Bersedia Untuk Gagal Lagi

19 05 2009

Dalam satu temubual dengan Bill Gates satu soalan diajukan ‘What type of people you would like to employ?.

Beliau menjawab :

‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Dari pengalaman, memang benar bahawa orang yang PERNAH GAGAL adalah orang yang LEBIH BAIK!. Orang yang tak pernah gagal, mungkin akan lebih cenderung untuk gagal kerana tak pernah nak mencuba.

Apabila mencuba, cubalah sebanyak-banyaknya.

‘Lebih banyak kegagalan, setiap kegagalan akan membuka pintu baru kejayaan “

Thomas Addison telah gagal 10,000 kali sebelum berjaya untuk menghasilkan mentol.

Bagi mencipta kejayaan, gagal adalah sesuatu yang normal. Jangan takut mencuba, jangan takutkan kegagalan.

Percubaan Baru : Studio Recording + Photo Shooting

Ini adalah salah satu percubaan ‘gila’ yang saya nak buat tahun 2009. Dah half way. Tinggal lagi separuh nak buat. Sangat teruja nak cuba buat dan bersedia untuk gagal lagi… :)

Projek Teaser

Sekian lama rancangan TV didominasi oleh stesen rangkaian TV. RTM, Media Prima dan Astro menjadi beberapa pemain tunggal dalam pasaran TV di Malaysia.

Mahu atau tidak anda dijemput sebagai tetamu undangan dalam satu siaran TV?

Mahu atau tidak anda berpeluang muncul di TV berulang-ulang kali ?

Mahu atau tidak anda mempunyai satu slot khas untuk berkongsi dengan penonton idea dan pandangan anda?

Mahu atau tidak anda mempunyai saluran TV yang dapat mempromosikan produk anda ?

Mahu atau tidak anda menjadi krew mencipta rancangan TV anda sendiri mengikut cerita, berita dan kandungan yang anda mahukan ?

Nantikan !






Hari Terbuka Truewealth : 30 Minit Demo Step by Step

6 03 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekadar makluman dan hebahan kepada semua.

Esok akan diadakan hari terbuka anjuran penerbit buku perniagaan dan motivasi kewangan True Wealth Sdn Bhd. Acara akan bermula pkl 11 pagi sehingga 5 petang.

Bagi saya ini adalah peluang baik untuk anda datang kerana anda akan ditawarkan diskaun sehingga 70% bagi buku terpilih.  Bagi pembelian RM150,  dapat pula 1 buku PERCUMA. Maklumat lanjut disini.

Saya, Gobala dan Shuth juga dijangkakan akan berada disana untuk menyokong usaha Truewealth. Insyallah saya akan berkongsi sedikit masa untuk melakukan demonstrasi bagaimana sesuatu sistem SMS diselenggarakan.

Sesi ini tidak lama, cuma 30 minit sahaja kerana saya perhatikan ramai yang masih belum mempunyai pendedahan tentang sistem SMS secara teknikal. Ini adalah peluang anda sekiranya berkelapangan. Jemput hadir sesi tersebut pada jam 12 tghr.

So kalau ada masa jemput hadir ke majlis ilmu ni ya!

Jumpa disana






Tajuk Buku- Ada Cadangan Tak ?

17 12 2008

Assalamualaikum Kawan2,

“Buku dah tulis, tapi tajuk pulak macam tak best je..”

Punyalah besar masalah saya kali ini dan perlukan bantuan kawan-kawan. Saya baru selesai menulis sebuah buku dan memerlukan tajuk yang sesuai untuk buku ini.

Sebenarnya saya dah ada tajuk iaitu Bisnes SMS Cara Mudah, tapi saya rasa tajuk saya tu kurang catchy, macam mana tak menarik pula. Ada cadangan kreatif lain tak ?

Buku ini adalah kupasan saya terhadap perniagaan SMS yang hangat di Malaysia. Ia mendedahkan 7 aplikasi SMS utama iaitu SMS Voting, Chat, Subscribe, IOD, Contest, Slogan dan Page. Buku ini menunjukkan langkah demi langkah, bergambar dan berilustrasi yang mudah untuk difahami. Pembaca juga boleh membuat praktikal terus kerana saya bekalkan juga dengan akaun SMS percuma untuk percubaan.

Sebagai tanda penghargaan, saya akan berikan cenderahati kepada tajuk yang paling baik yang akan saya gunakan! Anda bakal menjadi antara orang yang pertama menerima buku tersebut!

Saya tau anda semua mungkin ada idea kreatif yang terpendam. Luahkan idea anda sebanyaknya dengan meninggalkan komen di bawah.

Saya sangat2 menghargainya. Jangan lupa. Cenderahati menanti!

‘Idea oh idea..’






Hari Ini Hanya Untuk Esok ?

9 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Hari ini anda telah mula membuat satu minisite untuk jualan produk anda. Katalah produk tersebut adalah “Ebook Cara Memasak Rendang Yang Enak Seperti Chef”. Esoknya pula anda sambung lagi membuat minisite tersebut. Mungkin memperbaiki salesletternya. Tulatnya, anda memperbaiki design, susunatur dan grafik-grafiknya.

2. Selepas 3 hari, apa hasil yang anda perolehi ? Jawapannya boleh dijangka : Anda akan memperolehi satu minisite yang mempunyai salesletter yang disusun dengan baik dan mempunyai design yang menarik. Betul ?

3. Tetapi adakah anda akan berpuas hati setakat itu sahaja? Kalau minisite anda tidak menghasilkan jualan yang baik, mungkin anda akan lakukan sedikit usaha seperti ubah salesletter, mungkin juga tukar design dan layout. Sehinggalah minisite anda mencapai tahap jualan yang baik, anda mungkin berehat seketika dari mengubah minisite anda.

Ini dipanggil Faedah @ Benefits.

4. Melihat dari satu perspektif, kalau anda lakukan berkali-kali untuk memperbaiki minisite anda, bermakna anda akan semakin mahir. Bukan sahaja mahir dalam menghasilkan minisite yang mampu menjual, tetapi anda juga akan dilihat sebagai orang yang memasak rendang yang hebat!

5. Persepsi pelanggan terhasil apabila kita menyatakan dan melakukan sesuatu perkara secara konsisten berulang-ulang kali. Dari persepsi ini menghasilkan kredibiliti.

” Ini pula dipanggil Values.

6. Contohnya, Airasia dikenali sebab low cost nya sebab hari-hari iklannya menyatakan mereka adalah penerbangan tambang murah. Jadi orang akan melihat ia sebagai ‘MURAH’ walau pun ada beberapa perkara tidak lah semurah yang disangka!

8. Inilah yang strategi perniagaan yang baik. Apa yang anda lakukan hari ini, bukan hanya memberi pulangan dari segi wang (Faedah@Benefits) tetapi sepatutnya dapat memberikan kredibiliti juga (Values).

9. Mengapa perlu Values? Kerana persaingan yang sengit hanya boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai lebih Values.

” Mengapa orang sanggup bayar secawan kopi yang mahal di Starbuck, sedangkan kopi kedai mamak boleh didapati dengan lebih murah ? Kerana Starbucks berjaya menjual Values (kopi yang class), dan bukan Benefits semata-mata.

11. So boleh dikatakan rugilah orang hanya hanya melakukan sesuatu hari ini cuma mendapat Benefits semata-mata pada esok hari sedangkan pesaingnya mendapat Values pada masa panjang.

Bagaimana dengan anda ? Lakukan untuk Benefits semata-mata ? Atau anda juga bersedia untuk menawarkan Values pada jangkamasa panjang ?






‘Juadah’ Berbuka Puasa!

1 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Alhamdulillah, semalam kita meraikan Kemerdekaan ke 51. Sedikit janggal dari tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan kita sambut dalam keadaan ekonomi yang menekan dan juga ketidaktentuan politik. Apapun, Selamat Hari Merdeka!

2. Hari ini pula bermulanya Ramadhan. Puasa tak ? :) Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tak kiralah anda ni IM ke, usahawan dari rumah ke, usahawan kecil ke, usahawan SMS ke… Semoga amal ibadat kita diterima.

3. Bulan puasa ini adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan keberkatan dan keampunan. Maka setiap amal yang kita kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

#####################

4. Bulan ini kita akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Memberi makanan berbuka, mengadakan moreh, memberi sumbangan kepada anak yatim dan juga memberi sumbangan ikhlas pada bila-bila masa diperlukan.

5. Dalam kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh rahmat, anda juga dari kita yang menjalankan perniagaan tidak jujur, bersifat berat sebelah, tidak memberikan perkhidmatan yang sepadan dengan harga.

6. Kita semua sepatutnya risau dengan fenomena dimana wujudkan teknologi SMS dan internet disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik dan menipu. Memang kita ketahui teknologi ini mampu ‘menyorokkan’ dalangnya dari ‘dicekup’ dengan mudah.

7. Bila kita lihat internet adalah bentuk perniagaan masa sekarang dan masa hadapan, kita secara terus-terusan juga perlu membanteras mereka yang mencalit lumpur kepada perniagaan kita. Sumbangan kita memberikan kesedaran kepada masyarakat dapat membantu mengelakkan dari lebih terjebak dengan penipuan atau bentuk scam ini.

8. Banyak yang kita boleh lakukan. Membuat pendedahan, menulis di blog, mengedarkan ebook secara percuma, mengeluarkan report dan pelbagai lagi.

#####################

9. Pada hari ini saya akan mengedarkan ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu. Saya ingin sama-sama menyumbang bagi mengelakkan masyarakat terus terjebak dengan penipuan SMS. Anda boleh muat turun secara terus di link bawah. Jangan risau, ebook ini edaran PERCUMA. Tiada sebarang bayaran, bahkan email anda pun saya tak minta. Boleh muat turun secara terus.

10. Ebook ini saya garap dengan bantuan rujukan bersama En Salleh Esa. Ia menghuraikan beberapa fakta yang menarik untuk anda baca. Walau pun percuma tetapi saya percaya kandungannya memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca. Antara kandungan yang menarik adalah:

- Mengetahui modus operandi penipuan SMS sama ada secara aktif atau pasif
- Menggunakan sistem SMS ‘yang tidak berdosa’ untuk tujuan penipuan
- Kaedah dan langkah2 penipuan si penipu
- Kes-kes yang melihatkan syarikat

11. Bukan itu sahaja, kami juga telah mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. Ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada kami, mungkin kami akan ‘diserang’, kami mungkin kene ’sound’, tapi saya rasa yang hak tetap hak. Saya hanya menegakkan perkara yang betul. Yang lebih penting pembaca dapat mengambil iktibar dari kes-kes ini.

12. Satu lagi yang kami dapat selitkan adalah bagaimana untuk pembaca ingin menilai perniagaan SMS yang betul atau tidak. Juga tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya kita tertipu atau terjebak dengan penipuan SMS.

13. Kredit juga saya berikan kepada Nurulhayati @ Luvlee diatas design beliau. Sporting sungguh!

#####################

14. Saya harapkan anda akan mendapat manfaat dari ebook ini. Sekiranya anda rasakan kandungannya bermanfaat kepada ramai orang, edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat.

15. Sengaja saya edarkan ebook ini pada 1 Ramadhan. Saya berharap ini akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada anda. Memang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil sedikit inisiatif untuk mencelikkan masyarakat.
16. Kepada anda yang mengedarkan ebook ini, terima kasih saya ucapkan. Anda juga akan dapat ganjaran pahala kerana usaha anda untuk menyampaikan ilmu. Ini bulan puasa kan? Tentu ganjarannya lebih lagi. Aminnn!

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!






Kenapa Nak Takut ?

28 08 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu ni terlambat pula nak buat posting ke blog. Banyak kerja luar lapangan. :) Anyway, hari ini saya terasa macam nak bagi tips SMS je.. Minggu lepas dah bagi internet marketing issue, jadi gilir2 lah ye

1. Ramai diantara kita risau tentang perkhidmatan SMS kerana ragu-ragu dan takut ditipu. Gejala yang paling tak menyeronokkan bila kita tahu nombor telefon kita dimanipulasikan oleh ‘penyangak SMS’ ni.

2. Kita takut, bila kita hantar ke SMS kepada sesuatu perkhidmatan SMS yang mempunyai kod 5 digit (32xxx), kelak nombor kita akan dijaja ke pihak ketiga. Pihak ketiga ini kelak asyik call kita nak promot kan produk dorang. Buang masa betul.

3. Kita takut, kalau sekali kita menghantar SMS, penyangak ni akan hantar berkali-kali SMS ke telefon bimbit kita. Setiap SMS nanti kita kene caj, kredit kita akan berkurang, kita teraniaya.

4. Sebenarnya dalam perkhidmatan SMS ada 2 konsep perkhidmatan iaitu IOD dan Subscribe. Hanya SMS Subscribe sahaja membolehkan penghantaran SMS berkali-kali. SMS IOD tak boleh. IOD saya akan ceritakan lain kali.

5. SMS Subscribe adalah berkonsepkan langganan SMS. Perkhidmatan ini boleh dikenali dengan frasa di depan SMS yang perlu dihantar. Contohnya kalau ada ON, DAFTAR, REG, DAF dan diikuti dengan perkataan yang lain, kemungkinan adalah perkhidmatan SMS Subscribe.

6. So, kalau anda tersubscribe, jangan marah pulak kalau orang hantar berkali2 SMS kepada anda. Salah anda kerana anda tak tahu yang ada tersubscribe. Ramai orang yang pandai subscribe, tapi tak pandai unsubscribe.

7. Jadi, tugas anda untuk hanyalah untuk UNSUBSCRIBE (keluar langganan). Tak tahu nak unsubscribe ? Ikuti langkah mudah ini :

a. Taipkan STOP dan hantarkan ke kod 5 digit contohnya STOP ke 32xxx.

b.  Anda akan terima satu SMS percuma seperti berikut “RM0.00 Key in STOP ALL to cancel all service. Key in OUT to cancel promo msg. You are currently subscribe to : No Service Subscribed”

8. Ada beberapa perkara penting :

i. RM0.00 bermakna tiada sebarang caj untuk SMS yang dihantar ke telefon anda.

ii. Anda boleh taipkan STOP ALL. Maka semua nombor anda akan dikeluarkan dari semua perkhidmatan langganan yang ada dengan kod 5 digit tersebut.

iii. Anda boleh taipkan OUT. Maka anda tidak akan dihantar dengan sebarang mesej promosi dari kos 5 digit.

iv. You are currently subscribe to .. Kalau ada perkhidmatan yang anda langgan, akan terpapar disini. Apa anda perlu buat cuma taip STOPKodPerkhidmatan dan hantarkan ke kod 5 digit.

9. Kalau ada juga SMS yang masuk dan anda dikenakan caj, anda boleh buat laporan kepada telco dan juga polis kalau anda mahu.

10. Mudah je sebenarnya. Cuma mungkin kita yang tidak tahu.

11. Jadi mengapa ragu2 untuk menggunakan perkhidmatan SMS. Pandai masuk, mesti lah kene pandai keluar.. Jangan pandai masuk, tak pandai keluar, lepas tu marah2 orang lain cakap SMS cekik darah dan menipu :)

TERKINI !!

Ebook SMS Scam : Penipuan Yang Perlu Anda Tahu akan diedarkan secara percuma dalam beberapa hari lagi. Nantikan dan dapatkan ebook tersebut supaya anda tidak terpedaya!

Kredit kepada Luvlee diatas design yang selambe kodok!






Gateway SMS Yang Bermasalah

1 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Ketika menganjurkan seminar di Kota Kinabalu tempoh hari, saya diajukan soalan tentang bagaimana mengenalpasti sesebuah penyedia perkhidmatan gateway yang bermasalah, mempunyai rekod buruk, atau pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan @ SKMM sebagai badan yang bertanggungjawab.

Akibat kesuntukan masa ketika seminar tersebut, saya tidak dapat memberikan jawapan kerana maklumat tersebut ‘tersorok’ didalam laman web SKMM.

Sekembalinya saya dari Perlis semalam, saya pun mula lah mencari-cari dimana maklumat tersebut tersembunyi.

Aha! Akhirnya ketahuan…

Secara asasnya syarikat ini dikategorikan kepada  3. Anda boleh muat turun :

1. Kes di dalam Siasatan
2. Kes Yang Telah Dikeluarkan Kompoun

3. Kes  di dalam Pendakwaan

Walau bagaimana pun, syarikat yang tersenarai bukan hanya syarikat Gateway SMS (bercampur dengan beberapa syarikat yang lain)

Tetapi ini cukup untuk sebagai rujukan anda melihat track rekod syarikat2 tersebut.

Sekadar makluman:

” Effective enforcement carried out by MCMC is to ensure the rights of the licensees, investors, consumers and the public are always protected and the confidence in communications, multimedia and postal services are maintained at all times.”

Bermaksud, tujuan setiap langkah siasatan, pendakwaan dan kompoun adalah untuk memastikan hak pemegang lesen, pelabur, pengguna dan masyarakat akan sentiasa dilindungi dan kebolehpercayaan dan keyakinan perkhidmatan komunikasi, multimedia dan pos sentiasa baik pada setiap masa. Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia

Pengumuman #1

Mulai hari ini 1 Julai, Akademisms.com akan mengenakan sedikit kos RM3 bagi tujuan pengeposan buku. Bermula hari ini juga, semua urusan pengeposan akan menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar dan bukan Pos Laju seperti sebelum2 ini. Kecuali kes-kes tertentu, mungkin Pos Laju atau Pos Express akan digunakan.

Pengumuman #2

Kepada ahli affiliates Irwan Dahnil, saya telah uploadkan banner dan bahan pengiklanan baru. Anda boleh gunakan banner tersebut untuk tujuan promosi. RM70 menunggu anda untuk setiap referral seminar.

Pengumuman #3

Ebook Versi 1.5 akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Patutnya hari ini tapi saya tak sempat lah nak tengok2 ebook tu. Jadi saya usahakan secepat mungkin.

Sehingga berjumpa lagi.






SMS Case Study : SMS Feedback Untuk Iklan Seminar Sabah III

26 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hujung minggu lalu baru sahaja selesai penganjuran Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, seperti yang saya ceritakan, semuanya berjalan dengan lancar. Semua dah selesai.

MInggu depan kalau tiada aral, kami akan ke Kota Bharu pula.

Tapi ada yang tak selesai…

Hari ini saya akan sambung tentang SMS Study Case bagaimana untuk menggunakan SMS Feedback dalam mempromosi dan mengiklan seminar di Sabah. Memang mencabarlah buat iklan di Sabah. Ditambah dengan bahasa tempatan, pening juga bah kepala saya dengar tu…

Untuk anda melihat topik yang kita bincang dalam study case ni rujuk :

1. SMS Study Case 1 : Konfigurasi sistem

2. SMS Study Case 2 : Pengiklanan

Anyway, hari ini sambungannya adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan iklan yang saya buat, feedback yang saya terima, dan keputusannya.

Jumlah Iklan Dipaparan Akhbar

Semua sekali saya telah mengiklankan sebanyak 6 kali di 3 akhbar tempatan di Sabah. Pada 25 Mei 2008, saya telah mengiklan di New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post. Setelah melihat feedbacknya, Daily Express memberikan respon yang paling baik. Oleh itu pada 11 Jun 2008 saya hanya membeli 1 iklan di akhbar tersebut. Akhbar yang lain saya saya lupakan. Begitu juga pada 14 dan 15 Jun, saya hanya beli iklan dalam Daily Express.

Apakah Akhbar Yang Paling Memberi Respon ?

Mengapa perlu 3 iklan serentak pada 3 akhbar yang berbeza ? Pada 25 Mei 2008, saya memerlukan impression dalam akhbar. Supaya orang sudah mula terbaca tentang seminar saya 4 minggu sebelum seminar. Ia akan disusuli dengan iklan 2 minggu dan 7 hari sebelum seminar.

Sebelum 25 Mei, saya tidak tahu akhbar mana yang memberikan respon yang paling baik. Mengikut ABC, ia adalah Daily Express. Walaubagaimana pun, saya perlu cuba dahulu dengan membeli iklan di ketiga2 akhbar yang paling popular di New Sabah Times, Daily Express dan Borneo Post.

Setelah sehari, berikut adalah jumlah maklumbalas yang saya terima.

New Sabah Times : 3 respon

Borneo Post : 8 respon

Daily Express : 23 respon

Oleh itu, saya telah mengetahui akhbar mana yang paling berkesan. So sejak hari tu iklan saya hanya di Daily Express.

Bagaimana Saya Tahu Respondan Datang Dari Mana ?

Inilah keistimewaan SMS.

Andaikan kita mengiklan di 3 akhbar dengan hanya meletakkan nombor telefon kita untuk respondant hubungi, kita perlu bertanya dari mana mereka dapat nombor telefon mereka. Ia agak janggal kerana kelihatan kita yang ingin bertanya kepada pelanggan. Secara mudahnya, dengan meletakkan nombor telefon sahaja, kita tidak tahu iklan di akhbar mana yang membuatkan pelanggan menghubungi kita.

Berbeza dengan SMS. Anda masih ingat dalam iklan saya ada letakkan MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda untuk membolehkan mereka menempah seminar secara SMS ?

Apa yang saya buat, saya ciptakan format yang berbeza utk ketiga2 akhbar.

Untuk Daily Express saya ciptakan : MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda
Untuk New Sabah Times, saya ciptakan : MY[jarak]SBHA[jarak]NamaAnda
Untuk Borneo Post, saya ciptakan : MY[jarak]SBHB[jarak]NamaAnda

Di dalam sistem SMS saya akan terpapar SMS yang akan dihantar oleh pelanggan.

Cuba anda lihat snapshot di atas. Tersenarai dalam sistem SMS saya tarikh, masa, nombor telefon dan nama si penghantar SMS.

Yang lebih penting saya dapat bezakan bahawa siapa yang menghantar SMS MY SBH datangnya dari iklan Daily Express, dan SMS yang lain datangnya dari akhbar yang lain.

Ini yang istimewanya, kerana SMS dapat membantu saya memilih akhbar yang paling responsif. Dan satu lagi, secara automatik saya terus dapat nombor telefon pelanggan yang ingin sertai.

Pemasaran Yang Proaktif

Antara soalan yang paling kerap saya terima adalah bagaimana untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan. Lebih susah adalah untuk mendapatkan nombor telefon bimbit pelanggan kerana telefon bimbit ni adalah barangan personal.

Saya rasa saya telah menjawab soalan2 tersebut.

Saya tidak perlu bertanya kepada pelanggan apakah nombor telefon mereka. Tetapi mereka yang berikan telefon mereka secara sukarela :)

Senang je nak dapatkan nombor telefon tu sebenarnya kalau tau caranya

Sehingga berjumpa lagi….






I’m Back!

24 06 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Semalam saya dan team AkademiSMS selamat kembali ke Kuala Lumpur setelah selesai menganjurkan Seminar SMS yang julung-julung kalinya di Sabah. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan! Tidak pernah saya sangka peserta Sabah yang begitu berminat dengan perniagaan SMS.

Tahniah kepada semua peserta. Anda telah berjaya memasuki kelompok golongan yang celik dengan perniagaan SMS. Lepas ni jangan kena tipu lagi dengan skim-skim yang menjanjikan janji yang tidak logik!

Terima kasih orang Sabah!

Berita baik! Selepas ini Seminar SMS akan dianjurkan di tempat anda pula.

Sama ada anda di Kota Bharu, Sungai Petani, Batu Pahat atau Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan maklumat seminar di laman web Akademi SMS. Pendaftaran telah mula dibuka sekarang. Saya rasa ini mungkin trip seminar yang terakhir untuk tahun 2008.

Hari ini saya rasakan tiada yang mustahil dalam menjalankan perniagaan. Sekiranya kita benar-benar mengkehendaki sesuatu, kita akan berusaha bersungguh-sungguh. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berjaya menganjurkan seminar sehingga ke Kota Kinabalu. Tidak sampai setahun saya mulakan seminar ini pada 7 Julai 2007 yang lalu!

Unbelieveable!

Kata Richard Branson, ” Screw It, Let’s Do It ” . Belasah je!

p/s : Nanti saya cuba emailkan atau uploadkan gambar dan video semasa seminar.






Seminar SMS Kini Di Sabah | Kuasa Percayai Diri

17 06 2008

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada awal ketika saya menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, saya sendiri berasa ragu-ragu dengan kemampuan saya. Ketika itu, saya begitu janggal dengan dunia latihan dan penulisan. Banyak perkara yang saya tidak tahu dan masih samar-samar. Pendek kata, saya sendiri kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri!

Niat saya ketika itu hanyalah satu. Untuk membantu mereka yang tidak tahu menjadi tahu, mereka yang buta menjadi celik dan yang paling penting untuk mengelakkan mereka dari terpedaya dengan 1001 muslihat teknologi dengan menggunakan SMS. Saya mahu membantu untuk membanteras skim-skim yang tidak logik, perniagaan SMS yang tidak masuk akal, dan juga penipuan teknologi yang bersifat manipulatif! Anda tentu lebih tahu siapa yang saya maksudkan…

Siapa sangka… Pada hujung minggu ini pula, dengan izin Tuhan saya akan ke Kota Kinabalu pula untuk menganjurkan seminar pertama pada 22 Jun (Ahad) di tanah borneo itu.

Syukur alhamdulillah, sehingga kini saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya rasa seperti tidak percaya dalam masa yang singkat buku saya berjaya diterbitkan dan beberapa ebook khusus membantu usahawan untuk memulakan perniagaan SMS juga telah berjaya dipasarkan.

Yang paling penting, semakin ramai yang telah sedar bagaimana perniagaan ini berjalan. Semakin ramai yang tahu bagaimana SMS ini boleh dimanipulasikan bagi tujuan baik dan jahat. Semakin ramai yang tahu untuk menyelamatkan diri bila skim, perniagaan dan juga penipuan SMS datang menyerang di media massa yang tidak putus-putus.

Sekurang-kurangnya, usaha saya ini benar-benar memberi faedah kepada mereka. Saya bersyukur kerana apa yang saya hajatkan tercapai.

Dan lebih menggembirakan, saya tidak lagi keseorangan dalam usaha saya ini. Insyallah, sedikit masa lagi, saya akan memperkenalkan mereka yang saya gelar sebagai Associate Partners (MRP). Mereka adalah golongan yang tekun dan saya dapat kongsikan sedikit ilmu kejayaan. Saya bawa mereka sekali dalam perjalanan saya ke Kota Kinabalu nanti. Teringat-ingat pengalaman pertama memanjat Gunung Kinabalu tahun 1997 dulu… Aduiii.. Lama betul dah!

Sukar untuk saya percayai, bahawa perjalanan yang jauh itu mampu dilakukan dengan memulakan langkah pertama. Secara istiqomah, yakin dan terus melangkah. Saya sendiri tidak menyangka perjalanan seminar saya akhirnya sampai di Kota Kinabalu.

Kita akan terkejut dengan kemampuan ’super’ yang terpendam dalam diri kita. Percayalah dengan diri sendiri, berikan sedikit ruang untuk muasabah. Saya percaya, anda mungkin akan meneroka kehebatan diri anda…

====================================================

Pengumuman #1

Seminar SMS akan sampai ke Kota Kinabalu pula. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan SMS sebagai perniagaan sambilan, atau perniagaan sepenuh masa, sertai perniagaan SMS pertamanya di Malaysia…

Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am - 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Boleh hubungi Helmi 013 2295944 atau Rumaizah 016 8480920 untuk sebarang pertanyaan. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati di http://www.akademisms.com/sabah.htm

PENTING: Ini adalah seminar TERAKHIR di Kota Kinabalu. Jangan terlepas peluang ini.

====================================================

Pengumuman #2

Apabila kita sibuk melayani tekanan bahan api, AkademiSMS juga akan mengubah beberapa langkah berhemah mulai 1 Julai 2008

1. Pakej ebook akan ditukar dan dikemaskinikan menjadi versi 1.5.

2. Segala urusan penghantaran adalah melalui Pos Berdaftar dan bukan Pos Laju seperti sekarang.

3. Kos pengeposan tambahan akan dikenakan sebanyak RM3 bagi penghantara buku Buat Duit Dengan SMS

Langkah minima.. Tidak membebankan pelanggan pun.

====================================================

Kepada MRP : Selamat Bergraduasi! :) Kerja baru nak bermula.. Siaplah korang!

Jumpa lagi…