Video Kembara: Neist Point Lighthouse, Isle of Skye

Video Kembara: Neist Point  Lighthouse, Isle of Skye

Aku sempat camping 2 malam di Isle of Skye, Scotland. Bawa anak sebelum cuti sekolah. 6 jam perjalanan dari Glasgow. Nanti ada masa aku update itinerary untuk rujukan kalian. Buat masa ini, video ini sahaja termampu buat.

Kalau kau mahu ke Neist Point Lighthouse, lokasinya di Isle of Skye. Masa terbaik untuk pergi adalah pagi. Masa aku sampai jam 9am, tapi sudah ada ramai juga orang disitu. Parking kereta terhad, malah ada yang berkhemah sahaja disitu. Dari parking ke lighthouse lebih kurang 30 minit berjalan, tapi aku gerenti lebih lagi sebab kau akan berhenti-henti ambil gambar. Subhanallah! Memang cantik. Cuma jalannya berbukit sedikit, kalau kurang fitness kembang kempis hidung kau.

Itu sahaja.

Kalau ikut Malcolm Gladwell, nak jadi hebat perlu berlatih berulang selama 10,000 jam. Baru jadi world class..Hari ini aku mula semua detik 10,000 jam untuk belajar. Tiada jalan pintas, cuma latih tubi dan buat berkali-kali.. Esok aku dah terer, baru tengok balik video ni..#lostinsekutland #isleofskye #neistpoint

Posted by Irwan Dahnil on Thursday, August 17, 2017

Komen melalui Facebook

komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *