You are currently viewing Rugi Berbelanja Besar Hanya Untuk Tidur dan Mandi

Rugi Berbelanja Besar Hanya Untuk Tidur dan Mandi

+ Antara kos yang paling tinggi ketika mengembara adalah membayar penginapan. Ditambah pula setiap penginapan dibayar dengan matawang Eropah seperti Pound, Euro atau Franc. Kalau didarabkan dengan wang Malaysia, memang akan terasa poket sedikit koyak.

+ Kalau mahu penginapan seperti rumah di Malaysia, memang susah. Mahu yang selamat, ada privacy, selesa dan pelbagai kemudahan. Memang boleh, tapi mahal. Yang kelakarnya, kita yang kembara akan lebih banyak menghabiskan masa di luar penginapan berbanding duduk terperap di dalamnya. Jadi membayar kos yang mahal secara sia-sia. Dimana logiknya ?

+ Ada beberapa pilihan penginapan. Hotel, hostel, asrama dan apartment. Bagi yang berkomuniti kembara mungkin boleh sertai coachsurfing.com iaitu menginap di rumah host negara tersebut. Tidak perlu diperkenalkan, tentunya hotel lebih mahal dari hostel dan asrama. Apartment pula untuk kumpulan yang lebih dari 7 orang.

+ Di Eropah, bagi saya memadai dengan duduk di hostel sahaja. Secara purata hostel yang pernah saya duduk adalah bersih dan selamat. Negara maju, fasiliti hostelnya memadai. Saya pernah cuba hostel di Salzburg, Lindau/Munich, Istanbul dan Zurich. Sangat berpuas hati dengan katil yang selesa dan duvet yang bersih. Mungkin didorong oleh cuaca Eropah  yang sentiasa sejuk tak payah pakai aircond.

Berapa bintang pun hotel, akhirnya bersepah juga kan ?
Berapa bintang pun hotel, akhirnya bersepah juga kan ?

+ Ada banyak hostel boleh diperolehi di internet. Bagi sesiapa yang nak dapatkan hostel boleh guna Booking.com  atau Agoda.com. Mereka ada beratus ribu list untuk dipilih. Boleh dipercayai ? Saya tak percaya, tapi saya guna juga.. Hehehe

+ Anyway, tidak semua yang mereka rekomenkan itu baik. Contohnya, dalam Booking.com hotel/hostel yang ditanda dengan ‘thumb up’ bukanlah hotel yang terbaik, tetapi hotel yang paling menguntungkan bagi Booking.com. Lebih elok tengok pada rating pengguna.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply