You are currently viewing Siri Kembara Eropah : Panduan Kembara Pengangkutan Awam Paris

Siri Kembara Eropah : Panduan Kembara Pengangkutan Awam Paris

Paris antara bandar yang mempunyai pengangkutan awam yang cekap dan murah untuk kembara. Tanpa ragu-ragu. Cukup dengan pengangkutan awam, hampir pasti seluruh tarikan utama di Paris akan mudah dijelajahi. Walaupun begitu, pengangkutan awam di Paris antara yang paling ‘berserabut’ dan agak mengelirukan bagi yang pertama kali menggunakan pengangkutan awam di Eropah. Supaya panduan pengangkutan awam Paris ini memberi manfaat kepada pembaca, ia ditulis dengan POINT padat supaya mudah difahami. 15 minit sahaja!

Paris menawarkan perkhidmatan awam yang cekap, tetapi antara sistem yang paling padat dan berserabut. Untuk pertama kali kembara, membaca peta Paris dalam bahasa Perancis memang mencabar.
Paris menawarkan perkhidmatan awam yang cekap, tetapi antara sistem yang paling padat dan berserabut. Untuk pertama kali kembara, membaca peta Paris dalam bahasa Perancis memang mencabar.

tidak sah kiranya pengangkutan awam Paris tanpa memahami airport terlebih dahulu. Memijakkan kaki ke Paris melalui udara, flight ke Paris biasanya akan mendarat di dua airport utama. CDG atau Orly. Dari kedua-dua airport, kita perlu pastikan dahulu ke mana tujuan atau penginapan memandangkan Paris ini agak luas dan mempunyai banyak terminal dan stesen pengangkutan awam. Menggunakan pengangkutan awam antara pilihan yang paling menjimatkan ke tempat yang dituju.

POINT #1 : Ketibaan & Perlepasan Airport

Airport Charles du Gaulle (CDG)

Kebanyakan akan memilih train pergi atau balik ke CDG. Ia perkhidmatan yang reliable, masa beroperasi dari jam 5 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Kadar kekerapan adalah kira-kira setiap 15 minit. Perlu diingat train ini berselang-seli diantara train tanpa henti dan sebaliknya.Train yang menyediakan perkhidmatan ini adalah RER Line B yang boleh dinaiki di Terminal 2 dan dimana-mana stesen train laju TGV. Ikut sahaja papan tanda yag menunjukkan arah terminal train. Kalau tidak tahu, bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

Selain dari berbahasa Perancis, kemahiran lain yang mesti ada adalah membaca! Baca peta sampai jumpa lokasi.
Selain dari berbahasa Perancis, kemahiran lain yang mesti ada adalah membaca! Baca peta sampai jumpa lokasi.

Bagi train biasa ia mengambil masa sekitar 25-35 minit tetapi train yang berhenti-henti mengambil masa sehingga 50 minit.Train ini akan terus membawa penumpang ke destinasi utama di Paris. Kebiasaannya akan turun di stesen Gare Du Nord, Chatelet atau St. Michael sebelum ke hotel/penginapan masing-masing.

Pengangkutan awam di Paris dikelaskan mengikut zon dan CDG berada di zon 5. Harga tiket €10 yang boleh dibeli dari mesin layan diri menggunakan kad atau di kaunter tiket menggunakan kad atau tunai. Jangan bimbang, di kaunter tiket ini biasanya stafnya sangat penyabar. Mungkin disebabkan CDG ini pintu masuk utama ke Paris, jadi tidak ramai yang pandai berbahasa French. So ini masanya hentam je bahasa English yang berterabur tu.. 🙂

Setelah ditiket dibeli, bergeraklah ke platform yang menunjukkan arah train RER B menghala ke Paris. Ketika menggunakan tiket, masukkan tiket ke mesin pembaca kad. Ambil kad yang keluar dari mesin, dan pintu akan terbuka. Lalu dengan penuh yakin. Kalau tidak yakin, cuba ikut cara orang lain buat. Senang sahaja, ia sama seperti LRT di Malaysia.

Airport Orly

Airport Orly berada di selatan bandar Paris dalam Zone 4 dan biasanya digunakan oleh syarikat penerbangan tambang murah seperti easyJet dan Vueling.

Train yang menyambungkan Terminal Orly Sud ke Stesen Antony melalyi Terminal Orly Ouest
Train yang menyambungkan Terminal Orly Sud ke Stesen Antony melalui Terminal Orly Ouest

Ada dua terminal utama dan dihubungkan dengan train pendek (seperti Monorel di KL) yang dipanggil Orlyval yang membolehkan bergerak antara dua terminal secara percuma dengan kadar kekerapan antara 4 hingga 7 minit. Tetapi dari Airport Orly ke stesen RER B Antony adalah berbayar adalah sekitar €11.65 untuk dewasa,  â‚¬8.50 bagi kanak-kanak bagi perjalanan sehala yang mengambil masa sekitar 10 minit.

Ginilah bentuk Orlyval. Foto kredit RATP.
Ginilah bentuk Orlyval. Foto kredit RATP.

Dari stesen Antony kemudian perlu menukar train RER B ke stesen utama Paris seperti ke Gare Du Nord, Chatelet dan St. Michael yang mengambil masa antara 15 ke 30 minit atau atau meneruskan perjalanan ke Airport CDG. Perkhidmatan ini bermula sekitar jam 6 pagi dan berakhir pada jam 11 malam.

Orlyval
Dari Stesen Antony, RER B akan membawa penumpang ke stesen utama di Paris dan berakhir di Airport CDG. Foto kredit RATP

Cara lain adalah dengan menaiki bas. Orlybus akan berakhir di stesen Metro/RER Denfert-Rochereau berharga sekitar €8. Manakala bas Air France pula membawa ke stesen di Arch De Triomphe, Stesen Montparnasse dan Invalides yang berharga sekitar €12. Masalahnya dengan perkhidmatan bas ini adalah ada masanya bas penuh dan bersesak disamping akan melalui trafik Paris yang sesak.

Cara lain tentunya menaiki teksi yang boleh diperolehi di airport.

Catatan ini untuk  anda yang tidak mempunyai keperluan khas seperti membawa anak kecil, orang tua atau kembara bersama ahli yang memerlukan bantuan khas.Jika anda bergerak lebih dari 6 orang dan membawa bag, mungkin gunakan teksi airport. Harganya sekitar€70 bagi sebuah MPV dari airport CDG ke stesen Gare Du Nord.Naik teksi bermeter lebih mahal dari teksi chartered. Tawar menawar harga teksi dahulu. Jika bergerak dalam rombongan yang ramai adalah lebih murah menaiki teksi apabila dibandingkan dengan nilai billet/tiket tren ke airport. Azab mengangkat bag di metro atau trem di Paris kerana rata-rata tidak mempunyai eskalator/lift.

Ketibaan Train Laju (Eurostar, Thalys dan seumpama)

Train Eurostar
Train ini menyambungkan London dan Paris melalui Selat Inggeris dalam masa 2 jam. Juga menyambungkan London dan Brussel dan ke beberapa destinasi utama.

Memandangkan lokasi Paris yang berada di tengah-tengah negara utama Eopah yang lain, adalah menjadi satu pilihan untuk tiba disini menggunakan perkhidmatan train laju.

Pemandangan dalam Eurostar. Kerusi yang luas dan soket untuk caj handphone.
Pemandangan dalam Eurostar. Kerusi yang luas dan soket untuk caj handphone.

Antara laluan yang popular adalah train Eurostar yang mengambil masa selama 2 jam dari London. Train ini berlepas dari stesen St Pancras International dan berhenti di Gare Du Nord. Begitu juga dengan perkhidmatan train Thalys dari Amsterdam atau Brussel yang berhenti di hentian yang sama.

Bagi destinasi lain seperti dari Swiss, Spain, Italy dan German (yang berada di kawasan bawah Paris), train biasanya disediakan oleh TGV dan berhenti di Gare De Lyon. So pastikan stesen berhenti sebelum membeli tiket.

POINT #2 : Pengangkutan Awam Utama Paris 

Sistem pengangkutan awam dikelolakan oleh RATP yang menyediakan perkhidmatan metro, train dan bas, nightbus, furnicular de Montmartre, Montmartrobus dan Noctambus. Melainkan berlaku mogok atau kerosak teknikal, hanya metro dan train sahaja yang mempunyai kadar ketetapan perjalanan yang reliable dimana bas sedikit sebanyak terkesan dengan keadaan trafik jalanraya.

Wikipedia
Sumber : Wikipedia

Metro keretapi bawah tanah dikenali juga dengan subway. Ia mempunyai banyak henti, kekerapan yang tinggi, merangkumi kawasan dalam bandar dan tidak mempunyai jadual perjalanan yang ditetapkan. Perkhidmatan bermula jam 5.30 pagi dan berakhir sekitar jam 1 pagi. Pada waktu puncak kekerapan adalah setiap 2 minit manakala 8 hingga 10 pada waktu bukan puncak.

Ini adalah salah satu papan tanda Metro. Ada pelbagai
Ini adalah salah satu papan tanda Metro. Ada pelbagai

Satu perkara tentang stesen metro ini, ia mempunyai design papantanda yang berbeza-beza. Mungkin ia dibina secara berperingkat, jadi pintu masuk atau rekaan papantandanya tidak konsisten. Terdapat 14 line metro yang ditandakan dengan huruf ‘M’ dan setiap line metro mempunyai warna yang berbeza dan NOMBOR 1 hingga 14.

Manakala train pula dikenali dengan RER (Reseau Express Regional) adalah perkhidmatan keretapi komuter yang merangkumi kawasan lebih luas di zone luaran Paris. RER bergerak dengan lebih laju, mempunyai lebih banyak gerabak dan berhenti di hentian tertentu. Terdapat 4 line RER yang ditandakan dengan huruf ‘RER’ dan setiap line mempunyai warna dan HURUF yang berbeza.

Tanda arah perkhidmatan metro atau RER. Baca dengan cermat.
Tanda arah perkhidmatan metro atau RER. Baca dengan cermat. Perkataan yang paling kerap dijumpai adalah SORTIE bererti Jalan Keluar/ Exit. Foto kredit parisbytrain

Selain dari bas yang mempunyai logo RATP, ramai yang tidak tahu bahawa tiket ini juga boleh digunakan di Funicular du Montmartre. Lepas ni dah tahu, boleh pergi try. Funiculaire du Montmartre membawa anda dari kaki bukit Mortmartre ke puncaknya. Di puncaknya ada tarikan pelancong Basilique du Sacré-Coeur, Église de Saint-Pierre de Montmartre, Place de Mont Cenis dan Place du Tertre. Jaminan pemandangan ke kota Paris yang sangat luar biasa.

Perjalanan funicular ini cuma 1 minit 30 saat sahaja dibuka sejak tahun 1900 Kredit foto : www.funiculaires-france.fr/
Perjalanan funicular ini cuma 1 minit 30 saat sahaja dibuka sejak tahun 1900
Kredit foto : www.funiculaires-france.fr/

POINT #3 : Memahami Peta, Label Metro dan Stesen

Metro dilabel dengan huruf 'M' diikuti dengan nombor dalam bulatan berwarna.
Metro dilabel dengan huruf ‘M’ diikuti dengan nombor dalam bulatan berwarna.

Ini adalah intipati pengangkutan awam Paris. Setiap metro, RER dan bas mempunyai line dan laluan masing-masing. Contohnya Metro Line 14 adalah metro yang dari Stesen Saint Lazare ke stesen Olympiades yang melalui beberapa stesen. Metro Line 14 dilabelkan dengan huruf ‘M’ diikuti dengan nombor line ’14’ dalam bulatan warna purple.

Apabila ingin menyambung perjalanan ke metro/RER yang lain, lihat kepada peta laluan. Metro 14 akan berhenti di stesen Madeleine. Di stesen Madeleine juga adalah laluan bagi bagi menyambung perjalanan ke Metr0 8 dan 12. Di stesen Gare de Lyon pula adalah juga stesen integrasi bagi Metro 1, RER A dan D dan juga laluan keretapi laju TGV.

Setiap stesen mempunyai dua platform. Metro 14 mempunyai 2 platform. Satu platform metro akan menghala ke Saint Lazare dan satu lagi platform menghala ke Olympiades. Jadi pastikan anda menaiki metro di platform yang betul. Jangan terbalik pula!

Setiap stesen mempunyai banyak pintu masuk. di stesen yang besar, ada sehingga 10 pintu masuk! Semua pintu akan menghadap tempat yang lain-lain. Kemungkinan besar anda boleh tersalah masuk dan keluar pintu sehingga terpaksa masuk semula ke stesen untuk mencari pintu yang betul. Baca signboard betul-betul!

RER juga mempunyai bentuk dan format label, station dan integrasi yang sama dengan metro.

Peta Pengangkutan Awam boleh dimuat turun disini. Ia juga boleh didapati di kebanyakan stesen metro/RER secara percuma.

Nota : Gare bermaksud stesen yang besar. Ini bermaksud stesen tersebut mempunyai pelbagai perkhidmatan awam yang disediakan dan merupakan stesen utama. Stesen yang utama adalah seperti Gare du Nord, Gare de Lyon, Gare de Est, Gare d’Austerlitz dan Gare Montparnasse. Biasa stesen utama ini menyediakan laluan ke destinasi jarak jauh luar dari Paris.

POINT #4 : Tiket & Pass

Mesin ini ada di stesen metro/RER. Pilih Englisht, kemudian boleh pililh jenis tiket. Kad Navigo juga boleh ditopup disini. Kelemahan mesin ni adalah tidak terima duit cash. Cesss... Kena pakai kad kredit atau kad debit. Baik ke kaunter sahaja.
Mesin ini ada di stesen metro/RER. Pilih Englisht, kemudian boleh pililh jenis tiket. Kad Navigo juga boleh ditopup disini. Kelemahan mesin ni adalah tidak terima duit cash. Cesss… Kena pakai kad kredit atau kad debit. Baik ke kaunter sahaja.

Sistem pengangkutan awam Paris menggunakan sistem zon 1 hingga 6. Biasanya tempat tarikan pelancong berada di Zon 1 dan 2 iaitu di tengah bandar Paris, maka memadai untuk membeli tiket hanya untuk dua zon tersebut. Beberapa tempat yang lain diluar zon 1 dan dua adalah Airport CDG, Airport Orly dan Disneyland (Zon 5). Tiket pengangkutan awam boleh digunakan untuk SEMUA pengangkutan RATP.

Tiket boleh dibeli dimana-mana stesen pengangkutan awam dan juga di kedai akhbar dan tobacco. Tiket boleh dibeli sekeping untuk perjalanan sehala dengan harga mengikut zon. Jika semakin jauh destinasi zon, maka semakin mahal harga tiket. Dengan tiket ini, boleh menaiki mana-mana bas, metro atau train untuk sekali perjalanan. Sekeping tiket berharga â‚¬1.80.

Bagi pelancong dan pengembara boleh membeli T+ tiket dalam jumlah 10 keping. Ia disebut carnet (disebut ‘kar-ney’ ala-ala sebutan French). Harganya adalah â‚¬14.10 untuk dewasa dan â‚¬7 untuk kanak-kanak. Ini bermakna sekeping tiket jatuh pada harga â‚¬1.41 bagi dewasa dan ia boleh dikongsi.

Satu lagi option yang paling jimat adalah dengan membeli pass harian Mobilis. Ia boleh dibeli di kaunter metro/RER atau dibeli dari mesin layan diri. Harganya adalah â‚¬7 sehari dimana boleh digunakan untuk menaiki mana-mana bas, train, furnicular,night bas dan metro unlimited dalam masa sehari.

Harga Mobilibis  adalah mengikut zon :
€7 bagi Zon 1 hingga 2
€9 bagi Zon 1 hingga 3
€11.50 Zon 1 hingga 4
€16.60 Zon 1 hingga 5

Saiznya tiket Mobilis dan Paris Visite sebenarnya kecil. Senang hilang.
Saiznya tiket Mobilis dan Paris Visite sebenarnya kecil. Senang hilang.

Selain dari Mobilis, ada satu lagi bentuk pass/tiket pengangkutan awam Paris yang dipanggil Paris Visite. Bezanya dengan Mobilis, Paris Visite membolehkan pengguna mendapat diskaun tiket masuk ke tempat pelancongan seperti di Arch de Triomphe. Ia sesuai sekiranya menggunakan pengangkutan awam lebih dari satu hari. Paris Visite menawarkan tiket untuk 1, 2,3 dan 5 hari.

Harga Paris juga adalah mengikut zon bagi tiket 1 hari adalah â‚¬12.30 bagi Zon 1 hingga 3 (Z1-3) manakala â‚¬25.85 Zon 1 hingga 5 (Z1-5).

2 hari : â‚¬20.00 (Z1-Z3) /  â‚¬39.30 (Z1-Z5)
3 hari : €27.30 (Z1-Z3) /  â‚¬55.10 (Z1-Z5)
5 hari : €39.30 (Z1-Z3) /  â‚¬67.40 (Z1-Z5)

Masukkan tiket / pass ke mesin validasi. Tiket yang sah akan membuka pintu.
Masukkan tiket / pass ke mesin validasi. Tiket yang sah akan membuka pintu.

Satu lagi kad yang boleh digunakan di pengangkutan awam adalah kad Navigo. Konsepnya sama seperti Oyster card di London dimana, nilai kad didalamnya boleh ditopup. Untuk mendapatkan Navigo bayar â‚¬5  dposit dan boleh diguna semula setiap kali berada di Paris. Isian semulanya sah secara mingguan atau bulanan.

Semua tiket boleh dibeli secara online sebelum tarikh perjalanan, tetapi sebenarnya tidak perlu kerana tidak perlu advance booking. Boleh walk in terus ke kaunter untuk membeli tiket.

 

POINT #5 : Stesen Popular Berhampiran Lokasi Pelancongan

Jika ingin ke sesuatu tempat pelancongan, rujuk semula peta. Perhatikan stesen yang terhampir dengan sesuatu tempat. Berikut adalah beberapa stesen utama yang berhampiran tempat pelancongan.

RER C Champ de Mars / Tour Eiffel : Eiffel Tower
Metro 1 Esplanade La Defense : Grande Arche
Metro 2, 1 & RER A : Ach de Triomphe / Champ Elysees
Metro 1 : Palais Royal Musee de Louvre
RER B, C : St. Michael Notre Dame

Kebanyakan (hampir semua) stesen bertangga!
Kebanyakan (hampir semua) stesen bertangga!

Nota Penting : Kebanyakan stesen tidak mesra OKU. Bererti tidak mempunyai lif atau eskalator. Kena panjat tangga beb. Cuma stesen besar mungkin ada. Tetapi hampir semua stesen di bandar tidak selesa. Bagi yang membawa orang tua, berkerusi roda atau stroller anak-anak, mungkin perlu fikirkan cara perjalanan yang lebih selesa.

Walaubagaimana pun, kota Paris sedang sibuk menaik taraf kemudahan stesennya, jadi akan kelihatan wayar berselirat dan kerja renovasi. Moga ia akan menjadi perkhidmatan yang lebih selesa dan cekap.


***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

 

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 9 Comments

  1. Travelog Siti

    Wah, detail betul panduan ni. Terima kasih.

    ID : “Moga bermanfaat.”

  2. Puteri Ismail

    Thanks. Sangat membantu. Saya nak tanya ssuatu. Kebiasaannya kalau dari Mad nak ke Paris, orang akan ambil flight ataupun ada train utk ke sana ? Tq.

    ID : “Madrid to Paris agak jauh. Kalau ada masa boleh by train, tapi flight ada banyak pilihan dan cepat.”

  3. Adilena Amran

    Thank you so much. I’ve been searching for this for quite some time. really need this guide. Now, know where to start edy!

    Muchas Grasias!

    ID : “Feel free to share”

  4. Norashikin Tajuddin

    saya plan nak turun paris utk drop by je.. sehari..jadi zon mana yg sesuai utk saya g.. Ini antara yg saya nak g “•
    Opera House, Champs-Elysees, Place De La Madeleine,
    Place Vendorn, Arch De Triomphe, Lourve,
    Place De La Concorde and Obelisik”
    • Notre Dome Cathedral, Latin Quarter, Eiffel Tower
    • Seine River Cruise at Bateaux Mouches (evening)
    • shopping at Galeries Lafayette
    Eiffel tower

    ID: “Cukup dengan Zone 1 & 2”

  5. olya

    Alhamdulillah..just what I need. Akan ke sana next week dgn 4 org anak (8,6,3 dan 8 bulan). Boleh advise kat mana kalau nak pergi ke ski resort paling dekat dgn paris. tqvm

    ID : “Satu pilihan ke Chamonix, di banjaran Alps. Cuba overnite train ke Chamonix jika mahu jimat masa.Yang berhampiran seperti Vosges biasanya ketika summer tiada salji.”

  6. Suhaila

    Thanks for the good info. Saya nak tanya kalau dari Barcelona ke paris, apa pengangkutan yang paling sesuai train atau flight? Jika in december normally peak season ker.

    tq

    ID : Train boleh. Flight pun boleh. Vueling airline ok juga. Saya hari tu naik flight Air France to Barca.

  7. Hertiny Laiman

    Saya akan ke London pada bulan Nov 2015. Dari London akan terus ke Paris boleh cadangkan pada saya tempat penginapan di Paris?

    ID : Saya memilih untuk stay berhampiran dengan Gare Du Nord. Dekat dengan station utama dan makanan halal. Boleh rujuk booking.com atau AirBnb untuk pilihan penginapanyang ada.

  8. aifa

    salam sejahtera.

    informasi yang lengkap saya kira.

    boleh saya tahu train dari paris airport ke gare du nord ada yang ekspres dan ada yang berhenti. adakah harganya sama atau bagaimana? bagaimana nak identify sama ada train yang dinaiki ekspres ataupun stop kat a few station?

    terima kasih 🙂

  9. sunmay

    salam,
    entry ini sgt membantu.. tapi jika sy tinggal berhampiran metro station croix de chavaux, dan destinasi kegallery lafayette, eiffel tower n disneyland, pass yg mana sesuai dan zon berapa? sy ke paris dgn train dan berhenti di gare du nord. t kasih.

Leave a Reply