Langkah Menjadi Jutawan ‘ala Azizi Ali’

6 09 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya selak-selak akhbar pagi ini terjumpa dengan artikel mengenai Azizi Ali, seorang jutawan Melayu yang terkenal dengan kekayaan yang dimiliki dari hartanah. Saya beberapa kali telah berjumpa beliau untuk menguruskan buku terbitan Truewealth. Kali ini beliau masuk ke liputan akhbar lagi!

Begitu juga dengan Dr Irfan Khairi yang secara rasminya telah berkembang portfolio beliau dari seorang usahawan internet ke personaliti talkshow ASTRO.

Kalau anda biasa mendengar ceramah atau menghadiri seminar pengurusan kewangan peribadi, atau bengkel mengenai kekayaan tentunya anda telah biasa mendengar langkah-langkah yang biasa digunakan oleh jutawan untuk mencapai nilai kejutawanan tersebut.

Cuma anda lihat apa kata Azizi Ali membuat perhitungan terhadap wang ringgit. Sangat menarik :

1. “Kalau beli kereta, pastikan anda boleh membayar hutang dalam tempoh setahun. Jika tidak, bermakna anda tidak mampu membeli kereta itu, Mengapa tidak? Belilah kereta terpakai,”

2, “Ramai yang bertanya kepada saya, mana satu lebih penting? Kebahagiaan atau wang? Bagi saya, ini satu soalan bodoh. Umpama kaki dan tangan, wang dan kebahagiaan sama penting. Mengapa perlu memilih? Saya tidak pernah lagi mengalami situasi yang mana memiliki wang menjadikan keadaan lebih teruk,”

3. “Sebaik menerima gaji bulanan, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya. Ia dikira sebagai membayar diri anda sendiri. Tidak kira sama ada gaji anda kecil atau besar, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripadanya di simpan dalam akaun seperti Amanah Saham.

4. “Perlu diingatkan, insurans bukan roket pelaburan, tetapi ia melindungi andai anda kehilangan keupayaan untuk bekerja dan pendapatan tetap. Misalnya apabila mengalami penyakit kritikal dan sebagainya. Di Malaysia, belum ada lagi insurans yang melindungi pelanggan yang kehilangan pendapatan tetap secara sementara,”

5. “Ada hutang yang baik, tetapi ada hutang yang buruk. Hutang baik yang membawa keuntungan seperti membeli rumah, hartanah atau pelaburan lain termasuk pinjaman untuk melanjutkan pengajian. “

Seronok saya membaca artikel-artikel macam ni. Sebenarnya memang tidak mustahil, tetapi kadang2 kita sering terasa sangat jauh dari dunia kejutawanan.

Soalan Cepu Emas : Bagaimana anda mentafsirkan seseorang itu jutawan ? Wang ada RM1 juta dalam akaun? Atau bagaimana?






Sudahkah Anda Menyemak Akaun Bank Anda?

4 09 2007

Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja tiba dari Kedah jam 6.30 pagi tadi. Letih dan saya perlukan sedikit rehat sekembalinya dari Majlis Konvokesyen. Haha! Saya dah secara sahnya memiliki segulung ijazah lagi! :) Nanti kalau sempat saya akan letakkan beberapa keping gambar-gambar di sana.

Pengumuman #1 : irwandahnilAffiliates | Sila Periksa Akaun Bank Anda

Saya telah membuat pembayaran kepada affiliates yang ‘cargas’ pada minggu lalu 31/8 untuk bulan Ogos. Saya telah menghubungi beberapa orang affiliates untuk pembayaran tetapi masih gagal. Jadi saya harap, anda boleh mengemaskini akaun bank anda.
Pengumuman #2 : Workshop Pengendalian Perniagaan SMS

Destinasi akhir saya untuk projek SMSWang telah tiba. Dalam masa tidak sampai satu tahun, akhirnya saya selesai menyiapkan setiap satu projek mengikut kronologinya. Bermula dari ebook sehingga ke workshop, selesai satu persatu. Ketika saya bermula projek SMSWang, saya jangkakan akan selesai dalam masa satu tahun, tetapi rupanya alhamdulillah projek ini selesai lebih awal 2 bulan dari yang dijangkakan. Memang betul apa yang disampaikan oleh Dr Irfan Khairi, “Kalau matlamat kita bertulis, kita lebih mudah menilai dan mencapainya! “
Seminar vs Workshop ? Apa Bezanya ?

Tentulah banyak! Seminar mengambil masa satu hari, workshop pula setengah hari. Seminar saya mulakan dengan topik umum. Bengkel pula saya mulakan dengan lebih praktikal, tiada ceramah yang berjela-jela, sesi soal-jawab ’round table’ dan demonstrasi aplikasi.

AWAS! Workshop ini bukan untuk anda yang bukannya pelanggan SMSWang. Sekiranya anda tidak pernah membaca ebook, buku atau menyertai seminar yang saya anjurkan, workshop ini bukan untuk anda. Kepada anda yang berminat, seminar pertama ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.30 am bertempat di Tingkat 2, Medan Mara, Kuala Lumpur.

Tawaran Istimewa Bulan September ! Buy 1 Get Free 1 Seat

Yuran Penyertaaan sangat minima, RM88 sahaja. Anda boleh membawa seorang rakan anda untuk menyertai workshop ini secara PERCUMA. Apapun, 15 kerusi telah dipenuhi, cepat rebut peluang ini! Makluman lanjut boleh didapati disini.

Projek Terakhir? Selepas ini ke mana ?

Saya akan ‘rehatkan’ SMSWang disini. Dalam masa 3 bulan menjelang tahun baru, saya akan repackagekan semula bahan-bahan dalam SMSWang. Wajah baru, produk yang lebih berkualiti, harga baru (ehem.. cecepat la ambil kesempatan ketika harga murah ni), dan yang paling penting saya mempunyai masa yang lebih untuk berfikir. Mungkin juga dalam proses menyiapkan buku kedua barangkali :)

Yang paling penting, dalam masa ini saya ingin kembali fokus kepada beberapa perniagaan SMS yang sedang saya laksanakan. Insyallah, saya akan kembali aktif dalam industri dalam sedikit masa lagi.
Irwan Dahnil Business Buddy Project

Dalam jangka masa ini saya juga sedang fokus membantu alumni seminar saya untuk memulakan perniagaan SMS masing-masing. Kepada alumni, tentu anda faham bila saya sebutkan tentang Business Buddy Project kan ? Akan saya kongsikan dengan anda mengenai projek ini tidak lama lagi.

Oh lupa! Seorang peserta alumni sedang giat mempromosikan perniagaan SMSnya bahkan beliau telah menerima lebih 700 pelanggan dalam masa 2 hari promosi! Siapa dia? Tunggu…






Anda berada di awal revolusi..

13 08 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya pernah membuat posting menyentuh mengenai isu bagaimana untuk bermula dengan perniagaan dan pemasaran SMS. Saya faham kebingungan yang dialami oleh mereka yang baru tetapi berminat dengan bidang SMS ini. Bahkan saya sendiri sentiasa meletakkan diri saya sebagai seorang pelanggan dalam membuat keputusan.

Hari ini saya akan berkongsi email yang saya terima pada minggu lalu dari salah seorang rakan kita. Soalan yang hampir saya, tetapi kelihatannya beliau lebih berhati-hati dalam mengeluarkan wang. :)

Assalammualaikum saudara Irwan,
Saya XXXXX dari JB. Nak ajukan beberapa respon. Pertama, bila saudara nak buat seminar di JB? Adakah ebook dan manual pemasaran sms beserta buku pemasaran dan perniagaan SMS masih tidak mencukupi sebagai persediaan saya memasuki perniagaan berorientasikan sms? Kalau masih belum mencukupi, tidaklah perlu saya membeli dan hanya menunggu saudara datang ke negeri ini menganjurkan seminar. Saya menjadi serba salah sama ada saya mahu membeli ebook, manual pemasaran atau hadir sahaja ke seminar. Ini adalah kerana saya mahu wang yang saya bayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu dan tidak sia-sia, saya sudah banyak membeli ebook yang berkisarkan mengenai ‘duit’, namun kesannya tidak efektif. Harap saudara respon semula. terima kasih.

XXXXXX XXXXX, Johor Bahru.

———————————–

Wsalam En XXXXX,

Terima kasih diatas soalan saudara.

Saya tidak merancangkan untuk menjalankan sebarang seminar di luar KL dalam masa terdekat atau tahun hadapan.

Saya sangat faham dilema yang saudara alami. Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih. Bagi saya. sekiranya saudara tidak mempunyai sebarang asas, boleh mulakan dengan membaca ebook atau buku. Manual pemasaran tidak sesuai kerana ia mengkhususkan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam SMS. Hadiri seminar sekiranya saudara telah mempunyai pengetahuan asas dalam perniagaan SMS kerana dalam seminar lebih menjurus mengenai kaedah dan teknik dalam perniagaan SMS.

Secara mudahnya, anda boleh bayangkan anda ingin mendapatkan lesen memandu anda. Mana satu yang anda perlu lakukan dahulu ? Beli buku tentang lalu lintas, pegi kelas memandu, belajar memandu sendiri atau terus ke ujian memandu dengan JPJ?

Apa jawapan anda? Bagi saya, tentunya mana-mana satu adalah mungkin. Sekiranya nak beli buku panduan lalulintas pun boleh, nak pegi kelas memandu dulu pun boleh, atau kalau ada kereta tua bapa, kita boleh cuba memandunya. Bukankah begitu ?

Jadi untuk memulakan perniagaan SMS, apakah kemahiran atau pengetahuan yang saudara telah miliki ? Bagaimanakah anda ingin mendapatkan kemahiran tersebut ? Kalau anda telah rasa bersedia dan lengkap, anda tidak hadiri seminar SMS, malah tak perlu beli buku.

Soalan saya sekarang, apakah yang anda tahu tentang perniagaan SMS ? Sekiranya tiada, mulakan langkah pertama, walau apa langkah sekali pun. Kita bercakap mengenai ilmu dan pengetahuan. Tiada yang rugi dalam sekiranya semua maklumat yang perolehi adalah pengetahuan, bukan? Sesungguhnya tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

Terserah pada saudara untuk memilih mana-mana produk atau perkhidmatan yang membantu.

Merujuk kepada pernyataan saudara yang mahukan wang yang dibayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu. Saya tidak boleh menjawab secara tepat adakah nilai wang anda setimpal dengan apa yang anda perolehi kerana ini sangat subjektif.

Saya boleh andaikan begini. Semua orang pergi kesekolah, tetapi berapa ramai yang mencapai keputusan 5A dalam UPSR, atau perfect dalam PMR atau SPM? Adakah semua akan mencapai keputusan yang sama ? Sedangkan semua orang belajar dari darjah satu sampai tingkatan 5… :)

Tentunya tidak. Bergantung kepada usaha, daya dan pengetahuan yang menentukan keputusan peperiksaan.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, persiapkan lah diri anda untuk menambah ilmu terlebih dahulu. Itu adalah pelaburan yang lebih baik.

Perniagaan SMS sama dengan perniagaan yang lain. Untuk mendapatkan keputusan yang baik, perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Tiada jaminan berapa jumlah pendapatan yang anda perolehi sekiranya anda mulakan perniagaan SMS kecuali anda sendiri lah yang merancang perniagaan anda.

Asas yang kukuh menjamin perniagaan yang kukuh. Saya mendoakan saudara berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi.

Salam Usahawan!

———————————–

Saya percaya bahawa En XXXXX saya mempunyai masalah yang sama. Malah lebih lagi. Ramai yang tidak tahu dimana mahu bermula, bagaimana, dan tiada gambaran dalam fikiran mereka.

Ini yang saya ingin tekankan. Bahawa industri perniagaan SMS ketika ini masih baru. Sangat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan ini di internet. Blog yang saya pernah lawati pun, kebanyakannya hanya berkisar mengenai perkara-perkara teknikal SMS. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi.

Saya pernah katakan, perniagaan SMS ini berada di awal revolusi. Sama seperti pemasaran internet di Malaysia sekitar tahun 1999 dan 2000. Semuanya masih baru, dan segar.

Hanya satu yang boleh menganjakkan revolusi ini. Nantikan!

p/s : Terima kasih kepada En xxxxx kerana email tersebut. Kebanyakan email yang saya terima hanya setakat 1-2 baris yang tanya soalan tanpa adab. Maaf kepada yang terasa, tetapi saya tidak akan menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Itulah orang kita.. :(






Nilai kemahiran dan pengetahuan

31 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Akhir-akhir ni asyik cerita tentang nilai atau dalam bahasa Inggerisnya value. Saya sengaja tekankan sebab saya sendiri perlukan sedikit motivasi untuk terus percaya dengan apa yang saya lakukan, berikan udara segar dalam pemikiran, berfikir sejenak sebelum terus melangkah..

Selepas saya buat posting mencari apprentis untuk projek saya semalam (sila baca posting semalam), saya dihujani SMS dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang jawatan tersebut. Tentunya soalan top yang saya terima adalah, ” Berapa gaji sebulan? Banyak tak ? Ada benefits lain i.e medical, cuti, etc? “

Saya dengan selambe kodok (pinjam perkataan Afdllin Shauki kejap) jawab ” Mana ada gaji…. kerja amal ni!” .. Hahaha.. Saya hanya ketawa, begitu juga dengan mereka.

Soalan-soalan itu mengingatkan saya satu lagi cerita dari email yang diterima tidak lama dulu. Cerita orang tua, dan kemahiran membaiki kapalnya. Mungkin ada yang pernah mendengar, tetapi cerita ini mempunyai ‘nilai’. Cerita ini dalam bahasa inggeris dan saya terjemahkan dan saya ubah sedikit dari cerita asalnya sebab ada beberapa fakta saya tak ingat, tetapi tidak mengubah maksud. Ceritanya seperti dibawah :

Alkisah, terdapat sebuah kapal yang sangat besar di pelabuhan yang tidak dapat meneruskan pelayaran akibat mengalami kerosakan dan engine tidak boleh dihidupkan. Kapten kapal mengarahkan semua tenaga kerja dan anak-anak kapal, dari semua peringkat baik dari jurugegas sehingga jurutera yang terhandal untuk membaiki kerosakan tersebut. Maka siang dan malam mereka bekerja.

Tetapi kapal tersebut masih belum boleh belayar!

Akhirnya, Kapten pun mengarahkan untuk memanggil jurutera dari luar untuk datang melihat dan membaiki masalah kapal tersebut yang tidak dapat diselesaikan walau oleh jurutera berpengalaman yang ada.

Maka datanglah seorang tua dengan membawa toolbox dan juga alat-alat yang lain untuk membaiki kapal tersebut. Kapten dan anak-anak kapal yang lain hanya mampu melihat.Orang tua tadi pun masuk ke bawah kapal, dan kemudian melihat-lihat  beberapa bahagian kapal tersebut. Jauh sekali untuk mengusik bahagian kapal, orang tua tadi hanya melihat! Dari satu bahagian ke satu bahagian, dari atas ke bawah.. Sampailah ke bahagian enjin, orang tua tadi akhirnya mengeluarkan tukul, dan mengetuk sebanyak DUA kali pada komponen enjin. Dan orang tua tadi mengarahkan enjin kapal dihidupkan…..

Enjin kapal berjaya dihidupkan! 

Kapten dan anak-anak kapal hanya menggeleng kepala dan seakan tidak percaya melihat enjin kapal berjaya dihidupkan. Selepas mengucapkan terima kasih kepada orang tua tadi, Kapten dan anak-anak kapal kini bersedia untuk belayar. Sebelum berlayar, Kapten pun mengarahkan anak buahnya untuk mendapatkan invois dari kerja-kerja yang telah dilakukan oleh orang tua tadi…

Setelah invois diperolehi, maka tercatat di situ nilai invois sebanyak RM10 ribu!! Maka terkejut la Kapten tadi, tidak percaya hanya dengan DUA KETUKAN mencecah bil sebanyak itu. Diarahkan anak buahnya untuk mendapatkan bil terperinci (itemised bill) dari orang tua tadi kerana tidak puas hati dengan bill sebanyak itu.

Maka, orang tua tadi pun menyerahkan bil terperinci kepada Kapten tadi dengan maklumat terperinci seperti berikut :

1. Upah Mengetuk RM1 x 2 kali ketuk = RM2

2. Mengetahui di mana hendak diketuk = RM9,998

Mahu atau tidak, Kapten tadi mengarahkan pembayaran dibuat kepada orang tua tersebut! 

Bagi saya, cerita ini membawa maksud bahawa ‘nilai’ tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Ia sangat subjektif, malah tiada siapa yang boleh mempertikaikan ‘harga’ sebuah ‘nilai’. Ia hanya boleh diterjemahkan dalam bentuk yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dirasai..

Ini saya kaitkan dengan senario perniagaan di Malaysia yang pada pendapat saya, kebanyakan kita tidak benar-benar menghargai nilai. Istilah ‘kawan2 takkan nak berkira’ yang selalu meletakkan nilai di tempat yang bawah dan tiada harga.

Tidak hairan mengapa di Malaysia, kemahiran, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan tidak mendapat tempat yang sewajarnya di hati pelanggan. Dan tidak hairan mengapa ramai yang mempunyai nilai tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara lain, kerana mungkin terasa seperti ‘hampas’ di negara sendiri..

Sedihnya… Adakah anda akan memberi penilaian yang sama kepada ‘nilai’ yang ada disekeliling kita ? Tepuk dada…

p/s : Saya telah kemaskini salesletter Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS.. Apa pendapat anda?






Adakah Anda Yang Saya Cari ?

30 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya berharap agar maklumat ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan, kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk mengisi jawatan di bawah :

***********************************************

Jawatan
Trainer / Associate Consultant

Deskripsi Kerja
Calon akan dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam melayan soalan umum pelanggan, membuat pembentangan, dan juga dapat menyampaikan maklumat syarikat dengan baik kepada pelanggan dan juga rakan perniagaan. Dalam masa-masa tertentu mungkin memerlukan calon untuk bekerja di luar Kuala Lumpur atau ditempat-tempat lain. Calon yang mempunyai progres kerja yang baik berpeluang untuk ditawarkan menjadi aprentis dalam projek syarikat.

Kualiti Calon
Mampu menyusun jadual dan disiplin kerja yang baik, penguasaan komunikasi interpersonal, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mempunyai visi dalam kerjaya, boleh berkerja secara berseorangan dan berkumpulan, mempunyai personaliti yang menarik. Mempunyai nilai seni dan juga citarasa yang baik adalah suatu kelebihan.

Kelayakan Akademi
Bukan menjadi keutamaan. Kelayakan berdasarkan diri individu.

Pengalaman Kerja
Bukan menjadi keutamaan.

Gaji dan Faedah
Pertimbangan mengikut pengalaman kerja yang berkaitan

***********************************************

Proses Permohonan : Sila emailkan resume anda kepada irwanconsult[at]gmail.com Sekiranya anda tertanya-tanya syarikat mana yang mengiklankan kerja ini, saya boleh beritahu anda yang anda juga akan terlibat dalam perniagaan SMS dan telekomunikasi dan anda akan bekerja dekat dengan saya!

Sekiranya disenarai pendekkan, kita akan berjumpa untuk temuduga!

Saya tidak mencari ‘otai’ atau mereka yang dah lama dalam perniagaan. Keutamaan saya adalah mereka yang muda dan energetic, mempunyai nyala rasa ingin mempelajari sesuatu dengan cepat. Paling utama adalah PASSION! Sekiranya anda hanya dari golongan yang ingin bekerja kerana menganggur, atau tidak dapat kerja diluar sana, atau mempunyai mentaliti ‘kerja apa pun boleh dari duduk rumah’, maaf, saya tidak menggalakkan anda untuk memohon.

Dalam mencari kakitangan dalam syarikat, saya lebih suka tidak menggelarkannya pekerja. Mereka yang akan sebumbung dengan saya adalah mereka yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri usahawan juga. Saya mahukan mereka yang mempunyai visi di mana satu hari mereka juga akan mempunyai perniagaan sendiri dan terbang tinggi.

Sekiranya jawatan yang saya nyatakan diatas tidak sesuai, anda cadangkanlah nama jawatan yang sesuai untuk calon seperti ini ?






Saya sudah, anda bagaimana?

17 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu ini akan menjadi minggu yang agak pendek bagi saya. Saya hanya ada masa beberapa hari untuk menyelesaikan promosi Starter Pack dan juga melayan keperluan pelanggan eksklusif saya. Malam esok saya akan bertolak ke Langkawi sehingga hujung minggu. Seperti biasa, dalam sebulan hampir 2 minggu saya akan berada di luar KL.

Apabila saya memulakan projek SMSWang.com saya mengambil pendekatan perniagaan yang berbeza. Sebelum ini, saya dah cuba pelbagai pendekatan. Bila saya cuba buka kedai makan dahulu, saya gunakan pendekatan yang lain dengan membuat JV dengan orang yang tau perniagaan dan saya pula kurang pengetahuan. Hasilnya? Sekerat jalan je…

Bila saya buka pusat latihan MLVK, pendekatan saya gunakan berbeza. Ada lesen dari kerajaan, tapi payment pula lambat. Hasilnya? 3/4 jalan…

Saya jadi supplier ICT kepada kementerian dan agensi kerajaan. Pendekatan berbaik2 dengan pegawai2 gred F. Hasilnya? Hmm… Macam saya pula yang terminta-minta projek dan macam tiada hari esok kalau tiada projek…

Jadi apa pendekatan lain yang nak digunakan lagi? Macam-macam dah cuba.

Rupanya ada macam-maca pendekatan lain yang masih belum dicuba.

Anda tahu sebarang pendekatan perniagaan yang anda telah cuba dan berjaya? Saya betul-betul dahagakan pendekatan yang berbeza :)

p/s : Pendaftaran Seminar Perniagaan SMS pada 18 Ogos telah dibuka. Daftar Sekarang! Layari http://seminar.smswang.com






Gambar Sekitar Seminar 7 Julai

12 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Sekalian,

Dapat juga kesempatan untuk berkongsi beberapa keping gambar semasa seminar kita tempoh hari. Siapa-siapa yang ada gambar lebih2 lagi gambar beramai-ramai selepas seminar, bolehlah emailkan kepada saya.

Baca Selanjutnya »






Komisen June Dibayar

11 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Nota Ringkas dari Irwan Dahnil

Saya telah menyelesaikan urusan pembayaran affiliates bagi bulan Jun dan juga beberapa komisen bulan-bulan yang sebelumnya. Sila semak akaun anda dan lihat baki terakhir. Untuk jualan yang dilakukan sepanjang bulan Jun dan baki tertunggak, saya telah buat pembayaran mengikut produk yang dijual, sama ada ebook, manual, buku atau seminar. Oleh itu jumlah yang akan anda terima mungkin tidak genap kerana peratusan komisen yang berbeza.

Satu lagi, semua komisen yang telah dibayar adalah berdasarkan peratusan keuntungan jualan ditambah dengan 10% BONUS! So, enjoy the treatment!

Anyway, terima kasih kerana menyertai programAffiliates IrwanDahnil.

p.s : Saya akan menutup program affiliates sedikit masa lagi untuk kerja-kerja housekeeping.

p.p.s : Pembayaran kepada affiliateyang tidak mengemaskinikan maklumat akaun bank tidak dapat dilakukan. Sila kemaskini maklumat bank anda untuk sebarang tujuan pembayaran affiliate. Kalau tidak, duit tu akan beku macam tu aje!

p.p.p.s : Terima kasih kepada abang dan kakak bakal pesara tentera. Yeap! Insyallah SMS akan juga dapat membantu anda untuk menjana pendapatan setelah bersara kelak.






Bukan Subscription Sahaja Yang Buat Duit

10 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Antara penemuan menarik sepanjang Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang lalu, saya dapati kebanyakan dari peserta ingin membuat perniagaan untuk menjual produk digital dalam bentuk tips. Geli hati pun ada sebab macam - macam tips yang keluar pada hari tersebut, dari kereta sehingga ke haji dan umrah! Yang bersaing nak rebutkan Azizi Ali pun ada..

Aduhai… Tak pe.. Yang penting penglibatan anda dalam seminar tersebut.

Sebenarnya bukan hanya produk digital seperti tips sahaja yang boleh menjana pendapatan. Masih ingatkah anda dengan contoh yang saya berikan mengenai En Mustapa dengan VCD-VCDnya? (bukan luncai dengan labu-labunya). En Mustapa yang lebih mesra dengan En Tapa, menghasilkan pendapatan tambahan dari SMS apabila beliau menjual VCDnya. Ini bermakna dengan mengiklankan produk fizikal juga seperti En Tapa boleh menjanakan pendapatan tambahan melalui SMS.

En. Tapa hanya gunakan SMS IOD seperti biasa, dan mengharapkan sifat responsif SMS untuk meningkatkan jualan, tetapi dalam masa yang sama, pendapatan dari SMS juga dapat dihasilkan.

Jadi, jangan kecilkan skop anda dengan hanya melihat produk digital seperti menjual tips sahaja apatah lagi sengaja membuat perniagaan digital dengan menjual tips yang tidak sahih kandungannya. Produk fizikal juga mempunyai potensi. Apabila anda rasa produk anda akan memperolehi respon yang baik, sediakan platform SMS IOD, dan pendapatan boleh dijanakan dari situ.

Gunakan RAHSIA POKET KOSONG! Kalau tak cuba, kita tak tahu kan?






Insomnia : Rasa seronok sampai tak boleh tidur

9 07 2007

Dari Meja Irwan Dahnil, 7.53 pagi

Keseronokan saya tidak terhenti lagi sehingga hari ini. Saya rasa sungguh teruja dan terus bersemangat. Otak saya terus cepat dan ligat berfikir!

Sebaik sahaja tamat Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS sulung yang saya anjurkan untuk komuniti online SMSWang.com, saya benar-benar rasa keletihannya. Berhempas pulas untuk menyediakan setting seminar tersebut buatkan saya terpaksa korbankan masa bersama famili. Bukan sahaja famili, blog ini pun jarang disentuh akhir-akhir ini! Banyak persediaan yang telah dibuat. Memang saya niatkan dihati, kalau nak buat sesuatu, buat betul2. Saya bukan jenis orang yang setengah-setengah!

Tetapi semua rasa letih tersebut (letih sampai kejang kaki pun ada) hilang serta merta selepas tamatnya seminar tersebut. Alhamdulillah, seminar tersebut berjalan dengan lancar. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan seminar bermula jam 9.00am. Insyallah, saya akan kongsikan beberapa ‘penemuan’ dan juga beberapa maklumat dan gambar sekitar seminar tersebut.

Dari segi respon yang saya terima, membuatkan saya yang keletihan, tidak mampu tidur pada malamnya! Saya akan bersedia untuk seminar ke dua pada 18 Ogos pula…

Anyway, pendaftaran untuk Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS kali ke 2 kini telah dibuka. Daftar segera! Klik disini untuk maklumat lanjut.

p/s : Kepada mereka yang berminat untuk mendalami konsep perniagaan dan trend menjana pendapatan pendapatan yang terkini, boleh mendaftar untuk Seminar Wealth Summit yang akan diadakan pada 11 Ogos nanti. Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan beberapa speaker jemputan menanti anda. Jumpa di sana!

Pada suatu ketika dahulu saya hanya mampu bermimpi.
Pada suatu ketika dahulu, saya hanya boleh berkata saya mahu, tetapi saya tidak mampu.
Pada suatu ketika dahulu, saya hanya melihat dan membaca, tetapi tidak berbuat apa-apa.

Tetapi sekarang, hanya tinggal “pada suatu ketika dahulu”….