Scotland Hujung Minggu : Pakej Cuti Scotland 3 Hari

Scotland Hujung Minggu : Pakej Cuti Scotland 3 Hari

Personally, aku tidak berapa sokong kalau  kau datang Scotland dari England hanya untuk satu malam. Perjalanan pun dah ambil masa, jadi buat penat badan sahaja. Tapi paling sesuai maybe untuk datang 3 hari 2 malam  seperti trip hujung minggu. Aku ada juga buat private trip sesuai untuk 3 hingga 8 orang. Jika kau cari trip lebih panjang, KLIK disini je.

Tour Leader

Aku penulis buku Lost in Sekutland. Kisah dan pengalaman trip aku selalu tuliskan dalam catatan kembara yang dibukukan. Aku juga minat fotografi dan buat video pendek menggunakan drone.

Aku dan tetamu.

Aku kini menetap di Glasgow sejak 2014 bersama isteri dan 3 orang anak. Homestay Glasgow telah kami usahakan sejak 2015 dan ini memudahkan aku buat trip full package untuk tetamu. Jadi aku rasa sedikit sebanyak, keterujaan aku disini boleh dikongsi dengan tetamu yang datang melancong ke sini.

Cadangan Itinerary Trip

Day 1 : Airport transfer or train station meeting point.

Day 2 : Edinburgh Day Trip
Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.

Kalau datang Scotland tidak bergambar dengan piper kira satu kerugianlah ye..

Group photo yang cantik di Esplanade Edinburgh Castle

Bag piper Sekutland Darul Tiup-tiup

Posted by Irwan Dahnil on Wednesday, December 20, 2017

 

Day 3 : Loch Lomond & Glencoe Trip
Kita akan mulakan trip selepas breakfast dan check out.  Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Scotland Farm Shop yang menjual hasil tenusu dan barangan Scotland. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.

Loch Lomond Shore tempat aktiviti air yang popular. Nak datang pun senang naik train terus ke sini.

Weather yang sangat cantik dengan latarbelakang Loch Lomond

Bersepah-sepah tepi jalan. Tapi ada masanya black face sheep ini sangat pemalu.

Selepas Loch  Lomond, kita akan tiba di Lembah Glencoe  dan Glencoe Mountain Resort. Get your camera ready, pemandangan lembah gunung yang popular lokasi pengambaraan filem James Bond dan Braveheart. Filem Bollywood Kuch Kuch Hota  Hai pun disini tau!

Glencoe pemandangan dari laluan Tyndrum. Puncak salji kelihatan bila menghampiri winter

Lembah Glencoe yang spektakular!

Glencoe Mountain Resort. Tempat bermain ski ketika winter

Kita akan akhiri trip kita pada petang hari.

Apapun diatas hanya itinerary. Sangat bergantung kepada jam berapa tetamu tiba di Scotland dan waktu pulang.

Video Trip ke Glencoe

Dalam keadaan cuaca yang baik (dan mood aku yang elok), keluarkan sahaja kamera dan drone. Disini bebas untuk mengambil gambar ikut sesuka hati. Haha

Harga Pakej

Harga pakej bermula serendah RM750 seorang. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.

Bayaran termasuk : Penginapan 2 malam (homestay), kereta/pengangkutan sewa/MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking.

Jadual Trip Dibuka Sepanjang Tahun. Whatsapp sahaja aku di +447922405443

Kalau kau berminat untuk tarikh sendiri pun no problem. Beritahu saja. Aku adjust.

Berminat Untuk Booking Trip ?

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
  2. Kemudian bayar  deposit RM200/seorang untuk sahkan booking.
  3. Baki bayaran bayar penuh ketika kau datang nanti. Bayar cash dalam Pound Sterling.
  4. Aku akan pulangkan semula deposit selepas habis trip.

Itu sahaja. Untuk sesiapa yang datang, boleh merasa dapat buku aku senaskah percuma. Selagi ada stok.  Hehe.

Failte de Alba! (Selamat Datang ke Scotland)

Komen melalui Facebook

komentar

One Response to Scotland Hujung Minggu : Pakej Cuti Scotland 3 Hari

  1. Sue says:

    Salam

    Berminat utk dptkan short trip pkg maybe 3 hari.2 org ladies traveler ..kami singgah from manchester
    2-4 july 2018

    Interest
    Nature and picturesque scenery

    ID : Boleh whatsapp http://www.wasap.my/447922405443

    Atau boleh refer di FB https://www.facebook.com/scotlandmuslimtravel/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *