Pakej Cuti Scotland Iceland 12 Hari Yang Lebih Murah Dari London

Pakej Cuti Scotland Iceland 12 Hari Yang Lebih Murah Dari London

Aku tulis trip ni sebab aku semakin ramai yang berminat untuk datang ke Iceland. Dan kebiasaannya kita masuk dari Iceland melalui London.

Tahukah anda Iceland lebih hampir dengan Scotland berbanding London ? Hahah. Disebabkan itu, banyak flight terbang dari Scotland terus ke Iceland dalam jangka masa lebih pendek (2 jam) berbanding dari London (3 jam lebih).

Flight apa yang sesuai? Untuk ke Scotland, boleh ambil flight dari KL ke Edinburgh atau Glasgow (aku pernah dapat RM1.8K return KL-Edinburgh) yang ada banyak. Qatar Airways, Emirates, Turkish, British Airways atau Etihad.

Dan tentunya jarak yang dekat memberikan harga ticket flight yang lebih murah. Dari Scotland pula aku pernah naik flight dari Edinburg ke Reykjavik dengan harga £32 return. Haaa. Murahkan?  Aku rasa ramai orang terlepas pandang Scotland as a hub for travelling. Dari Glasgow ke Norway pun baru £19.. Geram je aku tengok. Hahah

Apa pun aku share itinerary dan trip ke Iceland dan Scotland.

Trip ni boleh  mula dari Scotland atau berakhir di Scotland. Ikut sedap.

Day 1 : Arrival. Airport transfer to Glasgow/Edinburgh

Day 2 : Day Trip Edinburgh

Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.

Edinburgh Castle

Kalau datang Scotland tidak bergambar dengan piper kira satu kerugianlah ye..

Banyak kedai souvenir sepanjang Royal Mile. Orang kata makin dekat ke Castle, makin mahal. Haha

Bag piper Sekutland Darul Tiup-tiup

Posted by Irwan Dahnil on Wednesday, December 20, 2017

Day 3 : Loch Lomond & Glencoe

Kita akan mulakan trip selepas breakfast dan check out.  Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Scotland Farm Shop yang menjual hasil tenusu dan barangan Scotland. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.

Loch Lomond Shore tempat aktiviti air yang popular. Nak datang pun senang naik train terus ke sini.

Weather yang sangat cantik dengan latarbelakang Loch Lomond

Selepas Loch  Lomond, kita akan tiba di Lembah Glencoe  dan Glencoe Mountain Resort. Get your camera ready, pemandangan lembah gunung yang popular lokasi pengambaraan filem James Bond dan Braveheart. Filem Bollywood Kuch Kuch Hota  Hai pun disini tau!

Glencoe pemandangan dari laluan Tyndrum. Puncak salji kelihatan bila menghampiri winter

Lembah Glencoe yang spektakular!

Glencoe Mountain Resort. Tempat bermain ski ketika winter

Day 4 : Glasgow Day Trip. Night flight to Reykjavik

Dapat juga sesekali bergambar dengan piper di Glasgow

Cloister. University of Glasgow. Universiti keempat tertua di UK

Day 5 : Blue Lagoon. Reykjavik Day Trip 1

Bergantung keadaan cuaca, kita akan terus ke Blue Lagoon sebelum ke bandar Reykjavik.

Di depan tembok masuk

Girang tak ?.

Datang birunya dari sulfur. Berasap-asap.

Hallgrimskirja. Gereja di tengah bandar Reykjavik. Ikon.

Lively dengan colorful city.

Day 6 : Golden  Circle (Pingvelir National Park, Geysir Thermal and Gulfoss Waterfall)

Pingvellir National Park.

Gulfoss. Air terjun punya lebar. Nampak tak kecil je manusia disitu?

Host spring. Ada dua Strokkur dan Geysir yang selalu meledakkan air panas setinggi 100 kaki.

Day 7 : Seljalanfoss & Skogafoss

Sepanjang jalan, ada sahaja kuda jinak. Bulu lebat, lawa-lawa.

Seljalanfoss. Ai terjun yang kau boleh lalu dibelakangnya. Basah? Tentunya.

Skogafoss. Air terjun yang kau boleh daki ke atas.

Day 8 : Plane Wreck & Reynisfjara Black Beach

Batuan di tepi pantai Reynisfjara.

Wrecked plane. Kalau nak pergi ke sini berjalan kaki 4km dari parking kereta okay!

Day 9 : Jokulsarlon Lagoon and Diamond Beach

Besar ya rabbi lagoon ni. Kita akan kelihatan kecil sahaja

Lagoon glacier  yang mencair dan mengalir  ke laut.

Day 10 : Dyrhorley.

Aurora boleh kelihatan dari penginapan di sini. Cuma jika awan tebal, mungkin agak sukar.

Tebing tinggi yang menghujung ke lighthouse. Terus ke pemandangan laut. Gayat juga lah.

Day 11 : Flight back to Scotland

Day 12 : Flight back to Kuala Lumpur

Perlu tahu di Iceland  ada dua musim sahaja. Winter atau summer. Sepanjang summer, tiap malam ada peluang untuk lihat aurora (dengan izin Tuhan) tapi siangnya yang pendek. Waktu summer pula, kita ada masa yang panjang untuk teroka Iceland.

Harga Pakej

Harga pakej bermula serendah RM3,800 seorang. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.

Bayaran termasuk :

  • Welcome dinner
  • Penginapan (homestay/apartment)
  • Pengangkutan /MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (di Scotland).

Tidak termasuk : Attraction entrance fee, travel insurance (beli di Malaysia), meal, minyak dan parking (di Iceland), airline luggage.

Kalau kau berminat untuk tarikh sendiri pun no problem. Beritahu saja. Aku adjust.

Berminat Untuk Booking Trip ?

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
  2. Kemudian bayar  deposit RM500/seorang untuk sahkan booking.
  3. Baki bayaran bayar penuh ketika kau datang nanti. Bayar cash dalam Pound Sterling.
  4. Aku akan pulangkan semula deposit selepas habis trip.

Itu sahaja. Untuk sesiapa yang datang, boleh merasa dapat buku aku senaskah percuma. Selagi ada stok.  Hehe.

 

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *