Usahawan, Perniagaan, Teknologi & Internet, Pemasaran

Mode : Pelajar Sepenuh Masa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Januari 2012 tiada sebarang catatan. Terima kasih kepada ‘peminat’ blog ini yang susah-susah hack. Beberapa minggu tidak dikemaskini, sehinggakan katalaluan blog ini pun sudah terlupa. Banyak bahan untuk ditulis, tetapi tidak sempat dikongsikan disini. Facebook lebih menjadi pilihan saya untuk membuat catatan.

Kemudiannya, saya juga agak sibuk dengan urusan perundingan dan khidmat nasihat bagi pihak universiti. Penerbangan 2 jam 40 minit dari K.Kinabalu ke K.Lumpur bukan lagi menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia perjalanan yang panjang lebih lagi, dalam sebulan memerlukan trip dua tiga kali sedemikian. Memenatkan ada kalanya penerbangandi tengahmalam. Saya pernah lupa tarikh kerana berada di KL-KK-KL-KK dalam masa 2 hari berturut-turut!

Catatan kali ini cukup santai. Saya tidak bercadang menulis mengenai keusahawanan dan berkaitan. Cuma berkongsi sedikit mengenai diri sendiri

Akhirnya saya berjaya memenuhi matlamat tahun 2011 untuk memulakan menyambung pengajian. Kini saya merupakan pelajar sepenuh masa! Kembali ke sekolah, ini bererti saya akan lebih menyepi untuk beberapa tahun lagi.

Menyorot kembali jejak akademik, saya bukanlah seorang yang suka berada di dalam kelas. Bukan tidak berminat, cuma akan berasa sangat bosan. Saya sukakan adventur, belajar melalui pengalaman. Kalau boleh mahu cikgu sains mengajar saya dibawah pokok sambil saya boleh melihat pemandangan dan bermain-main dengan daun-daun. Tetapi itu hanyalah impian yang tidak pernah tercapai!

Di sekolah menengah, saya merupakan pelajar aliran sains. Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan. Tidak juga saya gemari, tetapi alhamdulillah memudahkan untuk menyambung pengajian ke bidang Teknologi Maklumat. 8 tahun selepas tamat sarjana muda, menyelesaikan Master Sains dalam Keusahawanan Teknologi. Di sini, bidang saya sudah mula berbeza sedikit. Memandangkan latarbelakang sains, saya gunakan program Master untuk mempelajari keusahawanan. Ini sangat membantu.

Dan kini saya menyambung pula dalam bidang PEMASARAN! Ini betul-betul cross - platform. Dari sains, saya beralih ke pengurusan dan perniagaan. Dari teknikal kepada pengurusan.

Bijak  atau kurang bijak ? Bagi saya bukan ijazah yang saya cari. Tetapi menyambung pelajaran bererti kita akan memaksa diri untuk belajar. Jika bidang yang dipelajari bidang baru, lebih banyak masa diperuntukkan untuk membaca. Kaedah ‘paksa-rela’ untuk mempelajari sesuatu.

Ramai yang mahu menjadi spesialis. Dari doktor, mahu menjadi doktor pakar. Saya berbeza. Bukan spesialis yang saya cari. Saya mahukan ilmunya.

Saya terjun ke sungai yang penuh dengan buaya ganas, belajar berenang dan mengharap sampai ke tebing satu lagi. Dan saya harapkan saya selamat dan cukup anggota. Ini cara saya belajar. Saya mahu keluar dari zon selesa dengan lakukan perkara yang berbeza.

“Semua orang adalah pelajar sepanjang hayat. Bukan dimana kita belajar, tetapi apa yang boleh dipelajari…”

Doakan kejayaan saya.

Disember | Catatkan Pencapaian Kecil, Ia Akan Menjadi Besar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Sepanjang hari ini, banyak status di Facebook rakan-rakan yang berkata mengenai Disember. Di penghujung tahun, ada yang mengeluh kerana tidak berjaya mencapai matlamat sebaliknya ada yang gembira kerana telah melebihi dari apa yang dihajati.

” Di awal tahun saya berazam untuk menulis sekurang-kurangnya sebulan sekali di blog. Tetapi catatan terakhir saya adalah pada September!   “

2. Percaya dengan satu pepatah yang menyatakan ‘biar kecil dari berhasil..” Ia azimat setiap kali menetapkan matlamat.  Pesan Peter Drucker bahawa menetapkan matlamat mesti selalu menggunakan S.M.A.R.T ! Jadi jika pencapaian kurang ’smart’, ia adalah biasa. Apa yang penting, kita menilai semula untuk menjadikan ia lebih bijak dan boleh dicapai.

3. Tetapi yang menjadi bahaya jika disebabkan pencapaian besar tidak tercapai, habis segala pencapai kecil dilupakan.  Rahsia untuk mencapai kejayaan besar terletak kepada berapa banyak pencapaian kecil yang telah dicapai.  Contoh mudah, jika kita pandai mengeja, seterusnya kita akan pandai membaca. Mengeja diibaratkan sebagai pencapaian kecil membolehkan kita membaca (pencapaian besar). Bagi penulis buku pula, kejayaan kecil adalah apabila berjaya menulis sebuah bab dalam buku, pencapaian besar adalah apabila buku berjaya dicetak dan diterbitkan.

4. Mungkin jika Arnold Schwarzenegger tidak menjadi Mr Olympia acara sukan bina badan, beliau tidak akan menjadi hero filem boxoffice Terminator. Dan mungkin juga jika beliau tidak sepopular menjadi bintang filem, beliau tidak terpilih menjadi Gabenor California sekarang! Formula ‘Success Breed Success’ terpakai disini bererti suatu pencapaian awal akan menghasilkan pencapaian susulan.

5.  Jadi appreciate apa pencapaian kecil yang telah dicapai. Ingatkan semula apa juga perkara yang memberi kepuasan. Bagi yang baru pertama kali menjual, ingatkan seronoknya mendapat RM1 yang pertama. Atau mungkin sekarang anda telah yakin untuk bercakap dengan pelanggan berbanding dahulu. Ini semua kejayaan kecil yang tidak dimasukkan dalam matlamat awal tahun.

” Antara pencapaian kecil saya adalah apabila Page Facebook Irwan Dahnil Insight telah mencapai 1000 Like sebelum akhir tahun. Saya hargai pencapaian tersebut. Moga tahun hadapan mencapai 2000 Like pula  “

6. Kumpulkan kejayaan kecil. Jadikan ia ibarat sebuah kompilasi kejayaan. Ibarat unit-unit asas kejayaan yang hebat.  Tiada pencapaian yang hebat tercapai tanpa pencapaian kecil.

Hampir boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tahun kejayaan kecil 2011. Kejayaan besar menanti di tahun hadapan

Usahawan Baru : Menghadapi Tentangan Keluarga
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya menerima mesej dari seorang sahabat lama. Sebelum ini beliau merupakan seorang pekerja makan gaji yang stabil dari segi pendapatannya. Sehinggalah beliau memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Kini, apabila telah berniaga sendiri beliau menerima tekanan yang cukup kuat dari keluarga yang tidak menyokong tindakan beliau walau pun perniagaan beliau telah menunjukkan hasil. Pada pandangan keluarga, bekerja makan gaji dengan kerajaan adalah lebih baik. Beliau sekarang runsing sama ada keluarga mertuanya entah berkenan atau tidak dengan tindakan beliau.

Saya ingin kongsikan jawapan saya kepada beliau :

Salam Tuan,

Moga sentiasa dilindungi Allah sentiasa. Dalam catatan yang ringkas :

1. Paling penting, isteri Tuan sentiasa dibelakang dan menyokong. Biasanya orang rumah ni, mereka bimbang tentang kemampuan kita untuk komitmen dan sara keluarga. Tuan banyakkan berbincang, ini membantu dia untuk terus percaya dengan apa yang Tuan lakukan.

2. Kena buktikan dahulu, apa yang keluarga Tuan dapat ketika makan gaji adalah sama dengan apa yang keluarga dapat ketika tuan buat bisnes. Kalau dulu makan KFC sebulan sekali, lepas bisnes mesti kekalkan yang sama. Kalau dulu wang dapur RM1K sebulan, kekalkan sumbangan tersebut.

Bila berniaga, yang banyak berkorban adalah keperluan diri sendiri dahulu, bukan keperluan keluarga. Jika mereka perlu berkorban sekalipun, janjikan pengorbanan tersebut akan berbaloi dalam satu jangkamasa. Contohnya, tuan meminjam wang simpanan keluarga sebanyak RM1000 yang dijanjikan untuk dibayar dalam masa 1 bulan. Cukup masa, pastikan ia dibayar.

3. Jika perlu, buat semula pengurusan kewangan keluarga. Berbelanja berhati-hati. Selalunya, ada banyak pembelian yang membazir yang boleh dijimatkan.

4. Dalam satu jangkamasa, perlahan-lahan pertingkatkan aset untuk keluarga. Mulakan dengan wang simpanan dahulu. Tambahkan sedikit-demi sedikit. Isteri akan lebih hargai.

5. Seterusnya insurans dan perlindungan takaful untuk keluarga. Jika kita tidak berupaya dan tiada pence, keluarga kita perlu terbela. Tidak perlu beli insurans atau takaful yang mahal. Cukup untuk hospitalization dan ward coverage untuk seluruh ahli keluarga sahaja.

6. Kebanyakan orang hanya menilai perniagaan pada nilai material sahaja (apa yang kita pakai, apa yang kita pandu, rumah kita)… Tetapi itu cuma simbol kekayaan. Tidak perlu menunjuk hanya untuk memuaskan hati orang. Yang penting, keluarga Tuan bahagia dan keperluan mereka terpenuhi. Insyallah, rezeki Allah sentiasa menunggu.

7. Bila keluarga mertua bertanya, cakap yang baik-baik sahaja tentang perniagaan. “Perniagaan berkembang, client baru, pengalaman yang baik…” Jangan ceritakan yang negatif, mereka akan cepat susah hati dan akan mula menunding jari menyatakan tindakan kita berniaga salah. Kita bukan berbohong, cuma kita perlu redakan antagonis.

10 Buku Bisnes Terbaik : Siri 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Budiman,

Saya tidak pernah menerima pendidikan perniagaan secara formal di sekolah atau universiti. Kerana itu saya sangat berterima kasih kepada banyak sumber rujukan dan buku yang menjadikan setiap bisnes yang saya lakukan sebagai peluang untuk belajar. Mungkin ada banyak lagi buku-buku perniagaan yang hebat diluar sana, tetapi ini adalah 10 buku perniagaan (tidak mengikut susunan) yang banyak mengubah persepsi dan menjadikan siapa saya hari ini :

1. Blue Ocean Strategy (BOS)

Penulis : CW Kim & R. Mauborgne

Telah diterjemah kepada pelbagai bahasa. Saya baca versi English yang lebih mudah difahami. BOS sangat memberi kesan kerana selepas akan membuatkan kita berfikir untuk meletakkan inovasi dan kelainan dalam perniagaan. Saya tidak lagi mahu mengeluarkan produk yang terikut-ikut dengan orang lain. Strategi yang berbeza, dan bagaimana merancangkan BOS bagi perniagaan. Bagi saya, jika produk/bisnes kita tidak unik, maka tiada bisnes. Perniagaan perlu berbeza untuk kekal lama.

BOS juga merupakan inspirasi besar untuk saya mengubah strategi penulisan buku dan juga pemasaran internet.

2. E-Myth Revisited

Penulis : Michael Gerber

McDonalds terkenal dan masih kekal sehingga sekarang bukan kerana mereka pembuat burger yang paling sedap. Saya lebih suka rasa burger tempatan Ramly. Tetapi mengapa McD dapat terus kekal ? Mengapa mereka dapat membuatkan orang percaya burger mereka paling sedap? Mengapa mereka dapat menghasilkan rasa burger yang sama di merata tempat? Rahsianya adalah dengan mempunyai sistem perniagaan. Sistem yang dibentuk, dirancang, dan boleh diduplikasikan. Kedai makan yang berjaya bukanlah kedai makan yang paling sedap, tetapi kedai yang dapat mengekalkan kualiti rasa disemua kedainya.

Pengajaran penting : Tukang masak yang terbaik tidak semestinya peniaga yang baik. Bermaksud jika anda pandai buat sesuatu, tidak semesti anda juga boleh membuka bisnes yang berjaya.

3. The Long Tail

Penulis : Chris Anderson

Konsep yang diketengahkan adalah dengan menawarkan banyak produk dalam sesuatu niche. Contohnya, jika anda menjual buku, anda perlu menjual seratus judul, dan kalau boleh beribu judul dalam pelbagai kategori. Kedai online seperti Amazon mengecap jaya dengan konsep ini. Begitu juga dengan iTune yang menjual lagu-lagu. Ini memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam memilih disamping membuka pasaran pelanggan yang lebih luas.

Di KL, kedai mamak memang cukup popular. Pada pandangan saya, mereka menggunakan teori Long Tail. Walau pun ia kedai yang dikenali dengan roti canai dan teh tarik, tetapi kedai mamak kini menawarkan lebih dari itu. Nasi beriyani, nasi lemak, masakan barat seperti chicken chop sehinggalah masakan tomyam. Sebut sahaja makanan apa, kedai mamak kini lebih universal.

Ini menjadikan lebih banyak jualan berlaku dan bukan hanya produk khusus sahaja. Konsep Long Tail menjadikan produk yang tidak dikenali, laris semula.

4. Guerrilla Marketing

Penulis : Conrad Levinson

Saya suka dengan pendekatan pemasaran gerila kerana ia berkos rendah dan mementingkan kreativiti. Ia sangat sesuai untuk perniagaan kecil. Selama ini kita bercerita mengenai 4P dalam pemasaran, tetapi pemasaran gerila lebih bersifat ’selamba’ dan ‘main belasah’ dalam pendekatannya. Ia berkesan!

5. The Psychology of Selling

Penulis : Brian Tracy

Ini asas pemasaran. Bermula dari mental setting sehinggalah strategi untuk mendekati pelanggan. Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang takut sangat untuk buat jualan. Buku ini masih menggunakan pendekatan klasik pemasaran, tetapi masih relevan dengan dunia perniagaan. Saya suka!

Nanti akan saya sambungkan dengan Siri 2. Masih lagi dengan demam raya, masih menikmati masa-masa berkualiti bersama keluarga di K.Lumpur. Bagi rakan di luar sana, saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!

Ebook Akan Menggantikan Buku Bercetak Sedikit Masa Lagi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Pembaca Budiman,

Minggu lalu salah seorang penulis yang terkenal dengan karya untuk kanak-kanak menyatakan kebimbangan beliau dengan perkembangan ebook.  Beliau merasakan masih belum bersedia untuk apa-apa menghadapi vortek / gelombang ebook. Ini tentunya akan mengancam jualan buku-buku bercetak apabila ebook mula diterima oleh masyarakat bagi menggantikan buku fizikal.

Memang ada asas kebimbangan beliau. Jika kita hanya melihat fakta-fakta jualan oleh Amazon, memang sudah kelihatan trendnya :

Sehingga tahun 2011, pertumbuhan jualan Amazon adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun disokong oleh jualan buku pelbagai format (digital dan bercetak).

Dalam masa 5 minggu sejak diperkenalkan, Kindle yang berharga USD114 mencatatkan jualan terbaik bagi Amazon!

Amazon telah menjual 3 kali ganda ebook berbanding tahun 2010

Kurang dari 1 tahun diperkenalkan, Amazon menjual lebih banyak ebook berbanding buku bercetak. Sejal April 2011, nisbah pembeli ebook berbanding pembeli buku bercetak adalah 2:1.

Setiap 100 buku bercetak yang dijual, ebook telah terjual 105!

Ini bermakna jualan ebook telah melebihi jumlah jualan buku bercetak.

Bagaimana dengan nasib buku bercetak selepas ini? Sebelum ini, industri muzik telah melalui vorteks ini melalui model bisnes iTune. Tetapi untuk industri buku ditransformasikan, tidaklah semudah itu. Ia akan mengambil sekurang-kurangnya 2 fasa kritikal :

1. Mewujudkan Pasaran : Mengubah pasaran supaya pelanggan bersedia untuk untuk membelanjakan wang untuk ebook. Sudah ada permintaan, tetapi tidak agresif. Pelanggan masih lagi perlu dididik dan digalakkan untuk adaptasi teknologi. Buat masa sekarang mungkin harga teknologi seperti Kindle, iPad, Nook adalah mahal, tetapi teknolgi akan turun harganya bila industri sampai ke tahap ekonomi berskala. Harga akan turun!

2. Perubahan Permainan : Bila peraturan, kaedah, langkah-langkah, cara dan piawaiannya telah ditetapkan. Buat masa sekarang, belum lagi. Amazon masih dengan Kindle, Apple masih dengan iBook, Barnes& Noble masih dengan Nook. Masih belum ada keseragaman dan kompatibiliti. Cara masing-masing. Masih ingat apa yang dilakukan Apple kepada industri muzik sebelum ini? Melalui iTune, Apple telah melakukan proses perubahan permainan.

Boleh memilih lagu yang dibeli (bukan album/CD)

Boleh menyusun lagu mengikut susunan kegemaran

Tidak perlu membawa seluruh CD/album. Cukup dengan lagu selektif

Ketika ini permainan ebook ini masih belum diubah secara universal oleh mana-mana pihak. Saya tertanya-tanya siapa akan menjadi jaguh nanti. Jika lihat ke hadapan, bukan hanya muzik dan buku tetapi pelbagai lagi media kandungan yang sedang dihambat ancaman digital. Akhbar bercetak sudah banyak yang gulung tikar. Majalah juga menerima kesan yang sama. Sekarang ini, radio dan televisyen pula.

Vorteks ini akan berlaku. Gelombang digital akan mengambil tempat. Berapa lama ia akan berlaku di Malaysia ? Saya jangkakan tidak lama. Pemain industri di luar Malaysia sedang sibuk mencari keserasian teknologi. Dan ia sedang berlaku dengan agresif sekarang ini. Bila ini berlaku, Malaysia sebagai sebuah negara yang sering mengadaptasi teknologi, juga akan menerima gelombang ini.

Dan melalui pengamatan, bila gelombang ini berlaku, ia sangat kuat, tidak tertahankan. Seperti apa yang berlaku dengan penerimaan Facebook di Malaysia. Ia ibarat tsunami yang mengubah lanskap dan muka bumi industri buku. Hanya ada dua golongan, yang selamat dan yang terkubur.

Impian Ramadhan Terbaik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011. Tidak pernah sejak wujudnya blog irwandahnil.com ini, saya mencatat sesuatu pada hari pertama Ramadhan. Walau bagaimanapun, saya rasa tidak pernah terlepas untuk mencatatkan sesuatu disini. Ada sahaja yang menarik pada perspektif saya :

http://www.irwandahnil.com/2009/08/26/belian-emosi-badan-merana/

http://www.irwandahnil.com/2008/09/01/juadah-berbuka-puasa/

http://www.irwandahnil.com/2007/09/13/pengalaman-berniaga-ramadhan-soho-baru/

Syukur, tahun ini saya dapat membuat catatan pada malam Ramadhan yang pertama. Selepas pulang dari solat terawih, punya sedikit masa untuk mengusik blog ini. Sedikit berbeza, tetapi signifikan

Sejak tahun lalu, saya sebenarnya rasa sedikit ‘tenang’. Mungkin setelah 12 tahun berbisnes,bermula tahun lepas saya benar-benar ‘melepaskan lelah’, tidak mengusahakan sesuatu yang signifikan untuk perniagaan. Walau saya masih menulis beberapa bab untuk buku-buku perniagaan untuk terbitan akan datang, tetapi perasaan sebagai usahawan berbeza sama sekali.

Dalam saya ingin terus berbisnes, saya mula mencari jalan yang berbeza. Benar, wang juga adalah motif berniaga, tetapi saya mahukan yang lain. Bukan lagi wang semata. Bukan lagi kepuasan peribadi. Bukan lagi kemahsyuran,bukan lagi pengiktirafan. Sudah-sudah dengan kata-kata orang lain yang menyatakan kehebatan. Semua telah saya kecapi.

Saya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang bergelar usahawan. Bila saya menoleh ke belakang, saya akan rasa malu, menyesal. Saya insan yang lemah, ada masanya, saya juga pernah dikaburi oleh wang ringgit dan kuasa. Saya malu untuk mengangkat muka. Kesalahan yang bukan saya berbangga untuk menyatakannya.

Memang saya ’sesat’. Tetapi, jika bukan wang dan kepuasan, maka apalagi yang dicari dengan bisnes?

Jawapan buat masa sekarang : ENTAH! Saya cuma mahu mencari sesuatu yang lebih hakiki. Bagaimana dan bila, saya tidak pasti.

Tetapi saya yakin!

Contohnya, blog ini juga telah mencapai usia 5 tahun sejak tahun 2006. Alhamdulillah, sejak awal blog ini bukan bermotifkan duit. Ia kekal dari dahulu sebagai wadah untuk saya mencatatkan sesuatu. Jika ia dibaca dan memberi manfaat kepada orang lain, alhamdulillah mengharapkan saham akhirat juga saya. Tetapi jika tidak dibaca, tidak menguntungkan pada pandangan orang lain itu tidak menjadi nanah kepada saya. Kerana pada awalnya, telah saya tetapkan matlamatnya.

” Tahun ini saya mengharapkan ihsan dan berkat Ramadhan. Tunjukkan, berikan sedikit hidayah, jalan yang lurus, cahaya yang terang untuk saya teruskan perjuangan. Izinkan saya menyumbang dalam bidang bisnes dan keusahawanan mengikut jalan yang telah ditentukan. Mohon dibuangkan rasa keraguan dan was-was. Dibersihkan sumber keuntungan agar hanya yang halal dan berkat sahaja yang tinggal untuk dinikmati. Moga ada ruang untuk limpahan rezeki untuk insan lain agar turun merasa berkatnya. “

Biarlah sedikit, kecil, tidak kelihatan, tetapi berkesan. Doakan saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas dosa yang saya lakukan. Memang banyak yang buruk dari baiknya. Moga Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik juga buat pembaca sekalian. Andai kata Ramadhan ini yang terakhir untuk kita, doakan agar ia Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.  Amin!

Liga Keusahawanan Korporat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ketika memandu,siaran radio yang menghebahkan mengenai Tan Sri Tony Fernandez akan terlibat dengan rancangan realiti yang cukup popular dengan “You’re Fired!”. Saya segera membuat carian di Google, siri The Apprentice yang mempopularkan Donald Trump akan muncul dengan versi Asia!

Wah! Ini berita sensasi. Maka menyerulah saya kepada seluruh alam supaya menyertai rancangan realiti ini. Mengapa tidak, ini batu loncatan untuk mendampingi liga keusahawan korporat. Jika Trump mempunyai pelbagai organisasi yang besar dan kuat, saya rasa Tan Sri Tony juga tidak kurangnya. Bahkan, saya rasa ini akan melonjakkan lagi Tan Sri Tony dari segi populariti sebagai ikon dan taikun usahawan berjaya Asia! Keputusan yang sangat bijak!

Kalau anda ingin bayangkan siapakah usahawan korporat, mereka selalu digambarkan oleh media sebagai orang yang berjaya dengan penampilan pakaian yang segak berkot, berkereta mewah, mempunyai pejabat pencakar langit siap bersetiausaha, mempunyai organisasi yang ramai pekerja!

Ya! Merekalah usahawan korporat yang bekerja dalam organisasi. Dalam siri The Apprentice versi Donald Trump, semua usahawan digambarkan sebagai usahawan korporat, sepadan dengan aspirasi Mr Trump yang mahukan usahawan yang akan bekerja dalam organisasinya yang besar. Usahawan korporat sebenarnya sama sahaja dengan usahawan biasa, mereka berupaya mengambil risiko yang sederhana dan diperhitungkan, risiko peribadi dan mereka juga tidak takut dipecat!

Kerena itu, ayat “You’re Fired” oleh Mr Trump tidak menakutkan bagi mereka. Secara mental, mereka memang telah bersedia untuk bertanggungjawab atas tindakan mereka.

p/s : Jika anda usahawan bukan korporat, jangan terikut-ikut dengan gambaran usahawan korporat. Tidak salah menjadi usahawan berpakaian biasa, menaiki kereta biasa dan mempunyai pejabat di rumah! Steve Jobs, pengasas Apple juga mempunyai gaya korporat yang santai yang selalu berpakaian t-shirt turtle neck berjeans. Cool kan ?

Mahu Pinjaman Perniagaan ? Fikir Dahulu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelihatan blog ini tidak tersentuh sepanjang bulan Jun 2011.  Trip ke Cambodia memang menyebabkan saya menghilang seketika. Dan yang lebih penting dan bermakna, saya mendapat ahli baru dalam keluarga.  It’s a boy! Sewajarnya, terabai seketika blog ini

Apapun, sejak akhir-akhir ini banyak carian di Google yang mencari cara-cara membuat loan dan pinjaman perniagaan.  Sedikit pertimbangan yang saya boleh kongsikan :

1. Jika baru berniaga atau dengan niat mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan, saya syorkan agar simpan sahaja dahulu niat suci tersebut. Boleh saya katakan hampir SEMUA bank tidak akan memberikan pinjaman kepada anda. Itu saya sangat pasti. Kecuali dengan skim-skim pembangunan usahawan yang tertentu, mungkin anda bernasib baik.

Sebabnya adalah mudah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman kepada mereka yang belum terbukti berjaya. Kalau mereka beri pinjam, peluang untuk mereka kuting semula duit adalah rendah. Pilihan yang anda ada adalah bootstrapping yang merujuk kepada sumber-sumber kewangan lain seperti duit mak abah, duit saving, duit kawan-kawan dan sebagainya.

2. Kalau telah mula berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan, peluang untuk pinjaman masih baik, tetapi jumlah pinjaman biasanya rendah sekitar RM1,000 sehingga RM10,000. Jika anda mementingkan masa, sungguh membuang masa untuk membuat kertas kerja, mencari penjamin dan segala macam dokumentasi yang diperlukan. Berbaloikah ?

3.  Jika anda telah setahun berniaga, institusi pinjaman memerlukan 1001 dokumentasi yang lengkap. Sudahkan syarikat anda diaudit? Bagaimana dengan sistem perakaunan anda? Penyata akaun anda cukup cantik untuk dipersembahkan ? Perniagaan anda cukup menguntungkan untuk membayar balik pinjaman ? Jika syarikat anda lebih dari 3 tahun,  derita untuk menyediakan penyata kewangan juga terheret sama kerana memerlukan penyata untuk 3 tahun!

4. Anda meminjam untuk beli apa ? Beli lori? Beli kilang? Beli tanah? Atau anda meminjam sebagai modal pusingan ? Pinjaman untuk pembelian aset lebih baik dari untuk tujuan lain. Kerana aset tersebut sendiri boleh menjadi cagaran (collateral) jika pinjaman tidak terbayar semula.

5.  Cuba letakkan diri anda sebagai pemberi pinjam wang / bank. Anda rasa anda mahu atau tidak berikan pinjaman kepada syarikat seperti yang anda miliki sekarang ini? Kalau anda sendiri keberatan untuk memberi pinjam, apatah lagi bank!

Hmm.. Bukan untuk melemahkan semangat, tetapi bergantung harap kepada duit orang lain untuk permulaan perniagaan adalah sesuatu yang susah. Kecualilah anda mempunyai bapa yang kaya raya, atau mewarisi harta berjuta, mungkin tidak mengapa.

p/s : Jangan pula pergi ke Along untuk pinjam wang ya… Mereka memang boleh tolong, tapi mesti mau potong (tangan!)

S.M.I.L.E : Anda Mahu Menjadi Usahawan Yang Mana?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di dalam buku “Be a Great Entrepreneur”, Alex McMillan menulis bahawa terdapat pelbagai jenis usahawan di dalam dunia. Menggunakan akronim S.M.I.L.E, McMillan menerangkan bahawa setiap bentuk usahawan ini mempunyai matlamat dan cara berfikir yang berbeza.

S : System Entrepreneur

Adalah usahawan yang percaya kepada sistem dalam perniagaan. Mereka mempunyai modal dan membeli perniagaan yang telah mempunyai sistem yang terbukti berkesan dan menguntungkan. Perniagaan seperti franchise McDonalds atau stesen minyak selalu menjadi pilihan.

M : Money Entrepreneur

Usahawan yang hanya fokus untuk mengumpulkan wang ke dalam akaun mereka. Mereka tidak kira bagaimana caranya, matlamat mereka untuk meningkatkan nilai wang dan menggandakannya dalam suatu jangkamasa tertentu.

I : Innovator Entrepreneur

Usahawan yang mementingkan kretiviti dalam melakukan perniagaan, mempunyai matlamat untuk mengubah atau melakukan sesuatu dengan lebih baik.

L : Lifestyle Entrepreneur

Usahawan yang suka dengan perkara yang mereka lakukan, dan sesetengah mereka menganggap perniagaan itu suatu hobi sahaja. Mementingkan kebebasan masa untuk perniagaan dan tidak mahu terikat dengan pergi balik ke pejabat atau waktu perniagaan 8pagi hingga 5 petang. Mereka bebas.

E : Empire Entrepreneur

Mereka mahukan jenama mereka berada di mana-mana. Apabila melakukan sesuatu perniagaan, mereka mahu yang lebih besar, lebih luar, lebih dikenali dan lebih berkuasa. Setakat mencapai kebebasan kewangan tidak memuaskan hati mereka. Mereka cintakan perkembangan dan ingin terus berkembang selamanya.

Menurutnya lagi, setip satu mempunyai kekuatan dan kelemahan, mempunyai laluan perniagaan yang berbeza dan asas prinsip yang sama.

Cermin diri : Saya bermula dengan “Innovator Entrepreneur” / Usahawan Inovator, dimana saya bermula dengan perniagaan mencipta dan membangunkan sistem ICT, internet dan web. Sekarang saya lebih berminat dengan Lifestyle Entrepreneur, yang mana saya lebih cenderung untuk melakukan perundingan perniagaan, menulis buku, melakukan penyelidikan dan juga perkhidmatan. Ia lebih sesuai dengan jiwa saya buat masa sekarang.

Bagaimana dengan anda ?

Tip Mengelak Pembayaran Lewat Pelanggan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang akan merungut kerana pembayaran lewat diterima dari pelanggan. Ia memporak-perandakan perniagaan. Jika barangan pula diambil secara kredit, caj tambahan pula mungkin dikenakan, jumlah hutang bertambah. Selain itu, banyak lagi perbelanjaan lain seperti gaji, sewa dan bayaran. Bila pembayaran lewat, ia petanda perniagaan kita turun mula ’sakit-sakit’.

Mengapa pembayaran sering lewat?  Yang pertama disebabkan syarikat sendiri tidak cekap dalam menuntut bayaran, dan yang kedua prosedur pembayaran pelanggan seperti agensi kerajaan yang panjang.

1. Keluarkan invoice secepat mungkin

Tetapkan disiplin yang invoice perlu dikeluarkan kepada pelanggan secepat mungkin. Jangan berlengah. Kalau boleh, sejurus kerja/projek siap, terus keluarkan invoice. Invoice yang cepat juga tiada guna jika perincian dalam invoice tidak tepat dan teratur. Pastikan kerja/barangan yang ditulis dalam invoice tepat beserta harga seperti yang ditawarkan dalam sebutharga. Masukkan juga maklumat seperti nombor akaun dan kaedah pembayaran. Jangan lupa lampirkan worksheet/delivery order sebagai bukti yang kerja telah selesai dilakukan.

Semua ini penting untuk mengelakkan invoice dipulangkan semula/ reject kerana tidak memenuhi spesifikasi pelanggan. Ini akan melambatkan lagi proses pembayaran, cerewet dan karenah birokrasi.

2. Polisi Jangkamasa Pembayaran

Jika anda pengguna kad kredit, anda tentu tahu bahawa kad kredit perlu dibayar sebelum tarikh matangnya. Apa berlaku jika anda bayar lewat ? Anda akan dikenakan penalti atau caj tambahan kerana lewat bayar. Polisi yang digunakan oleh bank ini mungkin boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Kenakan caj tambahan kepada pelanggan jika pembayaran yang dibuat lewat dari tarikh yang anda tetapkan.

3. Menerima Pelbagai Kaedah  Pembayaran

Cuba lihat syarikat TNB, Syabas dan Telekom. Mereka menerima pembayaran dari pelbagai bentuk dari pelanggan. Tunai, cek, wang pos, money order dan juga pembayaran online. Selain itu, pembayaran boleh dilakukan di pelbagai tempat seperti pejabat pos dan wakil-wakil kutipan. Ini akan mempercepatkan proses pembayaran dari pelanggan. Perniagaan kita juga jangan statik dan cerewet tentang bagaimana cara pembayaran dari pelanggan. Apa cara pun diterima, asalkan pembayaran cepat masuk poket kita!

4. Menghubungi Pihak Yang Betul

Pihak yang dihubungi adalah pihak atau jabatan yang menguruskan pembayaran seperti jabatan akaun dan kewangan. Banyak keadaan kita memberikan perkhidmatan atau menghantar barangan untuk jabatan yang lain, tetapi perlu diingat bahawa bukan jabatan tersebut yang membuat pembayaran. Jika anda hubungi mereka tentunya mereka tidak tahu apa-apa dan sebaliknya meminta anda menghubungi jabatan akaun atau kewangan mengenai pembayaran.

5. Upah Pengutip Hutang

Yang ini bagus untuk kutip hutang kepada pelanggan yang liat. Anda tawarkan pengutip hutang komisen setiap pembayaran yang berjaya dikutip. Ini sangat berkesan untuk kutip hutang lapuk atau pelanggan yang ‘melarikan diri’ dari membayar! Kadang-kala saya sangat memuji cara Along mengutip hutang. Mereka keras, tetapi ia berkesan. Apapun, jangan gunakan kekerasan pula seperti mereka.

Perlu diingat, bila mengutip pembayaran kita tidak seharusnya berasa malu. Apa yang nak dimalukan, bukannya kita  meminta sedekah. Kita cuma menuntut upah dan bayaran terhadap kerja kita yang telah kita lakukan. Itu perkara mulia. Bagi pelanggan yang baik hati akan cuba sedaya upaya membantu untuk mempercepatkan bayaran kerana dia tahu kita hanya ‘mencari makan’

Bak kata Donald Trump “Nothing personal, it’s strictly business”