Menikmati Cuti Barcelona Gaya Poket Nipis

Menikmati Cuti Barcelona Gaya Poket Nipis

Sebenarnya 1 hari memang tidak cukup untuk menikmati cuti Barcelona sebenarnya. Tetapi tidak ramai yang mempunyai masa yang banyak untuk menghabiskan masa di sini. Barcelona sebenarnya tempat yang best, sesuai untuk solo traveler, small group atau keluarga. Barcelona mempunyai bandar, sejarah, bangunan dan pantai sebagai pakej yang lengkap untuk elemen pelancongan.

Aku suka Barcelona di malam hari.

Aku suka Barcelona di malam hari.

Satu lagi yang menarik tentang bandar Catalan ini, secara purata kos pelancongan disini lebih murah berbanding Paris atau London. Jadi kalau nak menjimatkan duit dan hanya mempunyai masa yang singkat, tidak rugi datang ke Barcelona.

map1

Spot #1 : Sagrada Familia

Untuk permulaan menjelajah dan cuti Barcelona tentunya di Sagrada Familia. Apa benda ni ? Kalau nak tahu bangunan ni sebenarnya gereja dengan rekabentuk gothic dibina sejak tahun 1882. Dan akibat pelbagai sebab sampai sekarang bangunan ni belum siap! Haaa… Orang yang mereka bentuk bangunan ni namanya Antoni Gaudi.

Sagrada Familia

Memang kalau nak masuk kena bayar €15, kena beratur panjang kalau beli tiket last minute. So baik beli tiket online. Bangunan ni memang tarikan nombor satu di Barcelona nak datang pun senang dengan Metro Line L2 atau L5 dan turun di stesen Sagrada Familia. Nilai kerugian €15

Spot #2 : Casa Mila

Dari Sagrada Familia, boleh layan jalan kaki sampai ke Passeig de Garcia (PG) melalui Avinguda Diagonal. PG ni ibarat Champs Elysee di Paris atau Ofxord Street di London dimana letaknya premium outlet terkenal dan juga lokasi utama pelancong.  Kalau berjalan, sepanjang Avinguda Diagonal ni sebenarnya tumpuan pelancong kerana sepanjang 11 kilometer dihiasi pokok dikiri kanan. Untuk melepak dan mengambil gambar memang terbaik.

Disini bas Hop On Hop Off ada banyak lalu. Selain itu sepanjang jalan ada banyak premium outlet. aku tengok aje.. Duit takde.

Disini bas Hop On Hop Off ada banyak lalu. Selain itu sepanjang jalan ada banyak premium outlet. aku tengok aje.. Duit takde.

Kalau tiba-tiba nak terbuang air, masuk je kedai buku sepanjang jalan ini. Heheh. Tips tu :)

Kalau tiba-tiba nak terbuang air, masuk je kedai buku sepanjang jalan ini. Heheh. Tips tu 🙂

Alternatif, sekiranya penat berjalan naik sahaja Metro L5 dan turun di stesen Diagonal dan mula berjalan sepanjang PG menuju  ke tempat seterusnya. Sepanjang PG ni ada banyak tempat pelancongan.

Metro disini cekap dan mudah ke mana-mana tempat tarikan pelancong.

Metro disini cekap dan mudah ke mana-mana tempat tarikan pelancong.

Lepas berjalan tu, rasanya dalam 11 pagi akan tiba di satu lagi monumen ikonik Barcelona bernama Casa Mila. Yang ini pun si Gaudi juga yang buat ia adalah apartment yang mempunyai design yang unik dibina pada tahun 1912. Kalau tengok secara dekat, Casa Mila ni tidak menggunakan garis lurus dalam rekabentuknya sebaliknya ia seolah-olah seperti kain langsir.

Kalau dari jauh Casa Mila kelihatan seperti tirai yang dilabuhkan. Entah. Mata aku kurang seni. Sama je aku tengok.. Hehe

Kalau dari jauh Casa Mila kelihatan seperti tirai yang dilabuhkan. Entah. Mata aku kurang seni. Sama je aku tengok.. Hehe

Juga dikenali sebagai La Pedrera.

Juga dikenali sebagai La Pedrera.

Ini yang istimewa sebab tiada garis lurus dalam pembinaan. Semua lengkung dan bulat-bulat

Ini yang istimewa sebab tiada garis lurus dalam pembinaan. Semua lengkung dan bulat-bulat

Nak masuk kena bayar €10, tapi kalau ada student card dia kasi diskaun €5 je. Kononnya menggalakkan student senibina la kot.

Nilai kerugian €10

map2

Spot #3 : Block of Discord

Jalan sikit lagi ke depan, akan juga Casa Batllo. Cuma teka siapa yang design ? Mesti la abam Gaudi lagi. Tapi berbeza dengan Sagrada Familia yang mempunyai element gothic, Casa Batllo ni lebih menunjukkan kretif dan imiginasi liar Gaudi. Lain sikit lah. Ia menggunakan elemen seramik dan cermin. Dulu Casa Batllo ni merupakan rumah untuk golongan kelas pertengahan sebelum diberi sentuhan luarbiasa Gaudi. Nak masuk lagi mahal. Nilai kerugian €18. Heheh.. Tak pun, ambil gambar dari luar je lah.. 🙂

Ada tiga casa serangkai. Batlo, Amatler dan Lleo Morera.

Ada tiga casa serangkai. Batlo, Amatler dan Lleo Morera.

Anyway, selain dari Casa Batllo ada dua lagi bangunan ‘serangkai’ iaitu Casa Amatler dan Casa Lleo Morera yang dipanggil Block of Discord. Kira ada 3 bangunan ‘pelik’ hasil kerja Gaudi, Cadafalch dan sorang bernama Lluis  disini. Memang boleh nampak la kelainan 3 bangunan ni kalau dibandingkan dengan bangunan yang lain di PG.

Spot #3 : Plaza de Catalunya

Kira-kira 10 minit berjalan dari Casa Lleo Morera, akan sampai ke tempat popular iaitu Plaza de Catalunya (PC) yang merupakan plaza atau dataran yang paling luas di Barcelona. Dengan keluasan kira-kira 50,000m persegi, ia dikelilingi oleh monument dan bangunan bersejarah disini. Nak cari Hard Rock Cafe Barcelona, depan tu je… Buka mata luas-luas nanti jumpa. So kat sini boleh stop sekejap, minum air dan berpiknik makan tengahari.

Kalau air mineral habis, tak payah beli. Ambil je air disini.. Free pulak tu.

Kalau air mineral habis, tak payah beli. Ambil je air disini.. Free pulak tu.

Spot #4 : La Rambla

Lepas makan, next destination is La Rambla iaitu jalan sepanjang kira-kira 1 km yang mempunyai pelbagai aktiviti seperti street performer, kedai-kedai dan bangunan penting.

Ini memang tempat wajib pergi, jatuh sebagai tempat kedua mesti pergi di Barcelona. Disini juga boleh beli souvenir. Nak cakap murah tidak juga, tapi banyak pilihan.

Dan dikiri kanan La Rambla ni ada banyak hostel, hotel dan juga tempat makan-makan. Kira happening la. Aku tak pernah pergi waktu malam, tapi aku boleh rasa feel good dekat tempat ni.

Ia laluan bebas kenderaan. Kalau sewa penginapan disini, siap2 la tarik beg sampai hotel/hostel sebab teksi tak bole masuk.

Ia laluan bebas kenderaan. Kalau sewa penginapan disini, siap2 la tarik beg sampai hotel/hostel sebab teksi tak boleh masuk.

Banyak aje souvenir kat sini

Banyak aje souvenir kat sini

Jual bunga pun ada

Jual bunga pun ada

Spot #5 : La Boqueria

Masa korang berjalan di sepanjang di La Rambla menuju ke Columbus Monument, jangan terlepas pula mengunjungi pasar yang tertua disini yang berusia sejak 100 tahun dulu. Ia di panggil La Boqueria. Terdapat lebih 900 gerai didalam pasar tertutup ini dan peniaganya sudah menjangkau peniaga generasi ketiga dan keempat. Kiranya banyak peniaga disini adalah pewaris kepada generasi terdahulu. Tua gila.

Pasar 100 tahun. Dan aku tak kenal siapa mamat tu. Tapi aku agak ilang selera nak masuk pasar ni sebab starting je jumpa encik bab* gantung.

Pasar 100 tahun. Dan aku tak kenal siapa mamat tu. Tapi aku agak ilang selera nak masuk pasar ni sebab starting je jumpa encik bab* gantung.

Satu perkara tentang lokasi pasar La Boquiera ini,ia berhampiran dengan tepi laut. Ini bererti pada zaman dahulu orang berdagang datang ke Catalan dan menghantar barang dagangan disini. Fuh! Kenapa aku terasa macam tulis sejarah pulak ni!

Kalau tak nak busuk-busuk bau pasar, jalan je terus di La Rambla. Korang mesti layan street performer, ambil gambar tak berhenti.

ram3 ram4 ram5 ram6

Spot #6 : Museum Picasso

Picasso ni memang artis popular la dengan 4,000 hasil seninya. Kalau nak masuk kena bayar €9.

Siapa yang minat dengan seni Picasso, inilah tempatnya.

Siapa yang minat dengan seni Picasso, inilah tempatnya.

Spot #7 : Placa de Felip, Barcelona Cathedral, Placa del Rey, Placa San Jaume

Tapi jika tidak mahu ke Museum Picasso, korang boleh layan ambil gambar ditempat ikonik gerenti cantik dalam kamera. Boleh singgah ambil gambar di Placa San Felip Neri, merupakan kawasan penempatan setinggan Yahudi. Tempat ni cantik la di mata sebab jalanraya kecil dibina dengan batuan yang adanya air pancut dan pokok-pokok yang ditanam.

filep

Placa San Felip. Permulaan penempatan Yahudi di Barcelona

Selain dari sini mungkin boleh layan gereja Barcelona Cathedral. Masuk percuma kecuali bayaran €1 untuk masuk ke museum dan €2 untuk naik lift ke bahagian atas.

cat

Barcelona Cathedral. Foto : Wiki

Jika tidak  mahu masuk ke gereja ini, cukup dengan berjalan di Placa Sant Jaume di mana letaknya banyak bangunan kerajaan. Bangunan ni cantik-cantik, dibina pada awal zaman era Roman dulu. Satu lagi tempat yang free adalah Palaca del Rey , dataran diraja yang dikelilingi oleh istana.

Placa Sant Jaume

Placa Sant Jaume

rei

Placa del Rey

Dikatakan disinilah Christopher Columbus bertemu dengan Raja Ferdinan dan Ratu Isabella. Tempat-tempat yang disebut diatas berada di lokasi yang berhampiran antara satu sama lain. Sure tak sesat.

Spot #8 : Columbus Monument

Siapa Columbus ni sebenarnya kena rujuk pada sejarah. Mamat ni memang popular sebab dia telah menemukan Amerika. Oleh itu sebelum mengakhiri trip ke Barcelona, mesti singgah ke Columbus Monument. Monument setinggi 60 meter ini dibina untuk menghargai kejayaan pengembaraan Columbus, Di puncak monument berdirinya figura itu setinggi 7.5 meter yang sedang menunjuk arah ke laut.

col1

Di akhir hari di Barcelona sebenarnya paling best. Di depan Columbus Monument ada marina di tepi laut. Gerenti tidak menyesal.

col2

Ada je beca menunggu kalau penat berjalan. Bayar la ye..

col5

Tempat yang aku pasti datang lagi. Jalan-jalan angin laut

col3

Kalau nak naik katamara pun boleh. Macam kapal pelayaran.

col4

Jalan pegang anak ye, kat sini takde pagar.

Tempat ini cool. Kapal layar di marina penghujung Columbus Monument.

Tempat ini cool. Kapal layar di marina penghujung Columbus Monument.

Jika ada masa, mungkin boleh ke Parc du Monjuic untuk melihat pemandangan Barcelona dari puncak bukit.

Boleh nampak pemandangan dari atas Barcelona jika menaiki kereta kabel. Tiket EUR10.

Boleh nampak pemandangan dari atas Barcelona jika menaiki kereta kabel. Tiket EUR10.

Jika mahu menjelajah lebih Barcelona perlukan 2 hari termasuklah melawati Nou Camp, stadium keramat pasukan bolasepak gergasi Barcelona.

Tak pergi tak sah!

Tak pergi tak sah!

Maka jumlah kerugian menikmati Barcelona pada hari pertama adalah €55. Tentunya jika hanya sekadar mahu mengambil gambar di luar bangunan, kosnya adalah SIFAR. Lebih kurang.

Foto kredit : Khairul Hanim dan Daliela Rusli

***************************************************************************************************************************
Mahukan Itinerari Barcelona untuk Hari Kedua ?  Klik Like dibawah.

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.

***************************************************************************************************************************

 

Komen melalui Facebook

komentar

2 Responses to Menikmati Cuti Barcelona Gaya Poket Nipis

  1. bukharimalek says:

    best nye bro….. bila la dapat pergi!!!

    ID : Kumpul duit je la tu.. Nak bila2 masa je kan ? 🙂

  2. SharmimiRizal says:

    target next year. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *