Buku & Rujukan

Ada dari kita yang lebih gemar membaca dari mendengar. Ada kita lebih suka mengadap buku dari mengadap manusia!

Sejak tahun 2007, saya telah mula menggunakan buku sebagai saluran maklumat untuk sampai ke pelanggan. Menulis bukan kerana nama, buku ini merupakan legasi untuk saya tinggalkan kepada generasi akan datang.

Sehingga kini 3 buah buku telah diterbitkan khusus mengenai bidang perniagaan dan pemasaran SMS. Genre penulisan lain dalam pembikinan. Insyallah, buku berkaitan media sosial akan diterbitkan sedikit masa lagi. Buku berkaitan keusahawanan dan perniagaan juga dalam proses menyiapkan transkrip.

Saya suka menulis!

Buku Buat Duit Dengan SMS

Diterbitkan pada Julai 2007, buku ini menjadi buku pertama yang diterbitkan khusus dalam bidang SMS. Buku berbahasa Malaysia setebal 154 muka surat ini mendedahkan secara teori dan konsep SMS ini. Fakta-fakta ini didedahkan dengan maklumat yang diperolehi melalui kajian oleh penulis. Fakta-fakta ini BUKAN karangan atau ciptaan, tetapi adalah himpunan maklumat yang dikumpulkan hampir 4 tahun.

Ia memberi pendedahan bagaimana suatu SMS tersebut dihantar dari telefon bimbit pengguna sehinggalah mesej diterima. Buku ini juga menghuraikan bagaimana wang atau kredit telefon bimbit yang dibayar kepada penyedia telekomunikasi boleh dikongsi bersama dengan pihak ketiga.Buku ini mungkin dapat membuka fikiran anda untuk melihat beberapa konsep yang biasa dilaksanakan. Setiap model mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Untuk mendapatkan buku Buat Duit Dengan SMS , KLIK DISINI!

Buku Bisnes SMS Cara Pantas

Buku SMS yang kedua berjudul Bisnes SMS Cara Pantas kini sudah boleh dimiliki. Buku ini adalah setebal 134 halaman. Berbeza dengan buku saya yang pertama (Buat Duit Dengan SMS) yang lebih menjurus kepada teori, buku Bisnes SMS Cara Pantas ini lebih praktikal dengan menggunakan kaedah baca dan cuba 7 aplikasi utama.

Mengapa 7 ? Heheh.. Kalau banyak2 nanti bosan pula. Cukup2 lah 7 tu dulu…

Oleh itu, ia adalah buku yang bersifat hands-on and real time, dimana langkah-langkah yang ditunjukkan boleh anda cuba tanpa perlu menunggu sehingga buku habis dibaca. Juga disertakan aplikasi percubaan yang anda boleh rasai sendiri. Ini bermakna anda tidak perlu membeli sebarang aplikasi SMS untuk mencuba! Jimat kan ?

Rumusan kandungan Buku Bisnes SMS Cara Pantas :

1. Memaparkan snapshot dan juga gambaran sistem SMS

2. Memberi anda peluang mencuba dan merasai sendiri menggunakan sistem SMS tanpa kos membeli sebarang sistem

3. Membantu anda memilih penyedia sistem Gateway SMS melalui kriteria yang ditetapkan

4. Konsep modal pusingan, belanja perniagaan dan pendapatan

Untuk mendapatkan bukut Bisnes SMS Cara Pantas, KLIK DISINI!

TERKINI! SUDAH TERBIT 24 April 2010!

15 Teknik Efektif Pemasaran SMS

The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa telefon bimbit adalah alat pemasaran paling dekat dengan rakyat di Malaysia.
Oleh itu, saya menghamparkan 15 contoh pelan strategik untuk melakukan promosi melalui SMS.
Teknik 1: Tempahan Produk dan Perkhidmatan
Teknik 2: Mengedar Kupon Diskaun
Teknik 3: Direktori Bisnes
Teknik 4: Memeriksa Status atau Keputusan
Teknik 5: Menjawab Soalan Lazim
Teknik 6: Mendapatkan Maklum Balas
Teknik 7: Melakukan Bancian
Teknik 8: Menyebarkan Dokumen Digital
Teknik 9: Hebahan dan Promosi
Teknik 10: Menganjurkan Peraduan
Teknik 11: Pertandingan Mencipta Slogan
Teknik 12: Langganan Maklumat Berbayar
Teknik 13: Langganan Maklumat Berbayar Berdemografi
Teknik 14: Mengurus Aduan Berkelompok
Teknik 15: Aplilasi Hybrid: Semuanya Secara Serentak



4 responses to “Buku & Rujukan”

11 09 2009
Nor (03:13:27) :

Saya berminat untuk membeli buku ini . tapi sebelum tu, saya just nak bertanya sama ada encik irwan ada mengajar tentang cara2 pembayaran yang boleh dilakukan secara sms ( i.e kredit prepaid customer ditolak dan kita boleh mendapat bayaran tersebut secara tunai)

irwandahnil : Sistem tersebut boleh diperolehi tetapi memerlukan customization. Customization biasanya dilakukan oleh programmer, jadi buku ini tidak merangkumi bab tersebut.

24 01 2011
Ibnu Rashid (07:55:57) :

Saya cuba masuk akademisms untuk belajar menggunakan buku ini, tapi? Apa cerita?

24 01 2011
irwan.dahnil (13:58:14) :

Salam Tuan Ibnu Rashid,

Saya telah menghubungi pihak hosting mengenai masalah ini. Terima kasih diatas keperihatinan Tuan.

4 02 2011
Syed Fauzi (20:03:18) :

Saya pun dah cuba buka akademisms.com tetapi gagal. Harap dapat di atasi oleh saudara Irwan

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>