High Alpine Road Tour, Central Europe 9 Hari

High Alpine Road Tour, Central Europe 9 Hari

Trip ini kita ambil road trip. Tema trip kali ini untuk menikmati keindahan alam semulajadi pergunungan Alpine di Eropah. Masa yang akan diambil adalah selama 12 hari, bermula dan berakhir di Munich.

Inilah peta laluan perjalanan trip kali ini

Trip ini akan cover 6 negara iaitu German, Austria, Slovenia, Italy, Swiss dan Liechtenstein (tergeliat lidah ? )

Cadangan Itinerary Trip

Ini termasuk bandar utama Munich, Hallstat, Bled, Venice, St Moritz dan Vaduz.  Berikut adalah itinerary yang dicadangkan.

Day 1 : Munich City Trip.

Kita akan mulakan perjalanan dengan Bismillah. Destinasi pertama adalah Allianz Arena, stadium bola sepak gergasi bolasepak Bayern Munich. Kemudian terus sahaja ke BMW Welt & Museum. Petang harinya kita akan ke  Marienplatz dan Hard Rock Cafe

Marienplatz. Sentiasa ramai orang.

Bergambar di depan Allianz Arena, stadium kebanggaan pasukan Bayern Munich.

Di depan BMW Museum. Tiket masuk ke muzium EUR9

Sepanjang jalan di Munich. Jangan lupa disini juga ada Hard Rock Cafe.

Day 2 : Neuschweinstein Castle, Zugspite & Eibsee

Kita bersarapan kemudian terus sahaja ke Neuschweinstein Castle. Di istana Neuschweinstein ini, kalau mampu gunakan laluan trek jalan kaki mendaki ke istana. Seronok menikmati suasana hutan dengan warna-warni daun musim luruh. Tak tinggi pun. Ada juga pilihan untuk naik bas atau kereta kuda (dengan bayaran).  Jika cuaca mengizinkan kita singgah di Zugspitze dan Eibsee.

Istana Disney diilhamkan dari Neuscweinsten Castle ini.

Pekan Schwangau. Pemandangan dari kaki istana.

Zugspite. Ada kereta cable naik ke atas.

Eibsee. See bererti tasik.

Day 3 : Hallstatt, Austria

Hari ini kita akan ke  Hallstatt. Diiktiraf antara perkampungan tasik yang tercantik di dunia.

Rumah mengadap Hallstatt

Yang runcing itu atap church.

Pemandangan di kampung Obertraun

Pemandangan dari atas.

Day 4 :  Großglockner High Alpine Road dan singgah di Heiligenblut & Jungfernsprung sebelum kita check in di Bled. Großglockner High Alpine Road, highlight utama trip kami. Berbaloi untuk pemandangan yang sangat cantik. Dan sememangnya rezeki kami dapat main salji di sini, dalam musim luruh.

Puncak memutih salji.

Pemandangan akan berubah dari kehijauan dan memutih bila sampai ke atas.

Terdapat juga kedai,cafe dan tempat berhenti.

Bila mula menurun ke Heiligenblut

Day 5 : Tasik Bled, Slovenia.

Kita hiking sedikit jika mahu mendapatkan pemandangan yang cantik. Pemandangan alam yang berwarna-warni di tasiknya. Untuk orang yang bercinta dengan alam, Bled berbaloi!

Puncak Ojstrica. Kena hiking sikit ke atas ni

Antara aktiviti adalah menaiki sampan ke gereja di tengah tasik.

Gereja di tengah tasik.

Day 5 : Venice, Italy.

Selamat datang ke Venice, kota air. Siap sedia untuk berjalan sepanjang hari di sini. Tidak ada pengangkutan awam dalam Venice selain vaperatto (teksi air), semua terhenti di pesisir. Berjalan melalui lorong-lorong rumah dan kedai di sini juga seronok sebenarnya. Oh! Di sini kalau mahu makan pizza yang maha luas lagi panas mengecurkan air liur.

Hard Rock Cafe Venice anyone?

Day 6 : Lake Como, Italy

Banyak sahaja yatch yang berlabuh di tepi. Dan juga bot yang membawa ke bahagian tasik di sebelah.

Warna-warna rumah di Lake Como memang menyerlah. Orang kata George Clooney pun duduk disini tau!

Kopi, croissont atau aiskrim. Memang tenang melayan tasik

Day 7 : St Moritz, Switzerland

St Moritz cantik. Luas. Tenang. Sesuai untuk dibuat pangkin tidur untuk melepak sampai ke malam. Tasiknya jernih, berlatarbelakangkan gunung yang ‘berkopiah’. Terbayang suasana malam yang romantis dengan bulan penuh mengambang. Ohoi!

Day 8 : Vaduz, Liechtenstein

Ibu negara untuk Liechtenstein, antara negara terkecil di dunia dengan populasi sekitar 33,000 sahaja.

Ada nampak macam rupa orang tempatan tak ?

Di pusat pelancong Vaduz.

Negara ini tiada sempadan. Tadi memang tidak akan siapa dapat cop dari negara ini. Caranya mendapatkan cop kenangan di pusat pelancong. Satu cop EUR3!

Day 9 : Back to Munich and ready to fly back to Malaysia.

Harga Pakej

Harga pakej bermula serendah RM4,200 seorang untuk shared trip. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.

Bayaran termasuk :

  • Penginapan (homestay/apartment/hotel)
  • Pengangkutan /MPV  (Estima/Viano) dengan pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (all in)
  • Airport transfer

Tidak termasuk : Flight from KL, attraction entrance fee, travel insurance (beli di Malaysia), meal. Tidak termasuk stadium tours (perlu pre-arrangement) dan sebarang tiket perlawanan bolasepak. Tiket flight boleh consult dahulu sebelum beli.

Jadual Trip 2018 / 2019  : Jika berminat untuk tarikh sendiri, no problem. Beritahu saja. Kita bincang.

Berminat Untuk Booking Trip ?

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
  2. Kemudian bayar  deposit RM500/seorang untuk sahkan booking.
  3. Jika sudah setuju dengan itinerary dan kos, bayar kos penerbangan dahulu RM3,000. Dapatkan pengesahan tiket penerbangan
  4. Baki bayaran bayar penuh sebelum trip nanti.
  5. Deposit akan pulangkan semula deposit selepas habis trip.

Willkommen! (Selamat Datang!)

Komen melalui Facebook

komentar

2 Responses to High Alpine Road Tour, Central Europe 9 Hari

  1. halimatus sadiah says:

    assalamualaikum
    Tuan sy ada beberapa soalan spt berikut :
    1.Ada sediakan khidmat kereta sewa(MPV utk 6org) dgn pemandu ?
    Utk perjalanan dari glasgow@ london ke eropah (belgium, netherland ,essen(german ) Luxemburgh ,swiss, venice seterusny ke paris.
    2.Penginapan jg jika ada (hostel@ homestay) . Tarikh : 16 april hingga 27 april 2018
    Sila beri maklumat mengenai harga kadar sewa van+ driver dan jg penginapan
    terima kasih.

  2. irwan.dahnil says:

    Saya sudah hubungi Puan melalui number +447922405443.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *