You are currently viewing Mentaliti Drama Melayu

Mentaliti Drama Melayu

Sudah lama aku tidak peduli pada TV tapi bila anak aku mengekek melayan cerita Melayu, aku mula duduk diam depan TV. Mahu tengok apa yang digelakkan.
.
“Kenapa dia dah ada wife, lepas tu ada tunang lagi masa raya? Wife dah lari. Kelakar. Lelaki tu lari-lari kejar wife dia. Tunang gedik. ”
Sudah! Soalan cepumas.
.
Blur juga aku menjawab soalan. Aku tidak pernah ajar anak perkataan gedik tapi otak budak memang macam span. Cepat pick up.
.
Beberapa minit, aku cuba tukar channel yang lain dengan harapan soalan dia tamat disitu
Ya Tuhan! Aku rasa TV macam rosak. Semua channel ada suami, isteri, tunang, ustaz, romantik dan seumpama. Aku rasa kau pun mesti sudah boleh agak.
.
Kali ini aku agak keras, aku suruh tengok channel kartun. Anak aku tarik muka panjang. Masa itu, buat pertama kali aku rasa buat perkara yang betul.
1. Entah kenapa, setting cerita tetap sama. Tidak berubah pun dari dulu sampai sekarang. Stereotype. Kaya, ada rumah besar, kereta mewah, darjat Dato dan Tan Sri. Sebut pun You & I, tapi word lain bahasa melayu.
2. Lebih lagi jika budak yang menonton. Macam memberi gambaran palsu tentang kehidupan dan masa depan.
.
Anak aku pernah tanya kenapa rumah di Malaysia besar-besar orang kaya-kaya tapi kat Glasgow rumah kita kecik?
.
Aku jawab yang besar tu memang iya, tapi tidak kaya mana. Yang sanggup papa untuk bergaya pun ada.
3. Bahasa yang digunakan kasar. Kadang aku pula malu dengar. Walau berlakon, aku tengok watak orang muda melayan orang tua seperti kurang ajar.
Entahlah. Mungkin ada yang bercakap kasar macam itu pada orang tua, tapi aku tidak tergamak panggil mak aku sebegitu.
4. Jiwa anak ini macam span. Hari ini kau tunjuk Superman boleh terbang, esok dia boleh terjun dari tingkat dua. Hari ini dia tengok kissing, esok lusa entahlah. Tidak sanggup aku bayangkan.
5. Dulu trend, hari raya semua cerita hantu dan seram. Sekarang kau tengok semua tidak lari dari tema Suami, Isteri, Tunang, Ustat, Imam. Asal jadi.
.
Aku suspek cerita ini dibuat konsep mee segera secara pukal. Mungkin untuk memenuhi permintaan raya. Aku mungkin salah.
.
Entahlah. Aku sebenarnya serba salah. Hiburan ada hadnya. Susah betul aku cari cerita yang sesuai dengan masyarakat. Masa aku kecik dulu tengok sarkis pun sudah happy semacam.
.
Kau bagi anak tengok cerita apa?
Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Peminat Gajah Sarkis
Kota Belud, Malaysia

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply