Penulis Kembara

Irwan Dahnil @ SwissPenulis adalah si pengembara bernama Irwan Dahnil (ID). Seorang anak Malaysia yang melalui kehidupan seorang usahawan, pengalaman pensyarah keusahawanan yang kini menetap di Glasgow, United Kingdom.

+ Blog ini dimulakan pada Ogos 2006. Diawalnya, ia hanyalah catatan biasa seorang usahawan yang banyak menulis mengenai kehidupan dan pengalaman sebagai seorang yang berniaga.

+ 2013, mula menjelajah beberapa negara Eropah. Sehingga kini telah sampai ke England,  Scotland, Iceland, Perancis, Netherland, Belgium, Luxembourg, Republic Czech, German, Austria, Hungary, Slovakia, Switzerland, Itali, Turki, Sepanyol dan Portugal. Kandungan blog berkisah tentang negara tersebut. Travel bucketlist : Banyak sangat!

+ Sejak 2015, blog ini dikemaskini semula dengan memberi paparan dan penampilan baru dengan kisah traveler. Kandungannya lebih segar mengenai catatan perjalanan peribadi penulis dengan harapan ia dapat memberi inspirasi kepada orang lain dalam mencapai impian masing-masing.

+ Istilah Safarnama berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud catatan perjalanan. Ia cerita perjalanan pengembara ke negara luar sana. Bercita-cita untuk menjelajah merentas bumi dari hujung ke hujung. Menjadi penulis kembara mencatat bahan dan hasil jelajah.

+ Kisah dan panduan didalam blog ini melalui pengalaman peribadi dan pandangan penulis. Jika ada maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini, penulis memohon agar dimaklumkan. Segala usaha dilakukan untuk memastikan kandungan blog adalah kemas dan releven.

2 Responses to Penulis Kembara

  1. Wan, very impressive la blog ko. kipidap…

    Azhan (ingat lg x kt aku?)

  2. Siti Aminah binti Shaari says:

    Assalamualaikum saudara Irwan.

    Sya suka dan rasa gembira sepanjang membaca catatan saudara. Saya telah khatam semua catatan dalam blog ni dan terima kasih atas penulisan yang bagus dan maklumat yang berguna.
    Saya sangat berminat blog kembara seperti ini sebab saya tidak dapat lakukannya. Peluang membaca sahaja cukup menggembirakan saya. Teruskan usaha saudara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *