You are currently viewing Mengejar Impian di Glasgow

Mengejar Impian di Glasgow

I’m Ready To Move On.
.
Pagi ini aku nak share cerita tentang Living Abroad. Hidup di luar negara. Tentang menukar cara berfikir dan keluar dari zon selesa.
.
Masa buat keputusan untuk berpindah ke Glasgow, aku rasa itu satu keputusan paling besar pernah aku buat. Sudah lebih 10 tahun buat bisnes di Malaysia, tiba-tiba terpaksa tinggalkan. Demam beberapa hari tidak keruan apa yang perlu di buat di bumi Scotland. Bila benda yang kita sayang tetapi terpaksa tinggalkan ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Keputusan yang berat.
.
Fast forward dalam masa setahun, life aku berubah 180 darjah.Tanpa disangka. Pagi ini Daisy dan pasangannya check out dari homestay aku Tidola Home. Mereka pulang ke Manchester dan akan kembali lagi. Dulu pelanggan kat sini selalu pandang aku sebelah mata, sebab kulit aku tak secerah kulit diorang. Pernah diorang tanya aku bangsa apa dan asal negara mana. Makan dalam. Rasis. Terguris sikit hati aku. Maklumlah hati tisu.

Happy guest makes me happy!
Happy guest makes me happy!

Dulu aku rasa risau kalau diorang ni tak puas. Apa dorang nak, taste dorang macam mana, berapa toilet roll dorang pakai sehari. Haha. Memuaskan orang putih bukan senang pada awalnya tetapi sekarang aku tahu ia tak mustahil. Diorang datang dari pelusok dunia. Itali, Iran, Ireland, London dan banyak lagi tempat. Macam-macam warna kulit. Gelap, cerah, tak berapa cerah pun ada.
.
Bila aku dapat belajar untuk bertanding dalam liga antarabangsa, baru aku rasakan sebenarnya kita setanding dengan bangsa lain. Mungkin kita dahulu memandang mereka tinggi sampai pemikiran kita turut terjajah. Kita mampu jadi lebih baik dari mereka jika diberi peluang.

Modal awal cuma £120, tapi Allah yang beri rezeki. Bukan meminta pada manusia. Pagi ini aku tepuk belakang aku sendiri. ‘Good job ID’ sebab aku rasa satu pencapaian peribadi. Kecil tidak seberapa, malu untuk dicerita. Tetapi ia motivasi yang besar untuk aku anak Malaysia yang struggling di luar negara. Ia pendorong kepada mereka yang mahu melihat dunia dari lensa berbeza.
.
Aku terfikir, pengalaman ni mustahil kalau tidak buat keputusan untuk tinggalkan Malaysia buat seketika dulu. Jangan bicara tentang impian kalau tidak berani buat pengorbanan. Aku buat apa yang dirasa perlu, yang lain serahkan kepada yang Maha Esa.
.
Kelihatan kejayaan lampau yang pernah capai semakin lama semakin padam, melambai jauh dari Glasgow. Disini sinar harapan pula kelihatan semakin bersinar.Berapa lama lagi disini, entah. Beberapa tahun jika keadaan mengizinkan. Yang pasti aku tidak menyesal dengan tindakan meninggalkan dunia selesa yang didiami selama 39 tahun.

Allah punya kuasa.

Irwan Dahnil
Pemuas Tetamu Yang Datang
Glasgow, Scotland.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 2 Comments

  1. zairina

    allahamdullikah…keberanian dan kekuatan untuk berhijrah telah memberikan rezeki yang barakah. di doakan semoga en ID akan terus berusaha memberikan yang terbaik di dalam perniagaan ini,di samping mengamalkan budaya timur yang baik supaya kita dipandang mulia di mata insan yang lain.insyallah…

  2. Maria

    Insyaallah kalo ada rezeki, I would love to visit you in Glasgow..mana tau ada rezeki utk belajar selok belok hidup di perantauan dari Tuan ID

Leave a Reply