ID @ CFM
Anda Terpedaya Dengan Skim dan Penipuan Internet dan SMS ?
” Laporkan kepada CFM. Buat masa sekarang, cuma isikan komen dibawah, dan saya bantu bawa masalah anda untuk diselesaikan. Atau sekiranya masalah anda terlalu sensitif, emailkan saya di irwanconsult[at]gmail.com. “
irwandahnil@CFM : Projek Apa ?
Seperti yang anda ketahui, saya dan En Salleh Esa telah memulakan sedikit usaha untuk membanteras skim dan penipuan yang dilakukan melalui internet dan SMS. Kami telah menerbitkan ebook percuma untuk edaran kepada semua bagi membantu masyarakat dari terus terjebak dengan gelaja penipuan ini. Sekiranya anda masih belum memuat turun ebook tersebut, boleh muat turun secara percuma disini.
Rentetan dari itu, saya dihubungi oleh pihak CFM untuk menjalinkan satu kerjasama bagi memberi kesedaran,kempen dan membantu mereka yang terpedaya dengan skim dan penipuan ini. Sehingga kini, saya telah menerima banyak aduan dari pengguna tentang skim dan penipuan SMS dan internet yang terjadi.
Sedikit latarbelakang CFM
CFM adalah singkatan bagi Consumer Forum of Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walaupun CFM tidak menonjol berbanding dengan organisasi lain, CFM memainkan peranan yang besar dalam menyumbang keadaan perkembangan industri telekomunikasi negara.
CFM boleh membantu anda :
- dengan menyediakan saluran untuk aduan, mengendalikan pertikaian dan rungutan untuk pengguna
- mencadangkan tatacara penyelesaian pertikaian alternatif dan mengelakkan kes mahkamah
- sekiranya anda terasa terpedaya, CFM mungkin boleh membantu untuk mencadangkan tatacara pembayaran pampasan
Kesimpulannya, CFM adalah salah satu saluran untuk anda sampaikan masalah dan aduan anda.
Apa yang anda boleh perolehi ?
Melalui inisiatif kecil saya, segala maklumat dan penyebaran risalah boleh dilakukan disini. Sedikit sumbangan dapat membantu anda yang mempunyai masalah dalam kes-kes penipuan SMS dan internet dapat dibantu.
Muat Turun Dokumen

Anda juga boleh memuat turun beberapa dokumen dalam format pdf, cetak dan edarkan kepada seramai kenalan anda.
General Consumer Code : Maklumat ini anda perlu ketahui untuk terlibat dalam industri ini. Apa yang boleh dan tak boleh dibuat ! >> Download Disini <<
Brosur SMS Scam : Print brosur ni banyak2 atau edarkan sahaja secara digital kepada rakan2. >> Download Disini <<
Content Code : Kalau anda terlibat dalam industri menyediakan kandungan, baca ni.. Good practice! >> Download Disini <<
Dengan sedikit usaha saya ini, mungkin dapat membantu lebih banyak mereka yang ‘terkena’ & terpedaya dengan pelbagai helah di alam siber. Mungkin anda terselamat dari segala ancaman scam dan penipuan sebegini, tetapi si penipu tidak pernah berhenti untuk terus memperdayakan orang. Kalau bukan anda, mungkin juga generasi anda seterusnya!
Jadi apa yang anda boleh sumbangkan untuk generasi akan datang ??

p/s : Ini bukan laman web rasmi CFM. Segala maklumat dan kandungannya adalah inisiatif saya sendiri dan tertakluk kepada kuasa dan tatacara CFM. Saya hanya menyampaikan maklumat supaya ia boleh dicapai oleh lebih ramai orang.









asalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada saudara yang saya hormati sekalian.
Kerana kepakaran anda didalam bidang blog,bolehkah saya menemuduga saudara untuk kumpulkan segala temuduga saya dengan pakar blogger yang lain untuk menerbitkan article tentang otai blog,diharap saudara dapat meluangkan masa untuk ditemuduga oleh saya.
yang benar,
yazid yahaya
YM:ajidss_ajidss@yahoo.com
kalau bersetuju anda boleh emailkan kepada saya masa dan tarikh yang sesuai untuk di temuduga di ajidjob@yahoo.com
buakan menemuduga tp menemuramah. menemuduga ni mcm nk rekrut pekerja. awk nk rekrut irwan keje ke? heheh..
yazidyahya : Saya dah reply melalui Facebok.
axhan : Hehheh
hahahah..tak lama lagi..release erk..erm bile tarikh keramat
catzer : tarikh keramat ape tu? Laman web ni memang dah go live, takde release date.. As where it is
Hi Irwan, thank you & tahniah for the this dedicated site for CFM.
just want to share with all the readers out there
- Please be aware of the Internet Scam -
Minggu lepas, mangsa penipuan internet ini datang melaporkan scam ini kepada CFM. Beliau telah kerugian hampir RM3000 akibat terpedaya dengan scammers yang menjalankan urusan jualbeli komputer riba melalui laman web yang berbentuk lelong. Harga laptop yang diiklankan pada website tersebut teramatlah murah dari harga pasaran (atas alasan lari cukai kononnya), dan setelah mendeposit wang ke akaun bank scammers, scammers tidak lagi dapat dihubungi. Duit lesap barang pun tak sampai sampai. Mangsa seterusnya melakukan carian google nama scammers dan rupanya scammers ini sudah banyak melakukan penipuan sebegitu.
Nasihat CFM, berhati hatilah bila menjalankan urusniaga melalui internet. Jangan Mudah Terpedaya
cash 88
adakah saudara tau mengenai cash 88 .sy harap saudara memberi sy maklumat mengenai cash 88.
askm,,saya nak beri coment ttg,,vermabulder..itu hari saya dah join diaorag,,saya bagi emal ini..lepas tu dia org janji nak ajarkan saya mcm mana nak jln kan bisnes tu..saya juga ada bagi second emal.diaorg teruhantar email dia org kat email baru tu mcm hujan yg email pertama kosong bole tak awak tolong chek adakah ya lurus dari segi undang2 atau saya dah kena tipu ?
irwandahnil : Kalau ada maklumat akan saya kongsikan.