Mengapa saya menulis blog ? Untuk orang bijak and opportunist…

Beberapa hari lepas, saya ada postkan mengenai falasi atau pandangan mereka yang berbeza dari pendapat saya mengenai penulisan blog. Pendapat mungkin berbeza, tapi bagi opportunist, dapat melihat blog antara model perniagaan, branding development malah mengumpul pengaruh. Bagi saya, forum saya akan gunakan secara kreatifnya sebagai :

1. Share of thought
Sekadar berkongsi apa yang kita rasa terhadap persekitaran dan apa yang berlaku. Memberi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Anda berhak untuk menulis apa sahaja dalam blog anda. Persetankan mereka yang tidak setuju dengan anda. Anda cuma berkongsi apa yang anda rasa dan bukannya meminta pengunjung blog anda bersetuju dengan apa yang anda rasa.

2. Make contact
Secara mudah, bila pengunjung datang ke blog anda, anda telah ‘menjual diri’ anda. Sekiranya mereka mempunyai minat yang sama dengan ada, peratusan mereka untuk datang kembali ke blog anda adalah tinggi. Mereka akan kembali, bukan sekali, bahkan berkali2. Sebagai medium perantara, pengunjung laman semakin lama akan mengenali anda. Dari perspektif perniagaan, portfolio diri anda akan berkembang selari dengan porttfolio perniagaan anda. Mungkin bukan sekarang mereka perlukan anda, tetapi perkhidmatan @ nilai anda akan mereka perlukan nanti.

3. Menjadikan blog kepada RM$$
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan internet, blog merupakan alat yang paling mudah untuk menjadi ‘umpan’ kepada enjin carian. Enjin carian gemarkan website yang selalu dikemaskini dan mengandungi kandungan yang releven. Dengan beberapa teknik memanipulasikan website, blog menjadi agen untuk pengemaskinian kandungan website. Kalau anda pernah dengar Adsense, sebuah perkhidmatan pengiklanan oleh Google, anda bole jadikan blog anda sebagai agen pengiklan kepada Google dan anda dibayar terhadap iklan yang anda lakukan ! Seronok bukan? Anda dibayar terhadap apa yang anda suka lakukan.

Memandangkan saya juga terlibat dalam perniagaan, secara fizikal atau internet, saya gunakan untuk menguji pasaran dengan pelbagai produk atau perkhidmatan. Membantu saya untuk memilih pasaran yang tepat. Ini dapat menjimatkan masa saya dari bersusah2 untuk melompat dari satu website ke satu yang lain. Yang saya pasti, setiap pengunjung yang datang ke blog saya, ada minat tertentu dan untung-untung, minat yang sama dengan saya!

4. Populariti mudah ..
Percaya atau tidak, blog adalah showcase yang paling jelas dan nyata tentang diri anda sendiri. Sekiranya blog ditulis atau disampaikan dengan kemampuan anda sendiri ( walau teruk mana sekalipun hasil penulisannya ), tetapi itulah diri anda. Dan itulah diri anda yang sebenarnya anda paparkan kepada pengunjung. Biarkan pengunjung menilai anda. Biarkan kandungan blog anda membantu pengunjung membuat kesimpulan tentang diri anda.

Selain itu, kadang kala blog ini dapat juga mencuri perhatian pihak berwajib… tepuk dada, tanyalah apa yang anda mahu….

Sekadar makluman, saya telah lama berkecimpung dengan blogging cuma saya tidak war2kan kepada semua dengan publisiti secara meluas mahupun dengan iklan2 murahan. Lebih kepada catatan program saya setiap hari, perkembangan, dan pencapaian untuk rujukan sendiri. Cuma sekarang nie saya rasa lebih bersedia untuk secara serius berkongsi dengan yang lain .. Memandangkan blog2 berunsur fitnah dan berniat jahat sedang dipantau, saya mengambil langkah selamat tidak terlibat dengan sebarang unsur2 yang menimbulkan provokasi atau pun menimbulkan masalah.. (saya cari makan nie 🙂 ) Hidup nie tak lama.. saya tak rasa amalan yang saya buat di dunia nie sudah memadai utk akhirat kelak. Mana yang baik, boleh dijadikan tauladan, sekurang2nya ilmu yang baik dan diamalkan, menjadi bekalan jariah saya kelak…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply