Mahu Pinjaman Perniagaan ? Fikir Dahulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelihatan blog ini tidak tersentuh sepanjang bulan Jun 2011.  Trip ke Cambodia memang menyebabkan saya menghilang seketika. Dan yang lebih penting dan bermakna, saya mendapat ahli baru dalam keluarga.  It’s a boy! Sewajarnya, terabai seketika blog ini 🙂

Apapun, sejak akhir-akhir ini banyak carian di Google yang mencari cara-cara membuat loan dan pinjaman perniagaan.  Sedikit pertimbangan yang saya boleh kongsikan :

1. Jika baru berniaga atau dengan niat mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan, saya syorkan agar simpan sahaja dahulu niat suci tersebut. Boleh saya katakan hampir SEMUA bank tidak akan memberikan pinjaman kepada anda. Itu saya sangat pasti. Kecuali dengan skim-skim pembangunan usahawan yang tertentu, mungkin anda bernasib baik.

Sebabnya adalah mudah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman kepada mereka yang belum terbukti berjaya. Kalau mereka beri pinjam, peluang untuk mereka kuting semula duit adalah rendah. Pilihan yang anda ada adalah bootstrapping yang merujuk kepada sumber-sumber kewangan lain seperti duit mak abah, duit saving, duit kawan-kawan dan sebagainya.

2. Kalau telah mula berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan, peluang untuk pinjaman masih baik, tetapi jumlah pinjaman biasanya rendah sekitar RM1,000 sehingga RM10,000. Jika anda mementingkan masa, sungguh membuang masa untuk membuat kertas kerja, mencari penjamin dan segala macam dokumentasi yang diperlukan. Berbaloikah ?

3.  Jika anda telah setahun berniaga, institusi pinjaman memerlukan 1001 dokumentasi yang lengkap. Sudahkan syarikat anda diaudit? Bagaimana dengan sistem perakaunan anda? Penyata akaun anda cukup cantik untuk dipersembahkan ? Perniagaan anda cukup menguntungkan untuk membayar balik pinjaman ? Jika syarikat anda lebih dari 3 tahun,  derita untuk menyediakan penyata kewangan juga terheret sama kerana memerlukan penyata untuk 3 tahun!

4. Anda meminjam untuk beli apa ? Beli lori? Beli kilang? Beli tanah? Atau anda meminjam sebagai modal pusingan ? Pinjaman untuk pembelian aset lebih baik dari untuk tujuan lain. Kerana aset tersebut sendiri boleh menjadi cagaran (collateral) jika pinjaman tidak terbayar semula.

5.  Cuba letakkan diri anda sebagai pemberi pinjam wang / bank. Anda rasa anda mahu atau tidak berikan pinjaman kepada syarikat seperti yang anda miliki sekarang ini? Kalau anda sendiri keberatan untuk memberi pinjam, apatah lagi bank!

Hmm.. Bukan untuk melemahkan semangat, tetapi bergantung harap kepada duit orang lain untuk permulaan perniagaan adalah sesuatu yang susah. Kecualilah anda mempunyai bapa yang kaya raya, atau mewarisi harta berjuta, mungkin tidak mengapa.

p/s : Jangan pula pergi ke Along untuk pinjam wang ya… Mereka memang boleh tolong, tapi mesti mau potong (tangan!) 🙂

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply