Sikit-sikit, lama-lama jadi…

2 12 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu lalu saya tidak dapat mengemaskini blog saya seperti biasa akibat masalah laptop saya yang terpaksa di format semula. Letih jugalah, tapi akhirnya terpaksa beli laptop baru :)

Post kali ini lebih kepada pengumuman dan thought provoking sahaja. Mungkin ada yang mengharapkan kandungan yang lebih berkualiti, insyallah akan saya tuliskan dalam post yang akan datang.

Hari Ahad yang lalu, saya dijemput bersiaran secara langsung di Selamat Pagi Malaysia RTM1 untuk berkongsi mengenai buku Buat Duit Dengan SMS dan juga penipuan SMS yang berlaku. Maaf saya tidak membuat pengumuman awal kepada anda, tetapi saya sendiri mendapat jemputan sehari sebelumnya. Agak sibuk dengan urusan famili, saya tidak sempat untuk membuat hebahan kepada semua. Melepaslah nak tengok saya di kaca TV secara live!

 Sebenarnya saya dislotkan untuk segmen Resensi Ahad dimana segmen tersebut khusus untuk penulis yang akan bercerita mengenai buku mereka. Saya dijemput untuk berkongsi mengenai buku Buat Duit Dengan SMS (ini adalah kali kedua buku ini mendapat liputan dari segment Resensi Selamat Pagi Malaysia!) sedangkan buku ini sudah lebih 1 tahun berada dipasaran! Biasanya penulis bercerita mengenai buku mereka, tapi kali ini saya bercerita tentang Penipuan SMS.. Heheh.. Lain dari yang lain.

Dalam sesi tersebut, saya ditanya oleh Tuan Sayed (pengacara Selamat Pagi Malaysia) tentang berapa banyak pendapatan yang boleh diperolehi dari perniagaan SMS dari pengalaman saya sendiri?

Saya jawab ” Pendapatan SMS saya yang pertama hanyalah RM0.11 sahaja!”

Hahaha… Jangan terkejut kerana itu adalah hakikat. Perniagaan SMS bukan perniagaan tunai seperti kedai runcit. Sekurang2nya mempunyai sedikit modal perniagaan untuk terus hidup sebelum pembayaran diterima dari telco.

Tetapi saya nyatakan juga…

” Perniagaan SMS sama seperti perniagaan lain. Sky is the limit. Kita hanya perlu kesabaran dan konsisten dalam perniagaan. Bak akta pepatah, Sikit-sikit lama-lama jadi banyak .. (jangan jadi bukit.. rugi ) .. “

Kalau kita kuat berusaha, insyallah bukan RM0.11 mungkin RM11K, RM20K atau RM100K sebulan!

Saya tidak berkesempatan edit video yang dirakam. Nanti saya ada kelapangan akan saya uploadkan ke Youtube untuk tatapan anda. Ada beberapa lagi tips yang saya ingin kongsikan dengan anda lagi lebih2 lagi mengenai penipuan SMS.

Nantikan!

*************** PENGUMUMAN ***************

Saya telah menjadualkan semula Seminar Perniagaan SMS bagi tahun 2009. Seminar akan datang adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Januari 2009
Venue : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Jam : Pendaftaran bermula jam 8.30am

Anda tentunya tidak mahu terlepas kerana kandungan modul seminar telah diperbaiki 360 darjah! Kira macam total revamp pada seminar kali ini. Register awal-awal di AkademiSMS.com






Dan Pemenangnya Adalah….

11 11 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Semalam saya berkesempatan lagi untuk berkunjung ke pejabat CFM untuk membincangkan perancangan untuk kempen dan promosi anti SMS.

2. Melalui CFM, saya cuba mendapatkan beberapa statistik dari polis mengenai kes yang melibatkan penipuan SMS.

3. Antara statistik menarik yang saya dapat adalah seperti dibawah :

Statistik Penipuan SMS Bagi Tempoh
Januari Hingga Ogos 2008

KONTINJEN KES KERUGIAN
Selangor 76 RM300,922.49
Johor 119 RM293,608.09
Melaka 42 RM177,746.44
P.Pinang 63 RM158,838.51
N. Sembilan 70 RM154,381.51
Perak 62 RM137,055.08
Kedah 48 RM117,740.24
Kuala Lumpur 10 RM59,264.43
Pahang 21 RM48,890.73
Sabah 20 RM44,398.79
Perlis 21 RM35,296.31
Sarawak 14 RM24,684.76
Terengganu 5 RM8,335.62
Kelantan 2 RM6,500

JUMLAH

573 RM1,507,663.00

4. Kerugian berjumlah lebih RM1.5 juta dalam masa hanya 8 bulan! Dan seperti yang saya jangkakan, Selangor menduduki carta tertinggi jumlah kerugian walau jumlah kes yang agak rendah berbanding dengan Johor.

5. Tapi dari statistik ini hanyalah kes-kes yang dilaporkan. Saya rasa ramai lagi yang terpedaya dengan SMS Scam ini tidak tampil membuat laporan polis.

6. Mungkin sebab rasa jumlah kerugian kecil sahaja, atau rasa malu untuk tampil kerana terpedaya!

7. Setiap laporan yang anda buat sebenarnya satu sumbangan kepada negara kerana pihak berwajib seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau CFM sendiri boleh menjadi saluran untuk bantuan.

****************** Latest Project! ******************

~ Anda mempunyai sebarang masalah, komplen atau kemusykilan mengenai SMS ?

~ Anda ingin melaporkan sebarang penipuan SMS yang mencurigakan ?

~ Anda sendiri telah terpedaya dengan SMS Scam ini ?

~ Anda ingin mendapatkan bahan rujukan, risalah dan garis panduan dan kod pengguna ?

Saya ada sesuatu untuk anda!

Dengan kerjasama Consumer Forum of Malaysia, nantikan satu page khas di www.irwandahnil.com/cfm yang boleh membantu anda.

Stay tune dengan projek ini!






Awas Manipulasi SMS Broadcast!

5 11 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kaedah penipuan ketika ini telah naik satu lagi anak tangga apabila internet dan SMS diperkenalkan. Sekarang ini internet dan SMS scam terus menjadi-jadi. Saya tak ingat berapa jumlah wang yang terlibat tetapi memang berjuta-juta.

Tidak dinafikan memang mudah untuk menipu sekarang ini. Dengan hanya membuat satu laman web, seseorang itu boleh menyembunyikan identiti mereka. Hanya dengan satu SMS, sang penipu boleh berselindung dari diketahui.

Mujur kerajaan telah menjalankan roll out akhir tahun 2007 apabila semua nombor telefon pra bayar di daftarkan. Jadi setiap nombor telefon sekarang bertuan dan identitinya di simpan dan diketahui. Untuk menipu dengan menghantar SMS dari nombor telefon individu sekarang bukanlah cara yang bijak kerana dengan mudah identiti si pengirim dapat diketahui (kecualilah dia pakai telefon bimbit orang lain)

Nasihat saya, berhati-hati dengan SMS yang anda terima. Walaupun sang penipu tidak lagi menggunakan nombor telefon biasa yang didaftarkan, tidak bererti aktiviti mereka berhenti di situ. Mereka akant terus bergiat dan mencari cara.

Saya perhatikan cara lain utk orang menyampaikan SMS Scam ini adalah dengan menggunakan SMS Broadcast. Ia merujuk kepada satu sistem yang membolehkan penghantaran SMS melalui web ke telefon bimbit. Kebanyakan SMS Broadcast pula boleh menghantar SMS ke telefon bimbit seluruh dunia.

Untuk menggunakan SMS Broadcast, seseorang tidak perlu didaftarkan. Anda boleh dapatkan sistem ini dari penyedia perkhidmatan. Anda akan diberikan username dan password untuk login ke sistem tersebut.

Menggunakannya adalah sangat mudah. Anda perlu masukkan ID pengirim, senarai nombor telefon bimbit dan juga mesej. Dengan satu klik, semua nombor yang anda masukkan akan menerima SMS tersebut. Contohnya seperti dibawah :

Anda perhatikan dengan fleksibiliti untuk menukar ID pengguna, anytime sahaja identiti pengirim boleh dihantar. Sesiapa yang bersifat manipulatif, tentu faham macam mana untuk mengirim SMS jahat kepada pengguna. Kalau anda tulis ID Pengirim sebagai Astro, maka Astrolah yang akan diterima oleh penerima SMS. Anda bebas untuk menamakan diri anda sebagai Petronas, Shell, Maybank, Citibank atau apa2 sahaja!

Dengan cara ini pengguna Celcom dan DiGi dengan mudah terpedaya. Hanya Maxis yang menapis SMS seperti ini dengan hanya memaparkan nombor dan bukan ID Pengirim. Walau pun ada tapisan, tetapi identiti pengguna SMS Broadcast masih belum dapat dikenalpasti. Dalang penipuan SMS masih boleh terlepas!

Insyallah, dalam post akan datang saya akan berkongsi lain mengenai SMS Scam ini. Semoga anda akan terus celik dan bijak dengan si licik yang bertopeng kan teknologi!

p/s : Dah download belum ebook SMS Scam : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu ? Free je. Refer kat posting saya yang lepas






Irwan Gives Back!

29 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Beberapa hari ini talian 3G Celcom tidak berapa baik. Tensen juga bila terpaksa bekerja di bawah sambungan GPRS! (Dei Celcom! Kasi improve sikit la itu 3G coverage!). So it took me hours utk update my feveret online info (blog,twitter, facebook, M2U etc). Terasa lembab sangat!

2. Terkenang semasa lalu, since I was in school, saya memang seorang yang sukakan aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sosial, program anak angkat, terlibat dengan kem cuti sekolah, aktiviti persatuan dan terlibat dengan pelbagai program sekolah.

3. Memang terasa puas bila orang lain pun merasai apa yang kita lakukan walau pun kecil. What a feeling when small thing we’ve done, makes a big different in other people’s life! So great!

4. Sekarang saya tidak begitu lagi aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin sebab dah tua kot :) tapi lately saya rasa seronok kerana dapat menyumbangkan sesuatu melalui ebook percuma SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu.

5. Ebook tersebut boleh dimuat turun secara percuma (sila rujuk post saya yang lepas). Ramai yang berterima kasih dengan ebook tersebut. Alhamdulillah, walaupun usaha yang kecil, ia dapat mengubah nasib kehidupan orang lain.

6. Minggu lepas saya menjadi lebih teruja apabila saya dihubungi oleh Consumer Forum of Malaysia (CFM), sebuah NGO dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia apabila mereka berminat untuk menerbitkan ebook tersebut untuk diedarkan. CFM juga dalam rangka kerja untuk membanteras internet dan SMS scam. Yang tambah best, ebook tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris! Dah jadi buku panduan pula….

7. Kalau anda tengok cerita Oprah, tentu anda tahu tentang Oprah’s Big Gives! so saya rasa sebagai permulaan , ini adalah Irwan’s Small Gives :)

8. Saya akan terlibat secara langsung dengan CFM untuk educate pengguna dan memberi kesedaran mengenai penipuan SMS. Mulai hari ini, saya akan buka kategori baru irwan@cfm, untuk mencatatkan pengalaman saya sepanjang terlibat dengan program CFM. Dimasa2 akan datang, saya akan ceritakan mengenai CFM pula dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda sebagai pengguna.

9. Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk menyumbang kepada masyarakat. Mungkin sesudah sekian lama saya menikmati sumbangan orang lain kepada saya, tiba pula masa saya kembali menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Wish me luck!






Scam + Menipu + Salahguna = Sepandai tupai…

14 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1.  Demam + ulser + sakit tekak buat saya tak larat nak buat kerja beberapa hari. Nak cakap beraya sakan tidak juga.. Musim kot!

2. Gara-gara ebook SMS SCAM, saya dan En Salleh berpeluang berjumpa dengan kaunselor Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.cfm.org.my) untuk  program kempen anti penipuan internet dan SMS. Exciting program! Insyallah akan saya ceritakan lagi nanti.

3. Bercerita tentang scam, penipuan dan manipulasi internet dan SMS, nampaknya tak surut2. Setiap masa ada je yang kene, pelbagai skim baru yang muncul.

4. Scam, penipuan dan manipulasi satu hal. Satu lagi perkara yang terlepas pandang adalah dari segi kawalan pelanggan.

Ruang Sembang SMS 8TV Digantung

5. Ketika kita menyambut lebaran yang lepas, ruang chat SMS di televisyen 8TV telah digantung siarannya serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).  Mesej2 yang terpapar di laman web tersebut berbaur lucah dan penawaran perkhidmatan seks. Ia diberitakan disini.

6. Mungkin ramai yang ingat bisnes SMS ni bila dah berjalan, kita biarkan sahaja..Itu tanggapan yang salah. Cuba tengok apa dah jadi? Staff 8TV yang sepatutnya memantau ruang sembang tersebut, mungkin ‘tertidur’ terlalu lama (atau tak peduli?) sehingga tak sedar apa yang sedang disembangkan  di ruangan tersebut.

7. SMS sama macam bisnes yang lain. Perlu diberi perhatian. Mungkin tidak kerap, tetapi secara berkala. Pengajaran kepada semua…

4 Syarikat Kantoi Dek BNM

8. Hari ini pula dalam Utusan, 4 syarikat diberkas oleh Bank Negara Malaysia kerana menganjurkan skim pelaburan yang tidak sah.

9. Syarikat ‘bertuah’ tersebut adalah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

10. Masih dalam siasatan. Tengoklah hasilnya macam mana nanti. Saya bukan bersifat judgemental, tapi saya dah tengok lama juga syarikat2 ni, akhirnya kantoi juga dek BNM.

11.  Anda tentu lebih tahu, sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat macam ini. Boleh senaraikan lagi ?

12. Insyallah, SKMM akan buat roadshow untuk kempen2 bentuk penipuan ini tidak lama lagi. Kalau tiada aral saya akan turut serta.

p/s : Marilah sama2 kita celikkan masyarakat kita yang sebenarnya tiada jalan pintas untuk berjaya, kaya atau bersenang lenang. Usaha, istiqamah dan tawakkal itu sahaja caranya.






Ebook Lompat Si Katak Lompat…

16 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Bukan! Hari ini bukan cerita haiwan di zoo. Post hari ini, sekadar ingin memberi pandangan mengenai penghasilan ebook dan  perniagaan internet.

Perkembangan Ebook Di Malaysia..

1. Sejak 3-4 tahun lepas, kita dapat lihat betapa meriahnya industri internet marketing Malaysia. Secara spesifik (bukan ebook untuk pasaran antarabangsa), pelbagai bentuk ebook yang telah dihasilkan. Kita boleh lihat trend ebook yang dihasilkan bermula dengan bagaimana membuat duit dari internet, program2 buat duit internet, teknik affiliate, SEO, mailing list, pemasaran dan teknik perniagaan internet. Ini boleh kita panggil sebagai Fasa 1.

2. Kemudian industri ebook berkembang lagi. Dengan penghasilan ebook yg bukan hanya menumpu kepada perniagaan internet. Ia lebih general dan releven dengan masyarakat. Contohnya, ebook mengenai persediaan perkahwinan, ebook panduan menunaikan haji, ebook menghasilkan susu soya, ebook menternak kambing dan sebagainya. Saya sendiri menghasilkan ebook yang pertama mengenai SMS pada tahun 2006. Ini boleh kita lihat sebagai Fasa 2.

3. Kita sepatutnya berasa sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mengapa ebook mula mendapat tempat ? Kerana orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat yang dirasakan berbaloi. Harga ebook pun paling kurang RM15 dipasaran Malaysia, sebenarnya mungkin lebih mahal dari buku yang ada di MPH atau Kinokuniya!

Lambakan Ebook | Topik Ibarat Katak Melompat ?

4.Tetapi adakah sekarang ini kita mengalami lambakan ebook ? Macam-macam ada! Bagi saya, belum lagi berlaku lambakan ebook, tetapi telah mula nampak trend lambakan ebook yang tidak berkualiti.

5. Di Malaysia, penulis ebook cenderung untuk menulis ebook seperti membuka pasaraya. Macam-macam topik ada. Kalau boleh apa sahaja pengetahuan si penulis ada akan dicatatkan dan dihasilkan sebagai ebook. Hari ini si penulis menghasilkan ebook tentang berkebun, esok pula tentang memasak, lusa pula tentang menjaga anak, dan tulat mengenai perkahwinan.

6.  Hasilnya, seorang penulis mempunyai ebook yang menulis pelbagai topik. Ibarat katak, melompat dari satu topik ke satu topik.

5. Bukannya tidak bagus, tetapi sebenarnya kita sebagai pembaca HANYA INGIN membeli ebook dari penulis yang pakar atau mereka yang benar-benar mempunyai kredibliti. Kita mesti beli dari penulis yang boleh dipercayai, yang mempunyai fakta dan kepakaran. Orang yang menulis terlalu banyak topik ebook sebenarnya tidak memberikan kredibiliti kepada penulisnya dan tidak dilihat sebagai pakar dalam bidang yang ditulisnya. Orang memang tak pandang!

6. Cuba lihat keadaan di luar sana. Apakah topik yg ditulis oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kalau bukan motivasi ? Apakah buku yang ditulis oleh Chef Wan kalau bukan tentang masakan ? Apakah buku yang ditulis oleh Donald Trump kalau bukan tentang pengurusan, kewangan dan perniagaan ?

7. Sungguh sukar untuk membayangkan Ustaz Harun Din mengeluarkan buku mengenai masakan, atau Dr Irfan Khairi mengeluarkan buku mengenai kecantikan!… Tidak dapat diterima akal pulak ..

8. Itulah mentaliti orang Malaysia. Beli hanya dari yang pakar. Bagaimana dengan anda ? Ingin menjadi penulis ebook katak si katak lompat ? Atau ingin menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dan hasilkan ebook ? Sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang kekal lama, saya syorkan anda menulis pada satu topik yang anda anda mahir, anda tahu dan anda berkemahiran. Jangan melatah, bila orang tulis tentang topik A, anda juga ingin menulis topik A. Biarkan mereka kerana itu adalah kemahiran mereka. Anda fokus dengan kemahiran anda!

9. Pada pandangan anda , bagaimanakah Fasa 3 perkembangan ebook di Malaysia ini ? Adakah lebih banyak tajuk yang akan diterbitkan oleh penulis2 baru ? Atau adakah pasaran mula tidak menerima ebook kerana banyak wujud ebook yang tidak berkualiti ? Entah lah.. Tak salah untuk menjadi penulis ebook ibarat katak dengan pra syarat anda adalah seorang penulis…

p/s : So far tak ramai yang menulis mengenai topik SMS :) Pulun sorang2 …






‘Juadah’ Berbuka Puasa!

1 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Alhamdulillah, semalam kita meraikan Kemerdekaan ke 51. Sedikit janggal dari tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan kita sambut dalam keadaan ekonomi yang menekan dan juga ketidaktentuan politik. Apapun, Selamat Hari Merdeka!

2. Hari ini pula bermulanya Ramadhan. Puasa tak ? :) Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tak kiralah anda ni IM ke, usahawan dari rumah ke, usahawan kecil ke, usahawan SMS ke… Semoga amal ibadat kita diterima.

3. Bulan puasa ini adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan keberkatan dan keampunan. Maka setiap amal yang kita kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

#####################

4. Bulan ini kita akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Memberi makanan berbuka, mengadakan moreh, memberi sumbangan kepada anak yatim dan juga memberi sumbangan ikhlas pada bila-bila masa diperlukan.

5. Dalam kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh rahmat, anda juga dari kita yang menjalankan perniagaan tidak jujur, bersifat berat sebelah, tidak memberikan perkhidmatan yang sepadan dengan harga.

6. Kita semua sepatutnya risau dengan fenomena dimana wujudkan teknologi SMS dan internet disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik dan menipu. Memang kita ketahui teknologi ini mampu ‘menyorokkan’ dalangnya dari ‘dicekup’ dengan mudah.

7. Bila kita lihat internet adalah bentuk perniagaan masa sekarang dan masa hadapan, kita secara terus-terusan juga perlu membanteras mereka yang mencalit lumpur kepada perniagaan kita. Sumbangan kita memberikan kesedaran kepada masyarakat dapat membantu mengelakkan dari lebih terjebak dengan penipuan atau bentuk scam ini.

8. Banyak yang kita boleh lakukan. Membuat pendedahan, menulis di blog, mengedarkan ebook secara percuma, mengeluarkan report dan pelbagai lagi.

#####################

9. Pada hari ini saya akan mengedarkan ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu. Saya ingin sama-sama menyumbang bagi mengelakkan masyarakat terus terjebak dengan penipuan SMS. Anda boleh muat turun secara terus di link bawah. Jangan risau, ebook ini edaran PERCUMA. Tiada sebarang bayaran, bahkan email anda pun saya tak minta. Boleh muat turun secara terus.

10. Ebook ini saya garap dengan bantuan rujukan bersama En Salleh Esa. Ia menghuraikan beberapa fakta yang menarik untuk anda baca. Walau pun percuma tetapi saya percaya kandungannya memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca. Antara kandungan yang menarik adalah:

- Mengetahui modus operandi penipuan SMS sama ada secara aktif atau pasif
- Menggunakan sistem SMS ‘yang tidak berdosa’ untuk tujuan penipuan
- Kaedah dan langkah2 penipuan si penipu
- Kes-kes yang melihatkan syarikat

11. Bukan itu sahaja, kami juga telah mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. Ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada kami, mungkin kami akan ‘diserang’, kami mungkin kene ’sound’, tapi saya rasa yang hak tetap hak. Saya hanya menegakkan perkara yang betul. Yang lebih penting pembaca dapat mengambil iktibar dari kes-kes ini.

12. Satu lagi yang kami dapat selitkan adalah bagaimana untuk pembaca ingin menilai perniagaan SMS yang betul atau tidak. Juga tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya kita tertipu atau terjebak dengan penipuan SMS.

13. Kredit juga saya berikan kepada Nurulhayati @ Luvlee diatas design beliau. Sporting sungguh!

#####################

14. Saya harapkan anda akan mendapat manfaat dari ebook ini. Sekiranya anda rasakan kandungannya bermanfaat kepada ramai orang, edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat.

15. Sengaja saya edarkan ebook ini pada 1 Ramadhan. Saya berharap ini akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada anda. Memang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil sedikit inisiatif untuk mencelikkan masyarakat.
16. Kepada anda yang mengedarkan ebook ini, terima kasih saya ucapkan. Anda juga akan dapat ganjaran pahala kerana usaha anda untuk menyampaikan ilmu. Ini bulan puasa kan? Tentu ganjarannya lebih lagi. Aminnn!

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!