Limitasi forum sebagai alat internet marketing

Beberapa hari lepas saya sibuk sedikit untuk menyiapkan beberapa catatan dan projek istimewa bersama2 dengan rakan2 Most yang lain. Hari ini sibuk dengan menyiapkan presentation dan discussion untuk beberapa prospek projek. Semua perlu disiapkan dalam minggu ini seboleh2nya. Saya plan untuk pergi ke Sintok awal minggu depan. Sempat ke tak siapkan keje kat KL ni?

Walau macam mana pun, Project B saya masih terus berjalan. Sudah masuk hari ke 3. Iklan berbayar masih belum muncul seperti dirancang (Oh ya! Untuk projek ni peruntukan pemasaran cuma RM110 sahaja!) So agak mengecewakan kerana iklan tersebut boleh dikatakan mahal jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan yang saya ada.

Good news is, antara forum2 yang saya singgahi dan sertai mula menunjukkan hasil. Not much but progressing. Tengok dalam masa seminggu dulu, then maybe kene tukar sedikit plan pemasaran. Amik masa sedikit untuk mengetahui result sesuatu strategi pemasaran nie. Anyway, beberapa perkara yang saya sedari yang saya banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang tidak perlu.

1. Tentukan forum mana yang tidak menerima iklan komersil
Sebelum anda susah nak register dalam setiap forum, anda kene buat beberapa ‘kerja rumah’ dulu. Kebanyakan forum yang bagus mempunyai term and condition yang menerangkan mengenai syarat2 post yang dilakukan oleh ahli2 nya.. Kebanyakan kita ( tak semua ya! ) memang saya boleh gerenti, tak baca! Bukan malas, tapi maybe nak cepat kot 🙂 . Anyway, untuk business, step ni tak bole nak skip. Kene baca jugak walau pun boring macam mana sekali pun. Kalau ditulis dalam English mesti ramai yang dah kelabu mata. Kalau anda ingin buat promosi, pastikan anda tidak melanggar syarat2 yang dinyatakan. Jangan sampai penat anda menaip artikel promosi anda, tapi sayangnya tidak dapat dipublishkan kerana kesilapan melanggar syarat2 posting. Alangkah ruginya masa!

2. Had patah perkataan dalam setiap posting
Tips pertama nak tulis sales letter, mesti padat ringkas dan catchy. Tulis sekreatif mungkin hingga membuatkan orang tak sabar2 nak membaca iklan anda. Maybe ayat seperti ” Kalau anda sudah lawa, JANGAN baca iklan ini “ menarik orang untuk membaca. Fitrah manusia. Lagi kita cakap jangan baca, lagi dia nak baca. Lagi teruk kalau nak baca berulang2 kali :).. Ada yang terasa pedasss?? 🙂 Biasanya setiap posting mempunyai had patah perkataan yang boleh dimasukkan. Pastikan setiap patah perkataan anda adalah perkataan yang tepat. Every word count!

3. Forum tidak menyokong image upload
Kebanyakan forum sekarang menyokong ciri2 untuk kita memuatnaik file @ image. Tetapi jangan terkejut masih ada forum2 yang tiada ciri2 tersebut. Mungkin nak jimatkan resource server kot 😛

4. Ketahui jumlah membership dan keahlian
Konsep mudah. Lagi ramai orang dalam sesuatu forum, lagi ramai peratusan orang melihat iklan anda. Hopefully dari ramai2 yang melihat iklan anda, dalam dapat 20% pembeli sudah cukup bagus. Lagi ramai lagi bagus. Ini penting untuk anda menentukan sama ada anda patut membayar utk kos pengiklanan (beli banner di forum sebagai contoh). Ada sesetengah iklan portal mengenakan fees yang agak mahal, tetapi keahlian tak de la seramai mana! So berhati2.. Tengok juga siapa ahli forum yang paling

senior dan dah brapa lama dia terlibat. Sebagai tips, orang itu mungkin dapat membantu ada!! (tak faham takpe, baca hingga bawah ye)

5. Ketahui hits forum dan jumlah posting
Antara yang penting juga, pastikan jumlah posting yang telah dihantar oleh ahli2 forum adalah tinggi. Tidak guna forum gah, ahli ramai tetapi kebanyakannya malas menghantar artikel atau posting. Ini memberi kita tanda bahawa forum tersebut tidak berapa digemari oleh ahli, dan maybe tidak aktif.

6. Jimatkan kos iklan sebaliknya jemput mereka untuk joint venture ..
Ini yang saya maksudkan. Cuba anda approach ahli2 senior atau pentadbir forum tersebut. Ajak untuk buat joint venture dimana mereka menyediakan ruangan iklan secara percuma kepada anda. Sebagai balasan anda bagilah sikit peratusan keuntungan anda. Business is about sharing, so jangan kedekut2. Maybe anda bole hubungi mereka dapatkan nasihat di ruangan / room mana anda bole iklankan dan kena pada target market. Memudahkan kerja anda. Sebenarnya cara ini lebih jimat untuk jangkamasa panjang disamping anda buat joint promotion. Selalunya branding yang anda bina dari kaedah pemasaran bersama ini kekal jauh lebih lama dari apa yang anda jangkakan.

Saya akan terus memberikan posting saya mengenai internet marketing di forum. Saya rasa perkara ini dapat membantu ramai kawan2 saya di luar sana…. Cuba2 lah ye

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply