Usahawan, Perniagaan, Teknologi & Internet, Pemasaran » Review Perniagaan

Ebook Akan Menggantikan Buku Bercetak Sedikit Masa Lagi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Pembaca Budiman,

Minggu lalu salah seorang penulis yang terkenal dengan karya untuk kanak-kanak menyatakan kebimbangan beliau dengan perkembangan ebook.  Beliau merasakan masih belum bersedia untuk apa-apa menghadapi vortek / gelombang ebook. Ini tentunya akan mengancam jualan buku-buku bercetak apabila ebook mula diterima oleh masyarakat bagi menggantikan buku fizikal.

Memang ada asas kebimbangan beliau. Jika kita hanya melihat fakta-fakta jualan oleh Amazon, memang sudah kelihatan trendnya :

Sehingga tahun 2011, pertumbuhan jualan Amazon adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun disokong oleh jualan buku pelbagai format (digital dan bercetak).

Dalam masa 5 minggu sejak diperkenalkan, Kindle yang berharga USD114 mencatatkan jualan terbaik bagi Amazon!

Amazon telah menjual 3 kali ganda ebook berbanding tahun 2010

Kurang dari 1 tahun diperkenalkan, Amazon menjual lebih banyak ebook berbanding buku bercetak. Sejal April 2011, nisbah pembeli ebook berbanding pembeli buku bercetak adalah 2:1.

Setiap 100 buku bercetak yang dijual, ebook telah terjual 105!

Ini bermakna jualan ebook telah melebihi jumlah jualan buku bercetak.

Bagaimana dengan nasib buku bercetak selepas ini? Sebelum ini, industri muzik telah melalui vorteks ini melalui model bisnes iTune. Tetapi untuk industri buku ditransformasikan, tidaklah semudah itu. Ia akan mengambil sekurang-kurangnya 2 fasa kritikal :

1. Mewujudkan Pasaran : Mengubah pasaran supaya pelanggan bersedia untuk untuk membelanjakan wang untuk ebook. Sudah ada permintaan, tetapi tidak agresif. Pelanggan masih lagi perlu dididik dan digalakkan untuk adaptasi teknologi. Buat masa sekarang mungkin harga teknologi seperti Kindle, iPad, Nook adalah mahal, tetapi teknolgi akan turun harganya bila industri sampai ke tahap ekonomi berskala. Harga akan turun!

2. Perubahan Permainan : Bila peraturan, kaedah, langkah-langkah, cara dan piawaiannya telah ditetapkan. Buat masa sekarang, belum lagi. Amazon masih dengan Kindle, Apple masih dengan iBook, Barnes& Noble masih dengan Nook. Masih belum ada keseragaman dan kompatibiliti. Cara masing-masing. Masih ingat apa yang dilakukan Apple kepada industri muzik sebelum ini? Melalui iTune, Apple telah melakukan proses perubahan permainan.

Boleh memilih lagu yang dibeli (bukan album/CD)

Boleh menyusun lagu mengikut susunan kegemaran

Tidak perlu membawa seluruh CD/album. Cukup dengan lagu selektif

Ketika ini permainan ebook ini masih belum diubah secara universal oleh mana-mana pihak. Saya tertanya-tanya siapa akan menjadi jaguh nanti. Jika lihat ke hadapan, bukan hanya muzik dan buku tetapi pelbagai lagi media kandungan yang sedang dihambat ancaman digital. Akhbar bercetak sudah banyak yang gulung tikar. Majalah juga menerima kesan yang sama. Sekarang ini, radio dan televisyen pula.

Vorteks ini akan berlaku. Gelombang digital akan mengambil tempat. Berapa lama ia akan berlaku di Malaysia ? Saya jangkakan tidak lama. Pemain industri di luar Malaysia sedang sibuk mencari keserasian teknologi. Dan ia sedang berlaku dengan agresif sekarang ini. Bila ini berlaku, Malaysia sebagai sebuah negara yang sering mengadaptasi teknologi, juga akan menerima gelombang ini.

Dan melalui pengamatan, bila gelombang ini berlaku, ia sangat kuat, tidak tertahankan. Seperti apa yang berlaku dengan penerimaan Facebook di Malaysia. Ia ibarat tsunami yang mengubah lanskap dan muka bumi industri buku. Hanya ada dua golongan, yang selamat dan yang terkubur.

5 Tips Menghasilkan Ebook Berkualiti
Apa sebenarnya yang orang cari di internet ? Kenalan baru ? Duit ? Hiburan ? Berita ?

Setiap dari kita mempunyai tujuan yang berbeza apabila melayari internet. Boleh disimpulkan internet merupakan tempat kita mencari satu perkara yang penting iaitu MAKLUMAT. Bila dikaitkan dengan perniagaan diinternet, maka tidak hairanlah mengapa menjual ebook menjadi salah satu bentuk perniagaan yang popular.

Tanpa mendebatkan kredibiliti ebook itu sendiri, kita tidak boleh nafikan perniagaan ebook sebenarnya memang pelengkap kepada keperluan orang melayari internet. Bila kita mencari maklumat di internet, kita sanggup membayar untuk suatu maklumat yang kita rasakan sesuatu.

“Memang bijak orang yang menciptakan model perniagaan ebook. “

Sekarang pandangan peribadi, perniagaan ebook masih mempunyai tempat di Malaysia. Dahulunya ebook lebih cenderung untuk mendedahkan teknik-teknik membuat duit di internet, tetapi sekarang skop topiknya lebih meluas. Ebook kini telah melangkaui topik-topik yang lebih umum, bersifat inklusif dan tidak tertumpu kepada buat duit sahaja. Sekarang kita boleh perolehi pelbagai topik ebook seperti keibubapaan, menguruskan kewangan, mengurus perniagaan, meningkatkan kesihatan, kerjaya, motivasi dan pelbagai lagi. Dengan meluasnya pelbagai topik, maka lebih banyak topik ebook yang akan memasuki pasaran.

5 Tip Menghasilkan Ebook Yang Berkualiti

1. Tulis mengenai bidang yang anda tahu, berkemahiran, berpengalaman. Bagi Azizi Ali dalam bukunya menyatakan bahawa 3 topik yang paling mendapat perhatian adalah topik mengenai perniagaan dan keusahawanan, ’self-help’ dan juga hobi. Tetapi banyak lagi topik-topik yang belum diteroka dan dihasilkan.

2. Memilih topik seperti keibubapaan dan kesihatan merupakan topik yang evergreen. Tahun berganti, tetapi maklumat seperti ini sentiasa boleh dibaca pada bila-bila zaman sekalipun. Ebook Buat Duit Dengan SMS yang saya tulis sekitar tahun 2006, bukanlah contoh topik evergreen yang baik kerana terdapat kebergantungan kepada teknologi. Tetapi ketika saya menulis topik tersebut, saya mengikuti tip nombor 1 di atas.

3. Sekiranya ingin menulis dalam Bahasa Malaysia, gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Secara ringkasnya BMT merupakan bahasa Malaysia yang menggunakan tatabahasa dan struktur ayat yang baik dan betul. Dalam satu artikel yang saya baca dari tulisan Puan Ainon yang juga pengerusi syarikat penerbit buku PTS, saya boleh simpulkan bahawa penggunaan BMT dapat mengekalkan kandungan ebook tersebut untuk dibaca oleh generasi akan datang. Sebagai contoh, penggunaan kata ’saya’, ‘awak’ dan ‘kami’ diterima oleh pelbagai generasi berbanding dengan kata ‘lu’, ‘gua’ dan ‘we all’.

4. Jika menulis topik yang umum (bukan topik buat duit), prospek pembeli akan melihat siapakah individu yang menulis ebook tersebut. Prospek ingin melihat adalah penulis ebook tersebut ‘cakap serupa bikin’. Jika anda menulis mengenai topik keibubapaan, adakah anda seorang ibu/bapa yang mempunyai pencapaian yang berbeza dari ibubapa yang lain ? Latarbelakang penulis merupakan aspek penilaian prospek sebelum membeli ebook. Penulisan ebook yang mengikut fokus topik atau niche juga membantu dalam jualan.

5. Ebook bukan bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata. Selain dari memperolehi rezeki yang halal dari jualan ebook, penulis berkongsi pengetahuan dan ilmu. Kandungan ebook yang baik dan berfaedah, menjanjikan potensi menghasilkan pendapatan yang mewah apabila menerbitkan ebook kedua. Dengan membina kredibiliti dan kandungan ebook yang dipercayai, rezeki penulis ebook akan lebih murah apabila menghasilkan ebook kedua pula. Bak kata pepatah, ‘Budi yang baik dikenang jua..”

Mungkin pandangan saya berbeza, tetapi saya membuat kesimpulan, ebook merupakan pelengkap kepada industri buku dan bukan pesaing. Walaupun proses, perundangan dan operasinya boleh memerlukan perbincangan lanjut, penerbit buku yang bijak sahaja boleh melihat potensi ini.

p/s : Ketika di universiti, teknologi maklumat merupakan bidang saya. Ketika itu, tidak dapat saya buat ramalan bahawa sebegini hebat penangan maklumat di internet. Bapa saya ketika itu pula tidak memahami apa-apa meramalkan yang saya akan hanya menjadi seorang kakitangan di Jabatan Penerangan!

Perniagaan Idaman Hati
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya telah meminta bantuan rakan-rakan di WangCyber, di blog dan di Facebook untuk memberikan cadangan tajuk buku baru. Terima kasih.. terima kasih.. Berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan idea dalam memberikan cadangan tajuk yang sesuai untuk buku SMS yang baru. Lebih dari 100 cadangan tajuk diberikan dan bernas2 belaka, tetapi malangnya saya hanya dapat memilih hanya beberapa tajuk yang disebut-sebut sebagai finalist yang dirasakan sesuai. Saya telah kemukakan cadangan tajuk ini kepada penerbit buku yang akan menjadi juri profesional  untuk memilih tajuk yang paling sesuai..

Insyallah, tajuk yang terpilih akan menjadi antara orang yang pertama mendapat buku ini!

Anyway berbalik kepada topik hari ini.

Perniagaan Konvensional vs Perniagaan Teknologi

Memang senario perniagaan dah banyak berubah dari dulu dengan sekarang. Dahulu memerlukan pekerja, sekarang boleh dilakukan secara automatik. Dahulu kerja 9am-5pm, sekarang 24 x 7. Dahulu memerlukan modal yang dari bank dan pinjaman, sekarang boleh bermula dengan kos yang rendah..

Saya boleh rumuskan, cara pelaksanaan perniagaan cara konvensional dan cara sekarang AMAT berbeza.

Seperti yang anda tahu, sesuatu perniagaan itu adalah perniagaan idaman sekiranya :

- Memberikan pendapatan berterusan

- Boleh diduplikasikan

- Permulaan yang rendah dan pulangan yang maksima

- Mobiliti dan Fleksible

- Penggunaan TEKNOLOGI yang maksima

Ya! Dengan penggunaan teknologi yang semaksima mungkin sahaja yang dapat ‘mengangkat‘ perniagaan itu dari pengendalian secara konvensional ke cara yang lebih canggih!

Maka, sekiranya anda tidak menggunakan teknologi dalam perniagaan anda, saya boleh andaikan yang perniagaan anda menuju kegelapan kerana persaingan teknologi yang tidak terlawan.

Sehingga kini, 2 bentuk perniagaan yang telah saya ceburi yang dapat membuktikan ia menjadi idaman perniagaan kepada semua.

“Saya telah ceburi perniagaan internet, hasilnya memang memberangsangkan. Kajian saya terhadap SMS juga memberikan pulangan yang sangat berbaloi.”

Boleh saya katakan, ia adalah perniagaan idaman saya!

Saya tidak mempunyai kakitangan yang ramai, bebas untuk menentukan masa saya bekerja, saya mempunyai pilihan untuk menentukan produk, produk2 saya boleh diduplikasikan dan saya tidak menyimpan inventori yang tinggi. Inilah yang saya mahukan. Kebebasan dalam menjalankan perniagaan!

Saya tidak pasti apakah ciri-ciri perniagaan idaman anda. Mungkin anda mempunyai ciri2 yang berbeza yang anda bole kongsikan. Atau anda merupakan usahawan ‘otai’ yang memang elergi pada teknologi ? Fikir2kan..

Sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan SMS dan menggunakan semaksimanya kemudahan internet untuk perniagaan anda, anda tidak harus lepaskan peluang :

Tajuk Seminar : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS

Tarikh : 17 Januari 2009 bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang

Speaker : Irwan Dahnil

Lokasi : Quality Hotel , Kuala Lumpur

12 lagi tempat kosong. Seminar ini hanya akan dijalankan 3 bulan sekali. Untuk pendaftaran sila layari http://seminar.akademisms.com

Semoga perniagaan anda berdaya tahan dengan kekuatan teknologi!

p/s : Saya juga masih membuat survey dan tinjauan untuk mendapatkan apakah ciri2 yang orang cari dalam perniagaan.

Seronoknya Berada Di Rumah!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

1. Kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah sebelum Syawal menjelang. Ramai dari rakan2 yang tentunya telah banyak membuat persiapan untuk hari raya. Baju, kuih, perhiasan rumah. Sudah makin terasa kehadiran Syawal, bila ada dari kawan2 kita yang dah pun selamat sampai ke kampung!

2. Begitu awal mereka boleh balik ke kampung. Tak kerja ke ? Siapa yang jaga bisnes, kalau awal2 lagi dah balik kampung ?

3. Pada dekad ini, dengan ledakan teknologi memungkinkan kita melakukan perniagaan hanya dari rumah. Peluang yang wujud di zaman baru, gelombang berniaga dari rumah semakin kuat dan semakin diterima.

4. Bisnes dari rumah sememangnya dari dahulu dah wujud, tetapi ia sangat berbeza dengan sekarang. Bisnes dari rumah dahulu dilihat sebagai bisnes kecil-kecilan, modal yang terhad, tenaga kerja yang minima, dan jumlah jualan yang tak besar. Selain itu, perniagaan konvensional seperti gaya pos dan mail order masih lagi terbatas walau ia antara perniagaan yang berjaya.

5. Yang hebatnya, modal bekerja dirumah tetap rendah, tenaga kerja masih lagi minima, tetapi jumlah jualan telah melonjak jauh lebih tinggi! Jumlah pelanggan sangat luas termasuklah dari luar negara. Walau bekerja dari rumah, mereka telah melakukan perdagangan antarabangsa, malah ramai yang berasa seronok bila pendapatan perniagaan mereka dihitung dalam US Dollar.

6. Bentuk perdagangan juga bukan hanya terbatas kepada produk fizikal. Munculnya konsep produk digital, menyebabkan ia menjadi satu bentuk industri yang sangat unik kerana bole diistilahkan kos barangan dijual (cost of good sold) hampir zero!

7. Tidak pernah dalam sejarah perniagaan, berniaga tanpa sebarang direct cost! Kalau ada kos pun, ia adalah expenses iaitu belanja operasi, belanja upah, dan belanja pengurusan. Kalau anda pernah belajar perakaunan, cost of good sold (COGS) akan ditolak dari jualan kasar untuk sesuatu produk. Mungkin COGS boleh dimansuhkan dari sistem perakaunan selepas ini

8. Memang lain betul suasana bekerja dari rumah sekarang ini. Saya rasa inilah yang menjadi idaman semua. Duduk di rumah dan mendapat pendapatan secara profesional. Yang paling penting kualiti kehidupan semakin baik bila lebih masa dengan keluarga.

9. Apapun, sama ada anda kerja dirumah atau di pejabat, disiplin dan pengurusan masa tetap sama penting. Tiada kompromi.

10. Saya nak buat sedikit kajian tentang perniagaan SOHO. Kalau anda ada pandangan, tinggalkan komen dan kongsikan pandangan anda. Mungkin perkara dan isu tentang pembayaran cukai, pengurusan syarikat, belanja operasi, promosi dan masa dengan keluarga boleh dikongsikan disini. Mungkin ini dapat mengubah landskap perniagaan di Malaysia!

p/s : Bayangkan bile semua orang asik kerja di rumah! Seronoknye!

Minisite Atau Portal ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Memang dah menjadi kemestian untuk memiliki sesebuah laman web untuk menjual atau memasarkan produk. Kalau takde website, macam mana nak jual barang ye tak?

2. 13 tahun lalu, laman web kebanyakannya masih lagi berasaskan html, statik, tiada 2.0. Sungguh mudah sekali kalau kita tengok strukturnya. Kebanyakan site yang masih menggunakan html biasanya untuk cipta Minisite.

3. Tidak lama kemudian, konsep portal mula mengambil alih. Ada macam-macam jenis portal yang mudah diinstall dan digunakan. Dulu saya biasa php-nuke & postnuke yang sekarang dah naik taraf jadi Joomla!

4.  Bila portal kelihatan lebihcanggih, mulalah ramai orang berkata minisite ni nampak koro, tak profesional dan ketinggalan teknologi.

5. Saya antara orang yang percaya dengan pandangan ini (dulu)…

6. Sehingga saya buat minisite AkademiSMS.com, baru saya sedar sebenarnya saya dah tersilap andaian. Sebenarnya kedua2nya mempunyai daya ‘menjual’ yang jauh berbeza.

7. Portal yang hebat tidak semestinya mampu menjual LEBIH produk dari minisite.

8. Minisite yang huduh dan simple tidak semestinya TIADA orang yang membeli.

9. Portal yang hebat, memerlukan masa, tenaga dan sumber yang lebih banyak untuk dibangunkan. Sebaliknya minisite lebih mudah, tidak terlalu teknikal malah memadai

10. Kalau jumlah jualan dari Portall TIDAK BANYAK BERBEZA berbanding dengan Minisite, baik kita buat Minisite. Buat portal memang banyak buang masa. Sepatutnya usaha yang dicurahkan untuk bangunkan portal memberikan hasil 100 kali ganda dari Minisite. Jumlah jualan mesti berbaloi dengan sumber yang diperuntukan untuk bangunkan portal. Betul tak ?

11. Tapi macam mana kita nak tau, mana yang jual lebih banyak ? Portal atau Minisite ? Develop kedua2nya sekali ?

12. Saya rasa banyak IM akan pilih Minisite.. Apa pendapat anda ?

Teaser for Pelancaran Projek Akan Datang ! Nantikan…

Apa Yang Salah : Peraduan atau SMS ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sekarang ini Celcom sedang giat dan mewar-warkan secara besar-besaran mengenai Peraduan 100 Hari 100 Kereta. Dipetik dari sumber akhbar, pihak Celcom berkata peraduan ini akan memberikan hadiah sebuah kereta Toyota Camry kepada seorang pemenang setiap hari!

Wah! wah! Seronoknya… Saya baca akhbar The Star semalam juga telah ada berita mengenai pemenang kereta tersebut.

2 hari lalu pula, saya menerima email dari salah seorang dari pelanggan yang pernah membeli ebook saya. Beliau bertanyakan saya tentang hukum peraduan yang dianjurkan Celcom tersebut. Saya agak sibuk kebelakangan ini, dan tidak sempat untuk membalas email beliau. Jadi saya taipkan sahaja jawapan saya dalam blog ini untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Beliau bertanya demikian kerana beliau berminat untuk menganjurkan peraduan SMS sendiri, tetapi agak ragu-ragu dengan hukum agama tentang peraduan ini. Ada dalam blog Ustaz Zaharuddin yang menyatakan peraduan SMS Celcom ini haram, malah berita terkini dalam Utusan Online juga memaklumkan Panel Syariah Jakim juga akan bermesyuarat pada Selasa ini untuk membincangkan isu ini. Pihak Celcom juga mengakui bahawa mereka tidak pernah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai peraduan ini.

** Update news : Celcom menghentikan sementara peraduan ini atas permintaan JAKIM.

** Latest news : SKMM telah mengarahkan Celcom untuk memberhentikan peraduan susulan bantahan awam. SKMM juga mengarahkan wang dikembalikan.

Yang haram tetap haram..

Apabila ditanya tentang hukum, saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan tentang halal-haram nya sesuatu peraduan tersebut. Siapalah saya..

Tetapi dalam hukum agama ini, ada satu garis panduan yang jelas tentang halal haram.

Petikan dari laman blog Ustaz Zaharuddin :

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa “Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy” dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Untuk bacaan lanjut disini.

Pertandingan melalui SMS juga haram ?

Kalau nak dikata buat peraduan yang haram, bukan hanya melalui SMS. Banyak lagi cara lain yang digunakan.

#1 : Melalui akhbar yang menghebahkan mengenai peraduan

#2 : Televisyen pun sama. Dulu pernah kena hentam sebab siarkan peraduan2 yang ntah apa2, tidak munasabah, dan merendah2kan tahap pemikiran penonton.

#3 : Internet. Penyalahgunaan untuk menipu dan berselindung disebalik alam maya…

Jadi haram ke semua media2 tersebut ? Tentunya tidak.

Bagi saya, SMS adalah satu saluran media sahaja. Sebuah media interaktif. Tiada yang salahnya untuk membuat peraduan melalui SMS. Sama seperti peraduan-peraduan yang lain yang dibuat di mana-mana media.

Tetapi apabila syarat2 peraduan tidak mengikut landasan yang dibenarkan Islam, mempunyai kadar keraguan yang tinggi, bersifat manipulatif dan sebagainya, bagi saya peraduan itulah sebenarnya yang haram, bukannya media.

Bukan SMS, televisyen, akhbar, atau internet.

Apabila anda ingin lakukan peraduan SMS..

Ikuti langkah yang lebih selamat :

#1 : Rujuk kepada pakar agama mengenai peraduan yang anda ingin jalankan. Anda fikirkan lah konsep peraduan anda, kemudian barulah jumpa mereka. Kalau konsep anda tidak melanggar hukum agama, insyallah tiada masalah. Ustaza Zaharuddin antara tempat rujukan yang paling baik apabila melibatkan perniagaan, kewangan dan pelaburan dalam Islam

#2 : Rujuk kepada undang2 negara. Asalkan anda tidak menipu, itu tidak mengapa.

Banyaknye peraduan SMS yang mengarut-ngarut

Kita tengok di Harian Metro, cukup banyak la peraduan SMS yang bukan2. Ada yang menawarkan bermacam2 hadiah. Halal atau haram peraduan itu, kita berbalik kepada bagaimana kita nak menilai peraduan tersebut.

Kebanyakan penganjur peraduan ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas jumlah pemilik telefon bimbit yang melebihi 20 juta orang. Kalau 1% yang sertai, dan setiap SMS dicaj RM5, sudah berapa wang yang diperolehi ?

Tentunya, kalau peraduan tersebut menggunakan wang yang dikumpulkan dari penyertaan melalui SMS tentunya haram.

Dan saya percaya, peraduan2 seperti ini tidak lama berada di pasaran. Disebabkan tamak haloba, mereka lupa bahawa teknik pemasaran dan perniagaan SMS ini perlu dikuasai dahulu. Tanpa ilmu, perniagaan apa pun tidak boleh pergi jauh.

Bukan semudah itu untuk menghalalkan benda yang sendiri pun tidak tau hukum hakamnya.

Wallahuaklam!

Jurujual Itu Pengacau ? | Belajar Etika Pemasaran Dahulu…
Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

Post kali ni pun berkaitan dengan telefon juga.

Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 5.45 pm, deringan telefon bimbit saya

mengganggu ;

Trut..Trut…

Telemarketer: Selamat petang. Encik ni En Irwan Dahnil ke?

Irwan : Ya saya!

Telemarketer : Maaf mengganggu ya encik. Nama saya xxxx dan saya menelefon dari Mxxxs Medical Services. Sebelum ini ada tak sesiapa yang menelefon Encik berkaitan dengan perkhidmatan medical yang kami tawarkan ?

Irwan : Oh! Dari Mxxxxs. Hmm.. Ada dah dulu. Orang dari Mxxxxs Hotel anda Resort. Maaf lah.. Saya tak berminat dengan tawaran.

Telemarketer: Tapi tawaran kami ini berbeza …

Irwan : Sebelum tu, boleh saya tau dari mana dapat nombor telefon saya ? Boleh tak keluarkan dari senarai prospek pelanggan syarikat ?

Telemarketer : Dari database kami. Maaf Encik.. Saya tak dapat nak keluarkan nombor telefon encik dari

senarai kami…

Aik! Ni peraturan mana pula ni, masuk boleh keluar tak boleh !

Memang sah! Nombor telefon bimbit saya dijaja mana-mana. Yang sakit hatinya, mereka ini adalah golongan yang tidak diundang. Teknik pemasaran mereka bagus, melalui cold call atau telemarketing…

Tapi macam mana mereka dapat nombor telefon saya ?

Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private.Â  Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.

Lebih bengang saya pernah terbaca di internet, anda boleh dapatkan nombor telefon bimbit dengan caj 20 sen satu! Ini pun dah jadi business..

Untuk mendapatkan nombor telefon tu tidak salah, tetapi mendapatkan dari orang lain secara tidak sah atau tidak tanpa kebenaran tuan punya telefon akan memberikan kesan negatif jangka panjang. Dan saya boleh katakan mereka yang lakukan ini, adalah golongan ‘desperado‘, terdesak untuk mendapatkan kontek untuk buat jualan. Tentunya mereka ini tidak masuk ’sekolah etika’ pemasaran. Main langgar je semua.

Mula2 memang menjadi telemarketer ni , tapi Orang Malaysia mula pandai.. Lama-lama dah tak layan dah…

So sape yang rugi sebenarnya ? Imej kejurujualan terus tercalar oleh ‘kebodohan’ golongan seperti ini.

Itu sebab dari dulu sampai sekarang, fikiran kita dah filter semua bentuk iklan. Kalau dah jadiÂ  ‘pengacau’, orang dah takkan layan anda dah….

Wahai Marketer sekalian! Fikir2kanlah apa yang anda telah lakukan…

p/s : Email spammer pun menjadi2 sekarang. Ada application yang disalahgunakan oleh orang ‘tak berapa bijak’ tapi nak mencuba teknologi. Tak kene cara la bang….

Anda berada di awal revolusi..
Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya pernah membuat posting menyentuh mengenai isu bagaimana untuk bermula dengan perniagaan dan pemasaran SMS. Saya faham kebingungan yang dialami oleh mereka yang baru tetapi berminat dengan bidang SMS ini. Bahkan saya sendiri sentiasa meletakkan diri saya sebagai seorang pelanggan dalam membuat keputusan.

Hari ini saya akan berkongsi email yang saya terima pada minggu lalu dari salah seorang rakan kita.  Soalan yang hampir saya, tetapi kelihatannya beliau lebih berhati-hati dalam mengeluarkan wang.

Assalammualaikum saudara Irwan,

Saya XXXXX dari JB. Nak ajukan beberapa respon. Pertama, bila saudara nak buat seminar di JB? Adakah ebook dan manual pemasaran sms beserta buku pemasaran dan perniagaan SMS masih tidak mencukupi sebagai persediaan saya memasuki perniagaan berorientasikan sms? Kalau masih belum mencukupi, tidaklah perlu saya membeli dan hanya menunggu  saudara datang ke negeri ini menganjurkan seminar. Saya menjadi serba salah sama ada saya mahu membeli ebook, manual pemasaran atau hadir sahaja ke seminar. Ini adalah kerana saya mahu wang yang saya bayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu dan tidak sia-sia, saya sudah banyak membeli ebook yang berkisarkan mengenai ‘duit’, namun kesannya tidak efektif. Harap saudara respon semula. terima kasih.

XXXXXX XXXXX, Johor Bahru.

Wsalam En XXXXX,

Terima kasih diatas soalan saudara.

Saya tidak merancangkan untuk menjalankan sebarang seminar di luar KL dalam masa terdekat atau tahun hadapan.

Saya sangat faham dilema yang saudara alami. Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih. Bagi saya. sekiranya saudara tidak mempunyai sebarang asas, boleh mulakan dengan membaca ebook atau buku. Manual pemasaran tidak sesuai kerana ia mengkhususkan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam SMS. Hadiri seminar sekiranya saudara telah mempunyai pengetahuan asas dalam perniagaan SMS kerana dalam seminar lebih menjurus mengenai kaedah dan teknik dalam perniagaan SMS.

Secara mudahnya, anda boleh bayangkan anda ingin mendapatkan lesen memandu  anda. Mana satu yang anda perlu lakukan dahulu ? Beli buku tentang lalu lintas, pegi kelas memandu, belajar memandu sendiri atau terus ke ujian memandu dengan JPJ?

Apa jawapan anda? Bagi saya, tentunya mana-mana satu adalah mungkin. Sekiranya nak beli buku panduan lalulintas pun boleh, nak pegi kelas memandu dulu pun boleh, atau kalau ada kereta tua bapa, kita boleh cuba memandunya. Bukankah begitu ?

Jadi untuk memulakan perniagaan SMS, apakah kemahiran atau pengetahuan yang saudara telah miliki ? Bagaimanakah anda ingin mendapatkan kemahiran tersebut ? Kalau anda telah rasa bersedia dan lengkap, anda tidak hadiri seminar SMS, malah tak perlu beli buku.

Soalan saya sekarang, apakah yang anda tahu tentang perniagaan SMS ? Sekiranya tiada, mulakan langkah pertama, walau apa langkah sekali pun. Kita bercakap mengenai ilmu dan pengetahuan. Tiada yang rugi dalam sekiranya semua maklumat yang perolehi adalah  pengetahuan, bukan? Sesungguhnya tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

Terserah pada saudara untuk memilih mana-mana produk atau perkhidmatan yang membantu.

Merujuk kepada pernyataan saudara yang mahukan wang yang dibayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu. Saya tidak boleh menjawab secara tepat adakah nilai wang anda setimpal dengan apa yang anda perolehi kerana ini sangat subjektif.

Saya boleh andaikan begini. Semua orang pergi kesekolah, tetapi berapa ramai yang mencapai keputusan 5A dalam UPSR, atau perfect dalam PMR atau SPM? Adakah semua akan mencapai keputusan yang sama ? Sedangkan semua orang belajar dari darjah satu sampai tingkatan 5…

Tentunya tidak. Bergantung kepada usaha, daya dan pengetahuan yang menentukan keputusan peperiksaan.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, persiapkan lah diri anda untuk menambah ilmu terlebih dahulu. Itu adalah pelaburan yang  lebih baik.

Perniagaan SMS sama dengan perniagaan yang lain. Untuk mendapatkan keputusan yang baik, perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Tiada jaminan berapa jumlah pendapatan yang anda perolehi sekiranya anda mulakan perniagaan SMS kecuali anda sendiri lah yang merancang perniagaan anda.

Asas yang kukuh menjamin perniagaan yang kukuh. Saya mendoakan saudara berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi.

Salam Usahawan!

Saya percaya bahawa En XXXXX saya mempunyai masalah yang sama. Malah lebih lagi. Ramai yang tidak tahu dimana mahu bermula, bagaimana, dan tiada gambaran dalam fikiran mereka.

Ini yang saya ingin tekankan. Bahawa industri perniagaan SMS ketika ini masih baru. Sangat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan ini di internet. Blog yang saya pernah lawati pun, kebanyakannya hanya berkisar mengenai perkara-perkara teknikal SMS. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi.

Saya pernah katakan, perniagaan SMS ini berada di awal revolusi. Sama seperti pemasaran internet di Malaysia sekitar tahun 1999 dan 2000. Semuanya masih baru, dan segar.

Hanya satu yang boleh menganjakkan revolusi ini. Nantikan!

p/s : Terima kasih kepada En xxxxx kerana email tersebut. Kebanyakan email yang saya terima hanya setakat 1-2 baris yang tanya soalan tanpa adab. Maaf kepada yang terasa, tetapi saya tidak akan menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Itulah orang kita..

Sedekah… dari kekayaan
Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya mendapat email mengenai wawancara antara stesen televisyen CNBC dengan billionaire kedua terkaya di dunia Warren Buffet. Beliau telah mendermakan sejumlah 31 billion dari kekayaannya untuk tujuan kebajikan.

Apa yang menarik mengenai Warren Buffet adalah aspek kehidupannya :

1.Membeli saham yang pertama pada usia 11 tahun, dan sekarang beliau menyesal kerana terasa seolah-olah sudah terlewat untuk membelinya!

2.Warren Buffet : Membeli ladang kecil yang pertama pada usia 14 tahun hasil dari jualan suratkhabar!

3. Memandu keretanya sendiri. Beliau tidak mempunyai ’supir’ @ driver atau pengawal peribadi yang menjaganya.

4. Beliau tidak pernah pergi ke mana-mana menggunakan jet peribadi, walaupun mempunyai syarikat jet yang terbesar di dunia!

5. Beliau tidak mempunyai telefon bimbit atau mempunyai komputer di atas meja kerjanya.

6. Beliau tidak bergaul dengan golongan kelas atasan. Beliau lebih gemar pulang kerumah menonton televisyen sambil makan pop corn

7. Beliau mempunyai 6 anak syarikat dimana beliau hanya menulis SATU surat sahaja kepada setiap CEO anak syarikat tersebut.

8. Mesej kepada CEO dari beliau adalah jelas ; Rule 1 : Jangan rugikan wang pelabur Rule 2 : Ingat Rule yang Pertama!

Ada lagi beberapa perkara yang menarik mengenai Warren Buffet. Tetapi saya kagum dengan pendekatan beliau yang bermula dari awal, sedangkan pada usia saya 11 tahun saham yang saya tahu hanya Amanah Saham Nasional @ ASN. Itu pun dah merungut sebab kene potong duit belanja sekolah untuk masuk tabung!

Apatah lagi untuk bercerita tentang saham, ladang dan kekayaan pada seawal umur macam tu. Ntah la, kalau ada antara kita ni yang memang telah bermula dengan kewangan ni sejak dari kecil lagi, maybe bole cerita tentang kejayaan yang dicapai pada hari ini.

p/s : Saya kecil2 lebih gemar bermain dan belajar dari cerita tentang duit!

Perlunya fokus dalam perniagaan
Salam Sejahtera,

Salam perniagaan, kita cenderung untuk membuat sesuatu keputusan yang segera atau secara tiba-tiba (harap-harap keputusan yang tepat) disebabkan faktor persekitaran. Memang itulah bentuk kehidupan seorang usahawan, kadang-kala lain yang kita rancang, lain pula yang datang menyebabkan kita terlupa melakukan apa yang kita rancang, dan mula lalai dengan membuat kerja yang baru datang.

Tentunya anda pernah dengar istilah, apa yang terjadi tidak selalunya seperti yang dirancang?

Kadang-kala, kita merancang dengan penuh teliti dan bersedia, tetapi bila ada sahaja sebarang perubahan dalam perancangan, kita mula hilang fokus.

Ini antara faktor yang ‘menakutkan’ mereka yang baru menceburi bidang perniagaan.

“Macam mana kalau takde orang nak beli produk saya?”

“Kalau orang tak suka produk saya macam mana? Abes la lingkup bisnes”

Saya sendiri tidak boleh membantu mereka. Faktor luaran (seperti keadaan pasaran, ekonomi, permintaan etc) selalunya adalah faktor yang agak sukar dijangka, tetapi dapat dikurangkan dengan melakukan lebih kajian dan pembacaan mengenai isu tersebut.

Tetapi yang paling penting, adalah faktor dalaman. Faktor dalaman adalah faktor yang datang dari diri sendiri termasuklah mental, fizikal dan tentunya hati. Kita yang perlu mengawal faktor dalaman.

Contohnya, memandangkan modal anda yang kecil, anda hanya  mampu untuk menjual nasi ayam sahaja. Hari-hari anda pergi ke pasar untuk beli ayam. Sampai satu hari, anda mendapat tahu bahawa si penjual ayam mendapat untung 100 kali ganda dari menjual nasi ayam, anda mula memandang perniagaan menjual ayam pula.

Maka berteraburanlah nasi ayam anda di makan ayam…..

Anda mula hilang fokus, dan anda mula nampak wang yang belum tentu anda perolehi.

Kalau anda tanya pada saya, memang saya mahu buat pelbagai bentuk aktiviti perniagaan dengan SMS. Dari perundingan sehinggalah teknikal. Tetapi saya telah menetapkan matlamat saya, yang saya akan fokus dalam satu bidang sahaja iaitu perundingan dan perkembangan perniagaan SMS sahaja. Maka saya tidak akan terlibat dalam hal-hal menjaja atau menjual starter pack SMS, atau menjadi penyedia SMS Gateway. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk masa sekarang, saya fokus kepada apa yang saya rancangkan.

Memang betul, sebagai usahawan kita perlu flesibel dalam menjalankan perniagaan. Kita kadang-kala terpaksa juga mengikut angin (bukan menjadi lalang), ke mana bertiup kita terpaksa ikut. Walau sekuat mana angin sekali pun, sekiranya kita mempunyai asas, dasar dan akar yang kukuh, kita akan tetap bertahan. Pentingnya matlamat dan objektif, kerana walau teruk sekalipun taufan yang melanda, kita akan tetap bergerak ke arah matlamat.

Antara alat yang boleh membantu anda adalah PDA. Atau sekurang-kurangnya planner bertulis. Anda boleh catatkan apa yang perlu anda capai dalam satu hari. Sekiranya tidak tercapai, anda perlu membuat sedikit justifikasi masa untuk menjayakan apa yang anda rancangkan. Sekiranya kita lebih tahu apa yang kita mahu, apa yang kita ingin capai, maka capailah dahulu apa yang dirancangkan. Jangan gelojoh untuk mencapai sesuatu yang belum tahu boleh tercapai

Sekiranya anda berjaya menjual nasi ayam sehingga ke seluruh Malaysia, tidak mustahil anda boleh menjadi tokei menjual ayam pula..

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang…

p/s : Gambar starterpack diatas adalah dibuat khusus untuk peserta Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS pada 7 Julai nanti. Sudahkah anda mendaftar?