Tip Menghantar Promosi SMS Yang Efektif

5 11 2009

Satu statistik yang dikeluarkan, sejumlah 73 billion SMS dihantar pada 2008. Manakala menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di dalam fakta terpilihnya, mensasarkan bahawa pemilikan telefon bimbit akan melepasi angka 100% menjelang akhir tahun 2009. Tidak termasuk golongan bayi dan kanak-kanak (yang belum celik hanphone), ini bermakna secara purata seseorang mempunyai 2 nombor telefon bimbit.

Dengan statistik terkini, ramai yang cuba untuk memanipulasikan SMS sebagai media pemasaran yang baru. Ia dilihat sebagai salah satu saluran alternatif dalam menyampaikan iklan dan promosi dan tidak hanya bergantung kepada media yang sedia ada. Ini diakui, kerana sifat SMS yang lebih personal dan sentiasa mendapat perhatian pemiliknya.

Begitu pun dalam pemerhatian saya, tidak ramai yang benar-benar dapat menjalankan pengiklanan yang berkesan menggunakan SMS. Ia kelihatan mudah, dengan hanya menaipkan teks, ia akan sampai kepada prospek pelanggan. Kalau ia begitu mudah, mengapa masih ada keluhan dan rungutan kegagalan kempen SMS ? Sebaliknya ada yang lebih teruk lagi apabila dicaci oleh pemilik telefon bimbit kerana mereka terasa seperti ‘dicabuli hak privasi’.

Terdapat satu perkara yang kita terlepas pandang iaitu mengenai penguasaan bahasa dalam teks SMS tersebut. Kita tidak memerlukan pereka grafik atau agensi kreatif untuk membantu membuat pemasaran. Dengan hanya 160 aksara, kita hanya perlu sedikit ‘common sense’ dan sedikit kemahiran berbahasa dibantu dengan pemahaman mengenai golongan sasaran. Kita perlu sensitif dengan penggunakan setiap huruf dan perkataan dalam iklan SMS tersebut.

Sekadar ulangan, apabila menghantar mesej, adakah kita terlepas pandang perkara-perkara ASAS berikut  :

1. Pasaran Sasaran (Siapa)

Kenalpasti dan fahami sasaran pelanggan anda. Jangan hantar SMS secara sembarangan. Memahami pelanggan adalah asas penting dalam pemasaran SMS. Jangan mulakan kempen sebelum kita memahami siapa pelanggan tersebut, lingkungan umur, jantina, kedudukan geografi dan faktor demografi yang lain. Lebih mendalam informasi anda ketahui mengenai pelanggan, lebih tepat kempen yang anda akan lakukan.

Perlu diingat bahawa pemasaran SMS adalah proses penghantaran mesej peribadi ke alat personal pelanggan. Untuk menjadikan ia efektif dan tidak menyinggung perasaan ia mestilah releven dengan pemiliknya.

2. Tawaran Yang Istimewa (Mengapa)

Adakah tawaran anda sesuatu yang diinginkan ? Jika bukan, pemasaran SMS anda adalah kerugian total!

Mesej SMS boleh menjadi sebagai satu peringatan sahaja. Dengan peringatan, mungkin pelanggan akan bertambah. Tetapi bertambah, tidak bererti membeli.Jadi masukkan tawaran dan promosi dalam SMS tersebut. Menawarkan diskaun juga adalah langkah bijak. Contohnya, menawarkan diskaun 50% sekiranya pelanggan datang. Ini mewujudkan potensi pelanggan untuk membeli dari hanya datang sekadar ziarah.

3. Masa (Bila)

Pilih masa yang tepat. Sekiranya kita menghantar SMS terlalu awal, pelanggan mungkin lupa, sekiranya terlalu lewat pelanggan mungkin sudah ada perancangan lain. Memilih masa memerlukan keseimbangan yang berhatihati. Masa yang tepat, anda akan mendapat hasil yang diinginkan, masa yang salah anda akan membazirkan wang anda.

Ini adalah mengapa kita perlu mengetahui geografi dan demografi pelanggan. Memahami perangai, tabiat, kebiasaan dan kecenderungan mereka membantu dalam kita memilih masa yang paling sesuai untuk menghantar SMS. Cuba anda baca dan lihat bagaimana BMW menjalankan promosi pada MASA YANG TEPAT.

4. Teks SMS Itu Sendiri (Apa)

SMS telah membentuk struktur bahasanya yang tersendiri. Suka atau tidak ia adalah untuk kita hadapi.

Saya juga pencipta bahasa Malaysia. Ini bermakna kita juga perlu mengubah bahasa kita dengan memendek semua perkataan. Tetapi penggunaan singkatan perkataan yang diketahui umum memang sangat membantu. Kita perlu penguasaan bahasa dan mengatursusunkan bahasa supaya mesej SMS tersebut difahami dalam 160 aksara.

Jika kita berikan sedikit perhatian, tentu ada dalam mesej tersebut yang boleh dipendekkan. Perhatikan secara satu per satu.

Contohnya, “Sekiranya anda ingin keluar dari langganan, sila hantar SMS “Stop” ke 32781″

Tetapi adalah lebih mudah untuk memendekkan seperti :

“Keluar langganan : STOP ke 32781″

Diharapkan tip tadi dapat membantu untuk anda menghantar SMS yang lebih berkesan, bersopan, berstruktur dan paling penting meyakinkan.






Kenapa Ayat Di Internet Hype & Over ?

13 04 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sebelum saya menulis post ini, saya ingin menyatakan bahawa saya ini bukanlah seorang yang mempunyai pendidikan secara intensif di dalam penulisan.  Ia hanya sebuah pandangan peribadi yang bernilai 2 sen..

Hari demi hari, semakin ramai orang menceburi perniagaan internet. Boleh dikatakan laman web semakin banyak dan tentunya semakin banyak bahan yang boleh diperolehi di internet.

2 Saat Untuk ‘Wow’

Disebabkan terlalu banyak laman web, pengunjung lebih bersifat selektif. Bahan yang dibaca perlu mempunyai nilai yang membuatkan mereka ingin terus membaca. Produk yang ingin dijual melalui laman web mesti mempunyai nilai memujuk yang tinggi.

Mengikut kajian, setiap laman web hanya mempunyai 2 saat sahaja untuk terus ‘mengikat’ mata pengunjung. Sekiranya laman web tidak mempunyai gaya penulisan yang betul, pelanggan tutup je laman web tu dan cari yang lain.

Sekiranya anda mempunyai laman web yang menjual, gaya penulisan salesletter mesti mantap.

Penulisan Mantap Tidak Bererti Hype & Over

Hype di sini saya maksudkan berlebih-lebih. Ia merujuk kepada penulisan yang ‘too good to be true’, sukar dipercayai, melampau-lampau.

Cukuplah kalau ditulis untuk mendapat perhatian dan menerima respon dari pelanggan. Kalau terlalu sangat, nanti orang turn-off atau istilah mudahnya ‘potong stim’. Kadang penulisan yang tidak dikawal menyebabkan krediliti penjual akan menurun.

Bak kata pepatah, biarlah penulisan tersebut lebih ‘lembut’ dari penyampaiannya tetapi mempunyai kesan yang responsif.

Kelemahan Penulisan Salesletter

Ramai yang beranggapan nak tulis salesletter itu sangat mudah. Ini kelemahan mereka yang masih baru dalam internet marketing. Disebabkan salesletter ini subjektif, ia tiada betul salah.

Kalau tulis gaya A-Z, ia tetap suatu salesletter. Kalau tulis dari Z-A, ia masih salesletter.

Tapi ia akan dibezakan dengan result jualan yang diperolehi. Salesletter yang baik menyebabkan lebih banyak produk terjual.

Kuasai dulu ilmu menulis salesletter. Jangan perlekehkan penulisan asas ini.

Orang Malaysia Suka Yang Hype ?

Saya pernah mengubah salesletter saya yang menghasilkan jualan RM2,ooo. Salesletter ini boleh dikatakan sangat mengujakan, kurang hype, tetapi memang membuatkan orang terliur…

Bila saya tukar salesletternya ke mode yang lebih lembut dan sopan, ibarat jurujual yang pemalu, jualan merudum!

Betul ke orang Malaysia suka yang melampau-lampau ni ? Sendiri fikir-fikirkan… Sampai sekarang orang masih suka skim cepat kaya.. :)

Kalau Tak Pandai Menulis Salesletter…

Kalau tak pandai tulis, tanya diri anda apa yang anda pandai ? Melukis, mewarna, menyanyi, berlakon atau bercakap ?

Penulisan salesletter fungsinya untuk memberi sebanyak2 pengetahuan kepada pengunjung web disamping meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan pengunjung kepada produk yang anda jual.

Kalau tak pandai menulis, masukkan elemen lain dalam penulisan salesletter.

  1. Kalau pandai mewarna, warna kan laman web dengan tona warna yang sesuai supaya lebih cantik. Siapa yang tak suka cantik kan ?
  2. Kalau pandai berlakon dan beraksi, buat satu video dan letakkan dalam salesletter tu..
  3. Kalau anda pandai bercakap, cuba tambahkan satu testimonial audio dalam salesletter tu ..
  4. Kalau anda pandai grafik, tambahkan grafik yang menarik dan sesuai so penulisan tidaklah membosankan.
  5. Kalau anda pandai berlakon, mungkin boleh buat drama sebabak dan masukkan dala youtube!

Menguasai salesletter bukan sahaja melalui penulisan. Banyak cara lain. Kalau anda mempunyai ayat penulisan yang hype dan over, anda ada dua pilihan. Balik dan belajar atau buat benda yang anda tahu ?

Mana satu pilihan anda?






Ebook Lompat Si Katak Lompat…

16 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Bukan! Hari ini bukan cerita haiwan di zoo. Post hari ini, sekadar ingin memberi pandangan mengenai penghasilan ebook dan  perniagaan internet.

Perkembangan Ebook Di Malaysia..

1. Sejak 3-4 tahun lepas, kita dapat lihat betapa meriahnya industri internet marketing Malaysia. Secara spesifik (bukan ebook untuk pasaran antarabangsa), pelbagai bentuk ebook yang telah dihasilkan. Kita boleh lihat trend ebook yang dihasilkan bermula dengan bagaimana membuat duit dari internet, program2 buat duit internet, teknik affiliate, SEO, mailing list, pemasaran dan teknik perniagaan internet. Ini boleh kita panggil sebagai Fasa 1.

2. Kemudian industri ebook berkembang lagi. Dengan penghasilan ebook yg bukan hanya menumpu kepada perniagaan internet. Ia lebih general dan releven dengan masyarakat. Contohnya, ebook mengenai persediaan perkahwinan, ebook panduan menunaikan haji, ebook menghasilkan susu soya, ebook menternak kambing dan sebagainya. Saya sendiri menghasilkan ebook yang pertama mengenai SMS pada tahun 2006. Ini boleh kita lihat sebagai Fasa 2.

3. Kita sepatutnya berasa sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mengapa ebook mula mendapat tempat ? Kerana orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat yang dirasakan berbaloi. Harga ebook pun paling kurang RM15 dipasaran Malaysia, sebenarnya mungkin lebih mahal dari buku yang ada di MPH atau Kinokuniya!

Lambakan Ebook | Topik Ibarat Katak Melompat ?

4.Tetapi adakah sekarang ini kita mengalami lambakan ebook ? Macam-macam ada! Bagi saya, belum lagi berlaku lambakan ebook, tetapi telah mula nampak trend lambakan ebook yang tidak berkualiti.

5. Di Malaysia, penulis ebook cenderung untuk menulis ebook seperti membuka pasaraya. Macam-macam topik ada. Kalau boleh apa sahaja pengetahuan si penulis ada akan dicatatkan dan dihasilkan sebagai ebook. Hari ini si penulis menghasilkan ebook tentang berkebun, esok pula tentang memasak, lusa pula tentang menjaga anak, dan tulat mengenai perkahwinan.

6.  Hasilnya, seorang penulis mempunyai ebook yang menulis pelbagai topik. Ibarat katak, melompat dari satu topik ke satu topik.

5. Bukannya tidak bagus, tetapi sebenarnya kita sebagai pembaca HANYA INGIN membeli ebook dari penulis yang pakar atau mereka yang benar-benar mempunyai kredibliti. Kita mesti beli dari penulis yang boleh dipercayai, yang mempunyai fakta dan kepakaran. Orang yang menulis terlalu banyak topik ebook sebenarnya tidak memberikan kredibiliti kepada penulisnya dan tidak dilihat sebagai pakar dalam bidang yang ditulisnya. Orang memang tak pandang!

6. Cuba lihat keadaan di luar sana. Apakah topik yg ditulis oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kalau bukan motivasi ? Apakah buku yang ditulis oleh Chef Wan kalau bukan tentang masakan ? Apakah buku yang ditulis oleh Donald Trump kalau bukan tentang pengurusan, kewangan dan perniagaan ?

7. Sungguh sukar untuk membayangkan Ustaz Harun Din mengeluarkan buku mengenai masakan, atau Dr Irfan Khairi mengeluarkan buku mengenai kecantikan!… Tidak dapat diterima akal pulak ..

8. Itulah mentaliti orang Malaysia. Beli hanya dari yang pakar. Bagaimana dengan anda ? Ingin menjadi penulis ebook katak si katak lompat ? Atau ingin menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dan hasilkan ebook ? Sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang kekal lama, saya syorkan anda menulis pada satu topik yang anda anda mahir, anda tahu dan anda berkemahiran. Jangan melatah, bila orang tulis tentang topik A, anda juga ingin menulis topik A. Biarkan mereka kerana itu adalah kemahiran mereka. Anda fokus dengan kemahiran anda!

9. Pada pandangan anda , bagaimanakah Fasa 3 perkembangan ebook di Malaysia ini ? Adakah lebih banyak tajuk yang akan diterbitkan oleh penulis2 baru ? Atau adakah pasaran mula tidak menerima ebook kerana banyak wujud ebook yang tidak berkualiti ? Entah lah.. Tak salah untuk menjadi penulis ebook ibarat katak dengan pra syarat anda adalah seorang penulis…

p/s : So far tak ramai yang menulis mengenai topik SMS :) Pulun sorang2 …






Tips Menjejaki Pemilik Kod 5 Digit

2 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sedikit tips mudah mengenai SMS.

Anda tentunya selalu melihat iklan diakhbar, televisyen atau majalah seperti dibawah.

Mengikut format SMS Malaysia, anda perlu taipkan keyword tersebut dan dihantarkan ke ke kod 5 digit. Dalam contoh diatas, anda perlu taipkan REG STREPL dan dihantarkan ke 32611.

Jadi siapa punya kod 5 digit 32611. Ia tentunya dimiliki oleh sebuat syarikat gateway provider. Untuk mengetahui apakah nama syarikat tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :

1. Taipkan SMS : HELP dan hantarkan ke kod 5 digit tersebut :

 

2. Anda akan menerima reply seperti contoh berikut :

SMS yang akan anda terima adalah RM0.00. Tiada caj reverse dikenakan. Biasanya ayat SMS yang diterima adalah seperti berikut :

“RM0.00. To cancel services send STOP to 32611. To stop promotions, send OUT to 32611. Customer Services 038134xxxx 9am - 5pm Nama Syarikat Gateway”

Ia adalah standard yang mesti ada untuk setiap syarikat yang memiliki server SMS. So identiti mereka kita boleh tahu, siap dengan nombor telefon sekali..

Kalau ada syarikat gateway yang buat perkhidmatan merapu2, pertandingan kuiz dan contest yang haram, atau perkhidmatan yang tidak logik, maka mudah sahaja kita mahu menjejaki siapa mereka…

Semoga tips kali ini membantu…

p/s : Penerbangan saya ke Indonesia esok jam 12 tghri. Saya hanya akan kembali pada 9 hb. Jadi kalau saya tak sempat update blog, bermakna saya takde internet access kat sana ok. Sehingga berjumpa lagi






SMS Case Study : SMS Feedback Untuk Iklan Seminar Sabah II

4 06 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2 minggu sudah saya ada berkongsi dengan anda bagaimana saya menggunakan SMS untuk tujuan mendapatkan feedback pengiklanan saya.

Ok…ok.. saya agak terlewat sedikit nak update perkembangannya. Maklumlah, saya kena jalan dulu, baru boleh update post disini. Jadi hari ini, saya akan teruskan…. Anda sudah bersedia ? Jom kita teruskan…

Dalam post yang lepas, saya dah setkan satu situasi dimana saya akan mempromosikan program Seminar Sabah di akhbar New Sabah Times. Untuk melihat keberkesanan iklan tersebut, saya akan letakkan SMS Feedback dalam iklan tersebut. Jadi apabila pelanggan terbaca iklan Seminar Sabah tersebut, mereka yang ingin menyertai Seminar boleh sama ada menelefon kami, melayari website, atau menghantar SMS. Jadi kita berikan 3 saluran bagaimana untuk berinteraksi.

Dalam post yang lepas, saya juga telah demonstrate bagaimana kita hendak mengkonfigurasi sistem SMS kita. Termasuklah mencipta subkeyword, SMS Balas dan harga SMS. Jadi hari ini, saya akan sambung dengan pengiklanan pula. Tugasan saya adalah mempromosikan Seminar tadi dan cara yang saya pilih adalah melalui akhbar.

Bersedia semua? Topik iklan ni memang panjang……

Memilih Akhbar Yang Tepat
Bagaimana anda memilih akhbar yang dapat memberikan respon yang paling baik ? Sebenarnya tiada formula ’short-cut’ untuk memilih melainkan anda mencubanya. Ini kerana setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza-beza dan ini mempengaruhi respon pembaca kepada iklan anda.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melayari website Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC). Mereka ni adalah organisasi yang menyimpan data mengenai jumlah pembaca dan pengedaran sesebuah media bercetak, sama ada akhbar atau majalah.

Anda boleh layari website mereka, dan muat turun laporan terkini statistik . Anda carilah dalam tu, mesti jumpa. Download pun percuma je.

Ini adalah hasil yang yang saya jumpa ketika saya layari website ABC untuk mendapatkan maklumat akhbar di Sabah.

Kalau kita lihat, Daily Express mempunyai jumlah pengedaran paling tinggi (26,573) berbanding dengan Borneo Post atau New Sabah Times. Walaupun jauh dibandingkan dengan jumlah pengedaran akhbar di Semenanjung (sekitar 200,000 ke setengah juga pengedaran), tetapi ini adalah akhbar pilihan mereka.
Tetapi mengapa pilih akhbar yang mempunyai pengedaran tertinggi ? Konsep mudah sahaja, lebih banyak ia diedarkan, lebih ramai orang akan membaca iklan saya, dan lebih tinggi prospek yang akan respon kepada iklan saya.

Jadi, saya akan tukar akhbar dari New Sabah Times ke Daily Express.

Nanti! Mengapa tak iklan di Berita Harian atau Utusan Malaysia ? Mereka kan mempunyai jumlah pembaca yang tinggi.

Itulah dinamakan faktor geografi. B.Harian atau U.Malaysia hanya popular di Semenanjung agaknya. Saya dapati statistik pengedaran B.Harian adalah jauh lebih rendah di Sabah, malah tiada statistik pengedaran oleh Utusan Malaysia di catatkan di Sabah! Akhbar yang popular disini tidak tentu popular disana.

Ketika saya di Sabah, saya pernah cuba dapatkan akhbar B.Harian. Huh! Pkl 12 tengahari baru ada. Punya la lambat sampai.

Satu lagi yang istimewa saya lihat dalam akhbar di Sabah ni ialah kepelbagaian bahasa. Dalam satu akhbar yang sama, ada bahasa Inggeris, BM, Kadazan dan sebagainya. So memang puas hati la kita tengok kandungannya.

Macam mana nak iklan sedangkan anda di Semenanjung sedangkan pejabat iklan di Sabah ?

Oh ok.. Ini kerja senang. Biasanya akhbar-akhbar ni mempunyai pejabat cawangan atau ajen di Semenanjung. Dapatkan nombor telefon mereka, dan call. Jadi tak perlulah anda telefon beribu batu ke Sabah untuk beli iklan. Jimat!

Kadar iklan di akhbar-akhbar Sabah jauh lebih rendah berbanding dengan akhbar2 Semenanjung. Kos per column cuma sekitar RM6.50 hingga RM6.80 sahaja!

Untuk mereka yang tak biasa beli iklan, iklan di Utusan Malaysia, Berita Harian atau Harian Metro tu harganya sekitar RM32 per column!

Saiz dan Bentuk Iklan

Jadi, no problem kalau nak beli iklan yang bersaiz besar sikit. Saya dah kira-kira, untuk iklan bersaiz suku akhbar hanya berharga sekitar RM300 sahaja! Ok lah tu..Lepas dikira-kira, saiz iklan yang sesuai adalah 3 column x 15 cm. 1column tu biasanya berukuran dalam 3cm. So nak mudahkan iklan saya akan mempunyai kelebaran 9cm dan ketinggian 15 cm. Column tu istilah yang biasa digunakan oleh akhbar untuk mengiklan sebab iklan ni semua disusun dalam struktur column.

Bagaimana Mengira Harga Iklan ?

Cuma darabkan colum dengan ketinggian dengan harga dan ditambah cukai 5%. Jadi iklan saya berharga = 3 x 15 x RM6.80 iaitu RM306. Lepas campur dengan cukai lebih kurang RM320.

Iklan Nak Letak di mana ?

Dalam akhbar biasanya ada 2 tempat popular meletak iklan. Satu disebut Display/R.O.P atau pun satu lagi di Classified. Display ni diletakkan dimana2 tempat yang dirasakan sesuai oleh pihak akhbar, manakala Classified ni mukasurat yang khusus dalam akhbar untuk mengiklan.

Biasanya Display memberikan respon pelanggan yang lebih bagus berbanding Classified tetapi harganya lebih mahal.

Design Iklan

Apabila anda beli iklan, biasanya pihak akhbar akan minta anda design sendiri artwork iklan anda. Ini akan mempercepatkan proses, sebab bila dah siap design, terus je antar ke akhbar dan mereka akan siarkan. Formatnya biasanya adalah .jpg dengan dpi 300 ke atas.

Tapi kalau anda tak pandai design, mereka boleh designkan. Tetapi ini akan memakan masa untuk menyediakan iklan. Lepas mereka design, mereka akan hantar artwork tersebut kepada anda. Kalau anda approve, artwork tu dah ready utk dimasukkan ke akhbar. No problem. Tapi kalau anda tak approve, artwork tadi akan kembali ke designer…. Seterus dan proses ini berulang-ulang sampai anda puas hati. Buang masa!

Kebanyakan iklan, saya design sendiri. Selain dari mempercepatkan proses (kalau artwork dah siap, esok lusa dah boleh kluar akhbar), saya suka design sendiri sebab saya boleh ubah2 sesuka hati design tu dan saya boleh tentukan apa yang saya nak masukkan dalam iklan. Puas ati!

Jadi iklan saya adalah iklan Display dan bukan Classified.

Iklan di zaman pra - SMS / Kaedah Pengiklanan Konvensional

Sebelum kita menggunakan SMS, apabila kita membeli iklan di akhbar, radio atau televisyen, keberkesanan iklan tersebut diukur daripada jumlah pemanggil yang memberi respon kepada iklan kita itu. Contohnya pelanggan akan telefon pejabat kita dan bertanya tentang produk kita, pada masa yang sama kita tidak dapat berbuat pemasaran yang agresif kalau tiada orang pun yang call atau respon terhadap iklan kita.

Biasanya, sebelum ada SMS, semua orang akan gunakan 2 cara, telefon atau layari internet. Tetapi dengan adanya SMS, saya akan masukkan SMS sebagai salah satu cara bagaimana pembaca ingin berinteraksi dan memberi respon kepada iklan saya.

Anda lihat dalam iklan diatas, saya memasukkan MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda sebagai kaedah seterusnya.

Jadi saya berikan satu lagi saluran khas iaitu melalui SMS.

Penting! Jangan anda abaikan utk letak nombor telefon dan website. Anda kelak kehilangan lebih pelanggan. Kekalkan kaedah itu, cuma tambahkan SMS sahaja.

Ok.. cukup di situ dahulu… Insyallah sambungan dari ini, saya akan kongsikan maklumat mengenai hasil pengiklanan tersebut dan juga keunikan SMS dalam saluran pemasaran

Jumpa lagi!






Ke Mana Irwan Menghilang?

19 03 2008

Salam Usahawan Pembaca Blog,

Lama juga tak update blog ni…

Saya tak dapat menulis kerana ada sebab. Lebih-lebih lagi berdebar kerana menunggu bulan April tiba.

Sedikit teaser intro (dengan logo tidak rasmi) untuk projek bulan April nanti…

Saya dah habiskan lebih 3 bulan untuk projek ini. Dan mungkin projek ini adalah projek saya selama setahun ini sampai pertengahan 2009 selain dari projek-projek kecil. Kepada online affiliates, ini juga merupakan satu lagi peluang program affiliate untuk anda sertai. Lumayan jugalah komisennya.

Untuk peserta & alumni Seminar SMS, saya ingin berpesan awal. Ambil kesempatan ini. Jadilah yang pertama. Dalam tangan saya ada beberapa projek SMS untuk saya berikan kepada anda :) Insyallah, kursus induksi akan dijalankan pada bulan Jun nanti di Port Dickson. 2 hari 1 malam!

Saya juga akan perkenalkan juga pada April nanti, dua orang yang mempunyai perjalanan yang jauh dalam perniagaan SMS. Siapa ya ? Jeng..jeng..jeng

Nantikan pengumuman mengenai projek ini!

p/s : Saya rasa mungkin akan kurangkan Seminar SMS menjadi 2 bulan sekali. Mulai Mei 2008, saya ingin fokus kepada projek diatas jadi mungkin tidak berkelapangan untuk memberi komitmen kepada Seminar. Anyway, Seminar seterusnya adalah pada 29 Mac ini di Quality Hotel. Sertai sekarang!






Sedekah… dari kekayaan

6 08 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya mendapat email mengenai wawancara antara stesen televisyen CNBC dengan billionaire kedua terkaya di dunia Warren Buffet. Beliau telah mendermakan sejumlah 31 billion dari kekayaannya untuk tujuan kebajikan.

Apa yang menarik mengenai Warren Buffet adalah aspek kehidupannya :
1.Membeli saham yang pertama pada usia 11 tahun, dan sekarang beliau menyesal kerana terasa seolah-olah sudah terlewat untuk membelinya!

2.Warren Buffet : Membeli ladang kecil yang pertama pada usia 14 tahun hasil dari jualan suratkhabar!

3. Memandu keretanya sendiri. Beliau tidak mempunyai ’supir’ @ driver atau pengawal peribadi yang menjaganya.

4. Beliau tidak pernah pergi ke mana-mana menggunakan jet peribadi, walaupun mempunyai syarikat jet yang terbesar di dunia!

5. Beliau tidak mempunyai telefon bimbit atau mempunyai komputer di atas meja kerjanya.

6. Beliau tidak bergaul dengan golongan kelas atasan. Beliau lebih gemar pulang kerumah menonton televisyen sambil makan pop corn

7. Beliau mempunyai 6 anak syarikat dimana beliau hanya menulis SATU surat sahaja kepada setiap CEO anak syarikat tersebut.

8. Mesej kepada CEO dari beliau adalah jelas ; Rule 1 : Jangan rugikan wang pelabur Rule 2 : Ingat Rule yang Pertama!

Ada lagi beberapa perkara yang menarik mengenai Warren Buffet. Tetapi saya kagum dengan pendekatan beliau yang bermula dari awal, sedangkan pada usia saya 11 tahun saham yang saya tahu hanya Amanah Saham Nasional @ ASN. Itu pun dah merungut sebab kene potong duit belanja sekolah untuk masuk tabung!

Apatah lagi untuk bercerita tentang saham, ladang dan kekayaan pada seawal umur macam tu. Ntah la, kalau ada antara kita ni yang memang telah bermula dengan kewangan ni sejak dari kecil lagi, maybe bole cerita tentang kejayaan yang dicapai pada hari ini.

p/s : Saya kecil2 lebih gemar bermain dan belajar dari cerita tentang duit! :)






Perlunya fokus dalam perniagaan

5 06 2007

Salam Sejahtera,

Salam perniagaan, kita cenderung untuk membuat sesuatu keputusan yang segera atau secara tiba-tiba (harap-harap keputusan yang tepat) disebabkan faktor persekitaran. Memang itulah bentuk kehidupan seorang usahawan, kadang-kala lain yang kita rancang, lain pula yang datang menyebabkan kita terlupa melakukan apa yang kita rancang, dan mula lalai dengan membuat kerja yang baru datang.

Tentunya anda pernah dengar istilah, apa yang terjadi tidak selalunya seperti yang dirancang?

Kadang-kala, kita merancang dengan penuh teliti dan bersedia, tetapi bila ada sahaja sebarang perubahan dalam perancangan, kita mula hilang fokus.
Ini antara faktor yang ‘menakutkan’ mereka yang baru menceburi bidang perniagaan.

“Macam mana kalau takde orang nak beli produk saya?”

“Kalau orang tak suka produk saya macam mana? Abes la lingkup bisnes”

Saya sendiri tidak boleh membantu mereka. Faktor luaran (seperti keadaan pasaran, ekonomi, permintaan etc) selalunya adalah faktor yang agak sukar dijangka, tetapi dapat dikurangkan dengan melakukan lebih kajian dan pembacaan mengenai isu tersebut.

Tetapi yang paling penting, adalah faktor dalaman. Faktor dalaman adalah faktor yang datang dari diri sendiri termasuklah mental, fizikal dan tentunya hati. Kita yang perlu mengawal faktor dalaman.

Contohnya, memandangkan modal anda yang kecil, anda hanya mampu untuk menjual nasi ayam sahaja. Hari-hari anda pergi ke pasar untuk beli ayam. Sampai satu hari, anda mendapat tahu bahawa si penjual ayam mendapat untung 100 kali ganda dari menjual nasi ayam, anda mula memandang perniagaan menjual ayam pula.

Maka berteraburanlah nasi ayam anda di makan ayam…..

Anda mula hilang fokus, dan anda mula nampak wang yang belum tentu anda perolehi.

Kalau anda tanya pada saya, memang saya mahu buat pelbagai bentuk aktiviti perniagaan dengan SMS. Dari perundingan sehinggalah teknikal. Tetapi saya telah menetapkan matlamat saya, yang saya akan fokus dalam satu bidang sahaja iaitu perundingan dan perkembangan perniagaan SMS sahaja. Maka saya tidak akan terlibat dalam hal-hal menjaja atau menjual starter pack SMS, atau menjadi penyedia SMS Gateway. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk masa sekarang, saya fokus kepada apa yang saya rancangkan.

Memang betul, sebagai usahawan kita perlu flesibel dalam menjalankan perniagaan. Kita kadang-kala terpaksa juga mengikut angin (bukan menjadi lalang), ke mana bertiup kita terpaksa ikut. Walau sekuat mana angin sekali pun, sekiranya kita mempunyai asas, dasar dan akar yang kukuh, kita akan tetap bertahan. Pentingnya matlamat dan objektif, kerana walau teruk sekalipun taufan yang melanda, kita akan tetap bergerak ke arah matlamat.

Antara alat yang boleh membantu anda adalah PDA. Atau sekurang-kurangnya planner bertulis. Anda boleh catatkan apa yang perlu anda capai dalam satu hari. Sekiranya tidak tercapai, anda perlu membuat sedikit justifikasi masa untuk menjayakan apa yang anda rancangkan. Sekiranya kita lebih tahu apa yang kita mahu, apa yang kita ingin capai, maka capailah dahulu apa yang dirancangkan. Jangan gelojoh untuk mencapai sesuatu yang belum tahu boleh tercapai

Sekiranya anda berjaya menjual nasi ayam sehingga ke seluruh Malaysia, tidak mustahil anda boleh menjadi tokei menjual ayam pula..

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang…

p/s : Gambar starterpack diatas adalah dibuat khusus untuk peserta Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS pada 7 Julai nanti. Sudahkah anda mendaftar?






Menjadi jurujual yang ‘kaya’

7 05 2007

Salam Sejahtera,

Kali ini saya tidak berniat untuk menulis panjang. Banyak pula perkara yang berlaku dan akan berlaku pada minggu ini. Saya harus selesaikan mana yang penting terlebih dahulu.

Seperti yang saya pernah kongsikan dahulu, ada diantara kita ini mahu menggunakan SMS hanya sebagai alat untuk pemasaran sahaja. Disebabkan lebih 21 juta orang populasi negara kita yang yang menggunakan handphone, alat penyebaran iklan dan promosi akan menjadi satu alternatif baru untuk menyampaikan maklumat. Hakikat bahawa SMS lebih menarik perhatian pengguna dengan membaca setiap SMS yang dihantar, menyebabkan iklan melalui SMS akan dibaca berbanding iklan-iklan konvensional yang ada.

TAHUKAH ANDA ? Menurut kajian, SMS mempunyai kadar pelanggan yang membaca 4 kali lebih tinggi berbanding dengan pengiklanan email atau internet. Jarang orang tidak bukak SMS. Dengan email pula, kadang2 kita cuma delete sahaja bila tengok tajuk email seolah2 iklan2 yang tidak diingini. Kalau kita cetak brochure dan kita edarkan kepada pelanggan2, kebanyakan brochure kita pada akhirnya akan berada di longkang!

Mereka yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran boleh kita kenalpasti dengan beberapa perkara :

1. Mereka tidak berminat buat duit dari SMS. Mereka cuma mahu gunakan SMS untuk menyebar maklumat. Bahkan mereka sanggup untuk membelanjakan sejumlah wang untuk mempromosi.

2. Mereka adalah client-driven. Mereka mengumpulkan data dan maklumat mengenai pelanggan dan prospek pelanggan. Ini termasuklah nama dan nombor telefon bimbit pelanggan.

3. Mereka percaya dengan lebih ramai orang mengetahui mengenai produk mereka, lebih tinggi potensi untuk menjual produk. Pendapatan yang mereka harapkan bukan dari SMS tetapi peningkatan pada jualan produk

4. Berminat untuk mengetahui apakah alat2 yang boleh membantu mereka untuk melakukan promosi dan iklan SMS. Mereka berminat dengan alat2 seperti aplikasi apa untuk mereka menghantar SMS, apakah garis panduan untuk pengiklanan dan apakah buku2 sebagai rujukan mereka. Mereka tidak berminat untuk mengetahui konsep perniagaan SMS, berapakah kos untuk memulakan perniagaan SMS, apakah risiko-risiko perniagaan.

5. Biasanya mereka adalah eksekutif pemasaran, perancang promosi dan pemasaran dan mungkin agen jualan dan pengedaran.

6. Mereka lebih berminat untuk mempelajari selok-belok untuk memasukkan dalam promosi mereka. Mereka mahu SMS ini membolehkan mereka dapat menerima pesanan dengan cepat, respon pelanggan, dan sebagainya.

TIPS : Mereka yang mahir dalam pemasaran SMS adalah mereka yang mempunyai peluang yang cerah untuk menghasilkan wang, baik dari SMS atau pun dari produk. Mengapa agaknya ?






Pemasaran SMS - Mengapa SMS Sangat Efektif ?

27 03 2007

Salam Sejahtera,

Gelombang pemasaran cara baru telah tiba. SMS memang akan merevolusi kaedah komunikasi untuk pemasaran akan datang. Walau pun WAP, 3G, GPRS dan protokol tanpa wayar yang lain dikatakan akan menjadi ‘next big thing’, tetapi tiada yang menunjukkan sebarang progress positif sehingga sekarang.

Bukan hanya disebabkan kemampuan SMS untuk mencapai lebih 21 juta bakal pelanggan di Malaysia, saya ingin berkongsi beberapa fakta yang dikatakan menjadi ‘killer factor’ SMS :

1. Kos Efektif
Sebagai medium komunikasi, SMS dikategorikan sebagai antara yang paling rendah kosnya. Berbanding dengan panggilan telefon, kos SMS hanya sebahagian kecil sahaja.

2. Capaian Pelanggan Yang Tinggi
Tahukah anda, telefon bimbit mempunyai 7 kali ganda lebih besar jumlahnya berbanding dengan satu tempat capaian internet. Ini bermakna sekiranya terdapat satu tempat capaian internet, kita akan dapati ada 7 telefon bimbit disekelilingnya! Ini bermakna lebih ramai pelanggan boleh dicapai berbanding dengan pelanggan internet.

3. Tindakbalas Yang Tinggi
Email adalah personal. SMS pula sangat personal. Ini bermakna, skrin ditelefon bimbit yang hanya ditujukan kepada individu, membolehkan perhatian yang lebih diperolehi dari individu tersebut.

Saya sendiri mempunyai 9 ‘killer factor’ SMS ini. Nanti saya akan kongsikan lagi.