Catatan Kembara #205 : Poland Brotherhood. Licin.

Catatan Kembara #205 : Poland Brotherhood. Licin.

Petang semalam aku singgah potong rambut. Minta trim sikit lebih kurang. Tukang potong orang Poland.
.
Hasil potongan puas hati. Bila selesai, biasa dia akan offer letak perapi rambut.
.
“Wax?”, dia tanya.
.
“Allrite”. Aku okay je. Nampak hensem sikit.
.
Dia pun pergi meja sebelah. Aku tak nampak, tapi bila dia pusing di tangan ada dua batang cotton bud. Putik kapas bersalut gel seperti lendiran. Hijau. Aku ingat dia nak selet tepi rambut.
.
Tapi aku tengok lain macam. Ah! Sudah. Aku tak pernah buat, tapi kali ini aku pasrah bila dia macam nak buat wax telinga. Apa salahnya cuba sekali. Aku biar je.
.
Sekali dia pintal gel lebih kurang, laju satu batang masuk lubang hidung kanan, satu lagi lubang kiri aku. Seminit gitu gel tu dah keras, dia rentap cabut keluar.
.
Ohoi! Sakit woih. Kembang merah hidung aku. Berair mata.
.
Aku ingat wax rambut. Sekali cabut bulu hidung. Selamat tinggal bulu hidung.
.
Sekarang ni kedai kari 3 blok dari sini pun aku dah boleh bau. Sedutan oksigen lebih baik, keluarkan karbon dioksida pun lebih berkesan.
.
Inilah padah kau tak faham bahasa lain. Lain kau minta, lain kau dapat. Rela terpaksa.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Poland Brotherhood
Kedai depan Lidl, Sekutland.

Komen melalui Facebook

komentar

One Response to Catatan Kembara #205 : Poland Brotherhood. Licin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *