Pakej Trip Isle of Skye, Scotland

Pakej Trip Isle of Skye, Scotland

Aku ada juga terima request tetamu yang nak ke Isle of Skye. Sebelum aku share lebih lanjut, elok aku share sikit tentag Isle of Skye supaya kalian mentally prepared untuk ke sana.

Info #1 : Isle of Skye adalah sebuah pulau. Nak ke sana sama ada menaiki feri atau menggunakan Skye Bridge. Kedudukannya agak jauh dari bandar utama seperti Glasgow atau Edinburgh, jadi daily trip tidak digalakkam (buat penat badan).

Info #2 : Isle of Skye sendiri mempunyai banyak sangat tarikan bersifat nature dan pemandangan. Kalau setakat nak selfie, memang tak sempatlah kalau cuma ada masa sehari. Mahu pusing Isle of Skye, paling sesuai 2 hari.

Info #3 : Isle of Skye mempunyai alam semulajadi yang unik. Bagi aku ada ciri Norway dan Iceland dan kombinasinya. Haha. Cuma datang ke sini, ada tempat yang dekat dari parking kereta (contohnya Kilt Rock) tapi ada juga yang kena menapak / hiking berpeluh-peluh (contoh Fairy Pool)

Info #4 : Isle of Skye mempunyai cuaca yang agak tidak menentu. Berangin dan hujan. Jadi kalau kita ada masa cuma sehari, mungkin aktiviti akan terbantut kalau cuaca tidak baik. Ketika winter perkhidmatan feri terhad, dan ada lokasi yang tutup. Lagi pun sejuk yakmat, takut nanti semua jadi patung kebekuan. Haha

Aku dan Isle of Skye

Aku kini menetap di Glasgow sejak 2014 bersama isteri dan 3 orang anak. Homestay Glasgow telah kami usahakan sejak 2015 dan ini memudahkan aku buat trip full package untuk tetamu.

Aku sudah 4 kali ke Isle of Skye. Alhamdulillah, most of the attractions aku dah sampai. Jadi aku suggest itinerary yang paling sesuai untuk trip kalian. Aku share sikit video aku dengan family di sana.  Video ini di Neist Point Lighthouse.

 

Cadangan Itinerary

Aku andaikan matahari terbit jam 7am dan terbenam jam 7pm.

Day 1 : Memulakan perjalanan dari Glasgow / Edinburgh. Akan berhenti di Loch Garry /Cluanie, sebelum berhenti di Eilean Donan Castle. Meneruskan perjalanan ke Portree. Check in penginapan.

Eilean Donan Castle yang berada di tasik. Ada juga cafe dan tandas, untuk break sebelum teruskan perjalanan.

Pintu masuk

Ada tempat istirehat disini. Bawa bekal, Lunch ala piknik disini.

Toilet bersih. Free pula tu ..

Day 2 : Portree, Kilt Rock, Quiraig & Old Man of Storr

Bersepah-sepah tepi jalan. Tapi ada masanya black face sheep ini sangat pemalu.

Dari tepi boleh nampak Kilt Rock, batuan dan air terjun terus ke laut. Tinggi weh

Haha.. Inilah signboard Old Man of Storr yang paling sesuai sekali untuk bergambar walau parkingnya 100m dihadapan.

Old Man of Storr. Kau hanya dapat view ini kalau kau hiking ya. Kereta tidak boleh naik ke atas.

Quiraing. Nak ke sini boleh drive terus ke atas. Parking dan berjalan sikit ke atas.

Portree adalah pekan yang palling besar. Ada pasaraya kalau mahu beli barang. Fish and Chips ada kedai disini. Aku ambil gambar ni sebab ada perkataan batik, Hehe

Day 3 : Dunvegan Castle, Neist Point Lighthouse dan Coral Beach

Duvegan Castle, istana yang paling popular di Isle of Skye

Coral Beach. Kena berjalan kaki ke pantai ini.

Inilah Neist Point Lighthouse. Tidak berpenghuni.

Sepanjang ke Neist Ppoint Lighthouse, memang akan nampak batu-batu yang besar tepi laut. Kecik je rasa badan.

Day 4 : Fairy Pool. Sepanjang perjalanan  pulang, kita boleh singgah untuk bergambar dengan lembah dan tasik dan juga binatang unik seperti Highland Coo.

 

Parking kereta agak limited. Kemudian kena hiking melalui track ini.

Ada juga orang putih mandi disini sejuk-sejuk.

Harga Pakej

Harga pakej bermula serendah £150/seorang. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.

Bayaran termasuk : Penginapan 2 malam (homestay/apartment), kereta/pengangkutan sewa/MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking.

Trip dibuka sepanjang tahun, kecuali winter. Whatsapp sahaja aku di +447922405443

Kalau kau berminat untuk tarikh sendiri pun no problem. Beritahu saja. Aku adjust.

Berminat Untuk Booking Trip ?

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
  2. Kemudian bayar  deposit £150 untuk sahkan booking.
  3. Baki bayaran bayar penuh ketika kau datang nanti. Bayar cash dalam Pound Sterling.

Itu sahaja. Untuk sesiapa yang datang, boleh merasa dapat buku aku senaskah percuma. Selagi ada stok.  Hehe.

Failte de Alba! (Selamat Datang ke Scotland)

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *