Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » SMS Bisnes 101

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Kenapa Nak Takut ?

28 08 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu ni terlambat pula nak buat posting ke blog. Banyak kerja luar lapangan. :) Anyway, hari ini saya terasa macam nak bagi tips SMS je.. Minggu lepas dah bagi internet marketing issue, jadi gilir2 lah ye

1. Ramai diantara kita risau tentang perkhidmatan SMS kerana ragu-ragu dan takut ditipu. Gejala yang paling tak menyeronokkan bila kita tahu nombor telefon kita dimanipulasikan oleh ‘penyangak SMS’ ni.

2. Kita takut, bila kita hantar ke SMS kepada sesuatu perkhidmatan SMS yang mempunyai kod 5 digit (32xxx), kelak nombor kita akan dijaja ke pihak ketiga. Pihak ketiga ini kelak asyik call kita nak promot kan produk dorang. Buang masa betul.

3. Kita takut, kalau sekali kita menghantar SMS, penyangak ni akan hantar berkali-kali SMS ke telefon bimbit kita. Setiap SMS nanti kita kene caj, kredit kita akan berkurang, kita teraniaya.

4. Sebenarnya dalam perkhidmatan SMS ada 2 konsep perkhidmatan iaitu IOD dan Subscribe. Hanya SMS Subscribe sahaja membolehkan penghantaran SMS berkali-kali. SMS IOD tak boleh. IOD saya akan ceritakan lain kali.

5. SMS Subscribe adalah berkonsepkan langganan SMS. Perkhidmatan ini boleh dikenali dengan frasa di depan SMS yang perlu dihantar. Contohnya kalau ada ON, DAFTAR, REG, DAF dan diikuti dengan perkataan yang lain, kemungkinan adalah perkhidmatan SMS Subscribe.

6. So, kalau anda tersubscribe, jangan marah pulak kalau orang hantar berkali2 SMS kepada anda. Salah anda kerana anda tak tahu yang ada tersubscribe. Ramai orang yang pandai subscribe, tapi tak pandai unsubscribe.

7. Jadi, tugas anda untuk hanyalah untuk UNSUBSCRIBE (keluar langganan). Tak tahu nak unsubscribe ? Ikuti langkah mudah ini :

a. Taipkan STOP dan hantarkan ke kod 5 digit contohnya STOP ke 32xxx.

b.  Anda akan terima satu SMS percuma seperti berikut “RM0.00 Key in STOP ALL to cancel all service. Key in OUT to cancel promo msg. You are currently subscribe to : No Service Subscribed”

8. Ada beberapa perkara penting :

i. RM0.00 bermakna tiada sebarang caj untuk SMS yang dihantar ke telefon anda.

ii. Anda boleh taipkan STOP ALL. Maka semua nombor anda akan dikeluarkan dari semua perkhidmatan langganan yang ada dengan kod 5 digit tersebut.

iii. Anda boleh taipkan OUT. Maka anda tidak akan dihantar dengan sebarang mesej promosi dari kos 5 digit.

iv. You are currently subscribe to .. Kalau ada perkhidmatan yang anda langgan, akan terpapar disini. Apa anda perlu buat cuma taip STOPKodPerkhidmatan dan hantarkan ke kod 5 digit.

9. Kalau ada juga SMS yang masuk dan anda dikenakan caj, anda boleh buat laporan kepada telco dan juga polis kalau anda mahu.

10. Mudah je sebenarnya. Cuma mungkin kita yang tidak tahu.

11. Jadi mengapa ragu2 untuk menggunakan perkhidmatan SMS. Pandai masuk, mesti lah kene pandai keluar.. Jangan pandai masuk, tak pandai keluar, lepas tu marah2 orang lain cakap SMS cekik darah dan menipu :)

TERKINI !!

Ebook SMS Scam : Penipuan Yang Perlu Anda Tahu akan diedarkan secara percuma dalam beberapa hari lagi. Nantikan dan dapatkan ebook tersebut supaya anda tidak terpedaya!

Kredit kepada Luvlee diatas design yang selambe kodok!








Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB

21 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Seperti yang saya jangkakan, saya akan dihujani dengan email yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan cerita MIRSB saya pada minggu lalu. Tidak kurang juga yang menghantar email kepada saya, meminta pandangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka yang telah terjebak dengan membeli sistem MIRSB…

Sekiranya anda belum membaca post sebelum ini mengenai MIRSB, sila klik di sini.

Telah saya katakan saya bukan ingin menjadi ‘hero’ sangat dalam hal ini. Kalau betul2 saya nak jadi hero, banyak lagi saluran yang lebih baik, beretika dan berautoriti untuk saya sampaikan ketidakpuashatian orang ramai. Banyak lagi badan dan pihak berwajib yang lebih arif dalam selok belok hak pengguna dan kepenggunaan.

Saya cuma melihat dari perspektif usahawan. Dan tidak lebih dari itu. Saya hanya berkongsi, anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Mungkin kupasan hari ini lebih memberikan gambaran kepada anda :

****************************************

Apa Yang Silapnya Tentang MIRSB ?

Seperti yang saya catatkan dalam post yang lepas, MIRSB tentunya bergembira dengan kejayaan kempen pemasaran mereka. Iklan satu halaman penuh telah berjaya menarik perhatian ratusan (mungkin juga ribuan) pembaca untuk menghadiri seminar mereka.

Mengapa saya boleh andaikan begitu ? Sekitar 30 - 70 orang menghadiri seminar MIRSB. Seminar percuma pula tu.. Tentulah ramai yang datang.

Modus operasi adalah mudah. Dengan memberi seminar selama 2 jam secara percuma, ia akan menggalakkan lebih ramai orang hadir. Lebih ramai orang yang hadir, potensi untuk orang membeli produknya lebih tinggi. MIRSB bergerak secara berkumpulan dengan melantik speaker untuk bercakap bagi pihak MIRSB. Setiap speaker akan dibantu oleh oleh pasukan yang fokus kepada jualan.

Setakat yang saya kongsikan ini, MIRSB tidak salah apa-apa. Everything goes smooth. Tiada unsur penipuan.

Tetapi apa yang berlaku seterusnya, mula meruntuhkan kredibiliti MIRSB dalam menjalankan perniagaan SMS. Maka bermulalah episod dimana orang katakan MIRSB ini penipu!

1. Seminar tersebut boleh dikatakan bukan seminar. Ia lebih kepada product awareness. Ia selayaknya dipanggil taklimat potensi perniagaan SMS. Itu pun hanya dilakukan dalam masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya adalah sesi menjual produk SMS yang akan saya terangkan. Seminar apa yang hanya 1 jam ?

2. Dalam seminar, pihak MIRSB mengetepikan isu-isu yang penting seperti halangan spam oleh kerajaan. Berkeras menyatakan SPAM itu dibenarkan dengan cara yang betul! Kalau hukum dunia pun dilanggar, saya boleh buat kesimpulan tentunya hukum halal haram tidak disentuh langsung ketika seminar.

3.Seminar @ taklimat disampai oleh perucap yang dikatakan bakal jutawan 2008! :) Geli hati saya. Bukan saya menidakkan prospek kejutawanan beliau, cuma saya berani dan cukup yakin yang beliau ini tidak pernah mengelolakan sebuah perniagaan SMS. Tak payah lah kita cakap perniagaan SMS yang bersaiz besar korporat, peraduan SMS pun belum tentu pernah buat. Jadi ia tidak menghairankan saya kenapa beliau nampaknya tidak tahu selok belok dan realiti perniagaan SMS!

4. Menjanjikan kejutawanan dalam masa 3 bulan selepas bermula perniagaan SMS. Ini fakta yang cukup meyakinkan saya yang beliau tidak tahu bahawa pembayaran pertama hanya datang dari telco pada 2 hingga 3 bulan selepas bermula. Lainlah dia pakai duit poket dia sendiri, tapi fakta pembayaran yang lewat dari telco memang perkara yang wajib tahu oleh usahawan SMS.

5. Tidak memberikan masa yang secukupnya bagi peserta untuk menilai potensi, risiko dan modal perniagaan SMS. Peserta tak sempat nak berfikir baik buruk. Keputusan sama ada ingin beli atau tidak dibuat selepas seminar. Siapalah yang dapat berfikir sewarasnya dalam keadaan macam tu? Mungkin salahnya ada pada orang yang hadir juga. Nak cepat kaya! No pain, no gain lah konon..

6. Seminar bukan menceritakan tentang potensi perniagaan SMS dan yang berkaitan (seperti profit sharing, memilih gateway, teknik dan tips SMS) sebaliknya khusus kepada konsep reselling product. Ini bermakna bila dah beli produk, ahli boleh memilih untuk menjual balik produk tersebut (reseller right).. Di akhirnya orang yang membeli produk tak tahu pun nak buat ape dengan sistem SMS tu.. Terkebil2 je lah tengok sistem tu tatau nak buat ape…

Saya ingin nyatakan disini, maklumat diatas dikumpulkan selepas mendengar rintihan daripada mereka yang pernah menghadiri seminar @ taklimat tersebut. Tiada bukti yang saya rakamkan, anda bebas untuk mempercayainya atau tidak. Nanti takut saya pula yang jadi tukang fitnah!

Reality check :

Pemasaran memang cantik!

Perancangan media memang menarik!

Iklan memang mengagumkan!

Business model memang mantap!

Tapi…. content tidak asli…

Abes punah…

Saya dah cakap tadi. Saya bukan untuk memburukkan MIRSB. Saya cuma tengok dari perspektif usahawan SMS sahaja. Saya tidak pernah menyanggah harga sistem SMS yang dijual bermula dengan harga RM5K (dijual pada harga RM1K sahaja pada peserta seminar) kerana itu adalah teknik meletak harga masing2 (mungkin terpaksa letak mahal untuk beli iklan bersaiz halaman penuh yang berharga tinggi!). Itu adalah strategi MIRSB.

Memang betul, dalam strategi pemasaran mereka menceritakan potensi bagaimana duit itu boleh berganda kalau berjaya menjual produk. Tetapi SMS itu sendiri bukan satu produk statik macam jual beli gula-gula atau keropok lekor. SMS itu sendiri ada banyak elemen seperti memilih perniagaan, memilih produk, memilih aplikasi, menentukan gateway, mengira modal, membuat pengiklanan, dan juga 1001 ilmu perniagaan yang perlu dikuasai terlebih dahulu.

Itulah yang silapnya. Menjual produk SMS macam menjual gula-gula dan keropok lekor. Mana mungkin sama.

Tetapi akibat disamakan lah mewujudkan pelbagai masalah, persoalan, tak puas hati, marah-marah dan memburuk2kan perniagaan SMS.

Insyallah ada kelapangan saya akan buat catatan lagi tentang janji-janji yang ditabur MIRSB. Harap2 siapa yang terbaca tidak terguris jiwa. Ini adalah fakta sebab pelbagai pihak terlibat termasuklah pihak polis!

Jeng-jeng-jeng…… :)

****************************************

Malas sebenarnya saya nak cerita tentang hal ini. Nanti orang kata buat musuh pula. Atas tanggungjawab.

“A strong man will defend himself, stronger will defend others “ :)

Saya pun agak sibuk dengan menyiapkan manuskrip terakhir untuk buku SMS saya yang kedua.. Opss.. Masih lagi misteri :) Sabtu ini pula pada 26 Julai akan diadakan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS di Quality Hotel. Seminar sehari tau! Siapa yang belum mendaftar, cecepat lah daftar, sebab saya rasa seminar ini mungkin yang terakhir kot buat tahun ini. Daftar disini.
Jumpa lagi








Tips Menjejaki Pemilik Kod 5 Digit

2 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sedikit tips mudah mengenai SMS.

Anda tentunya selalu melihat iklan diakhbar, televisyen atau majalah seperti dibawah.

Mengikut format SMS Malaysia, anda perlu taipkan keyword tersebut dan dihantarkan ke ke kod 5 digit. Dalam contoh diatas, anda perlu taipkan REG STREPL dan dihantarkan ke 32611.

Jadi siapa punya kod 5 digit 32611. Ia tentunya dimiliki oleh sebuat syarikat gateway provider. Untuk mengetahui apakah nama syarikat tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :

1. Taipkan SMS : HELP dan hantarkan ke kod 5 digit tersebut :

 

2. Anda akan menerima reply seperti contoh berikut :

SMS yang akan anda terima adalah RM0.00. Tiada caj reverse dikenakan. Biasanya ayat SMS yang diterima adalah seperti berikut :

“RM0.00. To cancel services send STOP to 32611. To stop promotions, send OUT to 32611. Customer Services 038134xxxx 9am - 5pm Nama Syarikat Gateway”

Ia adalah standard yang mesti ada untuk setiap syarikat yang memiliki server SMS. So identiti mereka kita boleh tahu, siap dengan nombor telefon sekali..

Kalau ada syarikat gateway yang buat perkhidmatan merapu2, pertandingan kuiz dan contest yang haram, atau perkhidmatan yang tidak logik, maka mudah sahaja kita mahu menjejaki siapa mereka…

Semoga tips kali ini membantu…

p/s : Penerbangan saya ke Indonesia esok jam 12 tghri. Saya hanya akan kembali pada 9 hb. Jadi kalau saya tak sempat update blog, bermakna saya takde internet access kat sana ok. Sehingga berjumpa lagi








Gateway SMS Yang Bermasalah

1 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Ketika menganjurkan seminar di Kota Kinabalu tempoh hari, saya diajukan soalan tentang bagaimana mengenalpasti sesebuah penyedia perkhidmatan gateway yang bermasalah, mempunyai rekod buruk, atau pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan @ SKMM sebagai badan yang bertanggungjawab.

Akibat kesuntukan masa ketika seminar tersebut, saya tidak dapat memberikan jawapan kerana maklumat tersebut ‘tersorok’ didalam laman web SKMM.

Sekembalinya saya dari Perlis semalam, saya pun mula lah mencari-cari dimana maklumat tersebut tersembunyi.

Aha! Akhirnya ketahuan…

Secara asasnya syarikat ini dikategorikan kepada  3. Anda boleh muat turun :

1. Kes di dalam Siasatan
2. Kes Yang Telah Dikeluarkan Kompoun

3. Kes  di dalam Pendakwaan

Walau bagaimana pun, syarikat yang tersenarai bukan hanya syarikat Gateway SMS (bercampur dengan beberapa syarikat yang lain)

Tetapi ini cukup untuk sebagai rujukan anda melihat track rekod syarikat2 tersebut.

Sekadar makluman:

” Effective enforcement carried out by MCMC is to ensure the rights of the licensees, investors, consumers and the public are always protected and the confidence in communications, multimedia and postal services are maintained at all times.”

Bermaksud, tujuan setiap langkah siasatan, pendakwaan dan kompoun adalah untuk memastikan hak pemegang lesen, pelabur, pengguna dan masyarakat akan sentiasa dilindungi dan kebolehpercayaan dan keyakinan perkhidmatan komunikasi, multimedia dan pos sentiasa baik pada setiap masa. Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia

Pengumuman #1

Mulai hari ini 1 Julai, Akademisms.com akan mengenakan sedikit kos RM3 bagi tujuan pengeposan buku. Bermula hari ini juga, semua urusan pengeposan akan menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar dan bukan Pos Laju seperti sebelum2 ini. Kecuali kes-kes tertentu, mungkin Pos Laju atau Pos Express akan digunakan.

Pengumuman #2

Kepada ahli affiliates Irwan Dahnil, saya telah uploadkan banner dan bahan pengiklanan baru. Anda boleh gunakan banner tersebut untuk tujuan promosi. RM70 menunggu anda untuk setiap referral seminar.

Pengumuman #3

Ebook Versi 1.5 akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Patutnya hari ini tapi saya tak sempat lah nak tengok2 ebook tu. Jadi saya usahakan secepat mungkin.

Sehingga berjumpa lagi.








Dilema Tidak Berniaga Kerana Modal

1 06 2008

Assalamualaikum,

Hari ini saya ada terbaca berita di akhbar Utusan Online yang menyatakan bahawa Skim Usahawan Siswazah tidak mencapai sasarannya.

Yang ironinya, dalam ramai2 usahawan baru yang mengeluh nak dapat loan perniagaan, Skim Usahawan Siswazah ( SUS ) yang telah dilancarkan 10 tahun lalu hanya mengeluarkan RM3 juta sahaja dari RM100 juta wang yang telah diperuntukkan!

Takde orang apply ke?

Benar seperti apa yang diberitakan, ramai yang dah fed-up dengan urusan2 pinjam meminjam. Urusannya terlalu banyak dan mengambil masa. Apatah lagi SUS itu untuk siswazah, janganlah ingat siswazah2 ni ada experience untuk urusan2 birokrasi ni. Itu belum tentu lulus loan tu ! Masa terbuang hanya sebab sibuk naik turun pejabat nak mintak loan. Bisnes satu pun tak jalan lagi.
Akhirnya, ramai siswazah tak amik skim ni. Dah muak, jelak, bosan dengan urusan segala macam yang memeningkan kepala. Kesudahannya ada dua sahaja.

1. Terus memulakan perniagaan tanpa SUS

2. Batalkan hasrat untuk berniaga sebab tak dapat SUS

” Saya sendiri dah jelak dengan bentuk bantuan, loan dan sebagainya. Kalau setakat nak pinjam sikit2 tu, saya rasa kita banyak buang masa nak apply. Atau kalau loan tu tak seberapa dan tak urgent, barulah saya apply. Lulus atau ditolak, perkara kedua”

Tapi ramai yang berharap agar loan lulus dulu baru nak berniaga.

Maaf cakap tapi memang tak pernah senang nak lulus loan tu. Kursus perlu diikuti. Kadang kala sampai 3 - 6 bulan. Dokumentasi yang melambak. Untuk usahawan baru, dokumentasi tu sesuatu yang baru. Nak bank akaun 6 bulan, kadang2 untuk skim pinjaman lain nak penyata kewangan beraudit. Dan segala macam dokumentasi. Mana siswazah ada semua tu?

Siswazah ni ‘blank’, ‘blur’, fresh, tatau nak buat ape …. Jangan lah tanya benda2 yang sukar benar mereka nak sediakan.

Macam mana dilema ni nak berkesudahan ?

Tak de bantuan kerajaan, kita merungut kerajaan tak mesra rakyat. Bila dah ada bantuan, sikit punya susah nak dapat.

Adakah orang kita ni selalu sangat bergantung harap pada satu2 bantuan? Di fikiran tu dah ‘tersemat’, kalau takde loan, tak boleh nak berniaga. Atau sibuk sangat nak apply loan, sampai perniagaan pun tak jalan lagi.

Kalau macam tu lah mentaliti, saya rasa tak sesuai langsung nak jadi usahawan :)

Selagi mentaliti kita tak dapat setkan bahawa bantuan tu adalah ketika kita memerlukan , apabila kita dah memulakan perniagaan, selagi itulah loan itu susah sangat nak dapat.

Kene set kan di minda kita, bahawa perniagaan perlu jalan dahulu (tak kisah sama ada perniagaan tersebut bukan perniagaan yang kita ingin buat) kemudian baru di sokongan dan disusuli dengan usaha mendapatkan bantuan kewangan.

Cuba lihat macam mana orang lain senang je nak dapat bantuan kewangan :

Senario 1:

Pencipta Google menjalankan kajian terhadap enjin carian (tanpa fikirkan ingin mendapatkan bantuan kewangan). Bila dah sampai satu stage, baru datang investor.

* Buat apa yang kita suka dulu. Kalau orang suka, barulah bantuan kewangan akan diperolehi.

Senario 2 :

Ali menjalankan perniagaan cyber cafe. Dengan ada siber kafe tu, dapatlah tanggung makan minum. Dalam masa yang sama, Ali sediakan kertas kerja dan juga memastikan beliau layak untuk apply loan. Selepas 6 bulan berniaga cyber cafe, Ali apply loan untuk buka kedai komputer.

* Buat perniagaan untuk lepas makan, untuk hidup dulu. Tanpa pinjaman pun, makan minum tak miss, perniagaan pun tak cacat. Jangan sampai miss soruuu..

Senario 3 :

Sufiya telah menjalankan perniagaan trading selama 3 tahun tanpa bantuan pinjaman. Sufiya selalu membelanjakan wang untuk tujuan pemasaran dan promosi (buat banner, brochure, flyer, iklan). Tanpa terlalu mengharapkan bantuan kewangan diluluskan, Sufiya tetap memohon grant atau pinjaman untuk memajukan perniagaan.

* Teruskan berniaga macam biasa. Kalau ada rezeki, applylah dan dapat bantuan pinjaman. Kalau tak dapat bantuan, business tetap jalan 

Kalau anda berharap 100%, selagi itulah anda akan terasa betapa peritnya berniaga. Anda tidak mungkin percaya apabila saya katakan bahawa loan itu datang dengan mudahnya apabila anda tidak benar2 memerlukannya

Aneh bukan ?








SMS Bisnes 101 : Mengapa Telco Punya Share Paling Banyak ?

30 04 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas membaca beberapa post di blog Sham, dan juga luahan hati mangsa , saya rasa terdetik untuk menulis beberapa post mengenai asam garam perniagaan SMS. Banyak hal2 perniagaan SMS ini telah tersurat, langkah dan kaedah menjalankannya banyak telah diperolehi, pelbagai2 aplikasi telah ditunjukkan malah, ramai juga yang telah menceburkan diri, kononnya menjadi usahawan SMS.

Satu perkara yang mungkin tidak terdapat rujukan dimana-mana adalah tentang hakikat sebenar perniagaan SMS. Biasanya mereka yang telah terlibat sahaja tau, seronok dan kecewa tentang perniagaan ini.. Hanya mereka yang terlibat sahaja akan tahu pahit manisnya perniagaan ini. Jangan ingat seronok je… :)

Sebagai sumbangan yang tidak seberapa, saya ingin buka kategori baru selepas ini dalam blog.Saya panggil sebagai SMS Bisnes 101. Dalam ketegori ini, saya akan cuba menulis semampu mungkin pengalaman perniagaan dan pemasaran SMS yang pernah saya jalankan. Semoga post saya ini akan menjadi iktibar dan bahan rujukan kepada anda yang ingin atau belum berkecimpung dalam perniagaan SMS. Kepada mereka yang telah dan sedang dalam perniagaan SMS, saya alu-alukan komen anda supaya kita dapat bertukar2 fikiran.

Kepada Megat, saya sangat bersetuju mesti terdapatnya satu platform untuk semua bekerjasama untuk menyebarkan maklumat2 yang tulen mengenai baik-buruk sesuatu perniagaan. Kita dah tak larat nak dengar makcik, pakcik yang bergadai untuk ceburi perniagaan yang hanya mengkayakan satu pihak. Kita dah muak dengar rintihan rakan yang menyesal tak sudah bila melabur ke jalan yang salah.

Satu perkara yang seorang sakit hati adalah tentang jumlah peratusan share yang telco amik dala setiap caj reverse billing SMS. Sehingga kini DiGi 30% + 0.07 , Maxis 42% (bermula Januari 08) dan Celcom 54%.

Yang ironinya , telco yang paling banyak amik percentage adalah telco yang paling ‘lembab’ dari pelbagai sudut. Mutu perkhidmatan, pembayaran, customer support boleh saya katakan ‘hampas’ jugalah. Keciwa sungguh! Tak payah nak cakap la ya tuan-tuan, memang anda tau la telco yang mana. (harap2 telco tu baca la post saya kat blog ni, dan perbaiki la perkhidmatan agar padan dengan percentage yang korang makan!)

Berbalik kepada soalan, kenapa telco ni amik banyak sangat? Apala special sangat dorang ni boleh suka2 hati amik banyak macam tu?

Beberapa statistik betapa ‘mewah’ nya industri telekomunikasi di Malaysia :

- Pengguna rangkaian komunikasi naik menjadi 21 juta pengguna pada 2007 hanya dalam masa 10 tahun ! Kalau sorang pelanggan guna 1 SMS sehari, maka telco kenyang bangat!

- Sektor komunikasi menyumbang 21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu lebih kurang 3.7% GDP negara. Padahal dalam industri telekomunikasi hanya setahun jagung, tapi sumbangan kepada negara SANGAT besar dan pantas!

- Sektor telekomunikasi menjana 51,000 tenaga kerja di Malaysia. Cukup banyak untuk menyebabkan kerajaan bukak mata betapa sektor ini tidak boleh diperkecilkan.

Siapa yang kenyang ? Tentulah telco. Kalau anda mempunyai perniagaan yang kaya raya dan maju seperti telco tu, mahu dan sanggupkah anda kongsikan sedikit dengan apa yang anda dapat dengan orang lain ? Heheh.. Tak semua orang pemurah..

Begitu juga telco. Tahun demi tahun mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kos2 pengiklanan dan penajaan bukan murah. Tetapi kini terbukti mereka telah berjaya. Siapa antara kita yang tak kenal Celcom, DiGi dan Maxis ? Secara automatik, kalau jenama mereka sudah terkenal, mereka mula menguasai industri.

Dengan lesen telekomunikasi yang hanya diberikan kepada beberapa buah syarikat, telco menjadi semakin kukuh dengan kuasa monopoli tanpa risaukan persaingan.

Mereka dah cukup ‘kaya’.

Disebabkan mereka ini yang terlalu kaya inilah, ramai pula yang teringin nak turut serta. Bila kerajaan tak keluarkan lesen, tiada cara lain bagi mereka yang berminat melainkan mewujudkan satu bentuk ‘kerjasama’ dengan membuat penyambungan kepada telco.

Oleh itu, wujudlah syarikat2 yang dikatakan sebagai gateway provider (GP) dan content provider (CP) . Sebagai syarat, mereka sanggup untuk mengikut segala peraturan yang telco tetapkan. Maklumlah, telco ni tentulah jual mahal sebab hanya ada 3 syarikat sahaja yang memonopoli . Kalau GP/CP tak nak comply dengan syarat mereka, mereka boleh ditunjukkan pintu keluar. Berlagak sungguh! Dikatakan agreement antara telco dan gateway provider pun macam bias kepada telco!Tapi bolehkah kita menjerit2 tak puas hati dengan percentage yang telco amik ? Boleh kah agaknya kita protes sekiranya telco tetap berkeras ingin menaikkan peratus share dalam trafik SMS sedangkan kita yang beriya-iya mahu membuat sambungan sistem dengan telco walau apa syaratnya?

Dari segi perspektif telco, mereka merasakan mereka mempunyai hak mutlak.

Dari perspektif GP/CP, ini tidak ADIL! Bagaikan timun lawan durian, David versus Goliath dan sewaktu dengannya.

Sekarang telah wujud MMCP (Malaysia Mobile Content Provider Association). Dengan harapan persatuan dapat mempertahankan hak-hak gateway provider dari terus dipijak-pijak oleh telco yang bongkak. Dan sekurang-kurangnya, bila adanya persatuan, MCMC tidak lah terlalu cenderung kepada komplen pelanggan yang hanya tahu mengadu tanpa tahu apa yang berlaku. Harap2 suara2 yang mempertahankan kita akan mula kedengaran!

Apapun, sebagai GP/CP, kita hanya boleh bermuafakat dan berbincang secara diplomasi dengan pihak telco. Mungkin dengan adanya MCMC menjadi orang tengah untuk membantu kemelut yang mencengkam kebanyakan GP/CP.

Apa yang boleh dirumuskan, sebelum anda terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan SMS, ketahuilah bahawa telco mempunyai hak mutlak dari segi setiap sen dan juga trafik yang masuk ke dalam server mereka. Kita boleh pertikai, tetapi mereka ni ‘terlebih lemak’ yang kadang2 susah untuk kita menegakkan hak kita sebagai GP/CP.

Kalau anda menjadi CP, jangan salahkan 100% GP sekiranya perkiraan pendapatan anda bukan 100% seperti yang anda kirakan. Sebenarnya GP juga tersepit dengan karenah telco yang seperti ‘besar kepala’ dan susah hendak dijentik kerana dah terlalu berkuasa!

Sekiranya satu industri, kita bersatu. Kita perbaiki dimana kepincangan. Kita pertahankan hak kita secara bersama. Jangan satu jari asyik menunding orang kerana 4 lagi jari sedang menunding diri sendiri!