Jurujual Itu Pengacau ? | Belajar Etika Pemasaran Dahulu…

18 02 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

Post kali ni pun berkaitan dengan telefon juga.

Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 5.45 pm, deringan telefon bimbit saya

mengganggu ;

Trut..Trut…

Telemarketer: Selamat petang. Encik ni En Irwan Dahnil ke?

Irwan : Ya saya!

Telemarketer : Maaf mengganggu ya encik. Nama saya xxxx dan saya menelefon dari Mxxxs Medical Services. Sebelum ini ada tak sesiapa yang menelefon Encik berkaitan dengan perkhidmatan medical yang kami tawarkan ?

Irwan : Oh! Dari Mxxxxs. Hmm.. Ada dah dulu. Orang dari Mxxxxs Hotel anda Resort. Maaf lah.. Saya tak berminat dengan tawaran.

Telemarketer: Tapi tawaran kami ini berbeza …

Irwan : Sebelum tu, boleh saya tau dari mana dapat nombor telefon saya ? Boleh tak keluarkan dari senarai prospek pelanggan syarikat ?

Telemarketer : Dari database kami. Maaf Encik.. Saya tak dapat nak keluarkan nombor telefon encik dari
senarai kami…

Aik! Ni peraturan mana pula ni, masuk boleh keluar tak boleh !

Memang sah! Nombor telefon bimbit saya dijaja mana-mana. Yang sakit hatinya, mereka ini adalah golongan yang tidak diundang. Teknik pemasaran mereka bagus, melalui cold call atau telemarketing…

Tapi macam mana mereka dapat nombor telefon saya ?

Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private.  Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.

Lebih bengang saya pernah terbaca di internet, anda boleh dapatkan nombor telefon bimbit dengan caj 20 sen satu! Ini pun dah jadi business..

Untuk mendapatkan nombor telefon tu tidak salah, tetapi mendapatkan dari orang lain secara tidak sah atau tidak tanpa kebenaran tuan punya telefon akan memberikan kesan negatif jangka panjang. Dan saya boleh katakan mereka yang lakukan ini, adalah golongan ‘desperado‘, terdesak untuk mendapatkan kontek untuk buat jualan. Tentunya mereka ini tidak masuk ’sekolah etika’ pemasaran. Main langgar je semua.

Mula2 memang menjadi telemarketer ni , tapi Orang Malaysia mula pandai.. Lama-lama dah tak layan dah…

So sape yang rugi sebenarnya ? Imej kejurujualan terus tercalar oleh ‘kebodohan’ golongan seperti ini.

Itu sebab dari dulu sampai sekarang, fikiran kita dah filter semua bentuk iklan. Kalau dah jadi  ‘pengacau’, orang dah takkan layan anda dah….

Wahai Marketer sekalian! Fikir2kanlah apa yang anda telah lakukan…

p/s : Email spammer pun menjadi2 sekarang. Ada application yang disalahgunakan oleh orang ‘tak berapa bijak’ tapi nak mencuba teknologi. Tak kene cara la bang….






Lagi Cerita Ramadhan + Pengaruhi Emosi Pelanggan

17 09 2007

Salam Ramadhan,

Semalam saya sempat (untuk pertama kalinya Ramadhan ini) singgah ke pasar Ramadhan di Puchong. Memandangkan, saya hanya pergi berseorangan, saya tidak risau sangat tentang terlebih beli atau membeli makanan yang berlebihan. Sebelum pegi, memang saya dah setkan difikiran saya,

“Beli ala kadar je dah la, aku sorang je yang nak makan. Bulan Ramadhan kan bulan untuk berjimat cermat, dan makan jangan membazir”. Jadi saya teruskan ‘membeli belah.

Jadi, dalam masa 20 minit jalan di pasar Ramadhan, keputusan ’shopping cart’ saya :

1. Nasi Kerabu @ RM4
2. Air Soya Panas @ RM1
3. Tau Foo Fah @ RM1
4. Roti Jala @ RM2
5. Kuih Puteri Mandi @ RM1
6. Ayam Percik @ RM3.50
Jumlah Perbelanjaan @ RM12.50 !!

Hihihi… Sedar-sedar bila saya menghala ke kereta untuk pulang ke rumah, saya dah menjinjit begitu banyak makanan. Dan makanan tersebut hanya untuk saya seorang !!! (saya masih slim, berat belum naik mendadak lagi :) )

Sepanjang memandu balik ke rumah, saya sedar bahawa saya telah dipengaruhi oleh faktor-faktor emosi ketika membeli. Di mana silap saya? Saya telah setkan difikiran sebelum membeli belah bahawa saya akan mengawal perbelanjaan untuk ala - kadar sahaja. Tetapi tidak terjadi seperti itu. Mengapa ?

Saya sedar bahawa emosi saya ketika membeli telah berjaya dipengaruhi oleh peniaga :

1. Dah lamanya tak makan ayam percik ni

Saya sendiri tahu, bahawa saya ni bukannya seorang yang selalu jalan2 di pasar malam @ pasar Ramadhan. Selalunya saya minta adik saya yang belikan. Bila sekali sekala pegi, saya sendiri terliur tengok ayam percik yang dibakar licin berkilat, dan seolah-olah bersalut madu! Maka saya tewas!

Pengajaran Emosi #1 : Cara persembahan, packaging dan pembungkusan produk oleh peniaga berjaya membuatkan pelanggan rasa kecur, dan berselera. Utamakan presentation!

2. Ni baru first time datang pasar Ramadhan

Pertama kali tu selalunya memang rasa excited bila datang ke sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi pasar Ramadhan tersebut panjang, banyak stall, ramai peniaga dan banyak pilihan menjadikan. Ini menjadikan saya rasa ingin membawa pulang sesuatu yang istimewa dari kunjungan pertama kali.

Pengajaran Emosi #2 : Pandangan pertama (1st impression ) sangat penting. Sebagai peniaga, tampilkan keistimewaan kerana ini akan mempengaruhi keputusan pelanggan anda.

3. Sekali sekala apa salahnya

Saya tidak rasa, saya pengunjung kerap pasar Ramadhan. Sekali-sekala datang, mengapa tidak beli je apa yang saya suka @ teringin kan?

Pengajaran Emosi #3 : Pelanggan akan terasa ‘Tidak Apa’ kalau hanya sekali sekala. Masa ni, pelanggan memang cukup pemurah!

4. Ala.. Seringggit je, tak mahal.. bayar je

Saya rasa harga kebanyakan makanan di pasar Ramadhan adalah berpatutan, tidak terlalu mahal. Lagi pun kalau hanya seringgit, apalah sangat di zaman ini. Ibarat kata, “wang celah gigi”

Pengajaran Emosi #4 : Cuba tengok, berapa item yang berharga RM1. Lebih murah, saya terbeli banyak. Barangan yang dipekkan dalam saiz yang lebih kecil, ditawarkan dengan harga yang rendah, menjadikan pelanggan rasa tidak berkita untuk mencuba.

Saya akui, saya telah ditewaskan oleh emosi ketika membeli. Pernah tak anda rasa anda rasa ‘terpedaya’ dengan emosi anda ketika membeli ? Saya rasa hampir semua dari anda… Apa kata anda ?

p/s : Itu lah kadang-kadang sebabnya saya tak pergi shopping… Lain yang nak dibeli, lain pula yang terbeli! Kawal perbelanjaan anda!






Sudahkah Anda Menyemak Akaun Bank Anda?

4 09 2007

Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja tiba dari Kedah jam 6.30 pagi tadi. Letih dan saya perlukan sedikit rehat sekembalinya dari Majlis Konvokesyen. Haha! Saya dah secara sahnya memiliki segulung ijazah lagi! :) Nanti kalau sempat saya akan letakkan beberapa keping gambar-gambar di sana.

Pengumuman #1 : irwandahnilAffiliates | Sila Periksa Akaun Bank Anda

Saya telah membuat pembayaran kepada affiliates yang ‘cargas’ pada minggu lalu 31/8 untuk bulan Ogos. Saya telah menghubungi beberapa orang affiliates untuk pembayaran tetapi masih gagal. Jadi saya harap, anda boleh mengemaskini akaun bank anda.
Pengumuman #2 : Workshop Pengendalian Perniagaan SMS

Destinasi akhir saya untuk projek SMSWang telah tiba. Dalam masa tidak sampai satu tahun, akhirnya saya selesai menyiapkan setiap satu projek mengikut kronologinya. Bermula dari ebook sehingga ke workshop, selesai satu persatu. Ketika saya bermula projek SMSWang, saya jangkakan akan selesai dalam masa satu tahun, tetapi rupanya alhamdulillah projek ini selesai lebih awal 2 bulan dari yang dijangkakan. Memang betul apa yang disampaikan oleh Dr Irfan Khairi, “Kalau matlamat kita bertulis, kita lebih mudah menilai dan mencapainya! “
Seminar vs Workshop ? Apa Bezanya ?

Tentulah banyak! Seminar mengambil masa satu hari, workshop pula setengah hari. Seminar saya mulakan dengan topik umum. Bengkel pula saya mulakan dengan lebih praktikal, tiada ceramah yang berjela-jela, sesi soal-jawab ’round table’ dan demonstrasi aplikasi.

AWAS! Workshop ini bukan untuk anda yang bukannya pelanggan SMSWang. Sekiranya anda tidak pernah membaca ebook, buku atau menyertai seminar yang saya anjurkan, workshop ini bukan untuk anda. Kepada anda yang berminat, seminar pertama ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.30 am bertempat di Tingkat 2, Medan Mara, Kuala Lumpur.

Tawaran Istimewa Bulan September ! Buy 1 Get Free 1 Seat

Yuran Penyertaaan sangat minima, RM88 sahaja. Anda boleh membawa seorang rakan anda untuk menyertai workshop ini secara PERCUMA. Apapun, 15 kerusi telah dipenuhi, cepat rebut peluang ini! Makluman lanjut boleh didapati disini.

Projek Terakhir? Selepas ini ke mana ?

Saya akan ‘rehatkan’ SMSWang disini. Dalam masa 3 bulan menjelang tahun baru, saya akan repackagekan semula bahan-bahan dalam SMSWang. Wajah baru, produk yang lebih berkualiti, harga baru (ehem.. cecepat la ambil kesempatan ketika harga murah ni), dan yang paling penting saya mempunyai masa yang lebih untuk berfikir. Mungkin juga dalam proses menyiapkan buku kedua barangkali :)

Yang paling penting, dalam masa ini saya ingin kembali fokus kepada beberapa perniagaan SMS yang sedang saya laksanakan. Insyallah, saya akan kembali aktif dalam industri dalam sedikit masa lagi.
Irwan Dahnil Business Buddy Project

Dalam jangka masa ini saya juga sedang fokus membantu alumni seminar saya untuk memulakan perniagaan SMS masing-masing. Kepada alumni, tentu anda faham bila saya sebutkan tentang Business Buddy Project kan ? Akan saya kongsikan dengan anda mengenai projek ini tidak lama lagi.

Oh lupa! Seorang peserta alumni sedang giat mempromosikan perniagaan SMSnya bahkan beliau telah menerima lebih 700 pelanggan dalam masa 2 hari promosi! Siapa dia? Tunggu…






Minggu Merdeka..

29 08 2007

Salam Sejahtera,

Dah lebih seminggu saya tinggalkan blog. Huhuh.. Kesian.. Bukan apa, memang saya sangat sibuk tetapi sangat puas sebenarnya. Banyak kerja saya selesai. Tinggal promosi sahaja lagi. Kira-kiranya, saya pun turut MERDEKA kerana berjaya menyelesaikan Workshop Bengkel SMS.

Minggu ini orang ramai sibuk dengan perayaan Merdeka ke 50. Ye lah.. Sambutan Jubli Emas tentunya lebih meriah dari tahun-tahun seterusnya. Saya tahun ni cuba mengumpulkan keratan akhbar lama yang diterbitkan oleh NST yang saya rancangkan untuk frame kan dan gantung di rumah. Dah lama tak buat apa-apa collection.

Hujung minggu, tentu ramai yang balik ke kampung. Saya mungkin akan bertolak ke Kedah pada 1 September untuk menghadiri konvokesyen. Kalau ada foto-foto yang menarik insyallah saya akan poskan nanti.

Plan utk Phd ? Heheh.. Nanti dulu! :)

Workshop SMS : Projek terakhir SMSWang.com ?

Akhirnya saya berjaya menyiapkan cebisan terakhir dari keseluruhan projek SMSWang.com. Dengan close guidance dari Saifulsham dan Dr Irfan, saya berjaya menyiapkan keseluruhan projek ini dalam masa kurang satu tahun. Cuba anda tengok blog saya. Lahirnya pada bulan Ogos 2006. Bermakna blog sudah 1 tahun. (Sorry blog, tiada sambutan istimewa untuk mu :) )

Maklumat bengkel SMS boleh didapati di sini.

Saya ingin bergerak ke offline business sedikit dalam masa beberapa bulan ini sebelum saya meneruskan online aktiviti. Banyak perkara yang perlu dicapai menjelang akhir tahun, khususnya menjadikan peserta seminar saya berjaya mewujudkan perniagaan SMS masing-masing. Itu cabaran hebat tu kan? So, saya mungkin akan berehat sedikit, untuk beri laluan kepada perniagaan SMS yang saya cintai. :)

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Jubli Emas kepada semua pembaca blog ! Semoga memberi kebebasan kepada kita dalam memikirkan masa depan dan haluan hidup.






Adakah Anda Yang Saya Cari ?

30 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya berharap agar maklumat ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan, kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk mengisi jawatan di bawah :

***********************************************

Jawatan
Trainer / Associate Consultant

Deskripsi Kerja
Calon akan dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam melayan soalan umum pelanggan, membuat pembentangan, dan juga dapat menyampaikan maklumat syarikat dengan baik kepada pelanggan dan juga rakan perniagaan. Dalam masa-masa tertentu mungkin memerlukan calon untuk bekerja di luar Kuala Lumpur atau ditempat-tempat lain. Calon yang mempunyai progres kerja yang baik berpeluang untuk ditawarkan menjadi aprentis dalam projek syarikat.

Kualiti Calon
Mampu menyusun jadual dan disiplin kerja yang baik, penguasaan komunikasi interpersonal, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mempunyai visi dalam kerjaya, boleh berkerja secara berseorangan dan berkumpulan, mempunyai personaliti yang menarik. Mempunyai nilai seni dan juga citarasa yang baik adalah suatu kelebihan.

Kelayakan Akademi
Bukan menjadi keutamaan. Kelayakan berdasarkan diri individu.

Pengalaman Kerja
Bukan menjadi keutamaan.

Gaji dan Faedah
Pertimbangan mengikut pengalaman kerja yang berkaitan

***********************************************

Proses Permohonan : Sila emailkan resume anda kepada irwanconsult[at]gmail.com Sekiranya anda tertanya-tanya syarikat mana yang mengiklankan kerja ini, saya boleh beritahu anda yang anda juga akan terlibat dalam perniagaan SMS dan telekomunikasi dan anda akan bekerja dekat dengan saya!

Sekiranya disenarai pendekkan, kita akan berjumpa untuk temuduga!

Saya tidak mencari ‘otai’ atau mereka yang dah lama dalam perniagaan. Keutamaan saya adalah mereka yang muda dan energetic, mempunyai nyala rasa ingin mempelajari sesuatu dengan cepat. Paling utama adalah PASSION! Sekiranya anda hanya dari golongan yang ingin bekerja kerana menganggur, atau tidak dapat kerja diluar sana, atau mempunyai mentaliti ‘kerja apa pun boleh dari duduk rumah’, maaf, saya tidak menggalakkan anda untuk memohon.

Dalam mencari kakitangan dalam syarikat, saya lebih suka tidak menggelarkannya pekerja. Mereka yang akan sebumbung dengan saya adalah mereka yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri usahawan juga. Saya mahukan mereka yang mempunyai visi di mana satu hari mereka juga akan mempunyai perniagaan sendiri dan terbang tinggi.

Sekiranya jawatan yang saya nyatakan diatas tidak sesuai, anda cadangkanlah nama jawatan yang sesuai untuk calon seperti ini ?






Saya sudah, anda bagaimana?

17 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu ini akan menjadi minggu yang agak pendek bagi saya. Saya hanya ada masa beberapa hari untuk menyelesaikan promosi Starter Pack dan juga melayan keperluan pelanggan eksklusif saya. Malam esok saya akan bertolak ke Langkawi sehingga hujung minggu. Seperti biasa, dalam sebulan hampir 2 minggu saya akan berada di luar KL.

Apabila saya memulakan projek SMSWang.com saya mengambil pendekatan perniagaan yang berbeza. Sebelum ini, saya dah cuba pelbagai pendekatan. Bila saya cuba buka kedai makan dahulu, saya gunakan pendekatan yang lain dengan membuat JV dengan orang yang tau perniagaan dan saya pula kurang pengetahuan. Hasilnya? Sekerat jalan je…

Bila saya buka pusat latihan MLVK, pendekatan saya gunakan berbeza. Ada lesen dari kerajaan, tapi payment pula lambat. Hasilnya? 3/4 jalan…

Saya jadi supplier ICT kepada kementerian dan agensi kerajaan. Pendekatan berbaik2 dengan pegawai2 gred F. Hasilnya? Hmm… Macam saya pula yang terminta-minta projek dan macam tiada hari esok kalau tiada projek…

Jadi apa pendekatan lain yang nak digunakan lagi? Macam-macam dah cuba.

Rupanya ada macam-maca pendekatan lain yang masih belum dicuba.

Anda tahu sebarang pendekatan perniagaan yang anda telah cuba dan berjaya? Saya betul-betul dahagakan pendekatan yang berbeza :)

p/s : Pendaftaran Seminar Perniagaan SMS pada 18 Ogos telah dibuka. Daftar Sekarang! Layari http://seminar.smswang.com






Gambar Sekitar Seminar 7 Julai

12 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Sekalian,

Dapat juga kesempatan untuk berkongsi beberapa keping gambar semasa seminar kita tempoh hari. Siapa-siapa yang ada gambar lebih2 lagi gambar beramai-ramai selepas seminar, bolehlah emailkan kepada saya.

Baca Selanjutnya »






Komisen June Dibayar

11 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Nota Ringkas dari Irwan Dahnil

Saya telah menyelesaikan urusan pembayaran affiliates bagi bulan Jun dan juga beberapa komisen bulan-bulan yang sebelumnya. Sila semak akaun anda dan lihat baki terakhir. Untuk jualan yang dilakukan sepanjang bulan Jun dan baki tertunggak, saya telah buat pembayaran mengikut produk yang dijual, sama ada ebook, manual, buku atau seminar. Oleh itu jumlah yang akan anda terima mungkin tidak genap kerana peratusan komisen yang berbeza.

Satu lagi, semua komisen yang telah dibayar adalah berdasarkan peratusan keuntungan jualan ditambah dengan 10% BONUS! So, enjoy the treatment!

Anyway, terima kasih kerana menyertai programAffiliates IrwanDahnil.

p.s : Saya akan menutup program affiliates sedikit masa lagi untuk kerja-kerja housekeeping.

p.p.s : Pembayaran kepada affiliateyang tidak mengemaskinikan maklumat akaun bank tidak dapat dilakukan. Sila kemaskini maklumat bank anda untuk sebarang tujuan pembayaran affiliate. Kalau tidak, duit tu akan beku macam tu aje!

p.p.p.s : Terima kasih kepada abang dan kakak bakal pesara tentera. Yeap! Insyallah SMS akan juga dapat membantu anda untuk menjana pendapatan setelah bersara kelak.






Bukan Subscription Sahaja Yang Buat Duit

10 07 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Antara penemuan menarik sepanjang Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang lalu, saya dapati kebanyakan dari peserta ingin membuat perniagaan untuk menjual produk digital dalam bentuk tips. Geli hati pun ada sebab macam - macam tips yang keluar pada hari tersebut, dari kereta sehingga ke haji dan umrah! Yang bersaing nak rebutkan Azizi Ali pun ada..

Aduhai… Tak pe.. Yang penting penglibatan anda dalam seminar tersebut.

Sebenarnya bukan hanya produk digital seperti tips sahaja yang boleh menjana pendapatan. Masih ingatkah anda dengan contoh yang saya berikan mengenai En Mustapa dengan VCD-VCDnya? (bukan luncai dengan labu-labunya). En Mustapa yang lebih mesra dengan En Tapa, menghasilkan pendapatan tambahan dari SMS apabila beliau menjual VCDnya. Ini bermakna dengan mengiklankan produk fizikal juga seperti En Tapa boleh menjanakan pendapatan tambahan melalui SMS.

En. Tapa hanya gunakan SMS IOD seperti biasa, dan mengharapkan sifat responsif SMS untuk meningkatkan jualan, tetapi dalam masa yang sama, pendapatan dari SMS juga dapat dihasilkan.

Jadi, jangan kecilkan skop anda dengan hanya melihat produk digital seperti menjual tips sahaja apatah lagi sengaja membuat perniagaan digital dengan menjual tips yang tidak sahih kandungannya. Produk fizikal juga mempunyai potensi. Apabila anda rasa produk anda akan memperolehi respon yang baik, sediakan platform SMS IOD, dan pendapatan boleh dijanakan dari situ.

Gunakan RAHSIA POKET KOSONG! Kalau tak cuba, kita tak tahu kan?






Insomnia : Rasa seronok sampai tak boleh tidur

9 07 2007

Dari Meja Irwan Dahnil, 7.53 pagi

Keseronokan saya tidak terhenti lagi sehingga hari ini. Saya rasa sungguh teruja dan terus bersemangat. Otak saya terus cepat dan ligat berfikir!

Sebaik sahaja tamat Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS sulung yang saya anjurkan untuk komuniti online SMSWang.com, saya benar-benar rasa keletihannya. Berhempas pulas untuk menyediakan setting seminar tersebut buatkan saya terpaksa korbankan masa bersama famili. Bukan sahaja famili, blog ini pun jarang disentuh akhir-akhir ini! Banyak persediaan yang telah dibuat. Memang saya niatkan dihati, kalau nak buat sesuatu, buat betul2. Saya bukan jenis orang yang setengah-setengah!

Tetapi semua rasa letih tersebut (letih sampai kejang kaki pun ada) hilang serta merta selepas tamatnya seminar tersebut. Alhamdulillah, seminar tersebut berjalan dengan lancar. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan seminar bermula jam 9.00am. Insyallah, saya akan kongsikan beberapa ‘penemuan’ dan juga beberapa maklumat dan gambar sekitar seminar tersebut.

Dari segi respon yang saya terima, membuatkan saya yang keletihan, tidak mampu tidur pada malamnya! Saya akan bersedia untuk seminar ke dua pada 18 Ogos pula…

Anyway, pendaftaran untuk Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS kali ke 2 kini telah dibuka. Daftar segera! Klik disini untuk maklumat lanjut.

p/s : Kepada mereka yang berminat untuk mendalami konsep perniagaan dan trend menjana pendapatan pendapatan yang terkini, boleh mendaftar untuk Seminar Wealth Summit yang akan diadakan pada 11 Ogos nanti. Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan beberapa speaker jemputan menanti anda. Jumpa di sana!

Pada suatu ketika dahulu saya hanya mampu bermimpi.
Pada suatu ketika dahulu, saya hanya boleh berkata saya mahu, tetapi saya tidak mampu.
Pada suatu ketika dahulu, saya hanya melihat dan membaca, tetapi tidak berbuat apa-apa.

Tetapi sekarang, hanya tinggal “pada suatu ketika dahulu”….