Perundingan
Saya hanya tahu berbisnes bidang yang saya berilmu didalamnya. Saya mempunyai prinsip dimana hanya bisnes yang saya mahir, tahu dan berpengalaman dapat memberikan kepuasan yang tertinggi. Saya tidak berbisnes hanya kerana wang tetapi saya berbisnes kerana ilmu.
Saya suka memberi. Dan cara yang paling baik adalah dengan berkongsi ilmu sebanyak-banyaknya. Saya memilih untuk menjalankan bisnes perundingan dan dapat lakukan yang terbaik dalam bidang ini. Memandangkan saya seorang home enteprenuer, Irwan Dahnil Consulting adalah perniagaan yang menaungi perkhidmatan perundingan yang saya jalankan.
Irwan Dahnil Consulting merupakan :
- Perunding pembangunan aplikasi web, e-dagang dan teknologi SMS
- Perunding perniagaan dan pemasaran internet dan SMS.
- Perunding pengiklanan dan pemasaran media baru dan media digital
- Perunding pembangunan produk dan perkhidmatan
- Personal Coaching dan Training
- Seminar, Talk dan Bengkel
Ilmu adalah percuma jika kita sentiasa berkongsi dan mencari.
Hubungi Tim Irwan Dahnil :
Irwan Dahnil Consulting
No 10, Jalan 2/16, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Telefon : 017-2869611 ( Aza )
Email : irwandahnil.consulting@gmail.com








Assalamualaikum Saudara Irwan
Semoga sentiasa sihat hendaknya.. Bagaimana dengan Projek terbaru saudara Irwan ?
Saya harap semoga saudara Irwan sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi..
Sebagai pengenalan, Nama saya ialah Abd Rahman, merupakan pelajar di Insitut Pengajian Tinggi iaitu
Universiti Pendidikan sultan Idris (UPSI)..
Sebenarnya emel ini saya hantar adalah sebagai ucapan TAHNIAH dan juga penghargaan yang tidak
terhingga kepada saudara Irwan atas perkongsian yang begitu bermanfaat di dalam blog saudara.
Saya merupakan antara pengunjung setia blog saudara Irwan .. Dan apa yang saya dapati, blog saudara penuh
dengan informasi yang berguna terutamanya dalam bidang Internet Marketing ini..
Saya sebagai seorang Newbie amat berterima kasih atas segala perkongsian yang diberikan.
walaupun selama ini, saya hanya pengunjung “senyap” blog saudara.. Namun, saya sentiasa menyokong
usaha saudara dalam menyumbang informasi berguna kepada masyarakat.
Saya harap saudara dapat meneruskan usaha baik ini untuk manfaat kita semua.
Akhirulkalam, saya amat berbesar hati sekiranya saudara Irwan sudi untuk memberi respons terhadap emel ini.
Tetapi sekiranya saudara Irwan tengah sibuk dengan projek terbaru, hanya respons emel ini apabila saudara Irwan
benar-benar berkelapangan..
Salam perkenalan daripada saya…
- Sekian Wassalam -
irwandahnil : Terima kasih kerana mengutusi saya
Saya berminat untuk membina SMS Gateway sendiri. Bolehkah pihak saudara membantu saya dari segi khidmat nasihat dan perkara-perkara yang perlu disediakan. Terima Kasih.
irwandahnil : Sekadar termampu. Insyallah.
saya telah dilantik sebagai pegawai pemasaran ttp saya buntu untuk membuat satu kertas kerja mengenai rancang pemasan. syarikat saya merupakan syarikat yang memm