You are currently viewing Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Cotswolds, England. 5 Kampung Wajib Kunjungi

Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Cotswolds, England. 5 Kampung Wajib Kunjungi

Cotswolds ni sebenarnya adalah satu kawasan yang luas dilindungi dan masih mempunyai hutan-hutan yang cantik. Didalamnya terkandung berbelas kampung yang masih mengekalkan ciri tradisi dan binaan yang berusia berpuluh malah beratus tahun.

Oleh itu, memang Cotswolds dapat mewakili rumah asli dan budaya English yang klasik. Cuma Cotswolds sangat besar, jadi di manakah kita perlu berhenti untuk mendapatkan feeling terbaik English ?

Aku selalu spend cuma sehari jalan jalan ke Cotswolds kerana aku rasa ia sudah cukup untuk gambar yang cantik dan perasaan yang unik tentang Inggeris. Aku share 5 kampung yang aku rasa top dalam Cotswolds.

#1 : Bourton on the Water
Sejujurnya, kampung ini selalu diletakkan antara kampung tercantik di seluruh UK! Ia mempunyai tarikan tersendiri, dengan sungai yang mengalir ditengahnya. Dengan jolokan nama Venice of the Cotswolds tidak hairan mengapa kampung ini selalu menjadi destinasi nombor satu ke Cotswolds.

Image may contain: tree, sky, night, house and outdoor
Image may contain: tree and outdoor

#2 : Arlington Row, Bibury
Arlington Row mungkin lorong yang paling banyak gambarnya di internet. Sesetengah rumah di lorong ini masih didiami orang, tapi masih ada pelancong yang menjenguk tengok dari tingkap. Dalam satu laporan akhbar menyatakan penduduk disini mula rasa gelisah kerana seperti tinggal di dalam akuarium untuk tontonan pelancong. Nasib la kan. Disini juga ada Trout Farm dan boleh layan aiskrim sedap disini.

Image may contain: tree, plant, sky, bridge, grass, outdoor, nature and water
Image may contain: tree, sky, plant, grass, outdoor, nature and water

#3 : Burford
Pada tahun 2009, Forbes meletakkan Burford sebagai salah satu tempat yang tenang untuk didiami. Tempat ini aku jumpa pun secara tidak sengaja sebenarnya bila aku mencari toilet dan tempat berhenti. Memang rupanya kelihatan rumah yang dilitupi pokok cantik dikenali sebagai Gateway to the Cotswolds dengan sungai yang cantik, kedai yang antik dan kehidupan tenang.

#4 : Castle Combe
Castle Combe pun aku jumpa secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Bath. Rupanya kedudukannya di selatan Cotswolds ramai yang terlepas pandang kampung ini. Ia cukup cantik dijadikan lokasi penggambaran seperti War Horse dan Doctor Dolittle. Ia tidak besar, tetapi setiap bangunannya memang sangat cantik dan klasik.

Image may contain: house, sky, plant, tree and outdoor
Image may contain: outdoor
Image may contain: mountain, sky, outdoor and nature

#5 : Painswick
Bila datang ke sini, mulakan kembara kalian di St. Mary’s Parish Church. Ini adalah landmark Gred 1 yang boleh kelihatan dari jauh. Yang istimewa, laman depan gereja ini popular dengan 99 pokok yey. Macam-macam bentuk. Dari sini teruskan ke Rococo Garden dan jalan melalui bangunan zaman kurun ke 14.

Tapi seriuslah. Aku tak dapat nak jalan semua ke Cotswolds sebab jarak antara satu kampung ke kampung yang lain agak jauh dan pemandangan pun lebih kurang serupa. Jadi aku save masa untuk tengok yang terbaik sahaja.

Moga jalan jalan ke Cotswolds korang pun jadi yang memorable eh.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Tour Leader Ohsem
Cotswolds, England

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply