Ebook Akan Menggantikan Buku Bercetak Sedikit Masa Lagi
4 08 2011Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Pembaca Budiman,
Minggu lalu salah seorang penulis yang terkenal dengan karya untuk kanak-kanak menyatakan kebimbangan beliau dengan perkembangan ebook. Beliau merasakan masih belum bersedia untuk apa-apa menghadapi vortek / gelombang ebook. Ini tentunya akan mengancam jualan buku-buku bercetak apabila ebook mula diterima oleh masyarakat bagi menggantikan buku fizikal.
Memang ada asas kebimbangan beliau. Jika kita hanya melihat fakta-fakta jualan oleh Amazon, memang sudah kelihatan trendnya :
- Sehingga tahun 2011, pertumbuhan jualan Amazon adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun disokong oleh jualan buku pelbagai format (digital dan bercetak).
- Dalam masa 5 minggu sejak diperkenalkan, Kindle yang berharga USD114 mencatatkan jualan terbaik bagi Amazon!
- Amazon telah menjual 3 kali ganda ebook berbanding tahun 2010
- Kurang dari 1 tahun diperkenalkan, Amazon menjual lebih banyak ebook berbanding buku bercetak. Sejal April 2011, nisbah pembeli ebook berbanding pembeli buku bercetak adalah 2:1.
- Setiap 100 buku bercetak yang dijual, ebook telah terjual 105!
Ini bermakna jualan ebook telah melebihi jumlah jualan buku bercetak.
Bagaimana dengan nasib buku bercetak selepas ini? Sebelum ini, industri muzik telah melalui vorteks ini melalui model bisnes iTune. Tetapi untuk industri buku ditransformasikan, tidaklah semudah itu. Ia akan mengambil sekurang-kurangnya 2 fasa kritikal :
1. Mewujudkan Pasaran : Mengubah pasaran supaya pelanggan bersedia untuk untuk membelanjakan wang untuk ebook. Sudah ada permintaan, tetapi tidak agresif. Pelanggan masih lagi perlu dididik dan digalakkan untuk adaptasi teknologi. Buat masa sekarang mungkin harga teknologi seperti Kindle, iPad, Nook adalah mahal, tetapi teknolgi akan turun harganya bila industri sampai ke tahap ekonomi berskala. Harga akan turun!
2. Perubahan Permainan : Bila peraturan, kaedah, langkah-langkah, cara dan piawaiannya telah ditetapkan. Buat masa sekarang, belum lagi. Amazon masih dengan Kindle, Apple masih dengan iBook, Barnes& Noble masih dengan Nook. Masih belum ada keseragaman dan kompatibiliti. Cara masing-masing. Masih ingat apa yang dilakukan Apple kepada industri muzik sebelum ini? Melalui iTune, Apple telah melakukan proses perubahan permainan.
- Boleh memilih lagu yang dibeli (bukan album/CD)
- Boleh menyusun lagu mengikut susunan kegemaran
- Tidak perlu membawa seluruh CD/album. Cukup dengan lagu selektif
Ketika ini permainan ebook ini masih belum diubah secara universal oleh mana-mana pihak. Saya tertanya-tanya siapa akan menjadi jaguh nanti. Jika lihat ke hadapan, bukan hanya muzik dan buku tetapi pelbagai lagi media kandungan yang sedang dihambat ancaman digital. Akhbar bercetak sudah banyak yang gulung tikar. Majalah juga menerima kesan yang sama. Sekarang ini, radio dan televisyen pula.
Vorteks ini akan berlaku. Gelombang digital akan mengambil tempat. Berapa lama ia akan berlaku di Malaysia ? Saya jangkakan tidak lama. Pemain industri di luar Malaysia sedang sibuk mencari keserasian teknologi. Dan ia sedang berlaku dengan agresif sekarang ini. Bila ini berlaku, Malaysia sebagai sebuah negara yang sering mengadaptasi teknologi, juga akan menerima gelombang ini.
Dan melalui pengamatan, bila gelombang ini berlaku, ia sangat kuat, tidak tertahankan. Seperti apa yang berlaku dengan penerimaan Facebook di Malaysia. Ia ibarat tsunami yang mengubah lanskap dan muka bumi industri buku. Hanya ada dua golongan, yang selamat dan yang terkubur.

Kategori : Bimbingan Usahawan, Internet Marketing, Keusahawanan, Penulisan, Perniagaan Teknologi, Review Perniagaan, tips
Sekarang pandangan peribadi, perniagaan ebook masih mempunyai tempat di Malaysia. Dahulunya ebook lebih cenderung untuk mendedahkan teknik-teknik membuat duit di internet, tetapi sekarang skop topiknya lebih meluas. Ebook kini telah melangkaui topik-topik yang lebih umum, bersifat inklusif dan tidak tertumpu kepada buat duit sahaja. Sekarang kita boleh perolehi pelbagai topik ebook seperti keibubapaan, menguruskan kewangan, mengurus perniagaan, meningkatkan kesihatan, kerjaya, motivasi dan pelbagai lagi. Dengan meluasnya pelbagai topik, maka lebih banyak topik ebook yang akan memasuki pasaran.


Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private. Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.
Saya sangat faham dilema yang saudara alami. Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih. Bagi saya. sekiranya saudara tidak mempunyai sebarang asas, boleh mulakan dengan membaca ebook atau buku. Manual pemasaran tidak sesuai kerana ia mengkhususkan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam SMS. Hadiri seminar sekiranya saudara telah mempunyai pengetahuan asas dalam perniagaan SMS kerana dalam seminar lebih menjurus mengenai kaedah dan teknik dalam perniagaan SMS.
1.Membeli saham yang pertama pada usia 11 tahun, dan sekarang beliau menyesal kerana terasa seolah-olah sudah terlewat untuk membelinya!
Salam perniagaan, kita cenderung untuk membuat sesuatu keputusan yang segera atau secara tiba-tiba (harap-harap keputusan yang tepat) disebabkan faktor persekitaran. Memang itulah bentuk kehidupan seorang usahawan, kadang-kala lain yang kita rancang, lain pula yang datang menyebabkan kita terlupa melakukan apa yang kita rancang, dan mula lalai dengan membuat kerja yang baru datang.






