11 Tip Beli Tiket Flight Murah Seluruh Dunia

11 Tip Beli Tiket Flight Murah Seluruh Dunia

Letih mengejar tiket flight murah ? Kecewa terlepas tawaran tiket flight RM1? Atau penat terpaksa buka website berkali-kali  mengharap tiket flight percuma. Aku ada masalah ni, tapi rasanya ramai hadapi keadaan macam ni. Sebab dengan tiket flight yang murah, impian nak menjelajah ke dunia luar menjadi nyata. Ada beberapa orang kenalan FB selalu juga buat promo tiket flight murah. Tapi kalau nak cari sendiri pun boleh. Aku cuma nak share sedikit cara-cara aku nak dapatkan tiket flight murah.  Cara ini aku pernah guna dan memang berkesan.

Cara #1 : Menganggar Masa Promosi

Ini rahsia yang semua orang tau. Syarikat penerbangan ni memang hendak orang tahu mereka buat promosi tiket murah. Supaya tiket murah ini cepat habis dan boleh start jual tiket mahal pula. Semua orang tahu. Jadi pada siapa yang akan mereka promosikan terlebih dahulu ? Tentulah pada keluarga, saudara dan kenalan mereka yang sign-up newsletter. Yang pastinya kena rajin bukan email.

Bila masa syarikat penerbangan ini membuat promosi besaran ?

  • Ketika pelancaran laluan baru : Cara ini biasa dibuat oleh syarikat penerbangan tambang rendah. Bila ada buka laluan baru, terus tawar harga rendah atau bagi kerusi percuma.pr-new-routes-myen_3
  • Ketika expo pelancongan seperti MATTA : Ini melalui pakatan bersama dengan agen pelancongan yang menjual pakej.
  • Ketika musim baru menjelang : Biasanya di negara 4 musim ada promosi setiap kali perubahan musim. Dan jadual penerbangan akan keluar seawal 6 bulan sebelum penerbangan. Di Malaysia pattern juga sama.
  • Ketika berlaku insiden : Cara ini digunakan oleh Airasia secara jelas. Dulu bila berlaku SARS dan selsema burung yang menyebabkan orang takut keluar negeri, harga tiket Airasia dijual murah. Jika ada orang komplen mutu perkhidmatan dan diviralkan, untuk ambil hati dan tutup mulut semua, tiket ditawarkan rendah.  Mereka menjaga reputasi.
Kejadian kehilangan MH370 antara penyebab penumpang rasa kurang selamat. MAS buat promosi tiket murah, semua buat U-Turn beli tiket MAS .

Kejadian kehilangan MH370 antara penyebab penumpang rasa kurang selamat. MAS buat promosi tiket murah, semua buat U-Turn beli tiket MAS .

Ada musim yang harga tiket konsisten ‘tidak promosi’. Di Malaysia musim ni seperti musim perayaan atau musim cuti sekolah. Ini adalah masa syarikat penerbangan nak untung. Masa ni, tiket mahal pun orang beli, apa kejadahnya dorang nak jual tiket murah!

Cara #2 : Gunakan Search Engine Penerbangan

Mengapa susah-susah membuka website syarikat penerbangan satu persatu untuk membandingkan harga ? Sangat buang masa. Sekarang sudah ada perkhidmatan online dan PERCUMA bagaimana membandingkan tiket flight murah di pelbagai destinasi dunia. Contohnya adalah Skyscanner dan Kayak. Selain itu ada banyak lagi website seumpamanya yang menawarkan harga yang rendah.

Skyscanner membantu kita membuat perbandingan harga dengan cepat

Skyscanner membantu kita membuat perbandingan harga dengan cepat.

Mengapa gunakan Search Engine ini lebih baik ? Ia menawarkan harga yang lebih rendah. Macam mana boleh rendah ? Mereka menerima komisen dari syarikat penerbangan jika tiket terjual. Peratusan komisen mereka boleh kurangkan bagi merendahkan harga tiket. Jangan terkejut jika guna search engine memberi harga tiket flight murah, lebih rendah dari membeli di laman rasmi syarikat penerbangan itu sendiri. Itu memang mainan dia.

Kayak juga kadang kala memberikan harga lebih rendah berbanding Skyscanner kerana memasukkan harga promosi terkini dalam senarai flight.

Kayak juga kadang kala memberikan harga lebih rendah berbanding Skyscanner kerana memasukkan harga promosi terkini dalam senarai flight.

Satu lagi, search engine ini mengumpulkan semua penerbangan yang mungkin ke destinasi kita. Contohnya dari KL ke Kota Kinabalu seperti yang kita tahu ada MAS, Airasia dan Malindo Air. Senarai penerbangan akan bertambah dengan search engine kerana memasukkan sekali penerbangan transit dan mana-mana flight yang berkaitan.

Ada juga laman web yang menjadi pihak ketiga sebagai agen menjual tiket seperti Opodo, Gotogate dan Expedia. Mereka ini memang biasanya agen jualan. Jika memberi dari mereka, anda perlu tahu beberapa perkara :

a. Check rating perkhidmatan mereka di Trustpilot.com. Masukkan nama website tersebut, contohnya Opodo. Kemudian bacalah review pengguna. Beli dari agen yang diyakini.

Ini perkhidmatan telus. Boleh lihat bagaimana komplen dari pengguna dilayan oleh mereka. Walaupun rating rendah ketika ini, ia boleh berubah menjadi baik dan sebaliknya,

Ini perkhidmatan telus. Boleh lihat bagaimana komplen dari pengguna dilayan oleh mereka. Walaupun rating rendah ketika ini, ia boleh berubah menjadi baik dan sebaliknya,

b. Mereka mengenakan bayaran tambahan. Tetapi ada yang tidak. Ini adalah pendapatan mereka.

c. Mereka akan mengenakan kos penerbangan pada kad kredit anda serta merta selepas pembelian, walaupun seat anda belum confirm.

d. Walaubagaimana pun, syarikat penerbangan boleh mengubah atau membatalkan penerbangan tersebut. Jika ini berlaku, wang anda akan dipulangkan. (Sebenarnya bukanlah, potong terus kad kredit, tapi pre-approve aje kebiasaannya)

Cara #3 : Gunakan Incognito atau Private Browsing

Pernah tak cuba tengok harga tiket pada pagi murah, tapi dah naik harga pada petangnya ? Hehehe.. Ini technical trick aje sebenarnya. Bila kita masuk ke website syarikat penerbangan, mereka akan meletakkan cookies ke dalam PC/laptop dan boleh mengetahui di mana lokasi kita dan maklumat web browser kita. Dengan cara itu, mereka tahu kita sebenarnya berminat membeli tiket tersebut tetapi masih belum yakin.

Macam mana mahu meyakinkan dan ‘mendesak’ pembeli ? Dengan menaikkan harga tiket. Dan mulalah kita menyumpah sebab harga tiket sudah naik dan kelam-kabut terus beli tiket takut-takut malam hari nanti tiket semakin mahal. Hahah. Kita dah kena game!

Cara nak elakkan, dengan melayari menggunakan Private Browsing (jika menggunakan Mozilla) atau Incognito (Jika menggunakan Chrome atau Safari). Dengan cara ini, maklumat kita tidak akan sampai kepada mereka dan akan dipadamkan selepas kita tutup web browser. So tak boleh la diorang mainkan perasaan kita sewenangnya. 🙂

incog

Cara menbuka Incognito Chrome/Safari : Klik Ctrl + Shift + N

Cara membuka Private Browsing Mozilla : Klik Ctrl +Shift + P

Cara #4 : Terbang Sehala vs Terbang Pergi/Pulang

Sebagai galakan, biasanya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return.

Mengapa boleh jadi demikian ? Sebab kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari KL ke Penang sedang promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Penang ke KL dijual secara promosi (kerana permintaan tiket Penang ke KL tinggi).

Pengalaman saya membeli tiket dari Amsterdam ke Munich. Jika saya beli tiket sehala, harganya EUR110, tetapi jika saya beli tiket pulang/balik, harganya lebih murah. Pergi EUR95, pulang pula EUR0.00. Ya! Tiket balik berharga SIFAR. Haha.. Pelik tapi ia cerita benar.

Cara #5 : Menangguh Pembelian ?

Sebenarnya tidak semua 100% tiket flight akan terjual. Ada masanya kosong je flight, sampai kita boleh baring-baring lagi. Ini kerana masih ada tiket yang tidak terjual, dan bagi mengelakkan tiket itu tidak terjual, maka tiket itu dijual pada harga yang rendah. Asalkan terjual.

Cara ini agak berisiko lebih lagi jika kita ada urusan yang penting. Tetapi cara ini menjimatkan bagi backpackers yang mempunyai duit yang terhad, tetapi masa yang panjang dan sanggup menunggu.

Awas, jika ketika itu musim tiket mahal, tak payah la tangguh pembelian. Silap gaya semua tiket sold out dan tiket flight murah itu hanyalah angan-angan sahaja.

Cara #6 : Memilih Airport Alternatif Terhampir

Tambang tiket flight dipengaruhi oleh beberapa faktor. Selain dari jarak destinasi, airport yang digunakan juga memberi kesan kepada harga tiket. Kena tahu juga macam mana airport buat duit. Airport akan mengenakan pelbagai caj kepada syarikat penerbangan. Cukai, parking, keselamatan, ruang pejabat, landasan dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan airport kepada syarikat penerbangan.

Ya, ia bukan perkhidmatan percuma.  Semakin banyak perkhidmatan yang disediakan, semakin mahal juga caj yang dikenakan kepada syarikat penerbangan. Takkan syarikat penerbangan mahu tanggung? Tentunya kos itu dimasukkan sekali dalam harga tiket. Senang cerita, semakin canggih airport, semakin mahal airport charge, semakin mahal juga tiket flight. Kerana itu di London, flight yang menggunakan airport Heathrow tiketnya juga biasanya mahal berbanding dengan flight di airport Gatwick atau Luton. Dan sebab itu jugalah, kalau masih ingat, Airasia lebih suka duduk di LCCT yang macam gudang berbanding di Terminal 2 KLIA yang canggih tapi lebih mahal.

Syarikat penerbangan sering menawarkan tiket promosi ke airport yang popular. Ini kerana faktor persaingan dan mahu hak mendaratkan pesawat. Contohnya, penerbangan dari London ke Singapore adalah lebih murah berbanding ke K.Lumpur. Di airport Charles du Gaulle Paris pula, kebanyakan tikat tidak dijual secara promosi murah melampau kerana ia destinasi pelancongan yang popular. Mahal pun orang beli derr…

Cara #7 : Membeli dalam Matawang Asing

Kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa mempunyai laman web tempatan atau khusus untuk sesebuah negara. Contohnya Emirates mempunyai laman web khusus untuk Malaysia di www.emirates.com/my/english atau di UK menggunakan laman www.emirates.com/uk/english.

Kedua-dua laman web ini memberikan harga yang berbeza dalam bentuk matawang dan juga destinasi yang ditawarkan. Andaikan mahu ke London dari Kuala Lumpur, maka boleh bandingkan harga tiket di kedua-dua laman web tersebut. Satu dalam £ (Pound Sterling) dan satu lagi dalam Ringgit. Bandingkan pertukaran wang asing. Pastikan juga pembelian di laman web luar tidak mengenakan caj tambahan pada kad kredit Malaysia.

Cara ini juga berkesan kerana setiap negara biasanya menawarkan kuota tempat duduk yang berbeza bagi setiap negara. Ketika saya membeli tiket ke Paris contohnya, laman web UK masih lagi menawarkan harga promosi, sedangkan laman web Perancis telah habis kuota promosinya.

Setiap lama web di negara ini, ada masanya menawarkan promosi yang berbeza-beza. Promosi untuk orang UK berbeza dengan promosi untuk Malaysia. Berbaloi cuba.

Cara #8 : Anjakan Perjalanan Beberapa Hari

Dalam seminggu ada beberapa hari keramat yang biasanya tiket akan lebih mahal dari hari-hari yang lain. Contohnya pada hari Jumaat dan Isnin. Anjakkan beberapa hari perjalanan untuk mendapatkan harga yang murah. Jika anda menggunakan Kayak.com, menganjakkan beberapa hari akan memberi beberapa kemudahan untuk mencari tiket yang lebih murah.

3days

Ramalan aku menyatakan hari Jumaat dan Isnin lebih mahal sebab itu adalah hari untuk orang memulakan perjalanan.

sky

Selain dari 3 hari, boleh tengok juga trend harga tiket dalam setiap bulan.

Cara #9 : Aktifkan Price Alert Button

Dalam Skyscanner dan beberapa search engine yang popular ada price alert. Dimana jika berlaku promosi atau penurunan harga, mereka akan mengirimkan email makluman. So cepat-cepat beli ketika harga turun. Mulakan carian awal, beberapa bulan sebelum perjalanan dan aktifkan alert segera.

alert

Cara #10 : Memilih 2 Tiket Berasingan Berbanding Transit

Jika mahu lakukan penerbangan jauh yang melibatkan transit (bertukar flight untuk sambung ke destinasi) pertimbangkan membeli tiket secara berasingan. Contohnya jika penerbangan dari K.Lumpur ke London yang melibatkan transit di Dubai iaitu KL – Dubai dalam 1 tiket, dan Dubai ke London dalam 1 tiket yang lain. Dan jarak antara kedua-dua penerbangan ini bukan terlalu dekat (bukan sejam atau dua jam). Ini pilihan bagi mereka yang mempunyai masa dengan menambah Dubai sebagai destinasi tambahan. So, boleh tambah satu atau dua hari berjalan di destinasi baru (yang sebenarnya tiada dalam perancangan). Menarik bukan ?

europe

Jika dah sampai ke benua pilihan, ada banyak lagi penerbangan tambang murah yang menawarkan tiket flight murah.

Satu lagi pilihan adalah dengan membeli tiket mahal dan menyambung penerbangan dengan tiket murah. Contohnya penerbangan dari KL ke Iceland. Beli tiket penerbangan penuh seperti MAS atau Emirates ke London, kemudian dari London beli tiket syarikat penerbangan murah ke Iceland. Jika sudah masuk sahaja ke Eropah, terdapat pelbagai syarikat penerbangan murah yang sentiasa bersaing memberikan harga terbaik. Di Malaysia, Airasia masih lagi monopoli meninggalkan jauh Malindo Air. Tetapi di dalam Asia sendiri terdapat banyak penerbangan tambang rendah yang boleh dipilih.

Di Asia lagi banyak low cost airlnes. Sampai aku nak print pun kecik je tulisan. Sumber : Wiki

Di Asia lagi banyak low cost airlnes. Sampai aku nak print pun kecik je tulisan. Sumber : Wiki

Cara #11 : Menebus mata ganjaran

Sign up untuk loyalty programme syarikat penerbangan yang sering kita gunakan. Sign up is free, setiap kali kita membeli tiket, akan mendapat mata. Setiap mata yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapatkan penerbangan percuma ke destinasi yang ditetapkan. Menebus itu percuma, harga tiket juga percuma. Cas yang lain-lain tu (seperti airport tax) tetap kena bayar.

Moga catatan ini membantu untuk anda terus kembara.

Jika anda mahu promosi tiket murah ke mana-mana destinasi idaman anda, langgan maklumat tersebut dibawah.

* indicates required





Selamat mencapai impian!

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

Komen melalui Facebook

komentar

12 Responses to 11 Tip Beli Tiket Flight Murah Seluruh Dunia

  1. Kak moon says:

    Marvellous…good tip….I nak tanya..macamana dgn pembelian tiket dgn bravofly…I booked utk satu destinasi x…bila call dgn airline ,agent airline tu kata i punya e- ticket issued tapi seat x confirm..I pun call dgn bravofly.. dua kata ok..sekrg I nak tunggu call airline esok( esok 5 oct )…nak confirm..I confisued…

    ID : U call airline or agent airline ? Kalau beli dengan third-party seperti Bravofly, diorang akan confirmkan seat dengan airline dulu. Bila seat dah confirm baru dorang akan bagitau confirmation. Kalau tak, duit akan dipulangkan.

  2. nice info bro…thanks for sharing…

  3. Wah. Detail betul ya tip ni.

    ID : Moga bermanfaat

  4. safi says:

    kalau kita book ticket via kayak, expedia etc pilihan seat random @ macam mana if booking flight utk 2 org dsb

    ID : BIasanya ketika check in boleh request seat sebelah2. Eh. Betul ke soalan tu ?

  5. sal rashid says:

    askm.saya tengok di kayak.com harga vietnam airlines ke tokyo rm840 dan bila continue ke page vietnam airlines harga jd rm1292 mcm mana nak dptkan harga rm842 satu lagi mcm mana nak dpt kan promotion code?tq

    ID : Kadang2 kayak buat realtime/latest price. Promotion code tu kadang2 bersepah kat internet. Google je.

  6. as says:

    t.kasih atas tips

  7. Tina says:

    Pembayaran hanya pada third party kan? Maksudnya bukan pd airline tu sendiri…pls confirm…

  8. irwan.dahnil says:

    Yeap. Di bayar ke third party.

  9. Maria says:

    Sape2 yang pernah transit kat changi boleh bagi info tak? cukup ke 1hr transit nak catch up next connecting flight? saya dah booking KL-Changi-Florence via bravofly, pas tu nak cancel KL-Changi, but tak de idea, kalo bace through agreement diaorang, kite call kite plak yang kene charge 6.10Euro/call,any info might help? Pls advice.. This is my 1st time solo travel to oversea

  10. Gambir Emas says:

    Thanks bro for the tips. InshaAllah membantu saya serba sedikit untuk mencari tiket murah.Almaklumlah nak bercuti bersama keluarga. Kena jadi pengguna yang bijak kan pd zaman ekonomi x menentu 🙂

  11. norsa says:

    good info..really appreciated…

  12. Susu says:

    kalau beli tix di kayak.com mmg dlm USD ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *