rule #4 : Kalau boleh naikkan harga barang dan sertakan tawaran istimewa atau bonus. Sebagai contoh Ali tadi. Dari RM7 untuk satu surat, beliau terpaksa menaikkan menjadi RM9. Tetapi sebagai ganjaran, beliau memberikan perkhidmatan tambahan dengan menghantar 2 surat  untuk harga RM9. Jadi pelanggan tak terasa sangat dengan tawaran macam ni. Worth for money!

Kurangkan apa yang tidak perlu

Satu lagi, mungkin kita perlu kurangkan overhead perniagaan. Sebagai contoh, dulu semua proses kita buat. Sekarang ni, kita cuba outsourcekan kepada pihak lain. Contohnya, dulu kita jual kerepak secara online. Dapat order dari internet, kita terima bayaran, buat pembungkusan dan hantar kat pejabat pos.

So cuba kita fikirkan ?

#1 : Boleh tak kita outsourcekan salah satu dari operasi perniagaan kita ? Contohnya, order kerepek tadi mungkin outsource keja2 pembungkusan kepada pihak lain

#2 : Berapa banyak penjimatan yang kita boleh buat dengan outsourcing ? Jimat elektrik, gaji, elaun dan sebagainya ? Bila kita tak buat suatu proses, kita dapat jmatkan kos. Bisnes kerepek tadi boleh memberhentikan kakitangan pembungkusan nya.
#3 : Boleh tak sesetengah proses tidak dilakukan secara online ? Ini dapat menjimatkan kos pengurusan

Gunakan Teknologi Untuk Penjimatan!

Sebenarnya dengan adanya teknologi seperti internet dan SMS, banyak kos perniagaan boleh dikurangkan. Konsep drop-shipping ni dah lama dipraktis kan oleh usahawan internet. Tidak perlu pejabat yang canggih (tentunya kos seenggara juga tinggi), tak perlu kakitangan yang ramai (boleh bayar upah ikut kerja, bukan gaji bulanan), boleh mengurangkan pergerakan (kurang isi minyak kereta @ moto) dan mengurangkan kos pengurusan.

Ramai orang yang dah beralih ke internet sekarang boleh bekerja dari rumah.  Siapa yang masih berharap 100% kepada kaedah konvensional akan kelak menerima cabarang hebat dari krisis sumber bahan mentah dunia sekarang ni. Bahkan pesaing mereka mungkin dari golongan SOHO ini.

Jangan terkejut apabila suatu hari nanti, syarikat yang mempunyai pejabat mewah ini, tidak berjaya melawan persaingan dari golongan yang bekerja dari rumah (sambil tengok televisyen) !

Sampai di sini sahaja. Selamat menempuh cabaran ekonomi!








Bisnes SMS 101 : Memilih Gateway Yang Baik

23 04 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya menerima email dari salah seorang pembaca blog saya yang menulis seperti berikut :

“Salam Encik Irwan,

Saya sedikit teruja dengan perniagaan SMS ini.

Saya telah difahamkan oleh sebuah syarikat yang ada menyediakan perkhidmatan sms hosting provider ini, dimana mereka menyediakan 11 jenis aplikasi sms yang boleh digunakan sebagai program. Saya hanya perlu membuat pengiklanan dan dapatkan keuntungan dari perkhidmatan yang disediakan dengan membayar sejumlah bayaran kepada mereka.

Pertanyaan saya adakah provider yang lain yang boleh Encik propose kan kepada saya untuk saya buat penilaian, dan apakah cara menilai untuk mendapatkan sms provider yang betul.

Salam perkenalan,

Sekian Terima Kasih.”

Terima kasih diatas soalan tersebut. Setiap pakej aplikasi yang ditawarkan adalah berbeza2. Ada yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Gateway Provider (GP) ada yang mempunyai fokus perniagaan yang berbeza.

Kita ambil analogi yang mudah, adalah perniagaan web hosting. Terdapat berpuluh ribu perkhidmatan yang ditawarkan di luar sana, sampai naik rambang mata untuk memilihnya padahal ia menjual benda yang sama.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam perkhidmatan sebegini, sama ada hosting atau SMS, adalah dari segi khidmat sokongan. Kebanyakan produk yang ditawarkan memberi produk yang bagus, tapi kalau ada masalah, mereka tidak dapat memberikan support yang terbaik. Faktor support juga hendaklah diambil kira.

Soalan #1. Beli 1 Pakej Dapat 11 Aplikasi

Personally bagi saya ia adalah satu aplikasi yang ekonomi. Beli 1 dapat 11! Memang lah nampak murah dan bagus. Bagi saya, ia berbaloi dengan nilai wang.

Sebaliknya, dari perspektif perniagaan SMS, ada perkara yang saya ingin tanyakan.

a. Kandungan yang sama : Semua pakej mempunyai kandungan yang sama seperti SMS Solat, Gaming Result, Horoscope. Jadi dimana keunikan kandungan yang ditawarkan ? Kalau semua kandungan yang sama, semua menjual produk yang sama. Ini bererti berebut pelanggan yang sama. Rasa-rasanya, boleh maju ke perniagaan kalau jual benda saling tak tumpah dengan pesaing anda ? TEPU! Ia seolah2 barangan yang ‘terlonggok’ dan nilai semakin rendah yang anda dipaksa untuk menjualnya. Anda sepatutnya yang tentukan apa yang anda ingin jual dengan SMS, dan bukan orang yang suruh anda jual. Itu barulah suatu keaslian dalam perniagaan.

b. Fokus perniagaan : Katakan anda buat SMS Contest. Anda tentu tahu bahawa pembayaran pertama dari telco datangnya dari DiGi hanya selepas 2 bulan 1/2 selepas anda bermula berniaga. Celcom lebih menyedihkan. 6 bulan pun belum tentu dapat payment. Kos untuk pengiklanan bukan sedikit tuan, adakah anda rasa dapat cover kos pengiklanan, sedang payment lewat ? Itu baru SATU KOS untuk SMS Contest. Kalau anda buat 2 atau 3 perniagaan serentak, tentu kosnya bertambah tinggi. Apatah lagi 11 aplikasi serentak !! So elok fokus satu-satu perniagaan terlebih dahulu.

c. Kos Permulaan : Kalau anda nak buat perniagaan internet, kos anda sekitar RM100 untuk dapatkan domain dan hosting. Anda mula dengan serendah mungkin.Adakah anda terpaksa membayar beribu ringgit hanya untuk mendapatkan sistem SMS ? Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang bermula dengan kos yang serendah2nya, kerana diperingkat awal kita baru merangkak2 untuk memahami sistem dan konsep baru perniagaan. Lainlah dah maju, bolehla kita invest lebih untuk teknologi. Ingat, SMS Gateway hanya tool untuk perniagaan SMS, dan bukan mesin buat duit!

Saya rasa tahu pakej mana yang anda maksudkan. Anyway, sebelum anda membeli pakej tersebut, mungkin boleh baca sedikit apa komentar orang lain mengenai perkhidmatan dari operator yang sama.

http://www.mohdismail.net/blog/monsun-biz-adalah-scam-sila-jangan-tertipu/
http://www.shamsuriyadi.com/2008/04/12/perniagaan-sms-berkonsepkan-contest-semakin-merapu/
http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/
http://www.noorizamshah.com/2008/03/28/bossmailer-spam-yang-menggila/
http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/3741-boleh-ker-www-bossmailer-com-wat-camni-16.html#post82923
http://abdfatah.com/blog/cari-duit-mudah/monsun-barat-daya-utara-selatan-biz-terpedaya-scam.html
http://megat.net/blog/2008/04/monsun-biz-apa-pendapat-anda/
http://earncent.com/blog/2008/04/08/edisi-siasat-adakah-monsun-biz-dan-bossmailer-itu-scam/
http://nogold.com/forum/medium-risk-ops/23635-monsun-biz-callcenter-payment-gateway-bossmailer-mirsb.html
http://www.theblogrevenue.com/2008/04/18/do-not-start-an-e-biz-with-rm50000/
http://rajatemenggong.wordpress.com/2008/04/18/monsun-biz-satu-peluang-perniagaan/
http://pride4us.com/hisham/blog/?p=77

p/s : Saya tidak bias dan tidak mengatakan pakej tersebut tidak bagussss :)

Soalan #2. Bagaimana Memilih Gateway Yang Bagus

~ Memberikan peratus keuntungan paling maksima. Biasanya 80% keatas. Antara 60% ke 70% acceptable
~ Gateway Provider yang tidak ada ’skandal’, ‘repo’ tak elok. Yang ini boleh rujuk kat MCMC, atau persatuan pengguna
~ Mempunyai kod 5 digit yang mudah diingat.. Mana mudah nak ingat, 32222 atau 31562 ?
~ Mempunyai khidmat pelanggan yang baik. Yang ini kene try dulu. Cuba call mereka, tengok bagaimana mereka layan anda. Kalau belum jadi pelanggan pun macam tak layan je, apatah lagi dah jadi pelanggan.
~ Harga pakej yang berpatutan. Business 101 : Kene start dengan modal paling rendah
~ Pilih aplikasi mengikut keperluan anda sahaja. Jangan terpedaya dengan pakej2 bonus hebat, tawaran2 murah, skim2 yang menarik. Ini mengaburi mata. Kalau nak buat SMS Contest, dapatkan aplikasi SMS Contest. Jangan tengok yang lain dulu
~ Menyediakan agreement bermatikan stem untuk tujuan undang-undang
~ Berjanji dengan anda tidak memanipulasikan data anda
~ Mempunyai track record pembayaran yang baik. Kene hati-hati. Kalaula gateway provider tutup, menangis tak berlagu. Mana nak dapat duit payment tu .. Nak pilih yang payment bagus , kene ada recommendation, word of mouth. Biasanya kawan2 yang ada pengalaman akan cerita syarikat mana yang bagus.

Saya harap jawapan saya tadi dapat membantu.








Ke Mana Irwan Menghilang?

19 03 2008

Salam Usahawan Pembaca Blog,

Lama juga tak update blog ni…

Saya tak dapat menulis kerana ada sebab. Lebih-lebih lagi berdebar kerana menunggu bulan April tiba.

Sedikit teaser intro (dengan logo tidak rasmi) untuk projek bulan April nanti…

Saya dah habiskan lebih 3 bulan untuk projek ini. Dan mungkin projek ini adalah projek saya selama setahun ini sampai pertengahan 2009 selain dari projek-projek kecil. Kepada online affiliates, ini juga merupakan satu lagi peluang program affiliate untuk anda sertai. Lumayan jugalah komisennya.

Untuk peserta & alumni Seminar SMS, saya ingin berpesan awal. Ambil kesempatan ini. Jadilah yang pertama. Dalam tangan saya ada beberapa projek SMS untuk saya berikan kepada anda :) Insyallah, kursus induksi akan dijalankan pada bulan Jun nanti di Port Dickson. 2 hari 1 malam!

Saya juga akan perkenalkan juga pada April nanti, dua orang yang mempunyai perjalanan yang jauh dalam perniagaan SMS. Siapa ya ? Jeng..jeng..jeng

Nantikan pengumuman mengenai projek ini!

p/s : Saya rasa mungkin akan kurangkan Seminar SMS menjadi 2 bulan sekali. Mulai Mei 2008, saya ingin fokus kepada projek diatas jadi mungkin tidak berkelapangan untuk memberi komitmen kepada Seminar. Anyway, Seminar seterusnya adalah pada 29 Mac ini di Quality Hotel. Sertai sekarang!